Susunan kata-kata dan penulisan yang cukup menusuk kalbu, memberi impak dan meninggalkan kesan di hati rakyat. Bahkan, satu persatu ayat diungkapkan orang nombor satu negara dalam menerangkan hal negara dek akibat wabak Covid-19 cukup mudah difahami oleh rakyat baik di bandar mahupun di kampung.
Sehinggakan ramai yang memuji dan mengatakan setiap kali Perdana Menteri tampil di hadapan media dan kaca televisyen, penerangannya cukup mudah. Rupanya di sebalik teks ucapannya , ada insan lain yang turut membantu memberi idea dan menambahkan ‘kesedapan’ di dalam setiap ayat tersebut.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad yang membuka cerita tentang lelaki di sebalik teks ucapan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jika ditanya siapa yang membantu menulis dan menyiapkan ucapan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, maka saya fikir inilah orang nya,
Ads
Datuk Dr Marzuki Mohamad.
Beliau sebelum ini merupakan seorang pensyarah di UIAM, kemudiannya melangkah masuk ke Pejabat YB Timbalan Perdana Menteri ke-6 pada tahun 2009 hingga ke 2013 (Tan Sri Muhyiddin), kemudiannya mengikuti lagi Tan Sri Muhyiddin semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan pada 2013-2015.
Ads
Selepas itu beliau kembali ke UIAM dan menjadi pensyarah dalam dunia Politik Sains.
Pada 1hb Mac lepas, beliau kembali ke meja Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Setiausaha Sulit.
Beliau merupakan anak sulong kepada pasangan Almarhum Mohamad Bin Che Ibrahim dan Puan Rokiah Pa’chu dari Pasir Mas, Kelantan.
Ads
Maafkan saya jika saya salah. Boleh jadi Tan Sri Muhyiddin menulis ucapannya sendiri seperti YB Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun biasanya yang memurnikan sesuatu teks adalah pembantunya sendiri.
Semoga menjawab soalan dan pencarian kalian. Ya, beliau kacak seperti saya. Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Penulis teks Facebook sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelawak Shuk Sahar baru-baru ini ada berkongsi videonya ketika berada lapangan terbang. Difahamkan sedang bersiap-siap untuk berlepas menunaikan umrah.
Namun apa yang mencuri tumpuan warganet apabila Shuk turut memaklumkan bahawa umrahnya kali ini turut bersama Rossa Sera sekali gus membayangkan kemelut tangga mereka berdua sudah selesai.
Warganet turut membuat kesimpulan bahawa ini adalah peluang dari Allah buat Shuk agar dapat terus bermuhasabah diri sekali gus membina rumah tangga yang bahagia bersama isteri dan anak-anaknya.
Menerusi hantaran di laman instagram, Shuk berkata, umrahnya kali ini sangat istimewa kerana dapat bersama isterinya, Sera.
Begitu juga di Tiktok Sera turut dikongsikan momen mereka berdua dalam menunaikan umrah dengan menulis kapsyen, doakan kami berdua sambil membuat emoji hati agar mendapat haji yang mabrur.
Semoga ini sesuatu langkah yang membawa kebaikan kepada kedua-duanya, atau mungkin juga boleh dikatakan jodoh antara keduanya cukup kuat untuk kembali bersama.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Meninjau di ruangan komen, rata-rata menzahirkan rasa syukur melihat pelawak itu hadir bersama Sera ke Tanah Suci bagi beribadah dan mendoakan hubungan mereka berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Pelakon, Shakilla Khoriri meluahkan rasa bangga melihat anaknya, Ameena Sofea yang baru berusia enam tahun masih tidak tinggal puasa sepanjang Ramadan ini.
Kongsi Shakilla menerusi Instagram anaknya, walaupun demam namun Ameena masih tetap mahu berpuasa kerana tidak mahu terkurang pahalanya.
“Mashallah anak ni, besar betul berjuangan you Ameena. Allah pasti sayang sangat dekat you.
“Alhamdulillah. Hari ke 20 you berpuasa. Puasa penuh. Senang betul mendidik you berpuasa.
“Langsung Umi tak janjikan apa-apa bila Ameena puasa penuh. Tiga hari Ameena down with fever and still nak berpuasa sebab takut pahala dia kurang dari Umi. Mashallah tabarakallah,” ujarnya berkongsi.
Bahkan kata Shakilla lagi dia bersyukur kerana anaknya paling mudah diajar untuk berpuasa malah mudah bangun sahur sepanjang Ramadan ini.
“Umur you baru 6 tahun tapi you ada tanggungjawab untuk tunaikan rukun Islam. Syukur. Rezeki Umi ada anak yang baik macam you. Semoga yang baik baik je dalam hidup you anak solehah Umi.
“Umi so proud of you. Today Ameena makan sahur cepat-cepat. Habis nasi lelap terus sementara tunggu Umi,” katanya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Laut yang mana tidak bergelora, bumi yang mana tidak ditimpa hujan, begitulah juga perumpamaannya dalam melayari alam rumah tangga.
Apa yang pasti, ada pelbagai jenis ujian dan ini dikongsikan oleh Firdaus Shakirin. Ini katanya,
Jenis-jenis ujian dalam rumahtangga…
1. Ujian Mertua
– Tak semua orang memiliki mertua yang baik…ada yang terpaksa berhadapan dengan mertua yang selalu mencari salahnya, memandang kelemahannya dan mencanang kekurangannya…hal kecil diperbesarkan mertua kerana mertua tidak boleh menerima dia seadanya…utk ujian ini, hanya ada 2 keadaan,
Pertama, isteri menceritakan layanan mertua kepada suami, suami juga nampak dan faham dengan situasi isteri, maka suami akan cuba menasihati ibunya untuk tidak berbuat sedemikian pada isterinya…jika orang tuanya masih meneruskan perbuatan itu, suami menjarakkan isteri dengan mertua untuk sementara waktu…
Kedua, suami menganggap isteri memperburukkan orang tuanya, suami tak nak dengar dan minta isteri jangan buat macam tu sedangkan apa yang dinyatakan isteri itu adalah perkara benar…isteri dipersalahkan suami, suami tak nak faham dan memilih untuk menyebelahi org tuanya 100%…untuk keadaan ni, hanya kesabaran si isteri yang menentukan berapa lama hubungan itu akan bertahan…
2. Ujian Ipar
– Tak semua orang juga memiliki ipar yang baik…ada pasangan, yang mempunyai ipar yang suka mencampuri urusan rumahtangga mereka…apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan apa yg mereka beli, semuanya ipar ambik tahu dengan tujuan untuk menyampaikan perkara itu kepada seseorang…ipar kerap mencari salah pasangan adik-beradiknya kerana tidak serasi, tidak suka dan tidak puas hati kepadanya…ipar mengawal rumahtangga abangnya, kakaknya atau adiknya hanya kerana satu perasaan yang dipanggil dengki…
3. Ujian Kewangan
– Setiap pasangan pasti akan menghadapi ujian kewangan ini dalam beberapa tahun pertama setelah mendirikan rumahtangga…dulu, gaji bulanan yang diperolehi hanya untuk perbelanjaan seorang, tapi kini berdua…apa yang suami makan, isteri makan…apa yang suami pakai, isteri pakai…segala-galanya kena berkongsi…waktu ini, ada pasangan yang akan bergaduh sebab kewangan walaupun kedua-duanya ada pendapatan…maka, perancangan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga sangat-sangat penting bagi memastikan kewangan setiap pasangan itu teratur dan terurus…
4. Ujian Anak
– Expectation yang ada dalam setiap pasangan, iaitu bila berkahwin, kita akan dapat zuriat…anak ini rezeki, dan bila rezeki, maka Allah s.w.t tidak berjanji bahawa kita akan dapat apa yang kita impikan itu dengan segera…Allah s.w.t nak kita usaha dan sabar…Allah s.w.t hanya akan bagi rezeki anak bilamana Dia merasakan pasangan itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak itu disisi mereka…ujian terbesar tentang anak ini ialah pertanyaan yang tiada hentinya daripada mereka yang berada di sekeliling pasangan tersebut…pertanyaan ini yg akan membuatkan pasangan tertekan dan terbeban…
5. Ujian Kecurangan
– Adakah kita dah mengenali pasangan sewaktu kita bercinta dengannya? Adakah kita betul-betul tahu luar dalam pasangan masa kita berkawan dengannya? Kita hanya akan mengenali siapa pasangan kita, perangainya dan tabiat pasangan bilamana kita dah sebantal dan sekatil dengannya…dia mungkin ada mengenali orang lain sebelum berkahwin dengan kita, dia mungkin rapat dengan rakan sepejabatnya atau dia mungkin ada bekas kekasih…dan kemungkinan dia masih berhubung dengan orang-orang ini sangatlah tinggi…gejala kecurangan ini perlu dibendung di awal perkahwinan supaya ianya tidak berlarutan dan berterusan…
Akhir kalam, ada pasangan yang mampu menempuhi kesemua ujian-ujian yang dinyatakan, ada yang tidak…bagi yang berjaya, mungkin sekarang mereka dah bahagia…bagi yang tidak, mungkin sekarang mereka dah berpisah…hanya 2 pilihan itu sahaja yang ada untuk sesebuah rumahtangga bila diuji Allah s.w.t…
Sumber : Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.