Rupanya makan pisang ni, kena ada ilmu. Tahap ranum atau tidak pisang akan melambangkan kesihatan pisang itu. Jika selama ini kita hanya makan pisang untuk khasiatnya. Tetapi melalui perkongsian doktor ini menjelaskan lanjut mengenai tahap manfaat pisang.
Ikuti perkongsian ini Hafiz Sulaiman moga bermanfaat bersama.
PISANG MUDA, PISANG RANUM
Bila makan pisang, ramai akan bedal saja kan asal sedap. Macam saya sendiri, lebu ranum sangat tak suka. Kalau putik muda sangat kelat pulok. Sedang-sedang pilihan hati..rupanya paling sihat dan selamat!
Makan pisang pun sebenarnya kena tengok level masak ke tak dan ejas dengan keserasian perut kita serta apa aim kita untuk kesihatan.
Ini petuanya:
Ads
PISANG HIJAU TAK MASAK
1. Time kelat ni kandungan serat sangat tinggi. Serat tinggi ini susah di cerna perut kita. Kuman perut akan makan pisang susah cerna ni. Jadi pisang hijau memang prebiotik (makanan kuman usus) yang bagus. Paleo diet dulu-dulu fenomena kerepek pisang tanduk (plantain) sebab ni lah.
2.Bagusnya pisang hijau ni juga ialah sebab rendah FODMAPs Jadi jika anda ada alah FODMAPs elok lah elakkan pisang masak supaya tak kembung.
3.Masalah satu je pisang hijau ni. Sebab susah cerna, jadi mereka yang ada masalah kembung seperti SIBO, IBS dan masalah pencernaan lain molek lah elakkan dulu awal-awal rawatan pemulihan ya.
PISANG MASAK
4. Lagi masak pisang ni, antioksida lebih tinggi sebab lagi lama hidup. Paling penting, pisang masak lebih sedap..sebab kandungan gula makin tinggi.
Ads
Tapi orang sakit diabetes kena hati-hati sebab kandungan gula sebijik pisang ni dalam 12gram ye.
5. Makin masak pisang yang tak bestnya, ialah kandungan ejen saraf DOPAMIN dan SEROTONIN dalam pisang ni berkurang. bahan ni penting untuk perasaan “pleasure” dan “rewarding” serta penting untuk pergerakan badan. Kalau kekurangan dopamine badan gerak tersekat-sekat macam orang parkinson.
Serotonin pula hormon yang kawal mood serta penting untuk buat hormon tidur, melatonin. Orang anxiety, depression dan insomnia didapati kekurangan serotonin biasanya.
6. Orang ada angin, saraf dan badan jadi sensitif…orang tua-tua kata angiinnn..Molek lah jangan banyak makan pisang ranum sangat sebab tinggi ejen saraf HISTAMIN. Orang ada angin, perut dia rosak jadi enzim yang proses histamin dah kurang efisyen..Jadi histamin kumpul banyak dalam badan sebabkan radang dan alahan…angin-angin sana-sini. Mengikut pengalaman klinikal saya, jenis pisang emas dibawa belayar, masak sebijik atas peti paling “angin”. Pisang berangan okay sikit.
Ads
Jadi nak makan masa hijau ke..masa masak? Tepuk dada, tanya selera.. Tengok tahap kesihatan lah jugak ye.
Makan beringat sikit kang perut sakit, badan menjerit.
Setiap ibu bapa pastinya ingin anak menjadi seorang yang cerdik pandai. Malah ada yang sanggup menyediakan kelas tambahan supaya anak dapat ke sekolah berasrama penuh seterusnya melangkah ke menara gading.
Malah setelah semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di tutup ekoran arahan PKPB ,pastinya ada yang risau pembelajaran anak, Biarpun ada pembelajaran secara online di rumah.
Bagaimana pun, dalam tempoh ini tidak harus dijadikan alasan anak ketinggalan dalam pembelajaran disebabkan tidak hadir ke sekolah. Namun, ibu bapa sendiri boleh menjadi pemangkin di rumah untuk mendidik anak.
Menarik untuk di kongsi supaya menjadi panduan kepada ibu bapa yang ingin mengetahui teknik mendidik anak, boleh melihat perkongsiannya seorang bapa ini, Hasrulnazim Hassan dan isterinya, Haslinda Bt Zainal Arpin cara mendidik anak menjadi cemerlang.
Menerusi blognya, jauh di sudut hati beliau bukan hendak mendabik dada atas kecemerlangan anaknya, namun atas permintaan ramai yang ingin tahu rahsia mendidik anaknya.
Maklumat Terbaru, pada tahun tahun lepas anak sulungnya itu yang telah menduduki PT3 dengan keputusan 13A memang menakjubkan. Hasif Amri bin Hasrulnazimi merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdullah Fahim.
Ikuti perkongsian beliau
Sharing is Love. Saya tak mahu jadi pelokek sehingga ada yang bertanya, saya menyombong dan tidak mahu memberikan jawapan. Mungkin apa yang akan saya berikan ini boleh dijadikan panduan dan tips untuk calon-calon UPSR akan datang.
Amri adalah anak sulong saya. Dan menjadi idaman buat semua ibu bapa yang anak pertama akan lahir menjadi seorang anak yang menjadi contoh pada yang lain. Saya dan isteri, sewaktu awal perkahwinan memang mengidamkan anak yang soleh, bijak, pintar, patuh pada ajaran agama dan sihat. Maka, apa yang kami lakukan ialah mengikuti tips dan petua untuk melahirkan anak yang soleh menerusi buku-buku, ebook, dan juga majalah keibubapaan.
20 Tips Petua Anak Berjaya UPSR 6A
Alhamdulillah. Kami gembira kerana segala petua itu nampaknya memberikan kesan yang baik untuk anak kami, khususnya Amri.
Ok … ini sahaja yang dapat saya ingat dan apa yang saya amati. Maaflah sebab saya main tulis ikut apa yang terlintas .
Tugas seorang ibu bukan sesuatu yang mudah. Menguruskan anak-anak dan rumah tangga sendiri, mungkin ada yang kata tak perlu pening kepala nak fikir hal kerja, tak perlu stres mengadap jem dan sebagainya. Namun sebenarnya tugas suri rumah paling stres. Bermula pagi membawa ke malam, tiada istilah bersenang lenang dan hanya waktu tidur masa untuk rehat. Belum bab cuti umum, orang lain ‘merdeka’ dari bebanan kerja namun tugas suri rumah sama sahaja.Begitu juga dengan wanita yang bekerja, pulang dari kerja anak-anak dan keluarga menjadi keutamaan. Sebab tu sebagai suami , kena buka mata dan lihat penat lelah yang dilalui sang isteri. Tak salah menghulurkan bantuan waima mencuci sebiji cawan pun itu sudah membuatkan isteri anda rasa dihargai.
Penat macam mana sekalipun bila ada insan tersayang yang prihatin semuanya akan hilang di bawa dek angin lalu. Tak salah kan kalau beri isteri sedikit waktu untuk ‘me time’. Itu barulah dinamakan #relationshipgoals
Baca perkongsian dari saudara Akhtar Syamir menerusi laman facebooknya. Moga bermanfaat! “ME TIME”
“Sayang, boleh tak arinie sayang nak keluar dengan Kak Risz dan Ana? Anak-anak, sayang bawak sekali, Ana pun bawak Aiman.”
Belum sempat dia sambung, saya dah cakap “Boleh sayangku, jaga diri baik-baik, jaga anak-anak.”
Kenapa saya terus benarkan tanpa banyak soal? Pergi mana pun tak tau, balik pukul berapa pun tak tau. Tapi main bagi je.
Kerana saya nampak nie sebagai peluang. Peluang untuk beri isteri saya dapat sedikit sebanyak “ME TIME” yang boleh. Saya sedang bekerja, jika tidak saya sendiri akan jagakan anak-anak untuk dia. Lagipun saya kenal dengan ipar-ipar Isteri saya tu.
Apa sebenarnya “ME TIME” nie ye?
“ME TIME” ialah situasi di mana pasangan kita mendapat masa terluangnya SENDIRI dan dia bebas melakukan apa yang dia mahukan. Terpulang jika dia nak bawak anak ke tak nak. Pilihan terletak di tangan Isteri tetapi mengikut kesesuaian keadaan jugak. Kalau suami tengah bekerja macam mana nak tolong jagakan anak ye tak?
Sehebat mana pun kita biasa dengar pasal QUEEN CONTROL, sebenarnya kes di mana Isteri tidak mempunyai kuasa untuk bersuara atau menentukan apa – apa dalam hidup adalah amat banyak. Cuma kita je yang tak tau sebab Isteri yang diperlakukan sebegini jarang berkongsi kerana tidak mahu mengaibkan suami dan dirinya sendiri.
Senario seperti, suri rumah atau Isteri yang bekerja tidak boleh melakukan aktiviti lain selain mengemas rumah, memasak serta menguruskan suami dan anak sahaja. Sebaliknya suami bebas mempunyai masanya sendiri seperti berjumpa kawan, memancing, berkonvoi kenderaan, bersukan sendiri di gym dan hobi – hobi yang lain sambil meninggalkan Isteri di rumah setia menanti cinta hatinya pulang dari “ME TIME” mereka.
Soalan seperti “Abang boleh, kenapa sayang tak boleh? Sayang pun nak keluar dengan kawan / ipar / adik beradik jugak” bakal disangkal dengan perkataan “awak tu isteri orang, anak pun dah berderet, duduk rumah jaga anak je, itu tanggungjawab awak, nak keluar buat apa”?
Amatlah kasihan apabila terjadi perkara sebegini di mana pasangan menutup rapat mata dan telinga tentang betapa pentingnya “ME TIME” buat Isteri.
Kenapa ianya penting? Kerana kita sebagai suami belum tentu mampu buat apa yang Isteri kita buat SETIAP HARI.
Jangan bohong jika ada suami berbangga berkata mereka boleh menggantikan SEMUA tugas Isteri. Sehari mungkin, dua hari dah mengeluh, seminggu dah tension, sebulan dah naik gila. Memang tersangat penat. Kita kadang-kadang nampak senang kerana mereka hebat dan cekap dalam membuat kerja-kerja tu. Ambil contoh basuh berak anak je. Bukan semua lelaki mampu. Itu tak masuk bab bagi makan anak. Kalau anak tak nak makan, terus kita biarkan je. Sedangkan kalau Isteri yang bagi, mesti dipaksanya habis sepinggan.
Salah satu komponen dalam “ME TIME” ialah rehat. Isteri kita perlukan rehat. Penat weh jadi suri rumah sepenuh masa. Penat jugak menjadi suri rumah DAN bekerja. Bagilah mereka rehat jugak. Mungkin ada yang kata “saya tak perlukan ME TIME, saya nak spend masa dengan anak dan suami je”. Bagus juga begini, tapi itu pilihan anda. Keluarga kita, kita corakkan BERSAMA. Bukan dari suami sahaja.
Komponen lain dalam “ME TIME” ialah bersosial.
Bila dengar perkataan nie saya jamin ramai suami yang dah mula marah. Bersosial tidak salah. Jika perkara buruk terjadi dari bersosial, orang tu sendiri yang perlu dipersalahkan. Bukan konsep bersosial tu. Bersosial dalam kawalan adalah amat baik di mana Isteri meluangkan masa bersama adik beradik, kawan dan ipar yang kita kenal. Mereka tersangat perlukan benda nie. Bayangkan hari-hari mengadap muka kita dan anak-anak je. Sedangkan kita pergi kerja dapat juga jumpa kawan-kawan. Janganlah pandang negatif perkara nie kerana ia amat memberi manfaat kepada Isteri kita.
Akhir sekali ialah minat dan hobi. Kita sebagai suami ada minat dan hobi kita. Ada yang minat bermotor, kereta, memancing, gym, tengok bola, futsal, bowling dan lain-lain. Kalau kita boleh, kenapa kita anggap isteri kita tak perlu semua tu? Isteri pun manusia jugak kan?
Saya bukan nak ajar macam mana nak uruskan rumah tangga. Cuma saya nak bukakan mata yang selama nie tertutup. Harap jangan salah faham dan buang ego tu jauh-jauh. Kita bukan sentiasanya betul. Termasuklah saya sendiri.
Berilah “ME TIME” kepada Isteri anda. Mereka layak dan perlukannya. Mesti mereka seronok dapat keluar bersama rakan perempuan dan buat aktiviti perempuan yang kita sendiri sebagai lelaki mungkin tidak faham. Tahan ke nak menunggu berjam-jam mereka window shopping? Belum tentu kan?
Hasilnya, anda akan hidup dalam keluarga yang harmoni, toleransi dan Isteri yang happy. Saya selalu tekankan ;
Isteri yang Happy = Keluarga yang happy.
Dan konsep “Kebebasan yang Terkawal” perlu diterapkan. Ianya umpama bermain layang-layang, bebas tetapi masih setia dengan pemegang benang.
Saya doakan semoga keluarga kita semua sentiasa bahagia sampai bila-bila.
Dan jika apa yang saya sampaikan ini bermanfaat, silakan SHARE supaya dapat juga memberi manfaat kepada orang lain. Jangan copy paste tanpa kredit tau. Kesian saye taip panjang-panjang.
Memasak satu kemestian lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai anak. Namun, ada kalanya ativiti memasak boleh mengakibatkan periuk, belanga mahupun kuali jadi hitam legam akibat kesan hangus. Sayang periuk tu, silap-silap nanti kena buang pula, kan dah rugi.
Meskipun pelbagai cara telah digunakan, memang agak susah nak sental periuk jika sudah terlajak hangus.Namun, usah peningkan kepala, jom cuba petua mudah ini, tanpa perlu gunakan produk yang mahal pun.
Selalunya ianya digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek dan kuih muih. Tetapi kali ini gunakan baking soda untuk hilangkan kesan hangus pda periuk. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang sudah hangus berkerak tadi bersama dengan satu sudu serbuk penaik. Biarkan selama beberapa jam. Hasilnya kesan hangus tadi akan menjadi lembut dan lebih mudah untuk dibasuh dan disental.
Caranya, masukkan air dan satu cawan cuka ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi, kemudian didihkan ia.Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan dua sudu serbuk penaik atau soda bikarbonat. Sental sehingga kesemua kerak hangus tertanggal. Jika perlu tambahkan lagi soda bikarbonat . Cara ini amat sesuai untuk kesan hangus yang nipis atau kurang tebal seperti air menjadi kering didalam cerek dan sebagainya.
Caranya, perahkan beberapa biji limau nipis (ikut kesesuaian besar periuk dan kuali) kemudian campurkan dengan satu sudu garam. Biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.
Seboleh-bolehnya carilah buah tomato yang tidak terlalu masak, ini kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Caranya, lenyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi. Biarkan selama semalaman sebelum anda teruskan kerja menyental dan mencuci.
Amat sesuai digunakan untuk jenis hangus yang diakibatkan oleh gula karamel. Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang hangus tadi dengan minuman berkarbonat.Biarkan selama beberapa jam. Selepas itu anda bolehlah menguji sama ada kerak tersebut sudah tertanggal atau tidak dengan mencungkil kesan kerak tersebut menggunakan sudu besi. Jika tidak, biarkan selama semalaman.
Potong sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendamkan ke dalam periuk atau kuali yang hangus sehingga kembang. Kemudian, sental periuk tadi dengan sabun tersebut, Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus dawai.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di