Adakah anda perasan, perangai kita sebagai ibu bapa dalam sedar atau tidak mesti lebih kurang sama dengan perangai anak-anak kita.  Mana tidaknya, sepanjang hari mereka bersama kita. Baik tindak tanduk kita, baiklah jadinya anak-anak kita.

Begitu juga halnya dalam bangun di awal pagi, jika ibu ayah jenis sambung tidur atau bangun lewat tidak hairanlah anak-anak pun liat bangun pagi. Alangkah ruginya andai seisi keluarga berbuat demikian.

Ini kerana menjadi morning person terlalu banyak kebaikkannya, selain apa yang semua sedia maklum bagus dari aspek kesihatan tubuh badan, bangun awal juga adalah satu cara untuk membuka pintu rezeki malah ada kaintannya juga dalam membentuk anak-anak yang hebat.

Ini sebagaimana perkongsian yang ditulis oleh Najmi Nawawi di akaun facebooknya. Menurutnya ibu ayah perlu bangun pagi menjadi morning person untuk jadi orang yang hebat dan dalam masa yang sama memberi contoh terbaik buat anak-anak.

KITA PERLU JADI MORNING PERSON
Ya betul. Orang yang bangun di awal pagi ialah morning person. Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik University of Leipzig, setiap manusia yang mahu melakukan sesuatu yang benar-benar memberi impak kepada diri sendiri harus bangun awal di awal pagi.

Banyak contoh orang hebat dunia seperti CEO Disney, Bob Iger, dan CEO Twitter, Jack Dorsey sudah terjaga pada pukul 5.30 pagi setiap hari. Atau lihat sahaja kepada icon parenting tempatan seperti Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Beliau sentiasa memanfaatkan waktu pagi sebaik-baiknya untuk pastikan anak-anak mendapat yang terbaik.

Ibu Ayah Kena Jadi ‘Morning Person’, Barulah Dapat Lahirkan Anak-anak Hebat!
Photo by David Mao on Unsplash

Kita perlu bangun di awal pagi, untuk jadi orang yang hebat dan mampu memberi contoh yang terbaik untuk anak-anak. Malulah, kalau anak-anak yang bangun terlebih dahulu dari kita. Anak yang hebat kebiasaannya datang dari ibu bapa yang hebat.

Sekiranya kita tahu diri kita ialah orang yang susah bangun pagi, maka kita perlu ubah rutin harian kita agar dapat bangun di awal pagi. Jangan terlalu pentingkan diri sehingga kita abaikan yang lain. Pastinya kita tidak mahu terlepas kebaikan untuk bangun di awal pagi.

Ibu Ayah Kena Jadi ‘Morning Person’, Barulah Dapat Lahirkan Anak-anak Hebat!

Solat subuh ialah perkara yang paling utama dan umpama kunci kejayaan sesebuah keluarga. Kita wajib didik anak kita untuk bangun pagi bukan untuk pergi kerja (mencari rezeki) tetapi untuk sujud beribadah kepada (pemberi rezeki) terlebih dahulu.

Sekiranya perkara asas seperti ini sudah gagal, definisi kejayaan kehidupan pasti diletakkan pada wang ringgit semata-mata bukan keredhaan Allah yang menjadi paksi utama.

Ads

Selain itu, faktor kesihatan juga menjadi tuntutan. Ianya bermula dengan sarapan pagi. Kerana jika kita dan anak-anak tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kita kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga.

Ibu Ayah Kena Jadi ‘Morning Person’, Barulah Dapat Lahirkan Anak-anak Hebat!

Dengan bersarapan, fikiran akan lebih segar dan dapat kurangkan tekanan, ini sangat penting untuk pastikan tenaga yang positif sepanjang hari.

Dibantu juga dengan hormon-hormon kortisol yang mula meningkat dalam badan untuk menyediakan badan kita bekerja dengan baik. Seterusnya menjadikan kita manusia yang berkualiti kepada pasangan, anak-anak dan juga kerjaya.

Begitu juga dari sudut memberi contoh ikutan yang baik untuk anak-anak. Khususnya seorang ketua keluarga (ayah), perlu sentiasa ingat bahawa anak-anak lebih cenderung untuk ikut sifat dan perwatakan si ayah meskipun mereka rapat dengan si ibu. Setiap perbuatan kita akan sentiasa diperhatikan anak-anak.

Sumber : Najmi Nawawi

 

Ads

Baca juga : Sayang Nak Buang Botol, Terus Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol. Hasilnya Tanaman Subur & Mudah Nak Jaga!

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Ibu Ayah Kena Jadi ‘Morning Person’, Barulah Dapat Lahirkan Anak-anak Hebat!

 

 

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI