Masa terus berlalu, pejam celik pejam celik rupanya sudah dua tahun pelawak terkenal Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam telah meninggalkan kita  pulang ke negeri abadi.

Sepanjang tempuh itu jugulah kita semua melihat betapa  ujian dan kecekalan hati balu arwah Abam, Hidayah membesarkan anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini sudah pun berusia 3 tahun. Sungguh berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

“Abang Hari Ni Sayang Bawa Anak Kita…” -Hidayah Ziarah Kubur Arwah Suaminya, Undang Sebak!

Bawa Hamzah Ziarah Kubur

Baru-baru ini di entry di TikTok miliknya, Hidayah ada berkongsi momen memaparkan dirinya dan Hamzah menziarahi kubur arwah Abam dengan menaiki kereta Toyota Vellfire miliknya.

Abang hari ni sayang bawak anak kita datang jumpa abang.

Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada

Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar.

kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga.

“Abang Hari Ni Sayang Bawa Anak Kita…” -Hidayah Ziarah Kubur Arwah Suaminya, Undang Sebak!

Menerusi video yang mendapat tontonan hingga 1.5 juta itu, dapat dilihat betapa Hidayah rindu terhadap arwah suaminya hingga sesampai sahaja di pusara, terus diciumnya batu nisan suaminya. Jelas juga terlihat perasaan sebak dan sekali gus Hidayah menitiskan air mata ketika menyiram air di pusara arwah suaminya.

Meninjau di ruangan komen, netizen juga turut berkongsi rasa yang sama. Sedih dan turut menitipkan bacaan alfatihah dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Ads
@hidayah_hamzah Abang hari ni sayangg bawak anak Kita datang jumpa abgg 🥲 ‘Kepergianmu membuat diriku mengerti bahawa Rindu yang paling menyakitkan adalah rindu orang yang telah Tiada’.. Al-fatihah suamiku Tercinta Syed Umar Mokhtar ❤️ kau tetap dihatiku selamanya cinta syurga ❤️🤲…#alfatihah #cintasyurga #kitabaikramaisayang #dieyabeauty #anakibuayah #doakudisetiapsujudku #sabundaunsukunhidayahabam ♬ Takkan Pisah – Wali

“hamzah, nnti dh besaq org akan kenangkan ayah hg sbb ayah hg baik sngt dlu. mmbesaq dngn baik nahh hamzah☺️❤️” komen Akmal Sarijan

“satu kepuasan yang tidak terungkap bila nampak bini arwah Abam dapat beli semula Vellfire…Semoga terus sukses dan kuat untuk take care anak, Tulis Muhammad Asyraf Bin pula.

“Sedihnya.. sampai2 ja trus cium batu nisan arwah suami dia..nmpk sgt dia rindukn arwah abam😢,” luah MissZarraNadine pula.

ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!

Ads

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

“Abang Hari Ni Sayang Bawa Anak Kita…” -Hidayah Ziarah Kubur Arwah Suaminya, Undang Sebak!

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI

“Abang Hari Ni Sayang Bawa Anak Kita…” -Hidayah Ziarah Kubur Arwah Suaminya, Undang Sebak!

Ads

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI