Bagi kita doa itu merupakan senjata paling ampuh,menjadi  sumber kekuatan dan harapan untuk mencapai impian, kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bahkan doa itu adalah suatu ibadah.

Tiada had masa untuk kita berdoa padaNya, bahkan di dalam solat sekali pun jika dihayati setiap bacaan yang diucapkan penuh dengan pengharpaan dan doa. Umpamanya cuba kita renungkan makna satu persatu bacaan saat kita  sedang duduk antara dua sujud.

Malah menurut perkongsian Ustazah Asma’ Harun, beliau suka ulang-ulang bacaan tersebut walau di luar solat.

Apa sebabnya ya?

Baca perkongsian penuh daripadanya untuk lebih faham.


 

Rupanya Ni Doa Yang Ustazah Asma Suka Ulang-ulang Baca. Ada Sebabnya Rugi Kalau Kita Tak Amalkan!

Ini antara doa yang saya suka ulang-ulang walaupun di luar solat. Bila tiba pada perkataan wajburni, sebak sangat rasanya, kerana Maha Baik Allah ya Barr yang sentiasa menutupi aib diri.

IKLAN

رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَافِنِيْ وَاعْفُ عَنِّي

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, kasihanilah aku, dan tutuplah aibku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah aku petunjuk, berikan kesihatan padaku, serta berilah kemaafan kepadaku (atas dosa-dosa).”

Terima kasih ya Allah, kerana menetapkan kami untuk membaca doa ini setiap kali solat. Doa yang memenuhi segala yang kita perlukan dalam hidup.

Rugi sangat bila kita tak faham apa yang kita minta selama ini dalam duduk antara dua sujud ini.

Hafal dan fahamilah maksud semua bacaan solat, kita akan rasa nikmat dan manisnya solat, seolah satu ruang waktu untuk kita berdua-duaan dan mengadu pada Allah, berpisah sekejap dengan Dunia dan bertemu dengan Pemilik Dunia. Allahu Akbar.

IKLAN

Asma’ Harun
#SahabatDuniaAkhirat

sumber : Asma’ Harun

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

IKLAN

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Rupanya Ni Doa Yang Ustazah Asma Suka Ulang-ulang Baca. Ada Sebabnya Rugi Kalau Kita Tak Amalkan!

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI

Rupanya Ni Doa Yang Ustazah Asma Suka Ulang-ulang Baca. Ada Sebabnya Rugi Kalau Kita Tak Amalkan!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI