Kepada penggemar mi hailam, tentu bau aroma masakan ini membangkitkan selera makan. Selain sesuai untuk dibuat hidangan ketika minum petang. Malah boleh aje menjadi menu makan malam bagi yang suka hidangan ringkas untuk keluarga.

Namun, walaupun untuk memasak mi hailam nampak senang dan ringkas tetapi jika bahan-bahannya tidak lengkap pasti rasanya tidak enak. Melalui perkongsian oleh Puan  Hasniza Hassan yang memaparkan resepi mi hailam istimewa dengan tumis lada hitam telah menjadi viral setelah mendapat share sebanyak 37 ribu daripada penggemar mi hailam. Rupanya viral setelah ditumis dengan lada hitam. Tentu aromanya lagi power kan! Tak cuba tak tahu. Jumpa buat menu ni hari ini.


Kuah mi hailam ni istimewa dan lain sedikit sebab ditumis dengan lada hitam. Kak Has dapat resepi ni dari mak saudara kak Has, Rohani Othman.

Punyalah suka, suami kak Has pernah request mi hailam ni untuk menu berbuka puasa selama 5 hari berturut-turut.

IKLAN

Kak Has nak kongsikan dengan kalian bahan-bahannya untuk 1 – 1 1/2 peket mi.

Bahan-bahanya: 

IKLAN

Rupanya Lada Hitam, Buat Mi Hailam Ini Viral Hingga 37K Share! Kena Cuba Resepi Simple Dan Sedap Ni

IKLAN

– 11 ulas bawang putih dikisar/ tumbuk
– 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar
– Daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat)
– 1 mangkuk stok air udang, kalau ada
– 15 ekor udang (terpulang nak banyak mana)
– 4 ekor sotong yang dihiris (terpulang juga)
– 1 biji tomato dibelah 2
– 1-2 biji cili merah dipotong
– Kobis dihiris dan sawi dipotong
– Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa
– Garam dan gula secukup rasa
– 1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Cara-caranya membuatnya : 

Rupanya Lada Hitam, Buat Mi Hailam Ini Viral Hingga 37K Share! Kena Cuba Resepi Simple Dan Sedap Ni
Tumis bawang putih dan lada hitam.
Rupanya Lada Hitam, Buat Mi Hailam Ini Viral Hingga 37K Share! Kena Cuba Resepi Simple Dan Sedap Ni
Tumis hingga kekuningan
Rupanya Lada Hitam, Buat Mi Hailam Ini Viral Hingga 37K Share! Kena Cuba Resepi Simple Dan Sedap Ni
Masukkan daging dan tambah air. Boleh masukkan stok air rebusan kulit udang kalau ada. Biarkan mendidih. Pastikan daging empuk.
Rupanya Lada Hitam, Buat Mi Hailam Ini Viral Hingga 37K Share! Kena Cuba Resepi Simple Dan Sedap Ni
Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.
Rupanya Lada Hitam, Buat Mi Hailam Ini Viral Hingga 37K Share! Kena Cuba Resepi Simple Dan Sedap Ni
Masukkan udang dan sotong. Jangan lama sangat nanti kecut.
Rupanya Lada Hitam, Buat Mi Hailam Ini Viral Hingga 37K Share! Kena Cuba Resepi Simple Dan Sedap Ni
Masukkan cili merah dan tomato. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa
Rupanya Lada Hitam, Buat Mi Hailam Ini Viral Hingga 37K Share! Kena Cuba Resepi Simple Dan Sedap Ni
Terus masukkan kobis.
Rupanya Lada Hitam, Buat Mi Hailam Ini Viral Hingga 37K Share! Kena Cuba Resepi Simple Dan Sedap Ni
Dah mendidih dan hendak diangkat, masukkan sawi. Tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
Rupanya Lada Hitam, Buat Mi Hailam Ini Viral Hingga 37K Share! Kena Cuba Resepi Simple Dan Sedap Ni
Gaul rata.
Rupanya Lada Hitam, Buat Mi Hailam Ini Viral Hingga 37K Share! Kena Cuba Resepi Simple Dan Sedap Ni
Masukkan mi.
Rupanya Lada Hitam, Buat Mi Hailam Ini Viral Hingga 37K Share! Kena Cuba Resepi Simple Dan Sedap Ni
Gaul rata dan terus hidang. Masukkan mi hanya apabila sedia untuk dihidangkan dan dimakan. Jika tidak, mi akan kembang.
Rupanya Lada Hitam, Buat Mi Hailam Ini Viral Hingga 37K Share! Kena Cuba Resepi Simple Dan Sedap Ni
Sedap dimakan terus, panas-panas.

Selamat mencuba untuk hidangan seisi keluarga! 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI