Sakit mata kan bila tengok kesan kotoran pada sofa di dalam rumah. Nak-nak lagi kotoran akibat sisa makanan yang ditinggalkan anak-anak. Ada yang minum air, pasti akan tumpah juga walaupun setitis. Betul tak? Tiba-tiba kita perasan, ada kesan tompokan pada sofa.
Dah tak cantik ada tompokan kan? Jadi, anda boleh menghilangkannya dengan cara yang dikongsikan oleh Nurul Wahyu ini. Nak share haritu ada ahli tya mcm mana ye nak hilangkan kesan tompok pada sofa yg color light2. ada ahli kelab ni share kata pakai air panas. so saya dah buat. mmg berkesa. terima kasihh pada yg share Caranya:
Letak air panas dalam mangkuk, kemudian rendam dengan kain bersih. Lap semua permukaan sofa bagi balance. Selepas itu lap dengan kain kering. Akhir sekali, biarkan kering menggunakan hydryer atau bawah kipas. saya pakai kipas jek. mmg berkesan. hilang tompok semua.
Sering berkongsi aktiviti bersama isteri dan anak-anak tirinya, tidak hairanlah jika keluarga kecil pelakon, Aidil Aziz bersama Fasha Sandha ini sering menjadi perhatian netizen. Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Azizjujur mengakui tidak menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan anak-anak tirinya.
“Sejujurnya saya memang menyukai kanak-kanak, saya mempunyai empat orang anak buah yang sangat rapat dengan saya. Dan apabila Allah kurniakan dua anak (Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma) saya berasa amat bersyukur. Walaupun masing-masing ada kerenahnya, tapi saya bersyukur kerana mereka berdua dapat menerima insan baru dalam kehidupan mereka.
“Putra Rayfal, anak yang pandai berdikari dan baik, selalu menjaga hati ibu dan ayah, Jemyma pula anak manja dan sedikit degil, tetapi selalu membuat kami tertawa dengan teletah mengada- ngada nya tu.
“Tiada spesifik tips sebenarnya, saya hanya menjadi diri saya sendiri. Saya ikhlas menyayangi Fasha dan kedua anak-anak saya ini. Saya tidak menganggap mereka sebagai anak tiri, malah saya menganggap mereka berdua adalah anak kandung saya.
Ditanya perasaan apabila bakal bergelar ayah, Aidil meluahkan rasa syukur dan tak sabar menantikan orang baru dalam rumah tangga mereka.
“Waktu Fasha beritahu berita ini, saya terus buat sujud syukur. Bersyukur kepada Allah kerana selepas beberapa kali keguguran akhirnya kehamilan ini berjaya dan sekarang dalam trimester ke dua (4 bulan lebih). Hari-hari saya membacakan doa di perut isteri saya, membaca empat Qul . Saya doakan agar kehamilan ini akan sihat sehingga melahirkan,” ujar pelakon drama Camelia ini lagi.
Biarpun sibuk dengan penggambaran, namun Aidil antara pelakon yang sentiasa menjaga penampilan diri.
“Saya tidak bersukan di gim, saya hanya akan bermain bolasepak dan cardio dua atau tiga kali seminggu bersama kawan-kawan saya. Saya juga mengamalkan pemakanan yang sihat.
“Isteri saya selalu membekalkan makanan buat saya dan memastikan saya makan banyak sayuran hijau. Untuk bidang seni, sehingga kini saya masih aktif dalam bidang lakonan, sekarang sibuk dengan pengambaran drama Arahan Shahrul Ezad untuk Astro sebanyak 30 episod.
Menyentuh soal mendidik anak-anak di rumah, Aidil mengakui agak tegas tetapi bergantung pada situasi.
“Saya lebih tegas dalam rumah tangga dan kami jarang ada perselihan faham kerana masa kami banyak terisi dengan penjagaan anak-anak, selalunya kami banyak berbincang dan memastikan tidak akan tidur dalam keadaan yang tidak gembira.
“Saya selalu akan pastikan ada ruang untuk kami berjemaah bersama-sama. Selain itu, kami juga selalu melawat kedua-dua belah keluarga. Dengan adanya silaturahim maka hubungan jadi rapat. Saya tidak sempurna tetapi saya selalu akan buat terbaik untuk memastikan isteri saya serta 3 anak saya (Rayfal, Jemyma termasuk dalam kandungan) gembira dan bahagia,” ungkap Aidil sebelum menutup perbualan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Orang kata kalau kentang yang mula naik hijau dan keluar tunasnya tak elok dimakan. Nak buang sayang pula kan.
Lepas ni jika ada ubi kentang dekat dapur ibu-ibu semua bercambah, sebaiknya jangan buang. Cuba tanam guna cara ni. Ada yang dah cuba dan menjadi tanamannya. Boleh tuai hasil. Dua bulan sudah nampak hasilnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Zienie G-nie. Jom cuba sendiri untuk lihat hasilnya nanti.
Hai…saya saja nak share pengalaman saya tanam kentang tahun lepas…ni hasil selepas 2 bulan saya tanam….sebaiknya tunggu lg 2 bulan tapi sy bukan penyabar…excited nak tengok isinya.
1. Ambil ubi kentang lalu dipotong separuh. Rendam bahagian dipotong suku tenggelam selama 4 hari supaya akarnya keluar cepat. elak terendam habis dan kentang busuk, cocok guna lidi.
2. Apabila kentang sudah keluar tunas, tanam dalam pasu. Letak tanah 1 inci kemudian masukkan kentang.
3. Tutup benih kentang dengan sedikit tanah. Apabila pucuk semakin tinggi, tambah lagi tanah. Siram pokok sehari sekali
Tip tambahan:
Waktu terbaik tuai ubi kentang adalah bila daun bawahnya mula menguning. Yang (saya) punya ni hasil selepas dua bulan daun masih segar dan sebaiknya tunggu lagi dua bulan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...