Perkahwinan adalah hubungan yang harmoni bagi pasangan suami isteri. Sikap saling melengkapi menjadi tunjang bagi memastikan kehidupan disirami kebahagiaan. Sinonim perempuan dicipta dari tulang rusuk kiri lelaki, pasangan romantis Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan dan  Muhammad Faizal Zakaria redha dengan ketentuan Ilahi apabila belum dikurniaan cahayamata sejak berkahwin tiga tahun yang lepas. Mujur suami begitu memahami nalurinya untuk mengambil anak angkat. Bermula daripada itulah, ramai yang DM menyatakan kesediaan untuk menyerahkan anak kepada Abby untuk dibuat anak angkat.

Pada masa yang sama, Abby juga mendapat DM daripada pelbagai pihak yang memintanya mencarikan anak angkat dan ada juga tidak inginkan anak yang dikandung. Abby bagaikan orang tengah untuk mencarikan keluarga angkat buat bayi berkenaan. Semuanya diuruskan oleh Abby dengan berhemah tanpa ada kepentingan peribadi. Sesungguhnya Abby dan suaminya adalah insan yang terpilih untuk melakukan kebaikkan ini. Ikuti temubual wartawan majalah Keluarga baru-baru ini dikediaman beliau.

Rupanya Ramai Yang DM Abby Abadi Mencari Anak Angkat. Sungguh Inspirasi Kisah Ini!

“Gugur dua kali dalam tempoh tiga tahun perkahwinan. Sejujurnya saya jadi takut untuk hamil. Anak kedua saya hamil meninggal dalam perut pada usia lima bulan. Tapi ini saya tidak putus asa untuk mendapat anak. Jadi saya rasa Allah bagi rezeki anak dengan cara yang lain.

“Suami saya tidak menghalang apabila nyatakan hasrat untuk anak angkat kedua. Sebenarnya beberapa kali terdetik dalam hati untuk mengambil anak angkat. Akhirnya saya nekad! Lebih-lebih lagi saya baca banyak kes pembuangan bayi.

“Cuma saya sedih apabila ada yang bersikap terbuka apabila hasrat hati dipertikaikan. Bagi saya Allah telah bagi jalan penyelesaian iaitu ibu susuan juga perlu menyusukan anak angkat yang berusia tidak lebih daripada dua tahun sehingga sekurang-kurangnya lima kali kenyang, barulah boleh menjadi anak susuannya,” ujar Abby ketika ditemui dikediamanya baru-baru ini.

Bantu cari keluarga angkat

IKLAN

Naluri keibuannya terserlah apabila tidak sampai sebulan kehadiran anak angkat lelaki yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh, pelakon Abby Abadi menerima pula bayi perempuan, Maisara Dayana Fathia. Kedua-dua bayi bertuah ini dianugerahkan kepadanya setelah menyuarkan hasrat untuk mencari bayi angkat di instagram.

“Anak pertama, Daiyan, setelah ada yang dm saya di instagram. Katanya dah dua hari bayi ni orang tak nak. Syukur rezeki saya. Selang sebulan pula, perasaan inginkan seorang bayi perempuan pula. Ikut gerak hati, Dayana pilihan saya dan suami. Dayana antara bayi perempuan terawal yang ada dalam senarai dm saya. Seterusnya, memang ramai yang dm. Semua nak suruh saya jaga. Sebaliknya saya cadangkan kepada keluarga yang mencari anak angkat.

“Sebenarnya sejak saya lalui semua ini. Saya dapati ramai rupanya yang mencari anak angkat dan sebaliknya. Ada yang bercerai dn tak mampu jaga anak ke empat, anak ramai sehingga 12 orang dan ada mak yang dm saya setelah anaknya terlanjur. Memang kisah ini tak dijangka di akal.

Bagi saya, semua ini cara saya bantu untuk mengelak kejadian yang tak dingini. Tetapi semua pengambilan anak angkat ini mengikut prosedur yang betul. Kebetulan rezeki saya sebagai orang tengah. Saya tidak kenakan sebarang bayaran pun.

“Malah ada yang nak ambil anak angkat, bertanya pelbagai soalan termasuk keturunan atau anak luar nikah atau tidak. Bagi saya, amat ralat apabila ada soalan-soalan seperti ini. Tidak perlu tahu semua itu. Pada saya bayi tidak salah. Kita yang mendidikanya untuk menjadi anak yang baik atau sebaliknya,” jelas Abby.

IKLAN

Momen indah

Rupanya Ramai Yang DM Abby Abadi Mencari Anak Angkat. Sungguh Inspirasi Kisah Ini!
Foto: Instagram abby_abadi112

Pastinya kehidupan pasangan suami isteri berubah apabila mempunyai cahayamata. Begitu juga yang dilalui Abby dan suami.

“Terasa masa banyak terisi. Apabila ada bayi ini memang kena bangun awal. Mujur suami ringan tulang membantu. Bagi saya tak ada beban buat diri saya dan suami.

“Malah kami merasai keseronokkan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Memang ada yang cakap, perlukah ambil anak angkat sedangkan sudah mempunyai anak sendiri. Namun bagi saya semuanya cukup indah.

IKLAN

Dalam pada itu, Abby turut berkongsi kegembiraan menguruskan dua bayi tersayangnya tanpa perlu berpantang.

“Saya bersyukur, urusan menguruskan anak berjalan seperti biasa. Maklumlah saya ibu yang tak berpantang walapun ada bayi. Tiada masalah untuk bergerak dan menjaga bayi.

“Cuma apabila pergi bercuti, pastinya beg bertambah. Maklumlah ada bakul susu dan pakaian kena bawa lebih. Biasalah bayi ni ada perkara yang tidak dijangka seperti muntah.

“Tetapi semua urusan menguruskan anak, walaupun sudah 10 tahun tak uruskan bayi, tidak ada masalah bagi saya. Saya masih ingat pengalaman menguruskan anak-anak saya dulu. Dan tak ada beza pun anak sendiri atau angkat. Semuanya saya di hati saya. Saya juga berharap kedua-dua bayi ini, akan mengikut jejak abang dan kakaknya menghafal Al-Quran serta diberi didikan agama,” jelas Abby yang bersedia jika hamil pada waktu terdekat ini.

Sumber: Majalah Keluarga Isu November 2018

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI