Biarpun secara rasminya sambutan Hari Wanita Sedunia telah berlalu dua hari lepas, namun meraikan wanita dengan memulia dan meyayanginya adalah setiap hari dan amat dituntut dalam agama Islam. Malah, wanita yang bergelar isteri pastinya ingin menjadi isteri solehah yang menjadi penyejuk hati dan mata bagi si suami. Sehingga sanggup susah dan senang bersama suami mengharungi cabaran hidupan.

Perkongsian pendakwah terkenal di laman sosial, ustaz Ebit Lew pada sambutan Hari Wanita Sedunia sungguh inspirasi! Beliau seorang yang sangat romantik telah memberikan gambangan bunga buat isterinya yang sering digelar ‘bidadari’.Malah turut mengimbau kenangan lalu kala kesusahan, isterinya yang sering cakna memotivasi dirinya mengorak langkah.

Jom semak!

Rupanya Ini Cara Isteri Ustaz Ebit Lew Santuni Suaminya. Sungguh Inspirasi! 

Muliakan wanita setiap hari

Selamat hari wanita sedunia. Rasulullah saw setiap hari memuliakan dan menyayangi wanita. Mari kita hargai wanita kurnia Allah dalam hidup ini setiap hari dalam hidup kita.

Tadi terus call kedai bunga minta buatkan bunga paling cantik indah buat bidadari tercinta. Sampai rumah terus beri pada bidadari. I love u sayang.

Ya Allah abang. Kenapa susah-susah..i love u sayang..

Kata-kata isteri saya yang suka nak ingat dan amat saya hargai…ia membuat saya menangis dan jatuh cinta. Tiada wajah tercantik melainkan dari hati yang ikhlas. Tiada perkataan lebih indah dari ikhlasnya mencintai..

Isteri beri semangat kala kesusahan

Saat saya sedih diuji dengan kesusahan dan tiada duit nak beli susu anak. Tiada apa pun harta. Hari pertama kehilangan pekerjaan. Isteri saya kata, abang kita kan ada Allah. Dia tak pernah tinggal kita. Dulu setiap hari abang pesan dan cakap. Kita ada Allah. InsyaAllah, bukan duit bagi rezeki. Bukan kerja bagi rezeki. Allah beri rezeki. Kita usaha, Allah buka jalan. Dalam keadaan air mata mengalir..

Allah kan ada

Saat lain waktu berduka ..Abang, hidup kita bukan kerana sesiapa. Bukan kerana pergantungan pada sesiapa. Tapi bila kita tak bergantung pada sesiapa. Bila kita bergantung pada Allah. Allah yang beri segalanya. Dia boleh beri. Dia boleh ambil..

Saat terlalu penat dengan wajah senyum dan sentiasa sembunyikan kesedihan atau kesusahannya demi suami, dia kata abang, saya cintakan dan sangat sayangkan abang kerana Allah…semua penat, hilang…

Saat hening malam…Abang bangunlah tahajud Allah rahmati keluarga kita. Nanti kita naik kuda tunggang bersama dalam syurga. Jom tahajud. Allah dah baik sangat pada kita.

Ikhlas suami seadanya

Saat diberi rezeki lebih. Saya tanya, awak nak apa-apa ke sayang, apa jer abang nak beri dengan izin Allah.. 
Saya nak simpan duit nak ziarah Nabi saw dan kita cari orang susah sama-sama kita beri duit pada mereka. Kita simpan duit untuk berdakwah ke mana-mana..

Saat merindui ibu. Menangis dan berdoa sama-sama supaya dapat bersama dalam syurga. Menenangkan hati dan melaluinya bersama.

Wanita yang mula-mula kahwin dengan seorang lelaki yang tiada kereta, tiada rumah, tiada lesen kereta, tiada apa-apa. Mereka wanita yang yakin pada Allah dan lebih mensyukuri hidup ini….

Kecantikan yang sebenar ialah bila datang dari hati yang ikhlas dalam mencintai dan hanya semata-mata kerana Allah.

Syukur pada Allah ya Allah yang beri segalanya. Terima kaseh mak tercinta sebab mengajar kasih sayang ini. Wahai isteriku, Terima kasih sayang kerana sudi bersama lelaki ini yang tiada apa-apa. Memberi kepercayaan mengetuai rumahtangga ini. Terima kasih kerana memahami dan mendidik anak-anak. Ya Allah seperti mana kami bersama dalam dunia ini, berjauhan kerana agamaMu. Kau letakkanlah kami bersama dalam syurga indah suka tanpa perit dan duka lagi-ebit lew

Moga kita menjadi isteri yang sentiasa santun ni suami dengan baik seikhlas hati.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI