Setiap kali kalau nak masak, tak ada benda ni terus rasa terbantut nak masuk dapur. Betul tak? Apa lagi kalau buat bawang putih! Itulah yang menaikan rasa dalam makanan, lagi-lagi kalau nak buat perapan.
Selalunya kalau masak, untuk kerja memotong bawang ni anda akan ikut jenis potongan atau main taram potong je asal ada? Bagi yang tak tahu, setiap potongan bawang tu khas untuk masakan yang tertentu. Mesti anda baru tahu kan!
Jom semak potongan yang selama ni kita guna. Agak kena tak dengan jenis potongan dan kegunaan yang sepatutnya kita buat yang disenaraikan oleh Faridh Rezza ni? Haa letsss semak!
Jenis potongan bawang putih dan fungsinya by Cikgu Rezza handsome! 🧄🔪
Dari kiri:
HIRISAN TENGAH
Ads
– Sesuai untuk sup / masakan yang memakan masa lamak.
HIRISAN TEPI
– Sesuai untuk masakan bertumis (sayur, nasi goreng).
Ads
MINCED/DICED (CINCANG/DADU)
– Sesuai untuk masakan yang mementingkan paras rupa (presentation) dan sesuai untuk orang yang tak suka kunyah bawang. Tapi potongan tok paling cepat hangus haha!
Memulakan dengan kata-kata yang baik adalah kunci kepada segala kebaikan. Jom cuba ikut perkongsian oleh Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam mendidik anak-anak di zaman ini. Ingatlah bahawa setiap kata-kata kita adalah satu doa!
Keluarkan Kata-Kata Baik
Sentiasa mengeluarkan perkataan yang positif buat anak-anak kita seperti anak bertuah, anak bijak, anak mama sayang, anak ayah sayang dan sebagainya. Elakkan sama sekali perkataan negatif buat anak kita ketika kita sedang marah. Takut dan dibimbangi kata-kata yang kita gunakan ini mustajab kerana ianya satu doa.
Tegur Dengan Baik
Tegurlah anak dengan penuh berhemah dan kasih sayang. Anak-anak adalah ujian dari Allah, buat ibu dan ayah bagi menilai kesabaran mereka dalam mendidik anak-anak. Jadi tegurlah mereka dengan baik, penuh berhemah dan kasih sayang. Gunakan perkataan yang paling baik dan nada lembut dalam menegur mereka.
Sentiasa Gunakan Nama Allah
Sentiasalah gunakan nama Allah dan Rasulullah. Sebagai contoh, “Anak ibu sayang Allah dan Nabi tak?” Kalau sayang Allah jangan tinggalkan solat dan jangan lawan cakap mak ayah sebab kita semua nak masuk syurga dan dapat syafaat daripada Allah SWT. Sentiasalah gunakan nama Allah dalam seharian bagi mendidik sifat mulia anak.
Banyakkan Berdoa
Kunci kepada segala kebaikan adalah berdoa kepada Allah SWT. Ibu dan ayah janganlah putus doa pada anak. Sentiasalah berdoa kepada mereka untuk terus menjadi anak yang baik, patuh pada ibu ayah dan menjadi anak yang terpuji.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya bila kita sekeluarga ingin bercuti ke lokasi yang jauh dengan menggunakan kenderaan, semestinya akan berhenti beberapa kali di stesen minyak sebelum sampai ke destinasi dituju. Tujuan utama selain untuk mengisi minyak yang menyusut kuantitinya, bahkan bertujuan untuk menggunakan perkhidmatan tandas awam yang tersedia di situ.
Umumnya, tandas awam yang tersedia biasa-biasa sahaja keadaanya namun berbeza sekali dengan tandas awam yang terdapat di stesen minyak di Melor, Kelantan ini.
Bagaikan di kayangan, orang ramai yang menggunakan tandas awam di sebuah stesen minyak di Melor di sini akan terpegun dengan hiasan dan kemudahan yang disediakan di dalam tandas berkenaan yang nyata lain daripada biasa.
Ini sebagaimana memetik berita yang dipaparkan di portal Sinar Harian.
Hiasan cantik dengan tema keemasan itu membuatkan sesiapa sahaja yang menggunakan kemudahan awam secara percuma tersebut tidak kekok untuk berada lama di dalam tandas berkenaan tambahan pula ia dilengkapi penghawa dingin, televisyen, pemanas air, meja solek dan dihias bagaikan sebuah bilik.
Pelik, namun itulah kelainan yang dilakukan Datuk Dr Ahmad Omar, 84, yang membina tandas awam berkenaan di sebelah stesen minyak miliknya di Melor di sini untuk kegunaan orang ramai.
Dianggap janggal kerana membina sebuah tandas yang berkonsepkan moden dan bagai kayangan, namun Ahmad tidak menjadikan kecaman itu sebagai pematah semangat untuk beliau terus membuat kebajikan kepada orang ramai.
“Sebelum ini, kita dididik dengan pemikiran tandas awam adalah tempat yang kotor dan tidak terjaga. Jadi kelainan ini saya buat untuk memberi kebajikan kepada orang ramai dan pemikiran negatif tersebut kita boleh hakis dari masa ke masa.
“Apa yang saya buat ini hanya untuk keselesaan pengguna. Walaupun pelik, tapi kelainan dia akan memberi kepuasan hati kepada pengguna,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Ahmad berkata, beliau berhabis lebih RM10,000 untuk membina tandas berkenaan.
“Sebanyak 35 jenis barangan saya masukkan ke dalam tandas ini dan salah satunya televisyen serta pemanas air untuk membancuh kopi,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, beliau juga meletak harapan tinggi supaya selepas ini masyarakat akan mengubah persepsi bahawa tandas adalah tempat yang kotor sedangkan ia perlu dijaga setiap masa sebagaimana kita menjaga kebersihan diri.
Apabila mengetahui ada individu yang kita kenali telah disahkan postif Covid-19, membuatkan hati kita turut bimbang dan cemas dengan nasib yang menimpa insan tersebut.
Apatah lagi buat si empunya badan yang menangungnya. Silih berganti rasa takut, bimbang dan sedih dalam diri mereka hanya tuhan sahaja yang tahu. Memandangkan kes disebabkan Covid-19 menunjukkan angka kematian yang tinggi, pastinya memberi impak dan ketakutan melampau jika diri disahkan positif Covid-19.
Meredakan kerisauan di hati dan memikirkan apa perlu dibuat, ustazah Asma’ Harun berkongsi saranan dan nasihat apabila ada seseorang bertanya dengan rasa yang amat takut dan ‘rasa macam nak mati’ kerana disahkan positif covid, apakah permintaan terbaik saat ini dengan Allah?
Saya jawab, minta 2 perkara dengan seikhlas dan benar-benar berniat di dalam hati :
1. Minta kesembuhan, kuat dan sihat untuk kembali kepada Allah dengan banyakkan ibadah, berubah jadi lebih baik dan tunaikan tanggungjawab yang masih banyak sesama manusia sekeliling. Maka banyakkan istighfar agar Allah ampuni kita.
2. Minta Allah beri Husnul Khatimah (kematian yang baik dan indah). Sebab jika taqdirNya kita bertemu kematian asbab covid ni, kita tetap tak boleh lari, maka Husnul Khatimah adalah sebaik-baik cara kembali.
Jadi, kita mohon dua perkara, untuk hidup sihat dan bahagia atau mati selamat dan sejahtera. Kita mungkin tak banyak masa beramal soleh untuk melayakkan diri dapat Husnul Khatimah, tapi dengan doa semoga Allah tetap kurniakan kita Husnul Khatimah.
Kesudahan hidup di dunia dengan kematian yang baik adalah permulaan hidup di sana yang jauh lebih bahagia, ia kekal selama-lamanya.
*Sahabat semua, saya lihat banyak update status mohon doa samada kerana sakit atau kerana khabar kematian. Maka jangan scroll sebelum kita penuhi hajat orang tersebut walaupun kita tak kenal. Doa sahaja dengan apa-apa ayat yang mudah yang penting sampai maksud. Mungkin satu hari, kita pula yang perlukan doa orang ramai..
Sayang semua kerana Allah dan Rasulullah.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.