Kini ramai dikalangan kita gemar merasai pelbagai makanan pelbagai kaum. Salah satunya makanan daripada masyarakat Cina. Antara makanannya adalah Dimsum. Selalunya kita akan membelinya di kedai jika teringin nak makan menu ni. Namun, sebenarnya, makanan ini boleh dibuat sendiri di rumah. Tentu menarik kan, dah tahu cara buat sendiri di rumah. Boleh bawa ke opis untuk kawan-kawan rasa air tangan anda.
Apa kata, cuba resipi makanan ini. Mudah dan jimat cara penyediaannya!
Gambar hiasan
Dimsum homemade in the house..hahahaha buat sendiri berbaloi senang ja nak buat..dada ayam baru guna seketoi utk inti dapat lebih drpd 30 biji puas makan lebih frozenkan..yang tanya resepi kat wasap nah rujuk setiap gambar..
MUDAH AJE NAK BUAT
CARA BUAT INTI
Ads
Untuk inti cincang isi ayam/udang atau nak campur, astu carrot, serbuk lada hitam, sikit garam, n tepung jagung..pastu gaul ja semua..sukatan iran agak-agak.
DOH INTI DIMSUM
Gaul smpai jadi mcm ni tp ni kurang tepung ni sbb tepung jagung habis..hahahaha jgn lembik mcm ni sngat satg makan rasa ayam.
KULIT DIMSUM
Ads
Untuk kulit dimsum. 2 cawan tepung gandum, 1 cawan tepung ubi, sikit garam, minyak masak 1 sudu setengah, pewarna kalau nak warna kulitnya..pastu gaul dgn air panas smpai jadi doh
INI DOH KULIT DIMSUM
CANAI NIPIS KULIT DIMSUM
Canaikan nipis2 n besar2 ni
Ads
KUKUS
Masukkan inti dalam tu kemudian lipat ja mcm mana pun..sorry masukkan inti tu lupa snap gambar..dah siap ready utk kukus..klu nak frozenkan kukus ja mcm biasa lepastu masuk dlm peti letak tempat ais nak makan kukus balik bagi panas
Hidangan enak yang kaya dengan protein ini pasti mengenyangkan jika dicicah dengan sambal hitam. Lebih menyeronokkan minum petang bersama keluarga mahupun teman
Buat ibu-ibu yang teringin nak mencuba tauhu begedil lengkap isinya dengan lauk kegemaran lepas tu cicah pula dengan sambal kicap, bolehlah mencuba resipi ini.
Resipi ini dikongsikan oleh Wany Lifa menerusi page Masak Apa Hari Ni
TAUHU BERGEDIL MERDEKA
Selamat Hari Merdeka 62 ??
Buat sendiri isi kasi mampat mampat baru mantop masuk mulut penuh ?
Resipi
▶️ Tauhu kering bulat
▶️ Kentang
▶️ Daging burger ramly
▶️ Bawang putih
▶️ Bawang besar
▶️ Daun sup & Daun bawang
▶️ Bawang goreng
▶️ Kiub ayam maggi
▶️ Serbuk cukup rasa maggi
▶️ Cili padi
▶️ Kicap
▶️ Telur
▶️ Tepung jagung
Cara membuat:
➡️ Rebus kentang sampai empuk / lembut.
➡️ Letak minyak masak sikit just untuk tumis bawang putih & bawang besar then masukkan daging burger ramly. Daging burger akan keluarkan minyak so tak payah tumis letak banyak minyak. Next , masuk kan kiub ayam & serbuk cukup rasa maggi.
➡️ Campurkan kentang rebus yang dilenyek & daging burger yang da siap tumis & daun sup & daun bawang & bawang goreng. Sumbatkan isi kentang dalam tauhu.
➡️ Pukul telur campur tepung jagung. Sebelum nak goreng celup tauhu bergedil dalam tepung then goreng.
➡️ Sambal kicap : Cili padi , kicap , gula & bawang putih diblender sekali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap kali masak nasi, mesti akan jadi kerak kat periuk. Dah kalau berkerak tu, mesti lah kena rendam dulu periuk tu sebelum dibasuh. Kalau tidak, tak bersih basuhnya! Tak memasal kena menunggu.
Itu satu hal, membazir pun satu hal. Tiap kali basuh, nak buang sisa nasi tu rasa sayang je. Waktu tu mula teringat iklan, ‘sebutir beras tu ibarat setitik peluh petani’. Hehe.
Jadi, nak elak dari membazir dan susah nak basuh, dan semestinya tak nak tukar beli periuk nasi baru, apa kata cuba masak nasi guna kaedah lain yang dikongsikan oleh Nabilah Hannan iaitu menggunakan kaedah ‘double boil’ pula! Confirm takkan berkerak dah lepas ni.
Cara Masak Nasi Guna Teknik Double Boil
Kadang malas nak layan kerak nasi dalam periuk. Bila dah rendam dlm sink, nampak kerak tu jadi nasi rasa membaziar pulak.
So, jom kita masak nasi teknik double boil. Selalunya orang buat chocolate topping je yang guna teknik ni. Sekarang kita apply kat nasi pulak.
STEP LAST TU PALING UTAMA, kalau ambil master dalam bidang masakan nasi putih tapi tak reti yang tu, tetap disqualified.
Cara-caranya:
1. Basuh beras macam biasa. Dan sukat air macam biasa. Saya pakai mangkuk yang jenis stainless steel tu.
2. Kemudian, periuk nasi tu letak air jugak. Biar terendam separuh dari mangkuk tadi.
4. Langkah paling penting. Pastikan lampu dekat COOK menyala.
5. Kejadian nasi yang telah masak.
Button cook tadi takkan naik warm selagi air yang kita taruk dalam periuk nasi ada lagi. Nak tunggu kering lama lagi la kot nak makan nasinya. Jadi, dalam 20-30 minit lepas on switch tu, boleh check kalau-kalau nasi dah siap masak.
Menikmati hidangan laksa Sarawak mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri dengan rasa lemak dan aroma berempah. Jika sebelum ini anda pernah menikmati dan amat menggemari rasanya, tentu teringin untuk mengetahui resipi dan mencuba sendiri untuk menyediakan menu istimewa ini untuk dinikmati seisi keluarga.
Jadi dikesempatan masa yang ada sepanjang PKP 3.0 ini bolehlah dicuba resipi Laksa Sarawak dengan menggunakan pes yang dibuat sendiri seperti mana yang dikongsikan oleh Adnil Sam ini.
Alhamdulillah..Pertama kali mencuba masak Laksa Sarawak.. pes laksa & sambal udang kering buat awal-awal.. Memang sedap dan berbeza dari laksa-laksa yang lain.. Laksa-laksa lain pun sedap, tapi sedap segi lain.. Pada saya, semua menu ada sedapnya tersendiri yang perlu kita hargai keistimewaannya.. yang paling penting masaklah dengan ikhlas dan penuh kasih sayang..
Resepi Laksa Sarawak
Bahan-bahan Untuk Pes Laksa:
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
7 tangkai cili kering- rendam air panas hingga lembut *
1/2 inci lengkuas* (potong kecil2)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 biji buah keras *
1 batang serai- hiris nipis*
1/2 inci belacan bakar*
4 sudu besar bijan – disangai
4 sudu besar kacang tanah – digoreng tanpa minyak & dibuang kulit
Minyak masak utk menumis
Gula,perasa dan garam secukup rasa
Cara Penyediaan Pes Laksa :
– kisar halus bahan2 yang bertanda*
– Sangai dahulu bijan dan kacang tanah hingga garing.. kemudian kisar halus menggunakan pengisar kering..
– satukan semua bahan2 dalam satu bekas dan gaul sebati…
– Panaskan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak dan cukup masak dgn api sederhana.. jangan lupa perasakan dengan garam, gula & perasa secukupnya..
Bahan-bahan untuk Kuah Laksa Sarawak:
Pes laksa yang dah siap
500gm Isi ayam
300gm udang saiz sederhana ( cuci udang bersih-bersih dulu kemudian baru tanggalkan kepala dan kulitnya ye.. asingkan isi dan kulit ye…tapi jangan buang kepala & kulit tu..sebab nak guna untuk di rebus nanti)
1/2 bungkus mee hoon dicelur
1 batang serai
300gm pati santan pekat
3 keping asam keping
1 batang serai – diketuk
1/2 biji bawang besar – potong kasar
2 rumpun akar daun ketumbar- diketuk
Air secukupnya
Cara-cara penyediaan kuah laksa:
– Sediakan periuk yang berisi air lebih kurang 800ml – 1liter.. berapa banyak air bergantung pada anda samada nak kuah pekat atau sederhana.. sebab air boleh juga ditambah kemudian ye jika nampak kuah terlalu pekat… masukkan serai, bawang besar & akar ketumbar.. masak hingga kuah mendidih..
– kemudian masukkan isi ayam.. masak hingga ayam empuk..dan angkat, toskan.. bila ayam dah hampir sejuk carik-carikkan isi ayam… ketepikan..
– Menggunakan air rebusan yang sama, rebus isi udang selama 4-5minit je..angkat toskan & ketepikan..
– seterusnya rebus kulit dan kepala udang tadi.. rebus dalam 15 minit… tutup api..dan tapiskan.. kulit-kulit dan kepala udang tu masukkan dalam blender, tambahkan sedikit air dan blend.. bila dah halus tapiskan air kisaran udang masuk semula kedalam periuk air rebusan tadi…
– hidupkan api semula dan tambahkan pes laksa bersama asam keping.. kacau 5 minit dan masukkan santan pekat.. masukkan bahan-bahan perasa seperti garam, aji & gula.. sebelum masuk garam rasa dulu ye.. sebab jangan lupa, pes kita pun dah ada rasa..
– sesuaikan rasa.. biarkan kuah hingga sedikit pekat.. siap..
Bahan-bahan pelengkap menu:
Mee hoon – dicelur hingga lembut
3 biji telur ( dijadikan telur dadar yang digulung)
50sen taugey
Cili Merah dimayang – optional
Daun ketumbar
Daun pudina
Limau Kasturi
Bawang goreng
Bahan Sambal Udang Kering Laksa
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili merah
5 sudu besar cili blend
1 sudu kecil belcan
5 sudu besar udang kering tanpa kulit – di tumbuk
Pes asam jawa secukupnya
Gula
Garam
Perasa
Minyak menumis
Cara Penyediaan Sambal Udang Kering:
– Panaskan sedikit minyak,tumis ke semua bahan2 kecuali air asam,gula, perasa dan garam…
– Masak hingga sambal garing atau pecah minyak..
– Kemudian masukkan air asam dan perasakan dgn, perasa,gula dan garam,tumis lagi seketika dengan api kecil sehingga garing…
Cara hidang Laksa Sarawak:
Celurkan mee hoon hingga lembut…angkat & toskan.. masukkan mee hoon kedalam mangkuk yang sesuai.. masukkan kuah laksa,isi ayam,udang,hirisan telur dadar,sambal ,taugeh ,daun ketumbar,daun pudina,limau kasturi,bawang goreng dan cili merah.