Pernah makan tak kek tornado, yang dijual secara atas talian. Harga satu bekas memang boleh tahan, tapi rasanya memang berbaloi dengan harganya. Puas hati. Memang rasa nak makan hari-hari. Tapi jika kerap beli memang lari bajet lah duit dapur bulan ni.

Baru-baru ini, viral mengenai resipi kek tornado yang dikongsi oleh puan Fatimah Saari. Biarpun tidak sama dengan yang origanal, rasa tetap ada. Boleh lah hilang rasa teringin nak makan kek tornado hari-hari.

Jom kita lihat resipi ini. Hari boleh buat!

RESEPI KEK TORNADO VIRAL

Bahan-bahan:

3 biji telur
1 cawan gula
1 sk esen vanilla
1 cawan minyak
1 cawan 1/2 tepung naik sendiri + 1 sk soda bikarbonat ( Guna 1 cawan tepung je untuk  kek lagi moist)
(kalau  tak ada boleh pakai tepung gandum + 1sk soda bikarbonat + 1 sk baking powder..ayak)
1/2 cawan serbuk koko@blh ganti dengan milo klau xde serbuk koko/coklat
1/4 cawan air panas

Cara-cara

IKLAN

1. Pukul telur + gula + esen vanilla (pukul rata)
2. Masukan minyak masak *(kacau biar sebati)*
3). Masukkn tepung + baking powder + soda bicarbonat
4). Masukkan serbuk koko/coklat/milo
5). Last skali masukkn air panas kacau rata.
6). Bakar api atas bawah suhu 180/ 50minit brgantung pda thap kepanasan oven anda. kalau nak kukus boleh kukus 40-45minit.
(Tips untuk kek gebu tak perlu guna mixer..just kacau guna sudip je macam nak buat kek brownies tu )

UNTUK CREAM CHEESE
Bahan-bahan

250gram cream cheese
60ml whipping cream *(nk lebih gebu blh lebihkn whipping cream yea)*
3-4sb susu pekat *(nk manis@kurang manis blh lebih@kurangkn)*

IKLAN

Cara-caranya
1). Mixer cream cheese smpai lembut
2). Tambahkn susu pekat *(rasa tahap kemanisan yg anda suka)*
3). Masukkn whipping cream dan mixer sampai gebu dan ringan.

BAHAN COKLAT GANACHE
100ml whipping cream
250gram milk compound
2sb mentega/majerin
*(Double boiler smpai sebati last skli masukkn mrjerin)*

Selamat mencuba, memang sedap!

Sumber: Fatimah Saari