Pernah tak alami situasi ini apabila, anak-anak sedang bergaduh. Adakah kita perlu marah abang atau anak yang kecil. Ini satu tips yang dikongsi oleh seorang Ustaz.
Ikuti selanjutnya perkongsian bermanfaat ini untuk memastikan kita mendidik anak dengan cara yang betul.
Dulu semasa saya kecil, saya selalu bergaduh dengan abang saya nombor lima. Macam anjing dengan kucing, ibaratnya. Hehe! Tetapi ibu saya selalu menangkan abang. Ibu marah dan rotan saya.
Pernah sekali saya mencarut, keluar perkataan bukan-bukan (semoga Allah maafkan saya), abang-abang pun apa lagi, tangkap dan ibu ambil cili dan cilikan mulut saya. Pergh! Rasa 2 inci tebal mulut ini. Padahal itu salah abang saya, bukan salah saya. Saya rasalah. Hehe!
Satu hari, saya duduk dalam satu ceramah parenting daripada seorang ustaz ini.
“Kalau anak kita bergaduh yang kecil dan besar, jangan marahkan yang besar sebab dia dah besar.
Malu dia depan adik dia bila dia kena marah. Tapi marahkan yang adik. Bila abang tengok adik dia kena marah, si abang akan rasa kasihan pada adiknya,” katanya.
Saya terus terfikir. MasyaAllah, ibu saya tak pernah pun pergi ceramah parenting seperti ini, saya rasa. Atok-atok nenek kita tak pernah pun pergi kursus bagai. Tetapi cara didikan mereka itulah yang menyebabkan kita menjadi ‘manusia’ hari ini. MasyaAllah.
Ada seornag cikgu ini memberitahu saya satu lagi ilmu, macam mana nak beri anak-anak kita berkasih sayang. Rupa-rupanya dari kecil lagi kita perlu melatih mereka memberi hadiah sesama dia.
“Akak, ini hadiah adik bagi. Akak cakap akak sayang adik,”
Kadang-kadang beritahu juga pada kakak,
Ads
“Adik, ini kakak ada bagi hadiah,”
Sebenarnya kita yang beri hadiah itu tetapi gunakan nama anak-anak kita yang bagi. Nanti mereka sayang antara mereka.
Tetapi sedih bila melihat situasi hari ini. Kadang-kadang bila pergi shopping dengan wife, ternampak gelagat mak dan ayah marah anak mereka di depan orang ramai. Cubit, lempang anak di depan anak-anak yang lain. Baru saya faham sebenarnya setiap anak ini ada maruah masing-masing. Jangan jatuhkan air muka anak kita di depan anak-anak yang lain supayah mereka saling sayang menyayangi dan hormat menghormati.
Ads
Sebab itu kadang-kadang saya ditanya, “Anak saya ini makin besar, makin tak nak ikut kami pergi ke mana-mana ustaz. Budak-budak sekarang..”
Bagi saya, sama saja budak sekarang dengan budak dulu. Tetapi bagaimana cara kita mendidik dan suasana yang kita wujudkan di rumah dan di tempat dia belajar.
Anak-anak hari ini lebih suka duduk dengan kawan-kawan mereka sebab kawan-kawan lebih pandai menghargai dirinya berbanding kita ibu bapa menghargai anak kita. Kita lebih suka bercakap dengan telefon dan senyum pada telefon berbanding senyum dan bercakap dengan anak-anak kita.
“Ya Allah, ampuni kami. Semua salah saya,”
Saya pernah dikongsi satu orang pakcik. Dia suami kepada cikgu kima saya dulu, Cikgu Joned Badar. Pakcik Mus ada 11 orang anak lelaki dan semua berjaya dengan bermacam-macam profession. MasyaAllah. Masa kecil, anak-anak mereka ini kalau datang beraya, habis rumah orang dikerjakan. Pecah sana sini, tuan rumah berbulu je tengok. Tetapi pakcik Mus akan bawa anak dia yang buat salah tadi masuk kereta, bawa pusing-pusing makan aiskrim. Selepas habis makan, dia akan marah dan nasihat anak dia dalam kereta seorang-seorang. Bukan di hadapan anak-anak yang lain. MasyaAllah. Banyak yang saya belajar dengan pakcik Mus.
Ads
Kadang-kadang perasan tak, kita kata pada anak kita.
“Ibu nak Ahmad balik sebelum jam 6.30 petang!”
Bila dia balik lewat, kita marah, tengking dan pukul mereka. Tetapi ada masa dia balik lebih awal dari jam 6.30 petang, kita terlupa nak menghargai dia.
“Bagus anak ibu, balik awal. Anak soleh betul,”
Kadang-kadang kita kedekut nak memuji anak kita. Kita lebih suka melihat kebaikan anak orang lain, puji anak orang lain berbanding memuji darah daging kita sendiri.
Ya Allah Tuhan kami, maafkan kami. Kami bodoh, tak pandai menjadi ibu dan bapa, abaikan tanggungjawab kami untuk mendidik anak kami dengan cara sunnah. Kami tak kenalkan mereka dengan Mu dan Nabi SAW. Maafkan kami ya Allah. Kami lebih sibuk dengan dunia kami, harta kami berbanding mendidik anak-anak kami menjadi seperti sahabah rhum.
Ya Allah, ajarlah kami menjadi ibu bapa seperti sahabah rhum. Wahai Allah Tuhan kami, janganlah jadikan anak-anak kami sebagai penghalang pada kami untuk masuk syurgaMu. Amin. – Ustaz Khailil Razak | Dr Zubaidi
Credit: Penmerah via Kids Wear by Darwish Rich Design
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bekas suami kepada penyanyi dan pelakon, Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menerima notis tuntutan Mut’ah berjumlah RM1 juta selepas tiga tahun bercerai.
Dr Che Hafiz enggan mengulas lebih lanjut soal tuntutan yang dibuat oleh Lufya pada Oktober tahun lalu. Namun, Dr Che Hafiz akui terkejut selepas menerima notis tersebut.
“Saya nak minta maaf, perkara ini privasi kami dan saya tak nak beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.
“Memang saya terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan.” katanya memetik laporan Media Hiburan.
Dr Che Hafiz ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Khamis.
Sementara itu, peguam yang mewakili Dr Hafiz iaitu Abdul Hadi Mohamad Salleh mengesahkan jumlah tuntutan Mut’ah daripada pihak plantif (Lufya) berjumlah RM 1 juta.
Jelas Abdul Hadi, mut’ah adalah saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai.
“Lufya ada membuat tuntutan pada Oktober 2022 dan hari ini adalah untuk pengurusan kes.
“Sebelum ini, mereka sudah menjalani proses Sulh namun tidak mencapai kata sepakat. Kalau ikutkan, betul la ia jumlah yang dituntut oleh pihak plantif.
“Namun semuanya masih dalam proses perbincangan dan mahkamah yang akan menentukan mengikut syarat-syarat tertentu.” jelasnya.
Dalam pada itu, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar yang turut hadir ditemani ibu kandung dan peguam kelihatan sugul dan enggan ditemu bual oleh pihak media.
Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.
Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.
Sumber : Media Hiburan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sahaja yang tidak suka dipuji, apatah lagi daripada suami tercinta. Pasti sahaja isteri akan berasa gembira dan terasa diri begitu dihargai oleh pasangannya. Malah tidak keterlaluan bila dikatakan apabila suami kerap puji isteri, barulah cukup ‘makanan’ jiwa seorang isteri itu.
Ini turut diakui oleh Puteri Sarah Liyana, berkongsi momen paling disukai dalam rumah tangga bersama dalam rancangan Next To Neelofa.
Menurutnya apabila mendapat pujian daripada suami membuatkan dia merasakan cukup bermakna hingga membuatkan dirinya tidak memerlukan perkara yang lain. Begitu besar impak pujian suami dalam hidupnya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Masa PKP tu memang daripada i tak berapa sangat pandai masak terus i jadi macam restoran”
“I masak kam heong, butter chicken dan itu mengajar i juga”
“Dan i suka bila dia makan, dia cakap sedap dan dia habiskan i suka sangat”
Bulan Ogos pasti mencatat memori yang sukar untuk dilupakan buat lelaki ini., Apa tidaknya, kegembiraan bakal menimang cahaya mata, lelaki ini melalui detik mencemaskan apabila terpaksa menyambut kelahiran anaknya di dalam kereta.
Saudara Hasrul Wahab berkongsi kisah menyambut kelahiran anak ketiganya sendiri di dalam kereta.
MasyaAllah.. Pengalaman yang xdpt dilupakan. Alkisahnya wife dari pagi semalam bagitau dah mula ada contraction, so standby. Bila dah petang dia cakap dah mula turun tanda. Ambiklah halfday sebab kalau balik petang kang jem orang blk kerja.
Dah sampai rumah, contraction macam dah kurang sikit pula. so xpela rilek dulu maybe malam nanti, siap sempat tidur kejap . Pastu tengok wife dah macam sakit2, tanya nak pergi hospital terus ke ni. Dia cakap boleh tunggu lagi. so decide lps maghrib la gerak.
sebab dua2 anak sebelum ni memang makan masa sikit sebelum delivery.
Lps maghrib, terus pergi rumah mak hantar dua hero dulu. Tanya wife, boleh solat isyak dulu ke ni. Dia kata boleh. Ktorg solatlah dulu. huhu. Lepas solat terus pecut masuk kereta sebab contraction dah makin kerap.
Tengok map jalan xjem sgt.
Tiba2 bila nak lalu tol kesas nampak jalan dah mula sesak. Aik tadi tgk map macam xjem kat sini. Maka di sinilah drama berlaku. Time tulah wife kata baby dah nak keluar.. erk blur kejap. Amende semua ni.. huhu.
Rupanya jpj baru je start buat sekatan jalan op bersepadu. Aduh, saya pun terus ke tepi jalan. Bila keluar je, pegawai jpj tu minta lesen . Terus cakap dgn dia, “Isteri saya dah bersalin encik dalam kereta” “Haa dah keluar dah??”
Maka kelam kabutlah semua. Dorg try call ambulan. Saya pula terus buka pintu dan begitu cuaknya rasa bila wife kata baby dah keluar.. saya pun terus sambut dengan kondifennya. Lalu jadilah saya bidan segera dua minit pun xsampai (lagi cepat dari megi ). Alhmdulillah baby keluar terus nangis.
Media wartawan semua kebetulan ada sekali masa operasi semalam. Ada yg ambik gambar tapi saya xbg ambik gambar wife dan baby. Selamat dorg minta izin dulu.
Ambulan pulak macam lambat sampai. So dorg decide escort kami ke hospital. Alhmdulillah cepat sikit sampai sebab jalan agak sesak rupanya. Mencabar juga bila kena escort. Kena bawa laju dan cekap nak mencelah2. Syukur selamat sampai di bahagian kecemasan. Terima kasih abg2 JPJ atas bantuan malam tadi.
Alhamdulillah wife dan baby boy semua sihat. Untung anak ketiga ni keluar2 terus dpt escort hehe. vvip gitu.
Moga jadi anak yang soleh dan bermanfaat buat umat. Mohon doa semua ya.
#bidansegera
#dahlamataktaippanjang
#babyasyura
#tigahero
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di