Setelah dua tahun tidak meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, akhirnya tahun ini kita meraikan hari mulia ini dengan penuh rasa kesyukuran.
Hati mana yang tidak gembira dapat bersalam-salaman di pagi raya dan memakai baju raya bersama keluarga.
Namun siapa sangka pengumuman raya tahun ini mengejut apabila Hari Raya Aidilfitri di sambut pada hari Isnin 2 Mei 2022, sedangkan ramai yang menjangka pada 3 Mei 2022.
Sebagaimana perkongsian menarik ini oleh Yuhanis Azam, yang menceritakan walaupun hari raya dirai mengejut tetapi ia tetap meriah dan paling best!
Malah para warganet turut bersetuju dengan situasi ‘mengejut’ itu sehingga perkongsian ini mendapat share hinggga 21K!
Serious, raya tahun 2022 antara yang paling best. Nikmat dari Allah yang dah lama kita tak rasa.
Bila raya diisytiharkan, pakat terkejut semua. Satu Malaya huru hara. Banyak sungguh elemen surprise. Bermula dari malam pengumuman raya.
Orang kata raya awai tak kalut, tapi kali ni semua pakat kalut.
Ada yang terlajak terawih 6 rakaat. Ada yang kait daun pisang tengah malam buta. Ada yang malam tu juga mesin rumput depan laman. Ada yang pagi raya jamah mee segera.
Kami pula, duk pakat habiskan stok mercun (Maaf ya jiran tetangga) Plan nak bakar lemang pagi Isnin, tapi lepas pengumuman terus hidup api, cari buluh, cari santan.
Duit kat ATM licin.
Kesesakan lalu lintas dari raya pertama sampai raya kelima. Stesen minyak di kawasan-kawasan pantai timur kehabisan minyak hingga banyak kereta tersadai.
Betul-betul meriah, betul-betul rasa macam raya. Kali ni jangan harap nak ikut kalendar 100%. Kena juga berkumpul tunggu pengumuman depan TV.
Raya tahun 2022 memang patut dibukukan. Memang betul-betul meninggalkan kesan. Satu hari nanti, kita boleh cerita kat anak cucu, bagaimana satu Malaya huru-hara di malam raya.
Apapun, antara sedar atau tidak, Allah himpunkan kita dengan nikmat dalam rahmat dan kasih sayangNya setelah dua tahun tidak dapat beraya.
Dalam suasana kelam kabut begini, Allah satukan kita semua. Memori indah tercipta tanpa diduga.
Terima kasih Ya Allah, atas nikmat yang Engkau berikan. Al-Fatihah pada yang telah pergi dahulu,
Yuhanis Azam, 8.5.2022, Raya Tahun 2022
Gambar : Gambar anak bulan yang buat kita semua huru-hara (sumber : Utusan Malaysia)
Perkahwinan adalah hubungan yang harmoni bagi pasangan suami isteri. Sikap saling melengkapi menjadi tunjang bagi memastikan kehidupan disirami kebahagiaan. Sinonim perempuan dicipta dari tulang rusuk kiri lelaki, pasangan romantis Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan dan Muhammad Faizal Zakaria redha dengan ketentuan Ilahi apabila belum dikurniaan cahayamata sejak berkahwin tiga tahun yang lepas. Mujur suami begitu memahami nalurinya untuk mengambil anak angkat. Bermula daripada itulah, ramai yang DM menyatakan kesediaan untuk menyerahkan anak kepada Abby untuk dibuat anak angkat.
Pada masa yang sama, Abby juga mendapat DM daripada pelbagai pihak yang memintanya mencarikan anak angkat dan ada juga tidak inginkan anak yang dikandung. Abby bagaikan orang tengah untuk mencarikan keluarga angkat buat bayi berkenaan. Semuanya diuruskan oleh Abby dengan berhemah tanpa ada kepentingan peribadi. Sesungguhnya Abby dan suaminya adalah insan yang terpilih untuk melakukan kebaikkan ini. Ikuti temubual wartawan majalah Keluarga baru-baru ini dikediaman beliau.
“Gugur dua kali dalam tempoh tiga tahun perkahwinan. Sejujurnya saya jadi takut untuk hamil. Anak kedua saya hamil meninggal dalam perut pada usia lima bulan. Tapi ini saya tidak putus asa untuk mendapat anak. Jadi saya rasa Allah bagi rezeki anak dengan cara yang lain.
“Suami saya tidak menghalang apabila nyatakan hasrat untuk anak angkat kedua. Sebenarnya beberapa kali terdetik dalam hati untuk mengambil anak angkat. Akhirnya saya nekad! Lebih-lebih lagi saya baca banyak kes pembuangan bayi.
“Cuma saya sedih apabila ada yang bersikap terbuka apabila hasrat hati dipertikaikan. Bagi saya Allah telah bagi jalan penyelesaian iaitu ibu susuan juga perlu menyusukan anak angkat yang berusia tidak lebih daripada dua tahun sehingga sekurang-kurangnya lima kali kenyang, barulah boleh menjadi anak susuannya,” ujar Abby ketika ditemui dikediamanya baru-baru ini.
Bantu cari keluarga angkat
Naluri keibuannya terserlah apabila tidak sampai sebulan kehadiran anak angkat lelaki yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh, pelakon Abby Abadi menerima pula bayi perempuan, Maisara Dayana Fathia. Kedua-dua bayi bertuah ini dianugerahkan kepadanya setelah menyuarkan hasrat untuk mencari bayi angkat di instagram.
“Anak pertama, Daiyan, setelah ada yang dm saya di instagram. Katanya dah dua hari bayi ni orang tak nak. Syukur rezeki saya. Selang sebulan pula, perasaan inginkan seorang bayi perempuan pula. Ikut gerak hati, Dayana pilihan saya dan suami. Dayana antara bayi perempuan terawal yang ada dalam senarai dm saya. Seterusnya, memang ramai yang dm. Semua nak suruh saya jaga. Sebaliknya saya cadangkan kepada keluarga yang mencari anak angkat.
“Sebenarnya sejak saya lalui semua ini. Saya dapati ramai rupanya yang mencari anak angkat dan sebaliknya. Ada yang bercerai dn tak mampu jaga anak ke empat, anak ramai sehingga 12 orang dan ada mak yang dm saya setelah anaknya terlanjur. Memang kisah ini tak dijangka di akal.
Bagi saya, semua ini cara saya bantu untuk mengelak kejadian yang tak dingini. Tetapi semua pengambilan anak angkat ini mengikut prosedur yang betul. Kebetulan rezeki saya sebagai orang tengah. Saya tidak kenakan sebarang bayaran pun.
“Malah ada yang nak ambil anak angkat, bertanya pelbagai soalan termasuk keturunan atau anak luar nikah atau tidak. Bagi saya, amat ralat apabila ada soalan-soalan seperti ini. Tidak perlu tahu semua itu. Pada saya bayi tidak salah. Kita yang mendidikanya untuk menjadi anak yang baik atau sebaliknya,” jelas Abby.
Momen indah
Pastinya kehidupan pasangan suami isteri berubah apabila mempunyai cahayamata. Begitu juga yang dilalui Abby dan suami.
“Terasa masa banyak terisi. Apabila ada bayi ini memang kena bangun awal. Mujur suami ringan tulang membantu. Bagi saya tak ada beban buat diri saya dan suami.
“Malah kami merasai keseronokkan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Memang ada yang cakap, perlukah ambil anak angkat sedangkan sudah mempunyai anak sendiri. Namun bagi saya semuanya cukup indah.
Dalam pada itu, Abby turut berkongsi kegembiraan menguruskan dua bayi tersayangnya tanpa perlu berpantang.
“Saya bersyukur, urusan menguruskan anak berjalan seperti biasa. Maklumlah saya ibu yang tak berpantang walapun ada bayi. Tiada masalah untuk bergerak dan menjaga bayi.
“Cuma apabila pergi bercuti, pastinya beg bertambah. Maklumlah ada bakul susu dan pakaian kena bawa lebih. Biasalah bayi ni ada perkara yang tidak dijangka seperti muntah.
“Tetapi semua urusan menguruskan anak, walaupun sudah 10 tahun tak uruskan bayi, tidak ada masalah bagi saya. Saya masih ingat pengalaman menguruskan anak-anak saya dulu. Dan tak ada beza pun anak sendiri atau angkat. Semuanya saya di hati saya. Saya juga berharap kedua-dua bayi ini, akan mengikut jejak abang dan kakaknya menghafal Al-Quran serta diberi didikan agama,” jelas Abby yang bersedia jika hamil pada waktu terdekat ini.
Sumber: Majalah Keluarga Isu November 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bergelar ibu bapa ni, memang isu mendidik anak sering menjadi perbualan dalam aspek keibu bapaan. Mana tidaknya, semua ibu bapa inginkan anak-anak yang mendengar cakap dan berjaya dalam hidup. Jika salah asuh, tentu akan memberi kesan kepada sikap anak itu sehingga dewasa. Malah, ada yang beranggapan sikap anak itu, adalah cerminan ibu bapa. Tentu kita tercari-cari panduan nak didik anak. Termasuk cara mendidik anak lelaki.
Ikuti perkongsian cikgu ini mengenai cara mendidik anak lelaki.
Tip mendidik anak lelaki, memang " Deep"
Cabaran mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan. Saya kongsikan beberapa tips terbaik melahirkan anak lelaki yang berjiwa kental, bertanggungjawab dan di hormati masyarakat.
1. Sumber belanja
Inilah kehidupan. Saya menelusuri sejarah kehidupan Almarhum ayahanda dan 5 bapa saudara yang dibesarkan oleh atuk dan nenek. Semuanya lelaki. Kebanyakan dari mereka menjadi insan hebat, sangat disegani dan ada yang namanya tercatat dalam kelompok ulama negeri kelantan.
Subhanallah.. .
Jangan terkejut jika saya nyatakan, mereka melanjutkan pengajian ke luar negara berbekalkan duit belanja dari hasil jualan telur itik dan sumbangan masyarakat kampung.
Rupanya, wang belanja dan sumber yang berkat memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seorang anak. Menjadi asbab kepada Allah SWT redha dengan ilmu yang dituntut sehingga mampu menjadi tunjang dalam masyarakat.
2. Susah
Kemewahan hanya akan melahirkan seorang anak lelaki yang pandai meminta bukan memberi.
Ajari mereka tentang kehidupan yang susah, jika hari ini suasana rumah kita tidak membantu, bawalah anak-anak ke suatu tempat yang mampu mengajar erti kesusahan yang sebenar.
Ajak mereka melakukan khidmat masyarakat, turun menziarahi keluarga yang dhoif dan berikan tanggungjawab sebagai Ketua untuk menguruskan sesuatu misi mengikut kadar kemampuan.
Banyakkan program bersama anak lelaki, membersih kawasan masjid, tempat wudhuk dan paling penting ialah tandas. Inilah cara yang paling mudah untuk menundukkan hati yang keras dan sombong.
Bila hati sudah dilentur, mudahlah akhlak dibentuk.
3. Damping
Cuba tanya anak lelaki satu soalan nie, bila besar nanti nak jadi apa?
Kita akan mendengar jawapan yang hampir sama. "Saya nak Jadi macam ayah"
Apapun pun pekerjaan seorang ayah, anak lelaki akan merasa bangga dan sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi seperti nya.
Penting, dampingi anak-anak dengan contoh kelakuan yang terbaik. Tabiat yang buruk tinggalkan diluar rumah atau lakukan diluar pngetahuan anak-anak lelaki. Contohnya bertengkar, ketagihan game, merokok dan sebagainya.
Seorang anak yang diajar dengan kekerasan, sifat bengis, pemarah, suka berhibur dan kemaksiatan akan cenderung menjadi seorang penjenayah, mereka melihat orang lain sebagai lawan bukannya kawan.
4. Cintakan ilmu, pasakkan tauhid dalam jiwa
Bahaya membiarkan jiwa seorang anak lelaki kosong, kering dan gersang kerana banyak unsur-unsur negatif akan berebut memenuhinya.
Tidak mudah mendidik anak lelaki kerana kita hanya mampu melihat hasilnya apabila mereka menginjak remaja dan menjadi dewasa.
Cabaran yang paling besar ialah menguruskan anak lelaki remaja.. berapa ramai ibu ayah yang menumpahkan air mata kerana anak mereka tersungkur di lembah kehinaan, salah memilih haluan hidup, kuat melawan, memilih teman hidup yang salah, tercalar akidah kerana taasub dengan artis2 barat dan kpop.
Ubat kepada segala penyakit ini ialah suapkan makanan kepada Rohani mereka. Wujudkan hubungan dengan Allah dan benamkan kalimah tauhid dalam jiwa, pasti dan pasti tidak ada perkara yang boleh merosakkannya.
5. Berdikari
Bekal hidup yang paling baik untuk seorang anak lelaki ialah ilmu dan pengalaman. Hantar mereka belajar di tempat jauh, lagi jauh lagi mahal pengalaman yang mereka perolehi.
Anak lelaki yang berdikari akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bijak mengatur kehidupan.
Kita bukan sahaja melahirkan seorang anak lelaki, tetapi Allah amanahkan kita bakal khalifah. Besar sungguh tanggungjawab mendidik, kerana kita akan disoal tentang amanah ini.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.