Zaman sekarang ni nak timbul fitnah senang je, semua di hujung jari! Ramai yang suka berkongsi tanpa selidik latar belakang sesuatu cerita.
Menjadi salah seorang mangsa fitnah, pelakon Elisya Sandha meluahkan perasaan berang apabila dituduh bergaduh dengan keluarga mentuanya, iaitu pengarah dan penerbit, Sheila Rusly dan Jinggo.
Dakwaan tersebut muncul selepas adik kepada pelakon Fasha Sandha ini berkongsi keluarga kecilnya telah berpindah keluar dari rumah mentua untuk menetap di kediaman mereka sendiri.
Perkara ini dikongsikan di laman Instagran miliknya yang memuat naik tangkapan skrin YouTube memaparkan tajuk video berunsur ‘clickbait’.
“Saya tak faham dengan manusia bernama Cik Koci, saya dengan mentua gaduh?? Headline tu pun dah salah, tolong jangan disebbakan nak viewers tinggi buat headline yang TIDAK BENAR.
Ads
“Whoever this Cik Koci is please remove headline yang salah tu ya. Respect my family,” tulisnya di kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ibunya, Hatijah Tehman memohon anaknya itu untuk bersabar dengan ujian ini.
Ads
Malah, rata-rata pengikutnya menyarankan supaya Elisya saman pemilik Youtube tersebut dan meminta supaya dia bersabar dengan ujian ini.
Sekadar info, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy Azman selamat berkahwin pada 21 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq, lapan bulan.
Shahida didik Ammar ilmu fardu kifayah menjadi perhatian ramai apabila perkongsian Datin Seri Shahida Mohd Rashid ini menyentuh hati netizen di media sosial.
Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram, isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri itu berkongsi usahanya mendidik anak lelaki mereka, Ammar Ahyan, tentang tanggungjawab besar dalam pengurusan jenazah.
Bagi Shahida, ilmu fardu kifayah bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Sebaliknya, ia perlu diterapkan sejak awal agar anak-anak memahami tanggungjawab sebagai seorang Muslim, lebih-lebih lagi apabila melibatkan urusan terakhir ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.
Menurut Shahida, didikan itu sebenarnya sudah sebati dalam dirinya sejak kecil lagi. Ketika arwah bapanya masih hidup, dia dan adik-beradik diwajibkan hadir ke majlis kematian setiap kali ada saudara-mara atau kenalan yang meninggal dunia.
Katanya, arwah bapanya sangat menitikberatkan hal tersebut sehingga sanggup menghubungi setiap anak bagi memastikan mereka semua hadir. Didikan seperti itu menjadikan dirinya lebih terbiasa dengan suasana kematian dan memahami pentingnya ilmu pengurusan jenazah dalam kehidupan.
“Dulu, masa ayah saya masih hidup, kami adik-beradik wajib menghadiri majlis kematian orang lain.
“Ayah saya akan call setiap anaknya untuk memastikan kami semua hadir apabila ada kenalan atau saudara yang meninggal dunia.
“Tetapi, bila ayah saya sudah tiada, saya sendiri sudah terbiasa dengan keadaan ini,” kongsinya.
Pengalaman ini menjadi asas kepada pendekatan Shahida didik Ammar ilmu fardu kifayah agar anaknya lebih bersedia menghadapi realiti kehidupan.
Kini, Shahida pula mahu menerapkan nilai yang sama kepada anak-anaknya, terutama Ammar Ahyan. Jelasnya, dia ingin Ammar mendapat pengalaman dan pendedahan awal supaya dapat memahami tanggungjawab dalam ilmu fardu kifayah dengan lebih mendalam.
“Saya juga ingin mendidik anak-anak saya supaya jadikan ia sebagai satu tanggungjawab dalam ilmu fardu kifayah.
“Terutamanya, Ammar Ahyan untuk mendapatkan pengalaman dalam menguruskan jenazah,” ujarnya.
Pendekatan ini menunjukkan bahawa Shahida didik Ammar ilmu fardu kifayah bukan sekadar teori, tetapi melibatkan pengalaman sebenar yang mampu membentuk jiwa dan keberanian anak.
Apa yang lebih menyentuh perasaan, Shahida turut meluahkan harapan seorang ibu agar suatu hari nanti, apabila dia dan suami sudah tiada, Ammar mampu menguruskan jenazah mereka dengan sempurna.
“Mudah-mudahan, bila suatu hari nanti bila saya dan suami sudah tiada, Ammar mampu menguruskan jenazah kami berdua.
“Mandikan, solatkan, dan uruskan pengebumian kami.
“Semoga Ammar menjadi contoh buat adik-adik yang lain,” katanya lagi.
Luahan ini menjadikan kisah Shahida didik Ammar ilmu fardu kifayah lebih menyentuh hati kerana ia menggambarkan kasih sayang seorang ibu yang ingin meninggalkan bekalan ilmu buat anak-anak.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-rata tersentuh dengan cara Shahida mendidik anak-anak.
Ramai memuji pendekatannya yang bukan sahaja menekankan soal duniawi, tetapi turut memberi penekanan terhadap ilmu akhirat yang sangat penting dalam kehidupan.
Hakikatnya, bukan semua ibu bapa berani dan terbuka untuk memperkenalkan anak-anak kepada suasana pengurusan jenazah sejak kecil. Namun bagi Shahida, pendedahan seperti ini mampu membentuk jiwa anak agar lebih bertanggungjawab.
Didikan seperti ini memperlihatkan bahawa ilmu fardu kifayah adalah satu keperluan dalam masyarakat Islam. Ia bukan sahaja membantu dalam urusan pengurusan jenazah, tetapi juga membentuk nilai kemanusiaan, empati dan tanggungjawab.
Melalui pendekatan Shahida didik Ammar ilmu fardu kifayah, jelas bahawa pendidikan awal mampu memberi impak besar dalam membentuk keperibadian anak-anak.
Sesungguhnya, kasih sayang seorang ibu bukan hanya terletak pada pemberian material, tetapi juga melalui ilmu yang menjadi bekalan sepanjang hayat.
Semoga usaha ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai ibu bapa untuk menerapkan nilai dan ilmu fardu kifayah dalam diri anak-anak sejak usia muda.
Selepas melalui pembedahan membuang tonsil, anak kepada pelawak, Achey iaitu Nur Tiara Zinnirah sekali lagi diduga apabila kaki kanannya mengalami keretakan.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, isteri kepada Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya atau lebih dikenali sebagai Anne memberitahu kaki Tiara mengalami bengkak selepas tersadung pada batu di tapak niaga.
“Salam semua doakan Tiara ya. Petang semalam dia main-main dekat tapak niaga, lepas itu hujan lebat dia lari nak ke booth tetapi tersadung batu lalu jatuh.
“Ingat macam tak ada apa-apa, tapi makin lama makin bengkak dan dia kata sakit.
“Itu yang bawa pergi X-ray terus, rupanya retak.
“Banyak betul dugaan awak kakak (panggilan Tiara) bulan ni,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar Tiara diberi kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan.
Terdahulu, Tiara selamat menjalani pembedahan buang dua tonsil di sebuah hospital swasta.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keluarga kepada seorang ejen jualan kosmetik dikenali sebagai Azi,36, yang dibawa lari dari rumahnya di Kampung Semat Jal di sini pada 13 September lalu, berasa terkejut dan seakan masih tidak percaya wanita itu berjaya ditemui dalam keadaan selamat.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Memetik kenyataan Kakak Azi bersama Kosmo yang enggan dikenali berkata, setakat ini, dia dan ahli keluarga lain tidak percaya Azi selamat selagi tidak bertemu mata dengan adiknya itu meskipun polis sudah mengeluarkan kenyataan.
Menurutnya, dia sudah menerima banyak mesej dan panggilan telefon daripada saudara mara dan rakan-rakan yang memaklumkan Azi selamat sejak petang semalam.
“Bagaimanapun, kami tidak percaya kerana banyak sangat berita palsu tersebar sebelum ini. Adakah berita ini sahih?
“Setakat ini, saya masih merahsiakan berita mengenai penemuan Azi daripada ibu dan ayah kerana khuatir mereka tidak dapat tidur malam tadi. Mereka pasti akan tanya Azi berada di mana dan di balai mana sedangkan saya sendiri tidak tahu mengenai perkara itu,” katanya bersama wartawan Kosmo.
Menurutnya, setakat ini, keluarganya masih tidak menerima sebarang maklumat daripada polis mengenai keadaan Azi meskipun ada yang mengatakan adiknya itu sudah berada di Malaysia.
“Jika berita ini sahih, kami tidak sabar untuk bertemu dengannya tapi tolonglah beritahu di mana Azi sekarang ini,”katanya.
Manakala memetik laporan berita Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata, Rosnazirah Mohd. Naim, 36, diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand dan kini berjaya dibawa pulang ke Malaysia.
Menurutnya, lokasi keberadaaan mangsa di negara itu dapat dikesan melalui kerjasama erat Polis Diraja Malaysia dan Polis Diraja Thailand.
“Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini.
“”Seramai tujuh lelaki warga tempatan ditahan di Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961
“Polis turut merampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Acryl Sani berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas merangkumi aspek siasatan dan operasi bagi menyelesaikan kes penculikan itu.
“Kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan polis Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan berjaya menjejaki serta mengenal pasti lokasi keberadaan mangsa di negara itu,” katanya.
Acryl Sani berkata, pihaknya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada polis Thailand dan kedutaan Malaysia di sana atas kerjasama serta bantuan dalam usaha yang dilaksanakan bagi membantu menyelamatkan mangsa culik.
“PDRM juga menyeru masyarakat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam usaha membanteras kejadian jenayah dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara,” katanya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.