Meskipun sudah dua tahun meninggal dunia, nama pelantun lagu ‘semakin’ iaitu tidak lain tidak bukan iaitu Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sering menjadi sebutan orang ramai.
Baru-baru ini, tular di laman Tiktok sebuah video tentang anak sulungnya, Uwais Alqarni yang mengimbau kembali momen bersama ibu kesayangannya itu membeli belah. Katanya dalam perkongsian itu, ketika mencari baju ibunya tertarik dengan minyak wangi seorang wanita yang lalu di sebelah mereka.
Dek kerana berkenan dengan bau tersebut, ibunya tanpa segan menegur wanita berkenaan bertanyakan jenis pewangi tersebut dan terus membelinya.
“Masa tu beli baju. Ibu terlalu sebelah perempuan ni tiba-tiba ibu macam bau perfume perempuan tu. Ibu kata perempuan tadi tu wangi, ibu nak tanya dia pakai perfume apa. Pastu ibu pergi kat dia ibu tanya dia pakai perfume apa dan ibu beli perfume tu,” katanya.
Usai menceritakan kejadian tersebut, Uwais terus pergi mengambil pewangi itu dan menghidunya seperti rindu akan kehadiran ibunya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata sebak mendengar kisah Uwais dan mengatakan Uwais seoranga anak yang kuat kerana bercerita tanpa menunjukkan reaksi sedih.
Ads
Untuk rekod, Allahyarhamah Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Sebaik anak masuk ke dunia persekolahan, banyak perkara yang anak-anak perlu menghafal. Tidak terkecuali anak-anak perlu menghafal beberapa surah seperti yang diarahkan oleh guru setiap minggu.
Bukan mudah anak hendak menghafal namun ini tip yang dikongsikan oleh Pn Hanis Athirah Rusli bagi memudahkan ibu bapa mengajar anak-anak.
1. Niat dan doa kepada Allah semoga dipermudahkan kita mendidik anak dan semoga mendapat keredhaan Allah sentiasa. Doa yang dipanjatkan bukan satu perkara sampingan tapi antara tunjang kekuatan untuk anak kita berjaya menghafaz Al Quran.
2. Wujudkan suasana menghafal yang konsisten, sekejap pun tak mengapa. Kalau boleh tiap-tiap hari sentiasa konsisten. Otak anak seperti span yang mudah menyerap, ulang dan ulang setiap hari.
3. Bila sudah cuba, tapi anak masih lagi tak dapat-dapat, jangan putus asa. Usaha lagi dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan kita dalam menghafal surah dalam Al Quran. Perkara baik, yakinlah bahawa Allah akan berikan pertolongan.
4. Ulang secara santai bacaan surah anak. Semasa mereka bermain boleh, semasa jalan-jalan hirup udara segar dengan mereka pun boleh. Tidak ada jalan pintas, yang penting ulang banyak kali. Saya juga suka selitkan penceritaan kepada anak-anak. Barulah mereka faham dengan lebih mendalam apa yang mereka baca dan hafal.
5. Pasang audio Al Quran di rumah semasa anak berada dalam keadaan yang tenang. Boleh juga selang selikan dengan bacaan doa dan zikir. Boleh juga guna headphone untuk menambah keterujaan sambil mereka bertambah fokus anak untuk mendengar bacaan surah.
6. Tasmik dalam keadaan anak dan diri kita berada dalam keadaan tenang. Memarahi atau membentak langsung tidak membantu tapi dapat memalapkan terus niat mereka untuk mendalami ilmu Al-Quran. Sebagai contoh, boleh lakukan dalam kereta ketika dalam perjalanan ke sesuatu destinasi. Anak-anak lebih tenang dan fokus serta tiada medium lain yang boleh mengalih perhatian mereka.
7. Dalam kelancaran anak untuk menghafal, rendahkan expectation dan kurangkan perbandingan. Tanam dalam minda, setiap anak berbeza progress masing-masing. Fokus kelebihan mereka bukan kelemahan. Yang penting nilaikan proses bukan hasilnya.
8. Banyakkan bersabar. Menegur boleh tetapi gunakan suara yang tenang saja. Jangan masukkan emosi sehingga menengking anak. Ambil masa, tegur secara berulang dengan sabar lebih baik insyaAllah lebih berkesan. Tunjukkan cara bacaan yang betul, biar anak nampak mulut kita untuk sebutan huruf yang tepat.
9. Tidur adalah satu aktiviti yang kita lakukan setiap hari dan dalam sehari kita semua akan menghabiskan satu pertiga masa dengan tidur. Buat persediaan sebelum tidur, jadikan rutin mengalunkan ayat suci Al Quran sebelum tidur. InsyaAllah, bila dah menjadi kebiasaaan anak akan mudah mengingati surah lazim yang dibaca bersama.
10. Jaga pemakanan anak-anak dan pastikan mereka makan dari sumber rezeki yang halal. Elakkan makan ringan dan amalkan banyak makanan sunnah seperti madu, kurma, delima dan sebagainya.
Tak perlu rushing sangat untuk hafal semua surah, relaks-relaks janji usaha untuk praktiikan selalu. Yang seronok, bukan anak je boleh menghafal, kita pun boleh.
Yang baik itu datang daripada Allah, yang tidak baik itu adalah atas kesilapan dan kekhilafan saya sendiri. Maaf yaa atas yang kurang. Semoga bermanfaat insyaAllah.
Anak itu anugerah yang amat bernilai. Ada pasangan yang sukar mendapat anak, ada pasangan dikurniakan rezeki mempunyai anak yang ramai. Begitu yang dilalui pasangan Nor Shaeriani dan Mohamad Farisha.
Mereka dikurniakan tujuh orang anak perempuan yang berusia di antara dua bulan sehingga 13 tahun. Namun jauh disudut hati pasangan ini mempunyai impian untuk menimang anak lelaki pula sebagai pelengkap rumahtangga. Bukan tidak bersyukur kurniaan Ilahi tetapi naluri ingin jua memiliki zuriat lelaki.
“Masa mula dapat anak sulung perempuan, saya dan suami memang nak ‘cari’ anak lelaki. Kemudian dapat anak kedua, ketiga pun perempuan. Kami bersyukur namun tetap pasang impian nak dapatkan cahaya mata lelaki.
“Anak keempat dan kelima pula sepasang kembar, dan dua-dua perempuan juga. Begitu juga dengan anak keenam dan yang ketujuh.
“Saya dan suami okay sahaja, dan berharap dikurniakan anak lelaki selepas ini, mudah-mudahan sebelum berusia 40 tahun. Ada lagi tiga tahun untuk kami mencuba. Manalah tahu, dapat rezeki kembar lelaki pula,” kata wanita berusia 37 tahun ini.
Cuba pelbagai petua
Pasangan ini juga cuba pelbagai petua supaya impian mereka tercapai. Ia termasuk cadangan supaya ‘mencuri’ senduk di rumah orang yang mempunyai anak lelaki.
“Sejujurnya selepas dapat kembar, baru saya rasa nak tanya petua dapat anak lelaki. Ada orang kata, kena curi senduk di rumah keluarga yang ada ramai anak lelaki. Saya tak mahulah curi-curi ni… tapi kalau beritahu tuan rumah, tak menjadi.
“Dari segi pemakanan, kami juga ikut petua orang yang sarankan makan banyak daging dan seafood. Saya dan suami dua-dua cuba. Sampai suami ‘complaint’ kolesterol dia naik. Akhirnya tetap dapat baby perempuan juga.
Apa pun bagi pasangan ini, anak-anak adalah rezeki dari Tuhan. Pasti ada hikmahnya.
“Ini semua rezeki dari Tuhan. Pasti ada hikmahnya Dia nak bagi lelaki atau perempuan. Kita tak tahu. Kalau semua perempuan pun tak apa, nanti tunggu menantu lelaki pula.”
Semoga ada rezeki pasangan ini untuk mendapat zuriat lelaki pula.
Pengurusan anak ramai trik konsep ‘mak malas’.
Dalam pada itu, Nor Shaeriani sempat berkongsi tip menguruskan anak-anak perempuannya. Boleh dijadikan panduan bersama.
5 tips cara Mak ‘malas’ didik 6 anak pompuannya
1.Sebelum tidur Mak ‘malas’ tak sediakan barang sekolah anak-anak dia. Cuma Mak ‘malas’ membobel la jangan smpi esok kul 8 baru nk g sekolah…Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil
2.Anak makan Mak ‘malas’ tak kemas meja makan. Tapi Mak ‘malas’ akan pastikan 1 keluarga makan bersama-sama apabila tiba time makan..Mak ‘malas’ kata, “lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab”. Anak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri. Mak ‘malas’ cuma touch up kasi elok saja
3.Anak main Mak ‘malas’ tak penat-penat kemas semua. Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas. Kadang-kadang mak ‘malas’ memetir juga. Selagi X selesai Mak ‘malas’ akan membobel kasi kemas betul2
4.Anak mandi Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak ‘malas’ tak kutip. Mak ‘malas’ kata, “baju kotor masuk bakul”. Anak kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak ‘malas’
5.Spring cleaning Mak ‘malas’ tak buat sendiri-sendiri. Mak ‘malas’ kata, “Anak-anak hari ini spring cleaning, Kakak sapu sampah, mop, kak ngah dengan adik cuci toilet, papa buang sampah, kemas dapur”
Nasiblah dapat Mak ‘malas’. Lagi2 la sekarang Mak ‘malas’ kuat membobel time membuyung ni..bb dalam perut pun automatik terdidik oleh Mak ‘malas’
Hakikatnya Mak ‘malas’ bukan malas. Mak ‘malas’ nak didik anak tentang tanggungjawab. Mak ‘malas’ bukan kuli. Ini keluarga kita, tanggungjawab kita. Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli
Biar Mak ‘malas’ memetir sekarang daripada akan datang menyusahkan suami, dan menyusahkan isteri. “Mak ko tak ajar dari kecik ke?”. Eh..eh..lupa pulak anak Mak ‘malas’ mane ada laki kan …so , esok2 jgn smpi laki korang ckp mcm ni tau.
Bagus trik ‘mak malas’ ni. Boleh dijadikan paduan buat ibu-ibu untuk mendidik anak-anak berdikari. Inspirasi!
Sumber: Mstar & Shaeriani A Hamat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika pada usianya begini apabila menyambut hari jadi, pastinya akan meminta pelbagai baju pilihan hati dan hadiah idaman. Lain pula pelakon cilik, Puteri Balqis yang tidak mengharapkan baju cantik dan hadiah sebagai hadiah hari jadinya yang ke 12, sebaliknya hanya meminta ibu beraada disisi.
Dalam entrinya di IG, pelakon ini berkata,
“on my birthday today, i dont ask for a cake or to be dressed like princesss… All i wanted to just to next my mother. ..looking ather eye…hungging each other.”
Mesra dipanggil Aqish, terdahulu kanak-kanak ini pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014, menerusi drama Balqis arahan Erma Fatima yang disiarkan di sebuah stesten swasta.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di