Ibu bapa mana yang tak mahu anak-anaknya gembira. Kan? Gembira kerana dapat makanan yang mencukupi, kesihatan yang baik, terasa disayangi setiap masa dan diberikan hadiah mengikut kemampuan diri.
Sejujurnya, tidak semua dapat menikmati hidup yang sempurna seperti ini, tetapi disebabkan kegigihan diri, benda yang tak mustahil pun boleh dikecapi walaupun tidak menggunakan wang ringgit.
Itulah yang dilalui oleh seorang bapa apabila sanggup membuang rasa malu dan mengutip mainan di tempat sampah untuk diberikan kepada anak-anaknya.
Video yang tular di laman Tiktok itu dimuat naik oleh ayah itu sendiri dengan kapsyen ‘tak malu ke ambil mainan kat sampah… tak kisahlah orang nak cakap apa, asalkan anak-anak aku happy dengan cara aku.’
Ads
Menerusi video itu dapat dilihat rentetan video bermula dari lelaki berkenaan mengambil mainan yang masih lagi elok kondisinya di kawasan sampah, kemudian mencuci mainan tersebut sebaiknya sehingga bersih sebelum diberikan kepada anaknya.
Ads
Lelaki itu mengambil troli mainan untuk diberikan kepada anaknya yang berusia 5 tahun dan 3 tahun. Kedua-dua mereka gembira menerima hadiah tersebut meskipun anaknya tahu di mana si ayah mendapat mainan tersebut.
Difahamkan video tersebut dikongsi bertujuan agar penonton sentiasa menghargai jasa dan pergorbanan seorang ayah namun lain pula yang jadi apabila ramai yang tersentuh.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada mereka turut kagum melihat usaha si ayah untuk mengembirakan anak-anaknya di rumah. Malah ada juga yang berkongsikan pengalaman diri yang pernah melalui situasi sebegini.
Sumber: TikTok Abieaisymikhail
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Alangkahnya indahnya sebuah rumahtangga jika suami isteri saling tolong menolong antara satu sama lain. Sama ada mengemas, memasak, membasuh, menyidai kain dan hinggalah menguruskan anak, semuanya dilakukan bersama-sama.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Hal yang sama juga dilakukan oleh pasangan suami isteri yang juga penyanyi terkenal, Syamel dan Ernie Zakri. Pasangan ini selain sering dilihat berkongsi tentang perjalanan karier, malah mereka juga tidak lokek menunjukkan realiti kehidupan mereka bersama peminat melalui platform media sosial.
Bahkan baru-baru ini satu perkongsian live di TikTok cukup mencuri perhatian warganet. Dapat disaksikan Syamel ketika itu cuba membantu untuk buat kerja rumah dengan menyidai pakaian yang telah dicuci.
Namun apa yang lebih menariknya, telatah Syamel di dalam video itu yang asyik kerap bertanya kepada isterinya, Ernie Zakri dan cara penyanyi itu menyidai baju juga menjadi tumpuan peminatnya.
Bermula dengan tudung, Syamel sudah mula terkial-kial mencari cara untuk menyidainya. Malah pakaian yang seterusnya juga boleh tahan kelakar cara Syamel melakukan kerja tersebut.
Hasil tinjauan di ruangan komen pemilik akaun @sarangspider di dapati, rata-rata peminat Syamel turut memuji kerajinan seorang suami membantu isteri dalam membuat kerja rumah.
Tanggungjawab mengurus keluarga dan anak-anak pasti ada cabaran dan perlu diurus dengan sebaik mungkin secara berterusan.
Pastinya antara kita ada cara yang tertentu untuk melaluinya. Dan kali ini, ikuti perkongsian pengalaman dan amalan dari seorang ibu anak 5 ini, semoga bermanfaat.
Yeee…Saya memang sejenis yang “Kuno” dalam banyak perkara, dalam kehidupan, dalam mendidik anak5 dan dalam menguruskan rumahtangga. Itu cara saya dan saya yakin yang Allah adalah Pengurus saya. Biarlah orang nak cakap apa, tapi inilah yang saya pegang dalam hidup saya.
1-Nak keluar rumah, masuk rumah, naik kereta, bila rasa takut, kalau rasa neves dan ragu2 atau masa nak exam mesti baca Ayat Kursi. Kalau kitorang pergi bercuti pun, sebelum masuk bilik hotel memang dari lif pun kami dah baca ayat kursi..Dah terbiasa..Anak 5 pun sama..jadi spontan.
2-Solat Dhuha jangan tinggal. Anak 5 tahu lepas subuh, nak buat apa-apa buat dulu tapi pukul 10 mesti solat Dhuha dan solat hajat.Sekejap je tak lama pun. Petua Murah Rezeki.
3-Saya memang sejenis sujud lama. Sujud terakhir tu. tak kire la kat ofis ke mana ke, memang lama (Tarik nafas tu dalam-dalam sikit bagi ada gerak-gerak takut kang orang ingat dah meninggal) Sebab masa sujud tu la saya mintak segala-gala kat Allah.Nak minta apapun mintaklah. Mintak hari-hari,satu hari mesti Allah kesian, Mesti DIA bagi Doa yang baik-baik, Doakan yang baik-baik untuk orang lain juga..Yakin je Allah makbulkan semua..Best Kalau sedih,nangis lah puas-puas, lepaskan segala-gala Kat sape lagi nak mengadu free kan.
4-Lepas Setiap Solat, mulut automatic akan baca Ayat 1000 Dinar. Dari kecik sampai la ke sekarang.Yakin Allah limpahruahkan rezeki. Pastu baca doa Pembuka Ijabah (boleh tengok gambar2 kt bawah tu nanti). Kita baca doa2 pendek je,senang. Sesambil bukak telekung dan lipat sejadah tu baca je la sulamkan dengan zikir.
5-Lepas subuh, suka bukak semua tingkap dan pintu (tinggal grill je) pastu pasang Diffuser Lemon+Peppermint YL dan buka Bacaan Ayat Quran..Rasa tenang dan happy je. Lagi satu yang paling penting, rumah kene sentiasa bersih.Pintu toilet sentiasa tutup. Suami dan Anak5 memang tau kepantang mama kalau rumah tak bersih. Kalau rumah kotor, rezeki pun menyampah nak masuk..Macam kita jugak kan.
6-Kalau tiba2 rasa mula nak meninggi diri,rasa macam cepat nak marah dan rasa mcm mood tak stabil, saya akan buka Ayat Ruqyah kat fon. Bagi dengar satu rumah. Kita tak tau “apa” yang ikut kita balik dan mungkin ada org yang tak puas hati dengan kita..syaitan ni nak menjahanamkan kita ni banyak naw cara..so ruqyah je dengan ayat-ayat Quran..kt Youtube ada.
7-Saya suka dengar ceramah motivasi hihi..suka amalkan yang baik2. Mudah percaya kalau ustaz@ustazah tu kata “bacalah ayat ni untuk…….,In Sha Allah dimakbulkan dan……” uishh kemain suka..mesti saya buat lepas tu. Rasa meluap-meluap semangat.
8-Masa tengah masak @ buat apa-apalah makanan ke air ke untuk anak5, saya akan baca “Inna maa amruhu izaa aroo da syai ann ayya kuu lala hu…(sebut nama anak5)…kun faya kunn” pastu hembus dengan niat Allah lembutkan hati mereka, mudah dengar kata, mudah dijaga dan diuruskan,In Sha Allah.
9-Ada je peluang, pastikan anak5 solat
berjemaah. Lepas solat wajibkan salam dan cium pipi dan dahi mama papa, adik-beradik..Mula dengan yang paling tua sampai ke paling kecik..haa nampak tak mama punye peraturan.mudah je tapi kene ikut..Kuasa Veto
10-Lepas solat,mesti mengaji..sikit pun jadilah.Nak berjaya, nak tenang, nak terang hati, jangan jauh dr Al-Quran. Bila dah biasa, kalau tak mengaji, diorang sendiri rasa tak best..Alhamdulillah3 kakak2 semua dah khatam sebelum masuk darjah 5.
11-Sebelum tidur, masuk bilik, bukak bacaan ayat quran, pasang diffuser, salam semua orang, minta maaf dengan mama papa, mama papa pun harus minta maaf dengan anak5 (jangan ego,kita tak sedar yang kita pun banyak buat silap pada anak5), cium pipi dahi, maafkan semua orang, pastu baca Al-Fatihah, 3 Qul dan Ayat kursi..Mengucap dan tidur.
11-Saya suka buat Air Yasin. Dari kecik, perangai camtu..alaa bukan susah pon, amik air satu botol, bukak penutupnyer, baca la yasin macam biasa. Siap. Saya yakin bila minum air yasin ni sambil niat dalam hati nak bijak, nak sihat, nak cantik (ini poyo), Allah bagi semua yang kita niat tadi dalam air yasin tu. Tak yah dah makan vitamin2 chantek tu.
Kalau papa ada sini, papa yang akan buat air yasin, anak5 minum la tiap-tiap hari macam minum air masak tu kan..bila dah surut, tambah je air masak lagi. Kalau beli kereta ke motor baru ke,1st skali saya akan siram dengan air yasin sambil selawat dengab niat Allah pelihara dari perkara-perkara yang tak diingini sampai Salesman tu macam pelik apesal la minah ni..ehh sukatilah.
12-Saya yakin dengan Power of Sedekah. Saya yakin dengan buat baik pada orang. Permudahkan urusan orang. Saya yakin dengan berkongsi rezeki dengan orang dan support orang yang rajin usaha cari rezeki. Bukan sebab saya baik tapi saya harapkan yang baik-baik je Allah datangkan dalam hidup saya. Alhamdulillah3 hingga ke harini, Allah permudahkan urusan sy..Allahu.
13-Saya memang suka sebut ayat-ayat yang baik2 yang best2 didengar mcm “anak5 bijak pintar soleh solehah” Suka comment doakan dan bagi semangat kat sahabat2, saya suka sebut sifat2 Allah dalam tulisan2 saya contohnya :”Aamiinn3 Ya Mujib Ya Bariq Ya Muhaimin” & “Sedappnyaa kitorang makan harini Masha Allah”..klau masak tak berape sedap pun jadi sedap tau haa. Pastu, tak yah balas apa yang orang buat tak elok pada kita, abaikan orang nak cakap apa pun, itu bahagian dia, ujian buat dia..Reti lah dia selesaikan. Allah kan Ada..Biar Allah kasi settle.
14-Dan yang last sekali, jangan lupa bersyukur. Bersyukurlah atas semua Nikmat Allah yang kita ada ni.Nanti Allah tambah la lagi dan lagi. Sabar, Redha, Hargai dan Nikmati sisa hidup yang entah sampai bila je Allah pinjamkan untuk kita ni. Jangan persoalkan apa yang Allah belum bagi.Jangan dengki dengan apa yang orang lain ada. Yang negative2 semua tolak tepi, amik aura2 yang positive2 sahaja. Tak yah penat-penat berpura-berpura jasi baik..Jadi je orang yang baik walau kita tak dilayan dengan baik. Lambat laun nanti dia sedar la tu nanti. Kita? Teruskan Bahagia dengan cara sendiri.
Okeyy tu je nak share. Kemain panjang si Ecah tulis pagi ni. Takpelah kan, mana yang baik,kita kongsi sama2. Mana tau terjentik hati ada yang nak follow. Rezeki jugak tu kan. Moga Allah makbulkan semua doa-doa kita yang baik-baik tanpa satu pun yang tertinggal. Aamiinn3 Ya Mujib. WaallahuAlam.
Bergelar ibu , banyak yang perlu dikorbankan. Bukan hanya tenaga, masa dan wang ringgit, malah ada masanya kita terpaksa lupakan seketika apa yang ingin dilakukan. Semuanya demi anak-anak dan keluarga.
Tiada lagi istilah untuk membuang masa, bahkan setiap minit begitu berharga untuk seorang ibu. Lebih-lebih lagi yang bergelar suri rumah. Tidak keterlaluan andai dikatakan mereka lebih banyak berkorban dibandingkan yang lain.
Begitu juga dengan ibu yang bekerjaya. Pulang dari kerja, terus ke dapur untuk menyediakan sajian seisi keluarga. Tanpa rehat namun tidak merungut jauh sekali mengeluh kerana apa yang dilakukan itui adalah demi kasih sayang kepada suami dan anak-anak.
Luahan ibu bernama Hajar Akma Mohd Rawi begitu menyentuh hati. Memang benar, ladang pahala seseorang itu berbeza, namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk seorang ibu. Jom baca perkongsian ibu ini.
Sejak jadi ibu, tak pernah lagi solat terawih kat masjid.
Semalam rasa frustrated sangat. Tengah solat, si Aman dok depan konon nak jadi imam. Husna tengah bising dok main playdoh. Dengar satu-satu okay dia cakap apa. Hanaa’ tengah memanjat.
Baru bukak Al Quran, ada yang berak, ada yang nak air, nak susu.
Nak tunggu Encik Suami selesai solat, masa tu mesti dah mengantuk dan sibuk nak siapkan makanan sahur.
I was like, come on, Ramadan sekali je setahun. Tahun depan belum tentu jumpa Ramadan lagi. Bagi la can nak beribadah dengan khusyuk dan tenang. Masa tu memang sedih dan frust.
Tapi bila tengok muka anak-anak, well I guess my ladang pahala is different now. Mungkin Ramadan seorang ibu itu Allah uji dengan sabarnya melayan karenah anak-anak.
Mungkin Ramadan seorang ibu itu walau hanya sempat solat sunat 2 rakaat ketika malam, disempurnakan dengan ikhlasnya dia menyediakan sahur buat keluarga.
Mungkin Ramadan seorang ibu itu walau hanya semuka sahaja Quran sempat dibaca, Allah lipat gandakan pahalanya kerana nak baca semuka tu pun struggle.
It’s okay dear moms. You’re not alone. Allah Maha Kaya. Allah Maha Tahu.
Betulkan niat, ikhlaskan hati. Peringatan utamanya untuk diri sendiri ?
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.