Mungkin masih ramai belum tahu terutamanya suri rumah yang bekerja sendiri, layak mencarum PERKESO.
Pastinya ini satu peluang yang hebat dan rugi jika dilepaskan demi memastikan kabajikan kita andai berlaku sesuatu yang tidak diingini di masa akan datang terjaga.
Berita gembira ini turut dikongsikan oleh seorang wanita ini dengan rasa keterujaan dan diharapkan agar ramai lagi memgetahui manfaat mencarum PERKESO untuk yang bekerja sendiri.
ini perkongsiannya.
Ok, saya sangat teruja mahu kongsi info ini.
Sejak Idzwan jatuh sakit pada 8 Mac 2015 dahulu, barulah saya kenal dan tahu apa sebenarnya fungsi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Sebelum tu, tahu juga tapi tak ambil pot sangat. Eheh.
Waktu itu sepupu saya yang bantu buat semakan nama Idzwan dan kelayakan carumannya untuk permohonan bantuan ilat serta pencen ilat PERKESO.
Walaupun caruman Idzwan ngam-ngam (dulu kami lama bekerja sendiri), Alhamdulillah caruman ‘cukup haul’ dan permohonannya lulus. Maka banyaklah dapat manfaat daripada Perkeso.
Masa itu barulah saya faham kenapa setiap pekerja (swasta) diwajibkan ada caruman Perkeso. Fungsinya lebih kurang sama macam kita ambil perlindungan insurans/takaful. Dan yang bagusnya, bayaran caruman PERKESO boleh dikatakan murah.
Setakat ini Idzwan telah menerima bantuan katil pesakit, ripple mattress, kerusi roda, kusyen alas kerusi roda, kerusi tandas, quadripod (tongkat) dan juga lampin pakai buang setiap bulan.
Ads
Oleh kerana disahkan mengalami hilang upaya kekal, Idzwan juga telah menerima pencen ilat, iaitu duit pencen yang dibayar secara bulanan oleh PERKESO (dibayar sehingga OB meninggal dunia. Jika OB meninggal, pencen ilat akan bertukar jadi pencen penakat – diterima oleh waris).
Syukur, Alhamdulillah.
Apabila saya dah bekerja sebagai penulis dan perunding hartanah, saya selalu fikir alangkah bagusnya kalau saya ada caruman PERKESO sebagai perlindungan. Baik sebagai penulis atau perunding hartanah, pendapatan saya berdasarkan jualan buku atau komisen, jadi tiada gaji tetap dan tiada caruman PERKESO dari penerbit atau agensi.
Tiba-tiba tadi Tuan Ashraf Helmi , seorang pegawai PERKESO hantar mesej kepada saya, info tentang skim baru ini iaitu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Khusus untuk golongan yang bekerja sendiri seperti peniaga online, penulis, pelukis, jurufoto, ejen-ejen, pemandu Grab, artis, tukang urut dan lain-lain.
Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Yay!
Ok, berikut antara info yang saya dapat :
– Nama Skim : Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri
– Bermula 1 Januari 2020
– Ditawarkan bagi 18 sektor : rujuk foto
.
Ads
– Cara daftar : Pergi ke pejabat PERKESO berhampiran
– Bayaran serendah RM13.10 sebulan
– Jadual pembayaran : rujuk foto
– Boleh buat bayaran setiap bulan, atau setiap 3 bulan, atau 1 tahun terus
– Perlindungan akan diambilkira bagi bulan yang dibuat bayaran sahaja (info lanjut nanti rujuk PERKESO ya)
Lain-lain boleh rujuk foto yang saya sertakan. Nanti saya cuba dapatkan salinan brosur yang lebih kemas. Ini tadi saya dapat dari Whatsapp. Kita rujuk mana yang ada dulu ya.
Tadi saya tanya, “macamana kita nak bagi bukti ke PERKESO yang kita ni penulis?”
Kata Tuan Ashraf, “Hanya beri IC dan sebarang kad atau bukti (dari penerbit) untuk mmbuktikan kita penulis buku”
Gitu. Nampaknya lebih mudah bawa saja buku hasil tulisan sendiri. Haha. Mungkin syarat yang lain nanti boleh tanya lanjut pada PERKESO.
Ads
Jadi, boleh maklumkan info ini kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan yang bekerja sendiri. Kawan-kawan saya – penulis, jurufoto, ejen (perunding) hartanah, peniaga-peniaga online semuanya boleh buat caruman PERKESO sekarang.
Yang mana ada masalah mahu ambil insurans atas kekangan kewangan, umur dan sebagainya, boleh pertimbangkan caruman PERKESO ini.
Dah sembur racun hari-hari pun tetap ada serangan serangga. Lagi lah jika tanam pelbagai jenis pokok di halaman rumah habis rosak.
Mungkin boleh cuba buat semburan organik buatan sendiri ni yang dikongsi oleh Liyana Mohd Poad.
Semlm dan hari ni ramai yg tanya cara nk buat air semburan kunyit+cili padi+bawang. Baik, saya sediakn cara-caranya di sini. 1)Sediakan botol minuman 1.5L. 2)Ambil sesudu besar serbuk kunyit dan masukkan ke dalam botol yg sdh disediakan. 3)Ambil 5 tangkai cili padi sama saiz.Patahkan 2 atau 3.Masukkn ke dlm botol. 4)Ambil 5 ulas bawang merah yg kecik (bukan bawang putih atau bawang besar). Belah dua dan ketuk sikit bg pecah lalu dimasukkan ke dlm botol tadi. Kulitnya sekali ya. 5)Isikan penuh air biasa ke dlm botol.Goncang. 6)Peram semalaman dlm suhu bilik. Saya letak bawah sinki. 7)Keesokannya (slps 24 jam) dah blh digunakan.Isi dlm botol spray.Tak prlu tambah air lagi.Spray pd pokok yg brmasalah terutamanya daun.Sesuai utk semua pokok sayur dan bunga berumur sebulan ke atas. Fungsi kunyit utk mematikan kulat /hama/kutu/ulat dsb pd daun dan batang. Cili padi dan bawang sbg agen pemangkin kematian.Ibarat wajah yg berjerawat, kunyit digunakan utk mengecutkn jerawat dan digunakn pd waktu mlm. 8)Syor saya, gunakn dua atau tiga kali seminggu. Petang sahaja,pukul 6.30 ke atas. Bakinya blh simpan. Bukan dlm peti sejuk.Letak dlm suhu bilik.Air semburan ini blh tahan sehingga 7-10 hari shj.
Memiliki anak istimewa adalah satu anugerah buat ibu bapa. Mungkin ramai yang yang sudah sedia maklum, pengasas produk D’Herbs dato’ Seri Aliff Syukri merupakan penghidap disleksia.
Disleksia bukanlah satu penyakit, tetapi ia merupakan sejenis gangguan yang membuatkan seseorang itu tidak mahir membaca, mengira, menulis dan mengeja.
Kini, anak perempuannya bernama Qadejah mewarisi genetik tersebut. Semalam genap 9 tahun usia Qadeja atau lebih mesra dengan panggilan Cess. Datin Seri Shahida dalam satu perkongsian menitipkan ucapan istimewa buat puteri perempuan kesayangan keluarga mereka ini.
25/11/2010-25/11/2019 . Ulang Tahun Qadejah El Zahra yg ke 9 tahun!!!(nama kakak nenek ammy yg bagi @bondarozitaibrahim )video cess ni waktu umur 4 tahun cess suka nasihat baem!! Cess anak disleksia…umur 6 tahun baru dapat tahu lepas pergi test atas nasihat guru sekolah….dan cess belajar di Pusat Disleksia Ampang selama 3 bulan…. . Alhamdulillah lepas usaha now cess dan boleh belajar mcm biasa,boleh baca dengan lancar dan sekolah mcm kanak2 biasa……so parents yg ada anak disleksia jgn bimbang ok…just fokus pada dia Insya Allah dia boleh belajar mcm biasa…
Dari mengandung,bersalin menjaga….cess anak yg sangat mudah dijaga….menyenangkan pendek kata cuma satu je suara tu nyaring🤣🤣….(mama tahu ikut abah kan). . Satu2 nya anak yg bila first time pergi sekolah x menangis……walaupun lepas hantar mama tinggal…..tapi juga anak yg paling suka layan mama,kalau travel cess la org paling sibuk bawa mama punya vitamin dan susu terutama time pregnant penuh beg dia dgn kita punya susu dan ubat!!
Mama doakan cess jadi anak yg solehah berjaya dunia dan akhirat….mudahan mendengar kata dan menjadi wanita yg hebat di sisi Allah SWT..dalam hidup ni x semua orang suka kita..jadi teruskan hidup selagi mana kita tahu apa kita buat tu terbaik utk diri kita🥰🥰
Bergelar ibu bapa bukan suatu yang mudah. Ini kerana ibu bapa kena tahu bagaimana untuk mengendalikan anak-anak yang buat perangai. Malah jika salah didikan akan memberikan kesan yang negatif kepada anak-anak.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais moga bermanfatt untuk dipelajari bersama.
Mak Ayah Tak Boleh Penting Diri !
5 perkara ni kalau mak ayah buat kat rumah boleh beri kesan buruk jangka panjang pada anak-anak.
Jangan buat 5 perkara ni ;
1 : Tak Tahu Apa Anak Nak
– Ikut cakap mak ayah, jangan degil ! Kalau cakap macam ni memang anak tak mahu ikut punya.
– Anak ni macam layang-layang. Nak layang-laynag terbang tinggi kena tarik guna konsep “tarik lepas tarik lepas”.
– Dengan anak pun tak boleh bagi arahan sahaja, tak pernah nak tanya apa anak mahu. Percayalah, semakin kita ambil tahu kemahuan anak semakin anak akan dekat dengan kita.
2 : Tak Peduli Apa Anak Nak
– Dah tahu apa anak nak kena ambil peduli, jangan di abaikan pula. Boleh luluh hati mereka nanti.
– Walaupun kecil tapi cuba usaha dapatkan kerana usaha kita itu akan menjadi ingatan anak sampai dewasa nanti.
– Berbudi pada anak mesti masa mereka kecil, dah besar nanti baru mereka ada hati nak membalas.
3 : Pandangan Anak Tak Penting
– Ya betul, orang dewasa lebih banyak makan garam, pengalaman lebih luas, dan penuh ilmu tapi tak bermakna pandangan anak muda ini tak berguna.
– Kita tak akan jadi lebih berjaya jika kita masih dengan zon selesa kita, kemajuan hanya mimpi tanpa penambahbaikkan sistem sedia ada.
– Sudah tiba masa mak ayah ambil kira pandangan anak anak, beri peluang anak anak buat keputusan sendiri. Mak ayah “Lead & Guide” sahaja agar tak sesat.
4 : Dambakan Pujian dari Orang Luar
– Terlalu mempedulikan apa kata orang, takut malu, takut kalah dan takut di persendakan sehingga memaksa anak jadi “sempurna” di mata orang dewasa.
– Malah di mata mak ayah hanya keputusan cemerlang sahaja di anggap bagus dan layak menerima pujian.
– Gagal peperiksaan tak memberi makna anak akan sentiasa gagal, tapi mak ayah akan “gagal” di mata anak jika gagal menilai usaha mereka.
5 : Tak Tunjuk Teladan Baik
– Mak ayah kena berubah bila dah ada anak, tak boleh masih sama macam masa bujang. Tidur tak boleh sampai ke petang walaupun cuti, makan tak boleh atas katil dan cakap kena sensored sikit.
– Anak adalah juara “Copy & Paste” tau, jangan melenting pula kalau nampak anak buat apa yang kita buat.
– Mahu anak suka membaca mak ayah dulu kena baca buku depan mereka, nak anak jadi seorang yang pandai berfikir mak ayah tak boleh la cepat gelabah bila ada masalah.
Ingat ye, Jangan buat !
Mohd Fhais Pentingkan anak-anak dulu baru kita akan jadi orang paling penting dalam hidup mereka.
p/s : Tolong kongsikan juga pada Mak Ayah lain ya yang selalu terlepas pandang benda macam ni supaya mereka pun dapat manfaat.
p/s : Saya juga selalu berkongsi banyak tips rumahtangga dan parenting di telegram. Join di sini -> t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di