Sedang dunia memberi tumpuan kepada tragedi letupan kapal selam Titan dalam ekspedisi meneroka bangkai kapal Titanic dengan membawa pelancong yang  bukan calang-calang orangnya, iaitu ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat kapal selam OceanGate, Stockton Rush, Paul-Henri Nargeolet, seorang penyelam terkenal Prerancis, hartawan dan anaknya serta bilionair British , Hamish Harding.

Difahamkan syarikat kapal selam itu mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.2 juta) bagi setiap seorang bagi menyertai ekspedisi ke bangkai Titanic yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John’s, Newfoundland.

Rupanya Isteri CEO Syarikat Kapal Selam Oceangate Yang Maut, Cicit Korban Titanic!

Disebalik insiden ini, turut didedahkan satu kebetulan yang cukup memilukan apabila difahamkan Rush iaitu ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat kapal selam OceanGate tersebut  didapati berkahwin dengan Wendy Rush iaitu cicit kepada Isidor dan Ida Straus yang meninggal dunia secara tragis dalam bencana Titanic 1912.

Rupanya Isteri CEO Syarikat Kapal Selam Oceangate Yang Maut, Cicit Korban Titanic!
Wendy Rush berkahwin dengan jurutera dan CEO OceanGate, Stockton Rush pada tahun 1986.

Isidor dan Ida adalah dua hartawan paling kaya yang menyertai pelayaran sulung Titanic sebelum ia karam.

Wendy Rush atau nama asalnya Wendy Minnie Weil, salah seorang daripada keturunan keluarga Straus.

IKLAN

Hubungan isteri CEO dengan pasangan terkenal Titanic itu disahkan melalui rekod salasilah dan telah menjadi perhatian ketika pencarian kapal selam OceanGate yang hilang berhampiran bangkai Titanic.

Rupanya Isteri CEO Syarikat Kapal Selam Oceangate Yang Maut, Cicit Korban Titanic!
Kredit foto: Straus Historical Society

Isidor dan Ida Straus yang juga pengasas bersama jenama Macy’s memilih untuk terus berada di atas Titanic biarpun telah ditawarkan tempat duduk dalam bot penyelamat.

KETIKA CUBA DISELAMATKAN, ISIDOR DIKATAKAN TIDAK BERGANJAK. LELAKI BERUSIA 67 TAHUN ITU BERKATA DIA TIDAK AKAN PERGI SELAGI SEMUA PENUMPANG WANITA DAN KANAK-KANAK TIDAK DISELAMATKAN.

Dalam situasi cemas antara hidup dan mati, Ida juga enggan meninggalkan kapal tanpa Isidor yang telah dikahwini selama 40 tahun.

Babak cinta sejati mereka turut difilemkan di dalam filem Titanic arahan James Cameron pada 1997.

IKLAN

Dalam filem berkenaan, Isidor dan Ida digambarkan berbaring di atas katil di kabin kelas pertama mereka ketika air sedang naik memenuhi kapal.

Menurut saksi di lokasi kejadian 111 tahun lalu, pasangan itu kekal berpelukan di bahagian dek kapal penumpang paling besar di dunia itu sehingga karam.

DILAPORKAN MAYAT ISIDOR DITEMUI DI LAUT KIRA-KIRA DUA MINGGU SELEPAS BENCANA ITU MANAKALA JASAD IDA TIDAK PERNAH DITEMUI.

Menurut salinan arkib New York Times yang diterbitkan pada 13 Mei 1912, patung peringatan untuk pasangan itu dibina di Dewan Carnegie New York City.

IKLAN

Sumber : Sinar Harian, Daily Mail

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Rupanya Isteri CEO Syarikat Kapal Selam Oceangate Yang Maut, Cicit Korban Titanic!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI