Bila sebut tentang makanan pantai timur ini pastinya sudah sinonim dengan keunikan dan kepelbagaiannya.

Laksam antara makanan yang berasal daripada negeri Kelantan ini sangatlah diminati oleh seluruh masyarakat Malaysia.

Tapi, jangan risau para ibu yang gemar makanan ini bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Izan Normarizan.

Laksam Kelantan

Senang Je Rupanya Buat Laksam Ni! Menu Simple Untuk Makan Tengahari Di Rumah

IKLAN

Bahan Mee Laksam:

  1. 1 pek tepung beras (cap gajah sekor/ teratai)
  2. 1 cawan tepung gandum
  3. 3 sudu besar tepung ubi kayu
  4. 11 cawan air (5 cawan air panas, 6 cawan air biasa)/1 cawan lebih kurang 100 ml air
  5. 1 sudu kecil garam
  6. Cawan yang saya guna macam dalam gambar

Senang Je Rupanya Buat Laksam Ni! Menu Simple Untuk Makan Tengahari Di Rumah

Bahan Kuah Laksam: 

IKLAN
  1. 1 kg ikan sardin(rebus dengan asam keping dan garam,kemudian ambil isinya saja )
    sebijik kelapa parut (perah dan ambil santannya)
  2. 1 sudu kecil lada hitam atau boleh kurangkan kepada separuh sudu jika tak tahan pedas (ditumbuk halus)
  3. Garam
  4. Gula
  5. Bawang merah dalam 5 ulas (blender sehingga hancur)
  6. Halia 1 inci
  7. Asam keping 1 keping

Cara-Cara: 

– Campur semua bahan, kacau rata. Kukus laksam dalam periuk pengukus.

– Sukatan berapa senduk untuk sebatang laksam bergantung pada bekas/talam yang diguna, kukus selama 3-4 minit untuk sebatang laksam.

IKLAN

– Isi ikan saya blender bersama-sama dengan bawang merah dan halia sebab nak jimat masa. Blender asing pon boleh.

– Campur semua bahan, kacau dalam periuk.

– Rasa garam dan gula biar secukup rasa, sentiasa kacau supaya kuah cantik. jangan biarkan lama2 mendidih nanti kuah tak cantik.

Sumber: Izan Normarizan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI