Setiap antara kita pasti merasai ujian, tidak kiralah sama ada orang miskin yang hidup serba kekurangan, bahkan orang kaya terlihat hidup senang juga ada ujiannya yang tersendiri. Begitu juga orang bijak pandai, hakikatnya ujian itu sebenarnya mendewasakan seseorang insan dan menjadikan kita manusia yang lebih baik dan kuat.

Namun jika ada yang meletakkan ujian itu untuk terus menerus berada di dalam kemurungan dan kesedihan dalam hidup, maka ujian yang datang akan terlihat derita sepanjang waktu.

 

Menurut Pakar Motivasi Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah atau lebih mesra dipanggil Tok Abah, sebenarnya ada 15 cara yang boleh dipraktikkan untuk kita ubah derita kepada bahagia. Nak tahu detail, ini perkongsiannya.

Semoga bermanfaat.

Rupanya Nak Ubah Derita Jadi Bahagia, Tok Abah Ni Listkan Ada 15 Cara!

Ini 15 cara nak ubah derita kepada bahagia

  1. Tukar rutin harian diri. Hidupkan pagi kamu seawal 430 pagi. Waktu kamu sedang sendiri, masa itu kamu dekatkan diri dengan beribadat dan lakukan aktiviti produktif seperti membaca.
  2. Perhatikan sekeliling di dalam rumah, asingkan mana yang perlu dan tidak diperlukan lagi. Bungkus yang tak perlu dan dermakan pada yang memerlukan.

Amalkan gaya hidup minimalist.

IKLAN
  1. Sentiasa buat pemeriksaan kesihatan setiap 3-6 bulan. Amalkan gaya hidup sihat dan perhatikan apa yang kamu makan. Pastikan nutrisi yang diambil adalah seimbang.
  2. Cari true calling dalam hidup. Maksudnya kamu cari sesuatu yang bila kamu lakukan akan buat kamu jadi bersemangat dan hidup sentiasa terinspirasi.

Walaupun apa pun keadaan kamu, penat ke sakit ke, kamu tetap ada semangat nak buat.

  1. Pelihara diri kamu terutama kesihatan mental kamu. Sentiasa jaga apa yang kamu fikirkan, elakkan overthinking dan gunakan minda kamu untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT dan alam.
  2. Jaga hubungan kamu dengan Allah SWT terlebih dahulu. Cek solat 5 waktu dan sentiasa solat awal waktu.Rupanya Nak Ubah Derita Jadi Bahagia, Tok Abah Ni Listkan Ada 15 Cara!
  3. Jaga silaturahim kamu dengan keluarga. Sentiasa mohon maaf dengan mak ayah dan adik beradik. Sentiasa juga tanya khabar saudara mara baik jauh ataupun dekat.
  4. Perbaharui kehidupan sosial kamu. Lihat circle kamu. Jika toksik, keluarlah segera. Carilah mereka yang sentiasa beri inspirasi dan dorong kamu ke arah kebaikan.
  5. Buat rumah kamu jadi lebih nyaman dan tenteram. Pastikan rumah ada pengudaraan yang baik. Pasang pewangi, sentiasa kemas rumah dan bersihkan tandas selalu.
  6. Pastikan tempat kerja kamu adalah tempat kerja yang dapat membina kerjaya kamu. Bukannya sesuatu pekerjaan yang mengekalkan kamu di satu tahap sahaja.

Hidup harus ada kemajuan, begitu juga dengan kerjaya dan tingkat pendapatan kamu.

  1. Tukarkan cara kamu melihat masalah. Lihat ia sebagai peluang untuk belajar. Cari solusi. Tak jumpa. Cari lagi dan terus cari.
  2. Buat kerja sampingan mengikut minat dan kesukaan kamu. Asah bakat dan skil kamu supaya kamu dapat duit dengan hal yang kamu suka.Rupanya Nak Ubah Derita Jadi Bahagia, Tok Abah Ni Listkan Ada 15 Cara!

Ia akan buat kamu lebih bahagia dari merana rasa terpaksa.

  1. Berikan sumbangan kepada masyarakat. Ikuti NGO, kerja amal dan sentiasa dekatkan diri dengan orang ramai. Gunakan masa dan tenaga kamu sebagai jalan ‘sedekah’ supaya kamu suburkan ladang pahala di akhirat kelak.
  2. Perkuatkan hubungan kamu dengan alam. Hujung minggu, ambil masa untuk pergi beriadah, masuk hutan, berkhemah, mandi air terjun, ke sungai dan panjat bukit atau gunung.

Hutan dan alam ada ion yang dapat meneutralkan ion negatif dalam badan kamu.

  1. Sentiasa hidup dengan memaafkan diri dan orang sekeliling. Memaafkan adalah tanda kamu kuat dan memilih untuk move on dari rasa derita yang tiada gunanya.

Kita hidup bukan sekali di atas dunia, tetapi kita hidup setiap hari. Maka tiap hari adalah peluang baru untuk bahagia.

IKLAN

Jika kita tak boleh berbahagia di dunia macamana kita nak “taman bahagia” yang Allah telah siapkan untuk kita di akhirat sana.

Tok Abah selalu doakan kamu ya.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,Terus bahagia ya.

Sumber : Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

IKLAN

ARTIKEL MENARIK : Simpan Bawang Elak Rosak, Lagi Terjamin Bila Buat Cara Ni. Mudah Sangat!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI