Kebiasaannya, wanita apabila telah berkahwin dan bergelar ibu, istilah “cantik” bukan lagi menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian. Apa yang penting, makan pakai anak dan suami cukup terjaga.
Namun, berlainan pula dengan penyanyi era 1980-an, Zur Eda yang masih kelihatan cantik dan berseri, seperti tak makan dek usia.
Baru-baru ini, wartawan Majalah Keluarga menemui Zur Eda di Majlis Ramah Mesra PEKAWANIS Bersama NGO Negeri Selangor.
Penyanyi yang mendapat jolokan Sade Malaysia itu sempat membawakan dua buah lagu nyanyiannya di majlis itu.
Zur Eda, 54, juga sempat berkongsi rahsia penjagaan diri dan tip kekal ramping yang diamalkannya bersama wartawan. Ini perkongsiannya.
“Saya ni dah berumur 54 tahun. Tapi, saya sentiasa jaga pemakanan saya. Saya pernah sakit dulu, dan dari situ saya belajar untuk minum air kosong dengan banyak.”
Menurutnya, dia mula mengamalkan air kosong selepas disahkan menghidap batu karang.
“Saya pernah menghidap batu karang pada buah pinggang. Sakit yang teramat di mana saya koma selama 10 hari.”
Ads
“Sejak dari itu, saya jaga pemakanan saya dan sebagai seorang artis, saya harus menjaga penampilan saya.”
Selain air kosong, Zur Eda juga mengikut diet pemakanan yang betul, selain gemar minum jus tanpa gula.
“Ikut diet pemakanan yang betul. Jangan skip sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Kalau boleh, awalkan makan malam, jangan makan pada lewat malam.”
“Banyakkan minum air kosong dan minum jus tanpa gula. Makanlah nasi banyak mana pun, tapi minum air kosong.”
Ads
Dulu show banyak, kita boleh menyanyi di funfair atau majlis makan malam, tapi sekarang saingan banyak
Di samping itu, penyanyi yang popular dengan lagu Lama Tak Jumpa dan Kelmarin juga turut berkongsi mengenai perkembangan dunia seninya.
“Kalau nak dibandingkan dulu dan sekarang, masa dulu tu show tu banyak. Lambakan artis tu tak ramai. Tapi sekarang ni, kemunculan artis-artis baharu ramai jadi we share the cake.”
“Jadi, sebagai artis dan juga seorang isteri untuk membantu keluarga, saya mencari alternatif lain dengan berniaga.”
Ads
Jelasnya kepada Keluarga, keadaan ekonomi sekarang memaksa orang ramai, bukan hanya golongan artis, untuk mencari pendapatan tambahan.
“Keadaan sekarang ni memaksa, mahupun untuk golongan artis, penjawat awam atau yang bekerja swasta. Ramai yang terpaksa melakukan dua, tiga kerja. Itu saja cara untuk kita mencari pendapatan tambahan selain daripada gaji tetap bulanan.”
Rupanya sudah 30 tahun berniaga biskut
Tak sangka, rupa-rupanya Zur Eda sudah berniaga biskut selama hampir 30 tahun, selain sudah 8 tahun menjual masakan yang dimasak sendiri.
Katanya, dia ingin berkongsi air tangan dan minat memasak bersama peminat.
“Semasa berniaga, selain saya mendekatkan diri dengan peminat, saya juga berkongsi minat memasak dan juga air tangan saya bersama mereka. Saya banyak ambil tempahan atas talian.”
Zur Eda, atau nama sebenar Zur Eda Mokhtar, sudah bergiat dalam bidang seni sejak tahun 1983 dan masih aktif menyanyi hingga kini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pesona bibir seorang wanita akan nampak lebih berseri bila mana dioleskan dengan lipstik, lip gloss, lipsmatte atau pun memilih menggayakan liptint. Andai dibiarkan polos, bimbang juga wajah akan terlihat tidak bermaya.
Menyentuh tentang lip tint, sebenarnya lip tint ini mempunyai tekstur berbentuk cecair atau gel dan mousse. Lebih ramai gemar menggunakan lip tint ini kerana ciri-ciri istimewa yang ada padanya.
Pun begitu andai ada ingin mencuba menghasilkan sendiri liptint ini, bolehlah sediakan sediri dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di dapur. Bukan sahaja mudah dan jimat kos, menariknya juga bolehlah kita hadiahkan kepada anak-anak perempuan kita yang suka sangat main ‘makeup-makeup’.
Nak tahu apakah bahan dan bagaimana cara penyediaannya, jom semak perkongsian daripada Fatin Lee ini.
“Nak keluar, tapi liptint dah habis. Nak tak nak terpaksa DIY sendiri. Guna bahan yang ada kat dapur je.”- Fatin Lee
BAHAN-BAHAN:
✔ Pewarna makanan (mek ten guna sirap) ✔ Madu (melembabkan bibir) ✔ Botol liptint
Nak keluar liptint dah habiss.Terpaksa DIY sendiri. ?Cun jugak kaler nya. Bibir pun rasa lembab sebab ada madu.
Nak cantik tak perlu mahal, guna bahan di dapur pun boleh dapat kulit yang cerah berseri. Cuma kena tahu cara dan tipnya. Jom cuba perkongsian dari Aroora Dayana ini.
Tips penjagaan wajah menggunakan tepung beras untuk tampil putih gebu.Amalkan selalu ya.
Kebaikan tepung beras
?Menyerap minyak berlebihan di muka
?Memutihkan kulit muka jika digunakan secara konsisten
?Tiada bahan kimia
?Mengurangkan jerawat
?Menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata
?Menanggalkan sel-sel kulit mati
?Menyerikan kulit muka
cara -cara : 1 ) Beli sebungkus tepung beras kat kedai runcit.Murah je dalam RM1 ringgit lebih atau lebih.Lupa dah harga. 2 ) Ambik sesudu tepung beras tadi letak dalam mangkuk atau cawan.Suka hati korang lah nak letak dalam apa.Tupperware ke.Haha 3 ) Letakkan sedikit air bancuh pekat tau macam dalam gambar ni.Kalau korang nak campur serbuk kunyit pun boleh / yogurt / madu / putih telur.Tapi kak yana tak campur apa2 sebab untuk pakai harian kan.Terpulang pada anda. 4 ) Kemudian pakai macam mask atau macam bedak sejuk.Pakai sampai kering dan kemudian basuh.Kalau nak pakai sampai pagi esok pun takde masalah. 5 ) Amalkan setiap hari dan korang boleh tengok kesan dia.Kulit muka akan sentiasa lembut dan cerah.Jerawat semua xkan muncul.Nak ckp kulit kak yana ni flawless macam telur rebus tu tak lah.Bukan semua org perfect kan.So kak yana nk share lah sebab bnda ni dapat bantu kulit kita yang bermasalah.Jimat pun jimat kan?? Tak perlu guna produk mahal. mahal.
Sumber dari FB Aroora Dayana
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika diajukan soalan berkenaan berniqab, sebab apa hendak berniqab? Sebab suami suruh, jadi nak dapat keredaan suami dan Allah? Atau sebab trend, tengok semua pakai niqab kita pun terikut-ikut? Atau sebab nak perhatian? Atau sebab nak gelaran wanita solehah?
Tepuk dada, tanya iman. Jika niat kita baik dan lurus, alhamdulillah. Namun jika niat salah, lebih baik diperbetulkan dahulu.
Apatah lagi jika faham makna dan tujuan berniqab adalah untuk tidak menarik perhatian orang lain dengan cara menutup wajah, maka sewajarnya tidak mungkin akan berlebih-lebih merias mata untuk nampak menawan.
Ayuh kita ambil pengajaran daripadan perkongsian daripada Ustazah Asma Harun menerusi video yang tular di TikTok, Ustazah Asma berkata mata dan mulut adalah tarikan utama yang akan mengundang perhatian orang ramai untuk memandang.
“Pakai niqab tetapi mata sangat cantik. Tujuan pakai niqab untuk tidak menarik perhatian. Mata dengan mulut tarikan yang kuat bagi wajah, sama ada lelaki ataupun perempuan.
“Saya bukan tujukan kepada wanita pakai niqab saja.. semua wanita lah. Cuma bila pakai niqab, keinginan lelaki untuk melihat kecantikan wanita itu kadang-kadang lebih.
“Bila mereka tengok mata yang dicantikkan berlebih-lebihan, mereka membayangkan lebih lagi. Subhanallah Allahuakbar,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ustazah Asma’ memberitahu Islam tidak melarang wanita untuk berhias tetapi perlu tahu batas yang dibenarkan syarak.
“Sama ada pakai niqab atau tidak, maksudnya biarlah wajah kita natural. Kecuali mungkin pakai bedak sikit, sunblock ke krim untuk menutup cela.”
Itu kalau kita baca yang ditulis oleh jabatan mufti iaitu dibenarkan syarak supaya ada keyakinan diri, diri itu lebih bersih dan kemas dengan tujuan tersebut. Jangan sampai bertabbaruj,” jelasnya lagi.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang bayi lelaki yang tidak sempurna sifatnya terpaksa diuruskan jenazahnya dengan agak sukar selepas kerana dibekukan lebih dua minggu kerana gagal dituntut oleh bapanya.