Biasanya kalau beli tauhu di kedai, tak boleh simpan lama sebab mula terasa masam kan. Sayang pula kalau yang beli banyak, membazir kalau masam. Cuba tip mudah ini untuk memastikan tauhu yang dibeli tahan lama dan tidak berbau atau masam.
Perkongsian ini dimuat naik oleh puan Ani Zam. Katanya tip tersebut diperoleh daripada ibu mentuanya.
Salam Jumaat
Hari ini nak share tips simpan tauhu agar tahan lebih lama. Tips ini saya dapat dari ibu mertua saya 😀😀. Pastikan beli tauhu yang masih elok dan tidak berbau masam
Cuci bersih menggunakan air paip. Kemudian rebus tauhu selama 10 minit atau hingga mendidih
Bila sudah sejuk , simpan di dalam bekas yg berisi air tapis / air masak hingga menenggelamkan tauhu tersebut. Simpan di dalam peti sejuk. Boleh tahan sehingga seminggu
Selain itu, puan Siti Halimah Mohd Yassin turut berkongsi tip untuk tauhu tahan lama.
Perah sebijik limau kasturi supaya tauhu tak cepat busuk, berlendir. Tahan lebih lama…
(cara2 nya basuh tauhu,, masuk dlm bekas, letak air suam atau air paip/masak simpan dlm peti sejuk.). Selalunya saya simpan sampai seminggu. Kdg sampai 2 minggu.
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Awas, Lima Makanan Sihat Yang Dalam Keadaaan Tertentu Boleh Menjadi Tidak Baik Untuk Tubuh Anda. Salah Satunya Minyak Zaitun!
Menggantikan kerepek kentang dengan kacang badam sebagai kudapan atau memilih minyak zaitun untuk menumis berbanding minyak kelapa sawit merupakan beberapa amalan hidup sihat.
Namun perlu diketahui bahawa makanan yang dianggap sihat, belum tentu selamanya baik untuk tubuh dalam jangka panjang. Minyak zaitun, badam atau jus buah memang memberi nutrisi yang penting bagi tubuh.
Namun jika mengambilnya berlebihan atau salah dalam pengolahan boleh membuat makanan sihat tersebut memberi kesan negatif.
Berikut lima makanan sihat yang dalam keadaaan tertentu boleh menjadi tidak baik untuk tubuh anda.
Minyak Zaitun
Minyak zaitun mengandungi komponen yang baik untuk menjaga kesihatan jantung. Salah satunya asid lemak tak tepu yang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.
Namun meskipun merupakan lemak sihat, minyak zaitun juga mengandung kalori yang apabila diambil secara berlebihan juga boleh membuat makanan anda jadi tidak sihat.
Jangan menuangkan minyak zaitun langsung dari botol saat menumis kerana boleh menambah ratusan kalori ketika memasak. Sebaliknya ambil ikut sukatan dengan menggunakan sudu.
Kacang-kacangan
Badam, pistachio, hazelnut dan sebagainya (kecuali kacang tanah) merupakan salah satu jenis kudapan yang sihat. Kacang-kacangan kaya dengan protein dan serat boleh membantu menurunkan kadar kolesterol.
Tapi perlu diingat, kacang juga mengandungi banyak lemak, kira-kira 80 peratus dari kandungan keseluruhan. Jadi meskipun sihat tetap batasi pengambilannya.
Hindari memakan kacang langsung dari bungkusannya kerana boleh membuatkan anda tidak sedar sudah memakannya terlalu banyak. Memadai jika anda mengambil segenggam kacang sahaja.
Jus Detoks
Proses pembuatan jus akan menyingkirkan kandungan serat yang membuat perut terasa kenyang. Namun, jika anda tidak juga berasa kenyang, ini menyebabkan anda cenderung untuk terus minum jus.
Tidak dinafikan, jus buah dan sayuran memang boleh memenuhi keperluan vitamin dan mineral, tapi sebenarnya ia juga menambahkan kalori tambahan.
Buah dan sayur yang diolah menjadi jus akan mengeluarkan lebih banyak kandungan gula serta kalorinya boleh lebih banyak berbanding yang masih dalam bentuk buah.
Teh Hijau
Teh hijau sudah lama dikenali sebagai minuman sihat yang boleh membantu turunkan berat badan, menurunkan kolesterol dan mencegah pelbagai penyakit.
Teh hijau juga banyak digunakan untuk meredakan sakit kepala dan mual. Tapi meskipun sihat bukan bererti anda boleh mengambilnya sebanyak mungkin. Pengambilan lebih dari lima cawan sehari boleh meningkatkan kadar kafein di dalam tubuh.
Kelebihan kafein juga boleh membuatkan sakit kepala dan mual bertambah teruk. Sebaiknya minum teh hijau dan jenis teh lainnya tidak lebih dari tiga cawan sehari.
Sushi dengan makanan laut segar
Salah satu jenis sushi yang klasik dan paling terkenal adalah Nigirizushi, iaitu nasi kepal dengan topping makanan laut mentah seperti salmon, tuna, udang atau sebagainya.
Ikan memang kaya akan omega-3 yang baik untuk jantung dan perkembangan otak. Tapi jika dimakan mentah, Anda juga berpotensi terdedah pada benda beracun iaitu merkuri.
Jika kadar merkuri sudah terlalu banyak di dalam tubuh, akan memberi kesan negatif pada sistem saraf dan boleh menyebabkan masalah kanser.
Jika anda termasuk dalam kumpulan penggemar sushi, boleh saja mengambilnya sesekali tapi jangan terlalu sering, sebaiknya sekali sebulan.
Resipi Sihat & Sedap, Dr Pakar Otak Ni Kongsikan Resipi Pancake Teh Hijau!ย ย
Resipi Sihat & Sedap, Dr Pakar Otak Ni Kongsikan Resipi Pancake Teh Hijau!
Lempeng atau pancake yang dimasak dengan bentuk bulat yang comel, biasanya tidak pernah mengecewakan selera anak-anak. Apatah lagi bila disertakan bersama topping madu, coklat, aiskrim dan sebagainya. Nyata cukup menyelerakan hingga membuatkan seisi keluarga tidak sabar untuk menjamahnya.
Tidak hanya dengan perisa asli, rupa-rupanya pancake ini juga boleh dipelbagaikan dengan rasa teh hijau dan dicampur dengan bahan-bahan lain untuk menjadikan ianya lebih berkhasiat dan mengenyangkan.
Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh doktor pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar di akaun facebooknya baru-baru ini.
Perkongsian resipi ini mendapat perhatian warganet sekali gus membuatkan mereka teruja untuk mencubanya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Jadi buat anda yang ingin tahu ramuan dan cara membuatnya, nyata menurut Dr Rizal begitu mudah untuk disediakan.
Ini resepi sihat nak buat pancake teh hijau.
Tak guna tepung putih. Tapi guna rolled oats. Elok untuk yang jaga berat. Bantu kenyang lebih lama. Kaya beta-glucan – bantu turunkan kolesterol dan gula dalam darah.
Untuk topping, boleh tambah madu, yogurt, blueberi dan kacang. Ikut selera sendiri. Memang merecik pekena masa breakfast. Bahan mudah nak dapat.
Bahan:
Susu segar
Madu
Ekstrak vanila
Rolled oats
Serbuk teh hijau
Telur
Serbuk penaik
Sedikit garam bukit
Minyak zaitun extra virgin (sapu pada kuali)
ARTIKEL MENARIK :
Ni Dia Air Lemon Dengan Macam-macam Resipi. Bukan Je Sedap Tapi Wanita Ni Amal Untuk Jaga Kesihatan!
Nak Kudapan Sihat Untuk Keluarga, Makanlah Kacang Tanah. Lagi Awesome, Buat Sendiri!
“Ni Resipi Saya Selalu Buat. Elak Lemak Berkumpul”- Dr Rizal Kongsi Amalan!
Cara buat :
1.Campur semua bahan basah kecuali minyak zaitun dalam pengisar. Kisar.
2.Kemudian, masukkan bahan kering dan kisar lagi sekali.
3.Pastikan adunan lembut. Biarkan adunan seketika.
4. Panaskan kuali leper guna api sederhana. Sapu sedikit minyak zaitun.
5. Cedok adunan guna senduk. Tuang dan biarkan setiap sisi selama 1-2 minit.
6. Terbalikkan dan angkat bila sudah bertukar warna perang.
Mudah bukan? Anak anak confirm suka. Kalau nak khasiat lagi berganda ganda. Boleh tambah sayur hijau.
Bila dah kisar, jadi tak nampak lah ada sayur dalam tu. Bolehlah cuba.
Sumber : Dr Rizal Abu Bakar
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
โBiar Apa Pun Yang Datang, Setiaku Hingga Hujung Nyawa.โ DS Wan Azizah Titip Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Ke-40
Kesetiaan dan kepercayaan adalah kunci kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Demi melihat orang yang disayangi hidup bahagia dan selesa, seorang isteri sanggup berkorban segalanya.
Pengorbanan seorang wanita yang bernama isteri dan ibu ini tidak terhitung nilainya. Mengandung, melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak segalanya dilakukan tanpa berkeluh kesah sedikit pun.
Pengorbanan wanita bernama Datuk Seri Dr Wan Azizah ini bukan semua mampu melakukannya. Tolak ke tepi bab politik, namun sebagai isteri dan ibu dia telah melakukan yang terbaik usai suaminya dipenjarakan.
Biarpun sudah hilang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, namun wajahnya masih manis menguntum senyuman,menzahirkan kekuatan diri untuk berhadapan dengan ujian sekali lagi.
Sukar diungkapkan dengan kata-kata bila mana ujian itu hadir di saat dirinya menyambut ulang tahun perkahwinan ke 40 hari ini. Datuk Seri Wan Azizah menerusi laman facebooknya memuat naik ucapan ringkas buat suami tetapi sangat menyentuh hati.
Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa.Selamat ulang tahun perkahwinan bersama @anwaribrahim_my yang ke 40.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 1980 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.
Dalam pada itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menitipkan ucapan romantis buat isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi Facebook.
“Selamat ulangtahun perkahwinan, Dr Wan Azizah Wan Ismail. Thank you,” tulis Anwar ringkas.
Selain disertakan sekeping foto mereka berdua sedang memotong kek, beliau turut menyertakan tanda pagar #duniaakhirat #tilljannah menerusi kapsyen.
View this post on InstagramSelamat ulangtahun perkahwinan, @drwanazizah. Thank you. #duniaakhirat #tilljannah
A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my) on
View this post on InstagramA post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my) on
Sumber: Dr Wan Azizah Wan Ismail & anwaribrahim_my