Rupanya Ini Cara Nak Simpan Tauhu Agar Tahan Lama. Wanita Ni Kongsi Tip Dari Mentua

Share

Biasanya kalau beli tauhu di kedai, tak boleh simpan lama sebab mula terasa masam kan. Sayang pula kalau yang beli banyak, membazir kalau masam. Cuba tip mudah ini untuk memastikan tauhu yang dibeli tahan lama dan tidak berbau atau masam.

Perkongsian ini dimuat naik oleh puan Ani Zam.

Katanya tip tersebut diperoleh daripada ibu mentuanya.

Salam Jumaat

Hari ini nak share tips simpan tauhu agar tahan lebih lama. Tips ini saya dapat dari ibu mertua saya 😀😀. Pastikan beli tauhu yang masih elok dan tidak berbau masam

Cuci bersih menggunakan air paip. Kemudian rebus tauhu selama 10 minit atau hingga mendidih

Bila sudah sejuk , simpan di dalam bekas yg berisi air tapis / air masak hingga menenggelamkan tauhu tersebut.

Simpan di dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga seminggu

Selain itu, puan  Siti Halimah Mohd Yassin turut berkongsi tip untuk tauhu tahan lama.

Perah sebijik limau kasturi supaya tauhu tak cepat busuk, berlendir. Tahan lebih lama…
(cara2 nya basuh tauhu,, masuk dlm bekas, letak air suam atau air paip/masak simpan dlm peti sejuk.). Selalunya saya simpan sampai seminggu. Kdg sampai 2 minggu.

IKLAN