
Cuba kita imbau kenangan indah zaman kanak-kanak ketika bermain masak-masak atau pun main pondok-pondok. Memang cukup menyeronokkan. Kita cari pelbagai jenis daun dan kutip bunga untuk dijadikan bahan masakan.
Biasanya kita akan bermain dengan teman-teman seusia di halaman rumah. Tidak kira kawan lelaki mahu pun kawan perempuan, kita bermain bersama. Ada yang jadi ayah, ada yang jadi ibu dan ada pula yang jadi anak. Lagaknya seperti suatu keluarga.
Walau pun kini permainan ini tidak begitu popular sebagai mana apa yang kita pernah lalui suatu ketika dahulu. Tidak dinafikan anak-anak perempuan khususnya tetap suka bermain masak-masak dengan barang permainan yang lebih menarik dan comel tersedia di pasaran.
Atas sebab ini juga, seorang ibu mengambil inisiatif untuk membina kabinet dapur untuk anak perempuannya dengan menggunakan kotak terpakai. Hasilnya cukup hebat dan memang kreatif!
Ibu-ibu di luar sana juga boleh cuba untuk hasilkannya. Kalau hendak dilihat tidaklah sukar, apa yang penting perlu berimaginasi. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
- Kotak terpakai
- Wallpaper- tidak perlu beli, guna lebihan tampal dinding. Potong-potong dan tampal ikut
- kreativiti
- Gunting
- Pisau
- Double tape
- Glue gun
Cara Membuatnya:
Step 1 : Kumpulkan kotak yang ingin digunakan.
Step 2 : Perlu imaginasi dan tampalkan dengan wallpaper mengikuti kreativiti.
sumber : Hayatie Hashim via Kelab Kaki Deko & Kaki D.I.Y
Nak Jaga Kesihatan Kena Tahu Jenis Beras. Ini Antaranya Beras Jenis Paraboiled Rice Untuk Kesihatan. Dr Ini Jelaskan.

Seperti kita semua tahu, beras ada pelbagai jenis dan kelebihan yang berbeza. Lebih-lebih lagi di Malaysia, nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan orang. Antara yang terkenal adalah beras putih untuk nasi berlauk, beras basmathi untuk masak nasi yang berempah, beras pulut dan pulut hitam untuk membuat kuih. Tapi tahukah anda, sebenarnya ada satu beras yang jauh lebih baik daripada beras putih? Ianya adalah beras rebus.
Apa itu Beras Rebus/Parboiled Rice?
Beras rebus adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Ini menjadikan ia beras yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap. Khasiat beras rebus ini lebih baik daripada beras perang.
Antara khasiat beras rebus ialah :
1. Mempunyai kadar glisemik yang rendah
Apa itu kadar glisemik? Kadar glisemmik adalah skor yang menunjukkan keupayaan karbohidrat di dalam makanan untuk meningkatkan tahap glukos di dalam darah.
Maksudnya disini, lebih tinggi kadar glisemik, lebih tinggi keupayaan untuk gula di dalam darah untuk naik. Menariknya, kadar glisemik nasi rebus ini lebih rendah daripada beras perang. Sememangnya pilihan yang paling bagus untuk orang yang mempunyai penyakit kencing manis dimana mereka harus memantau bacaan gula didalam darah.
2. Mempunyai kalori yang rendah
Menjaga pengambilan kalori adalah salah satu kunci bagi orang yang ingin menurunkan berat badan mereka. Kalau anda masih mahu memakan nasi akan tetapi risau dengan kiraan kalori, jangan risau lagi kerana beras rebus ini sememangnya rendah kalori. Ini kerana dengan setengah cawan nasi yang dah dimasak, kalori nasi tidak kurang dari 100 kalori. Bukan sahaja bagus untuk orang yang ingin menurunkan berat, malah ianya pilihan terbaik untuk seisi keluarga untuk mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat.
3. Kaya dengan vitamin B
Selain itu juga, beras rebus ini kaya dengan vitamin B dimana ia sangat diperlukan oleh badan. Pengambilan vitamin B sangat penting ini kerana ia akan menukar makanan yang dimakan ke tenaga yang diperlukan untuk badan. Dengan memasukkan nasi rebus ke dalam diet harian anda, badan akan mendapat kebaikan daripada vitamin B dengan secukupnya.
4. Mineral yang tinggi
Beras parboil atau beras rebus ini mempunyai kandungan mineral yang tinggi iaitu kalsium, iron, dan magnesium. Sumber mineral yang cukup juga membantu untuk mendapat badan yang sihat. Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang yang sihat serta gigi yang kuat. Pengambilan iron yang cukup juga membantu membawa oksigen ke dalam darah dengan lebih baik.
Memang banyak kebaikan serta nutrien yang amat diperlukan untuk badan di dalam beras rebus ini. Jadi jangan ingat kalau anda sedang berdiet, langsung tak boleh makan nasi. Pilih jenis nasi dengan betul dan beras rebus ini merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bukan mereka yang ingin diet sahaja, malah beras ini juga baik untuk penyakit kencing manis.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Rasa Nak Bersolek Je.” Kongsi Momen Hamil, Warganet Teka Tasha Shilla Timang Baby Girl!

Pelakon Tasha Shilla mengakui kehamilan kali ini agak berbeza kerana gemar bersolek.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya berserta gambar dirinya yang memakai gaun rona putih sedang tersenyum selepas siap ditatarias.
“Anak kedua ni terasa nak bersolek je. Terima kasih @bellahudd terubat rindu sentuhan #bellahuddsigniture #26weekspregnant,” tulisnya lagi.
Katanya lagi menerusi ruangan komen, Kehamilan sebelum ini Tasha Shilla mengidam untuk berlakon.
“Hari itu mengidam berlakon, dapatlah shooting lima hari. Syukur Alhamdulillah,” kongsinya lagi yang terserlah keserian seorang bakal ibu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji seri seorang ibu terserlah pada wajah Tasha.
Untuk rekod, Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raees Zander.
Sumber:tashashilla
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Pokok Daun Sup Serikan Laman Rumah. Ni Cara Keluarga Ni Semai Benih!

Menariknya pokok daun sup ini jika ditanam dilaman rumah selain boleh digunakan di dalam masakan sup, malah pokoknya diatur rapi boleh dijadikan tanaman hiasan dilaman rumah.
Apa tidaknya, bentuk daunnya yang berlekuk-lekuk memang nampak cantik. Malah jika ditanam merimbun daunnya.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Mohd Farhan Yang dikongsikan diakaun fbnya. Dimana dia selesa menjadikan tanaman daun sup ini sebagai pokok hiasan yang ditempatkan secara menarik ditiang-tiang rumahnya. Ini sekali gus menjadikan lanskap kediamannya cukup istimewa.
Dan disini turut dikongsikan langkah-langkah penanaman daun sup dengan menggunakan biji benih. Jom semak perkongsian bermanfaat ini daripadanya.
Assalamualaikum..Sedikit perkongsian ilmu cara mudah saya semai pokok daun sup. Semoga bermanfaat..
Langkah 1 : Tebuk bahagian bawah bekas minuman.
Langkah 2:Isi 1/2 cawan dengan cocopeat dan bahagian atasnya dilapiskan dengan peatmoss. Boleh juga Guna 100% peatmoss.
Langkah 3 : Tabur biji benih agak-agak secubit di dalam satu bekas.
Langkah 4 : Spray dengan air hingga basah.
Langkah 5 : Kemudian tuliskan tarikh untuk memudahkan kita mengetahui tempoh betcambah.
Langkah 6 : Biji benih akan betcambah dan begini keadaannya selepas 24 hari hari dari tarikh biji benih disemai.
Ini keadaannya setelah 3 bulan dan telah beberapa kali dituai hasilnya.
Selain ditanam untuk kegunaan sendiri, Mohd Farhan juga selesa menjadikan tanaman daun sup ini sebagai pokok hiasan yang ditempatkan secara menarik ditiang-tiang rumahnya.
Sumber : Mohd Farhan Razali via Laman Lanskap Keliling Rumah