Rupanya ada 10 persamaan yang ada dalam diri suami isteri yang boleh kekal bahagia bersama lebih dari 10-20 tahun. Ikuti perkongsian Mohd Fhais mengenai ini.
1 – Sentiasa meluahkan perasaan. Ada tak puas hati terus luah, begitu juga jika rasa bangga atau gembira pasangan la orang pertama yang akan di cari.
2 – Segera memaafkan dan ikhlas juga. Usah pendam rasa sakit hati lama-lama. Bak kata tuan Afnan Rosli, perasaan tu adalah doa. Hari-hari doa sakit hati, maka betul Allah bagi sakit hati.
3 – Selalu berkompromi. Suami bukan raja yang kena ikut semua perintah, dan isteri bukan pemaisuri yang nak di layan setiap masa.
Ads
4 – Pasangan yang baik ialah pasangan yang selalu beri semangat, sokongan dan dorongan walau apa pun situasi.
5 – Terus mempercayai di kala orang lain tidak. Itulah pasangan sejati.
6 – Komunikasi sentiasa di jaga. Salah faham tetap tak dapat dielakkan tapi jangan sesekali guna bahasa kesat dengan pasangan.
Ads
7 – Sentiasa rindu merindui. Hari-hari jumpa pun sentiasa rindu. Nak ke mana-mana tak pernah seorang diri, sentiasa bersama.
8 – Tiada manusia yang sempurna sejak lahir. Mesti berani akui kelemahan dan berusaha untuk jadi sempurna.
9 – Lebih menerima keadaan walaupun tak ikut kehendak hati sendiri dan bukan sentiasa nak membetulkan.
Ads
10 – Pasangan bahagia tidak pernah mengharapkan apa-apa, sebaliknya dia sendiri yang memberi harapan.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Susah sama-sama, senang sama-sama. Itulah maksud perkahwinan sebenar.
p/s : Sampaikan juga pesanan ni pada pasangan lain di luar sana semoga mereka pun dapat manfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Namanya pernah gah suatu ketika dahulu namun selepas berkahwin, sedikit tenggelam ditambah dengan kehadiran muka-muka baru yang tak kurang hebatnya.
Biarpun kelibatnya jarang muncul di kaca tv, namun tawaran menyanyi tidak terhenti malah dia tetap aktif di luar sana.
“Kalau dulu selalu rasa tak keluar tv, show merudum kerana orang tak panggil. Sebenarnya itu semua atas diri sendiri. kalau kita tak aktif dan keluar depan khalayak orang takkan tahu saya masih ada di dalam industri ini. Populariti atau keluar atau tidak di kaca tv itu bergantung pada diri kalau di tv tetapi tak ada show tak berbaloi juga kan.
Suara asli hilang lepas bersalin
Mengakui suaranya sedikit hilang ‘original’ usai melahirkan anak, Ayu Damit yang juga dipanggil Ayu One In A Million tidak menyesal dengan keputusan mendirikan rumah tangga.
“Sya menyanyi kerana minat dan tak penat walaupun terpaksa struggle. Saya pernah ‘stop’ jadi suara asal tu dah ‘hilang’ jadi saya kena selalu berlatih untuk dapat kembali suara asal. Sebab itu saya terima semua tawaran tak kisah berapa yang diberi asalkan saya boleh berlatih menyanyi.
“Kalau sebut bab kahwin dan dapat anak antara sebab saya hilang suara original, memang kadang rasa rugi tapi bila difikirkan kelebihan lain yang diperoleh saya rasa keputusan saya ambil tepat. Saya boleh pelbagaikan range, mungkin sekarang kekuatan saya di bawah low note. Saya kena berlatih lagi jika mahu dapat kembali original note.
“Soal takut tu tak timbul cuma mungkin tanggapan orang bahawa saya boleh menyanyi note tinggi. Tapi sekarang mereka kena tahu saya juga boleh nyanyi low note.
“Kalau lepas ini diberikan lagi rezeki mengandung anak keempat saya tetap terima cuma buat masa sekarang fokus lebih kepada kerjaya,” ujar Ayu Damit atau nama sebenarnya Norayu Damit yang ditemui dalam majlis pelancaran program pencarian model reality online Miss Pinkylady anjuran Pink Lady dan diterbitkan oleh ICube Studio.
Tukar 16 pembantu
Ditanya mengenai pengurusan anak-anak, Ayu mengakui dia dan suami menguruskan sendiri memandangkan tiada pembantu.
“Dua tahun kami asyik bertukar pembantu kerana tak serasi, jadi lebih baik kami uruskan sendiri. Setakat ini 16 pembantu asyik bertukar dalam setahun lebih. Pengalaman itu mematangkan kami kerana pembantu yang di ambil ini ada yang lari dan ada yang tidak sesuai dan tak boleh buat kerja. Pengalaman mematangkan kami.
“Nasihat kami kalau nak ambil ejen, pilih yang betul-betul kerana bila diberi pembantu yang tidak tahu buat kerja atau terlatih atau jaga budak misalnya. Jangan yang asyik malas buat kerja, asyik main telefon dan sebagainya. Biasa kami akan bergilir-gilir untuk menguruskan anak jika terpaksa outstation. Memang agak susah bila terpaksa uruskan sendiri anak-anak tetapi kami dah biasa.
“Memang anak-anak selalu ikut kalau kami outstation dan cikgu sekolah sudah sedia maklum. Biasanya saya akan beri surat awal untuk minta pelepasan anak. Mungkin nampak macam mengganggu anak-anak sekolah, tetapi kami pastikan dia tetap belajar walaupun tak pergi sekolah. Yang kecil pun kami sudah masukkan dia ke taska untuk memudahkannya dikemudian hari,”ulas Ayu lagi.
Bisnes tanam cili
sebagai pengusaha tanaman cili yang berasaskan fertigasi sejak tahun lalu, perusahaan tersebut dilakukan bersama suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin. Ternyata pilihannya memilih sektor pertanian tidak salah kerana usahanya semakin berbaloi.
“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan walaupun pun pada peringkat awalnya, saya ingat konsep fertigasi ini senang nak diusahakan. Tapi konsep fertigasi ini berbeza dengan cara penanaman biasa,” katanya.
Tambah Ayu lagi, tanaman itu senang diusahakan berbanding jenis tanaman lain dan hasilnya juga singkat selain boleh dikomersialkan untuk mendapat lebih keuntungan.
“Kita semua tahu rakyat Malaysia suka menu pedas dan tentunya, permintaan untuk lada khususnya adalah tinggi. Kerana itulah kami sepakat melakukan perusahaan ini dan Alhamdulillah setelah hampir beberapa bulan dah dapat tengok hasilnya,” katanya menanam nenas dan kelapa sebelum ini.
Suami stylist tudung
Mengambil keputusan berhijab pada 2015, akui Ayu semuanya bermula dengan suaminya sendiri.
“Tiga empat tahun baru memakai tudung. kebetulan suami suruh jadi saya cakap boleh pakai tudung tapi daddy kena beri pada saya. Lebih bermakna kalau daddy belikan dan beri saya pakai. Waktu itu kami baru habis pantang anak ketiga. Tiga tahun yang lalu.
“Awalnya memang saya ragu-ragu dan berfikiran negatif takut pakai tudung ada lgi ke tawaran, orang kenal ke nanti dan macam-macam soalan lain. Tapi suami cakap jangan takut kalau ada rezeki adalah. Jadi suami belikan tudung dan terus saya pakai. Dan kekal sehingga sekarang alhamdulilah.
“Tapi yang lebih bermakna adalah suami saya sendiri yang pakaikan atau style kan untuk saya. Dia rajin lihat cara pemakaian artis lain yang bertudung. Dia selalu ikut saya ke mana sahaja show memandangkan kami tak ada pembantu rumah. Jadi sama-sama uruskan.
Usah ambil mudah bab pembahagian harta untuk diri kita sebagai isteri hingga tidak membuat sebarang persiapan untuk diri.
Ini dek kerana beranggapan harta suami akan menjadi milik mutlak isteri jika berlaku sesuatu yang tidak diduga.
Namun hakikatnya, hak isteri ke atas harta peninggalan suami adalah bahagiannya paling sedikit.
Hal ini dijelaskan lagi oleh peguam Roslina Sabiyah & Co. Jom semak dan fahami perkongsian ini.
Mudahnya Belajar Faraid – (Bahagian Isteri)
Kenapa nak mulakan dgn bahagian isteri dulu? Sebenarnya tak kisah mana dulu, cuma yang paling banyak soalan pasal faraid ini diajukan dari pihak isteri. Biasalah, isteri kan minister of finance merangkap minister of home affairs kan.. mestilah dia nak kena tau hak dia dulu. Walaupun isteri yang paling banyak menyumbang dalam pencarian aset dan harta suami, hakikatnya bahagian isterilah yg paling sikit.. inilah fakta yg ramai isteri2 terlepas pandang..
Bahagian faraid isteri ada 2 keadaan
– 1/4 : bila si mati TAK ADA anak
– 1/8 : bila si mati ADA anak
Dalam pembahagian faraid si mati suami, kita tak tengok isteri mana yg ada anak atau tak..tapi yg kita tengok ialah SI MATI ada tinggalkan anak atau tak? Kalau ada.. bahagian isteri2 akan dibahagi sama rata tak kira sama ada isteri tu ada anak atau tak ada.
Contoh pengiraan :
1) Si mati meninggalkan 2 orang isteri. Isteri pertama ada 2 orang anak, isteri kedua tak ada anak. Berapa setiap isteri akan dapat? 1/8 bahagi 2 isteri kerana si mati ada anak. Maka setiap isteri akan dapat 1/16 (walaupun isteri kedua tak ada anak dia tetap dapat 1/16 juga).
2) Si mati meninggalkan 2 orang isteri. Isteri pertama tak ada anak, isteri kedua seorang janda yang ada 2 orang anak (anak dengan suami terdahulu). 1/4 bahagi 2 isteri kerana si mati tak ada anak. Maka setiap isteri akan dapat 1/8 (walaupun isteri kedua ada anak dengan suami terdahulu). Anak tiri tidak mewarisi harta pusaka daripada bapa tiri.
3) Si mati meninggalkan 4 orang isteri dan ada anak. Setiap seorang isteri akan dapat 1/32 tak kira isteri tu ada anak ramai atau tak ada anak langsung, bahagian mereka sama sahaja.
Kalau macam tu tak adil la isteri pertama pun dapat bahagian sama dgn isteri muda. Isteri pertama dah kawin 20 tahun. Isteri muda baru je kawin setahun tapi dapat bahagian yg sama juga.
Sebenarnya, untuk isteri pertama mereka boleh dapat bahagian faraid dan juga boleh tuntut harta sepencarian ke atas harta suami yg dibeli dalam tempoh perkahwinan mereka. Isteri muda hanya berhak ke atas bahagian faraid tetapi tidak berhak menuntut harta sepencarian tersebut melainkan harta baru yang dibeli sebaik tempoh mereka mula berkahwin.
Secara ringkasnya, sifir faraid isteri-isteri ialah :
Jika si mati (suami) ada anak :
1 isteri – 1/8
2 isteri – 1/16
3 isteri – 1/24
4 isteri – 1/32
Jika si mati (suami) tiada anak :
1 isteri – 1/4
2 isteri – 1/8
3 isteri – 1/12
4 isteri – 1/16
Meskipun sudah dua tahun meninggal dunia, nama pelantun lagu ‘semakin’ iaitu tidak lain tidak bukan iaitu Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sering menjadi sebutan orang ramai.
Baru-baru ini, tular di laman Tiktok sebuah video tentang anak sulungnya, Uwais Alqarni yang mengimbau kembali momen bersama ibu kesayangannya itu membeli belah. Katanya dalam perkongsian itu, ketika mencari baju ibunya tertarik dengan minyak wangi seorang wanita yang lalu di sebelah mereka.
Dek kerana berkenan dengan bau tersebut, ibunya tanpa segan menegur wanita berkenaan bertanyakan jenis pewangi tersebut dan terus membelinya.
“Masa tu beli baju. Ibu terlalu sebelah perempuan ni tiba-tiba ibu macam bau perfume perempuan tu. Ibu kata perempuan tadi tu wangi, ibu nak tanya dia pakai perfume apa. Pastu ibu pergi kat dia ibu tanya dia pakai perfume apa dan ibu beli perfume tu,” katanya.
Usai menceritakan kejadian tersebut, Uwais terus pergi mengambil pewangi itu dan menghidunya seperti rindu akan kehadiran ibunya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata sebak mendengar kisah Uwais dan mengatakan Uwais seoranga anak yang kuat kerana bercerita tanpa menunjukkan reaksi sedih.
Untuk rekod, Allahyarhamah Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...