Selain hidangan rendang dan gulai, banyak lagi menu lain yang ibu-ibu boleh cuba menggunakan ayam.

Untuk kali ini apa kata cuba Resipi Ayam Varuval yang dikongsikan oleh Pavithra sebelum ini. Menurut Nor Azaliza Tarmizi resipi tersebut sempat dicatatkan olehnya sebelum video masakan tersebut dipadamkan oleh Pavithra baru-baru ini.

Jika ibu-ibu nak cuba sendiri,boleh tengok resipi yang dikongsikan ini.

IKLAN

Resipi Masakan India Ayam Varuval Versi Sugu Pavithra, Cukup Mudah & Sedap. Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Sementara SuguPavitra belum delete video-video dalam fb dia, jadi kita cuba masak Ayam Varuval yang resipinya dikongsikan oleh Sugu sebelum ini….Video-video masakannya dalam youtube semuanya telah dipadam…Tak tahulah kenapa dia padam…Jadi sy catat resipi di sini untuk simpanan.
#BIKMM

IKLAN

Ayam Varuval Sugu Pavithra
***************
1 ekor ayam dipotong 24(1.5-2kg)
2 sb yogurt asli
2 sk serbuk kunyit
1 sb jintan manis (SANGAI)
1 sb jintan putih (SANGAI)
1 sb lada hitam (SANGAI)
1 sb serbuk ketumbar (SANGAI)
2 sk serbuk cili kering
2 tangkai cili kering (SANGAI)
2 genggam kelapa parut putih (SANGAI)
3-4 batang kayu manis
7 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 @ 2 biji bawang besar dimayang (kalau bawangnya besar guna sebiji)
7 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
2 biji tomato (dipotong 10 setiapnya)
3 tangkai daun kari
2 pokok daun ketumbar (dipotong panjang)
Minyak untuk menumis
3 sb air untuk mengisar
Garam gula secukup rasa

Caranya
*********
1.Mula-mula perap ayam dengan yogurt dan serbuk kunyit.
2.Sangaikan jintan manis,jintan putih,lada hitam dan cili kering.
3.Kemudian sangaikan kelapa parut hingga keperangan.
4.Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat.
5.Tumis bawang besar,daun kari,kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga hingga bawang sedikit layu dan naik bau.
6.Seterusnya,masukkan bawang putih dan halia tumbuk.Tumis hingga naik bau.
7.Masukkan tomato dan teruskan kacau hingga tomato menjadi lembut.
8.Sementara menunggu tomato lembut,kisarkan bahan SANGAI dengan sedikit air.
9.Apabila tomato lembut, masukkan ayam dan kacau sebati. Biarkan lebih kurang 2 minit.
10.Kemudian masukkan serbuk ketumbar dan bahan kisar(SANGAI).Kacau rata.
11.Masukkan serbuk cili.Kacau rata dan biarkan ayam keluar air dan lembut.
12.Masukkan garam,gula dan separuh daun ketumbar yang telah dipotong.Gaul rata dan biarkan kuah sedikit kering dan sedikit pekat.
13.Akhir sekali taburkan baki daun ketumbar dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

IKLAN

Resipi Masakan India Ayam Varuval Versi Sugu Pavithra, Cukup Mudah & Sedap. Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Kredit : SuguPavithra

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI