Entri terbaharu Pencetus Ummah (PU) Azman di laman sosial Instagram beliau hari ini berhubungan dengan larangan mengigit kuku dan sapu waktu maghrib.
Beliau menjelaskan kekeliruan yang sering melanda orang ramai mengenai dua hal itu.
Menerusi entri di Instagram (IG), PU Azman menjelaskan tentang hal itu.
“Sebenarnya, tiada larangan daripada Al Quran dan Sunnah pun tentang dua perbuatan ini.
“Cuma mungkin ia pantang larang orang lama yang bertujuan untuk menjaga dan memudahkan kita.
Ads
GIGIT KUKU
“Gigit kuku itu mungkin bahaya kerana kuman/bakteria banyak berkumpul di kuku.
SAPU WAKTU MAGHRIB
Ads
“Sapu waktu maghrib/malam tidak sesuai kerana zaman dahulu tiada lampu terang macam sekarang maka menyukarkan untuk menyempurnakan proses penyapuan. Barangkali ada sampah yang kita tak nampak.
“Jadi, zaman sekarang lampu terang benderang, kalau ada housemate korang yang suka sapu pada waktu malam tu, dia adalah kawan yang baik. Yang bahaya, housemate yang suka sapu duit member.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan terima kasih kepada PU Azman diatas penjelasan yang diberikan olehnya itu. Dan bersetuju malah menyukai penjelasan yang disertai dengan lawak jenaka.
Sememangnya PU Azman terkenal dengan penjelasan yang mudah difahami dan dinyatakan secara santai.
Kredit: Instagram pu_azman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika kita pergi ke pasar tentu akan membeli ikan yang kelihatan segar.
Namun, tahukah anda terdapat ikan yang diawet dengan menggunakan bahan yang bahaya.
Paling menakutkan bahan pengawet itu menjadi pencetus kepada kanser.
Nak tahu bahan apa yang digunakan, ikuti perkongsian puan Asmah Chem yang juga pembekal ikan dan penyelidik kimia.
Moga jadi manfaat kita semua.
Bahaya Bahan Formalin
Disebabkan ramai yang belum tahu tips mengenalpasti ikan yang dah diawet dgn formalin, maka saya cuba explain based on pengalaman saya sebagai pemborong/peniaga ikan dan penyelidik kimia (Bersara).
Formalin terdiri daripada formaldehyde yang dicairkan. Mengikut kajian International Agency for Research on Cancer (IARC), formalin bersifat carcinogenic (penggalak kanser).
Kegunaan formalin adalah utk mengawet mayat dan specimen di hospital, pengawet pada cat, kaca, perabot dan pelbagai bahan polimer dalam industri. Penyalahgunaan formalin sangat berleluasa di asia sehinggakan mee kuning, tauhu dan ikan masin pun diletakkan formalin supaya tahan lama. Lebih2 lg barang basah seperti hasil laut yang mudah rosak.
Di Malaysia, kita hanya perlu bimbang kepada hasil laut yang dibawa dr luar negara dan ikan2 hasil tangkapan Laut Dalam menggunakan bot C2 (bot besar) yang berada di laut 1-2 minggu untuk mendapatkan bertan-tan hasil laut yg berkemungkinan diawet dgn formalin.
Tip kenal pasti ikan diawet guna formalin
Jadi bagaimana nak kenal ikan yang diawet dgn formalin? Beberapa ciri berikut boleh dilihat dengan mata kasar:
1) Kulit ikan berkedut/ tidak licin/ tidak berkilat.
2) Mata ikan cengkung/masuk ke dalam soket mata. (ikan berformalin tidak semestinya bermata merah).
3) Insang ikan pucat berwarna coklat cair dan tidak merah.
4) Sisik ikan mudah tertanggal dari badan (ikan2 bersisik seperti merah/jenahak/senangin dll).
5) Ikan kelihatan keras, tapi bila disiang perutnya sudah hitam dan busuk.
6) Isi ikan putih pucat, tiada darah mengalir ketika dipotong slice (ikan besar seperti tenggiri dll).
7) Ikan boleh diletakkan di atas meja jualan dengan penggunaan ais minima. Badan Ikan/seafood tetap kekal keras dari pagi ke petang. (ikan tidak berpengawet perlu diletakkan dlm tong ais utk mengekalkan kesegarannya).
8) Lalat dan kucing kurang berminat dengan ikan berpengawet walaupun diletakkan di tempat terbuka.
9)Bau – cuba cium bau ikan/seafood yg ingin dibeli. Seafood segar berbau laut. Jika ada bau kuat menyengat, sah ada formalin.
10) Selepas dibersihkan, ikan yang sudah diawet tidak boleh disimpan dlm tempoh yg lama di dalam peti ais. Ikan tersebut akan kehilangan rasa, isi mudah hancur, dan cepat busuk.
Tips paling mudah, boleh tanya saja kepada penjual, “ikan bot balik hari ke ni bang? jeti mana?” si abang Bangladesh mungkin memberikan senyuman terindah sebagai jawapan.
Hakikatnya, hanya sebahagian kecil peniaga sahaja yang sanggup menjual ikan dari bot balik hari kerana kos operasi yg tinggi. Salah satunya Tropika Freshmart di Bangi. Seafood di Tropika Freshmart telah dijadikan bahan research di beberapa research institute dan terjamin bebas formalin.
Jika tiada pilihan dan terpaksa beli ikan tidak segar yang dikhuatiri mengandungi formalin? Guna tips ini. Selepas membersihkan ikan, rendam dengan 10% larutan cuka + air selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan bersih. Mengikut kajian, kaedah ini boleh mengurangkan kandungan formalin sebanyak 0.109 microgram/ml.
Akhir kata, hidangkan makanan yang sihat dan selamat untuk keluarga tersayang. Jauhi formalin kerana ianya memudaratkan kesihatan.
Sekian dari makcik penjual ikan.
Asmah Chem,
Tropika Freshmart Bangi
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Isteri sememangnya ladang pahala buat suami. Bukan hanya menjalankan tanggungjawab bahkan melayani isteri dengan baik juga terus menerus membuatkan suami makin luas rezekinya, tak putus-putus.
Perkongsian ringkas saudara Firdaus Shakirin ini sememangnya banyak benarnya. Layankan isteri dengan sebaiknya, makin berkat hidup berumahtangga. Makin murah rezeki.
Rezeki suami tak terus murah dengan adanya isteri. Tapi rezeki suami jadi murah bila suami layan isteri dengan baik hati.
Layanan tu yang membuka pintu rezeki suami. Dengan layanan baik hati suami, dengan tak berkiranya suami pada isteri, dengan suami tak abai dan tak culas tanggungjawab dan tugasnya pada isteri, buatkan si isteri itu sentiasa mendoakan suami.
Isteri bersyukur dijodohkan dengan suami sebegini. Isteri doa, isteri terima kasih pada Allah dan isteri nak Allah mempermudahkan lagi urusan seharian suami dalam mencari rezeki untuk keluarganya.
Banyak hak isteri yang suami perlu tunaikan. Banyak kewajipan suami yang suami perlu jalankan.
Penuhi hak dan kewajipan ini, berbuat baik dan layan isteri dengan penuh kasih sayang seperti yang dituntut oleh islam dan ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w, maka rezeki suami masuk mencurah-curah asbab kita dah buat apa yang wajib.
Bagi nafkah, wajib. Berbuat baik pada isteri dan anak-anak juga wajib. Layanan tu yang mendatangkan rezeki.
Terbayang Adik Sendiri, Lelaki Ini Bagi Tambang Balik Rumah Bikin Sebak Netizen
Menolong seseorang adalah bentuk kepedulian kita kepada sesama manusia. Dan hal itulah yang seharusnya dilakukan oleh setiap manusia kepada manusia yang lainnya. Sikap tolong menolong adalah amalah mulia yang mana dituntut dalam ajaran Islam.
Allah SWT berfirman:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa. Dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwa lah kamu kepada Allah, sesungguhnya siksa Allah sangat berat.” (QS al-Maidah:2)
Perkongsian saudara,Ramzi Vishes di facebook miliknya mengudang sebak dikalangan netizen apabila dia sanggup memberhentikan kenderaannya untuk membantu seorang anak muda yang tidak dikenalinya.
Membanyangkan jika kesusahan itu dialami oleh adiknya, dia berharap ada juga insan lain mempunyai sikap peduli apabila berhadapan situasi begitu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
l kisah malam tadi sewaktu aku dalam perjalanan balik kerja, aku ternampak adik nie duduk di bahu jalan dalam keadaan gelap gelita. Aku beranikan diri berhenti tanya dia nak kemana, jawapannya dia nak pergi ke tol KLIA untuk tumpang mana2 lori balik ke johor. Disebabkan tol KLIA agak jauh, jadi aku tumpangkan dia sampai ke tol KLIA.
Sampai je dkat sana, aku berborak kejap dngn adik nie tanya dia dari mana, nak kemana dan kenapa jalan kaki. Jawapan yg dia bagi agak terkilan pada aku. Nama adik nie ”mizi” berumur 19 tahun, berasal dari rengit johor, dia belajar dkat sebuah universiti di putrajaya dan adik nie sedang menjalani cuti sem untuk itu dia buat keputusan nak balik ke johor untuk cari kerja sepanjang dia bercuti nanti.
Masa aku jumpa dia tu rupanya dia baru selesai solat dekat masjid KLIA dan jalan kaki nak ke tol KLIA. Pergghh … Jauh tu. Dia cakap dia takde duit, duit yg dia ada ngam2 je buat tambang dari putrajaya ke klia sambil menunjukkan dompet dia yg cuma berisi kertas dan IC.
Adik nie masih ada mak ayah tapi mak ayah dia pun bekerja sekadar cukup2 makan dan dia tak sampai hati nak mintak duit dkat mak ayah dia. Dia nak balik nie pun dia tak bgtau mak ayah dia taw. Aku offer nak call pun dia taknak, dia takut mak ayah dia susah hati.
Dia cerita lagi yg sebelum aku jumpa dia, dia dah cuba menahan 2-3 buah lori untuk dia tumpang tapi semuanya tak berhenti. Memang tak berhenti la dik oi kau tahan dkat jalan yg gelap. Sape je berani nk berhenti . Aku tanya mana phone dia. Phone dia pulak rosak masa tu Allahu .. Dugaan btol hidup kau dik.
Sepanjang aku berborak dngn dia, aku perasan dia bnyak kali pegang perut dia, mungkin dia lapar aku terus la tahan macho, taknak nampak aku nie sedih lagi2 dlm keadaan aku pakai uniform . Selesai je aku soal siasat adik nie aku sedekahkan sikit duit untuk dia, tak banyak tapi aku harap cukup la untuk adik tu buat makan dan tambang bas balik ke johor tanpa dia perlu menumpang org ataupun jalan kaki.
Itupun dia berkeras taknak ambik, aku cakap “ kalau kau tak ambik, ikut aku pergi balai. Tido sana sehari. Esok baru aku hantar kau balik“ laju terus dia amik duit tu Kalau dia tipu aku, pandai2 dia jawab dkat akhirat nanti. Aku tolong dia disebabkan memang menjadi tanggungjawab hamba Allah iaitu membantu org yg dlm kesusahan.
Sampai ke malam aku terfikirkan apa la khabar adik nie. Dah smpai johor ke ? Dah makan ke ? Dapat bas ke dia ? Aku tengok dia, buat aku teringatkan adik2 aku. Ya Allah, sekiranya perbuatan aku membantu adik nie kau mahu berikan balasan, balas lah pada adik2 aku.
Sekiranya mereka dalam keadaan susah, kau hantar la bantuan yg mampu menyelesaikan masalah mereka. Buat kawan2 dan geng2 johor yg aku kenali, sekiranya korang jumpa adik nie. Bantu la mana yg patut.
Di sini aku sertakan detail2 dia yg aku dapat semalam. Kalau boleh korang pakat2 share pun takpe, biar cerita nie sampai ke pengetahuan Uni dia ataupun jiran2 dia serta pihak berwajib yang boleh bantu meringankan beban adik nie dan seluruh keluarga dia.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.