Kebiasaannya, apabila anak-anak demam yang paling risau pastinya ibu-ibu kan. Hati jadi tak tenang lebih-lebih lagi mendengar anak merengek disebabkan rasa tidak selesa badan.
Selain memberikan ubat, apa yang ibu-ibu selalu lakukan adalah membasahkan tuala lalu diletakkan atas dahi kononnya untuk mengurangkan haba panas.
Gambar sekadar hiasan
Macam-macam cara dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan demam anak-anak kebah. Namun, doktor ini berkongsi kenapa tidak digalakkan memakai tuala basah apabila anak-anak demam.
Dikenali dengan nama Dr Man menerusi platform tiktok, doktor ini memberitahu terdapat dua sebab: 1. Haba panas akan terperangkap di bawah kepala dan sekaligus menghalang haba itu untuk keluar dari badan.
2. Kalau pakai pun tidak tahan lama kerana anak-anak akan buang atau tepis disebabkan tidak selesa.
Menurut Dr Man lagi, kaedah yang paling efektif untuk mengeluarkan haba daripada badan adalah dengan ‘jerlum’air di kepala anak-anak.
Kaedah ini mudah dan anak-anak pun tidak akan elak.
Gambar sekadar hiasan
Tambahnya lagi, kaedah jerlum ini dapat buang haba dari kepala serta menghalang sawan tarik.
Ads
Basahkan kepala sehingga ketiak setiap lima minit tetapi pastikan tidak kena pada tangan dan kaki kerana akan menggigil.
Gambar sekadar hiasan
Ibu-ibu juga boleh mandikan anak-anak selepas di jerlum dan ubat dah jalan. Selepas dua jam dan badan dah sejuk, barulah dimandikan anak-anak.
Petua orang lama kalau dikaji memang banyak dan salah satunya adalah berkenaan kegunaan sireh cina yang dikatakan banyak manfaatnya.
Nak tahu lanjut, jom semak perkongsian ini.
KETUMPANG AIR @ SIREH CINA
Ternyata pokok yang tiada guna tapi tinggi khasiat dalam perubatan.
Malam ni masih tak sihat. Lepas balik tengok Iman dari hospital terus ke rumah kakak amik pokok ni. Rumah kakak banyak pokok ni dalam pasu bunga.. biasanya orang cabut dan buang jer pokok ni tapi dia sengaja biakan pokok ni tumbuh subur dalam pasu sebab pokok ni tinggi khasiatnya..
Especially bila ada anak-anak demam dan suhu badan tinggi.. camna nak buat just ramas dalam air dan sapu kat kepala, leher dan badan. Insya’Allah suhu bdn akan cepat turun.
Selain tu, kita boleh gak buat salad dengan daun ni.. nak buat salad amik pucuknya.. tengok macam abe buat ni. Rasanya?.. macam iceberg lettuce. Sedap..
Kat bawah abe ada copy info pasal khasiat ni. Harap baca sampai habis.. dan confirm pasni sayang nak buang pokok ni yg tumbuh melata di laman kita.
Pokok Ketumpang Air atau Sireh Cina
Pasti anda tahu dan sering terlihat pokok ini selalu tumbuh di sekitar rumah anda dan anda akan selalu mencabutnya dan membuangnya untuk membersihkan kawasan rumah.
Tetapi tahukah anda pokok ini sebenarnya amat berkhasiat tinggi dalam perubatan. Pokok ini di kenali sebagai banyak nama seperti sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang.
Pokok ini sebenarnya ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10 untuk 100gram.
Kandungan Kimia
Daun mengandungi kuantiti besar asid amino penting , lysine, leucine dan isoleucine, jumlah valine yang sederhana , threonine dan phenylalanine dan juga banyak lain-lain asid amino penting dan tidak penting. Apiol, 2,4,5-trimethoxy styrene dan 3 phytosterols, campesterol, stigmasterol dan β-sitosterol juga telah didapati dari tumbuhan ini (Ghani, 2003).
Disini kami akan kongsikan khasiat lainnya.
1- Merawat Gout
2- Penawar sakit sendi dan perut
3- Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
4- Mengubati dan meredakan cirit-birit
5- Meredakan batuk
6- Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
7- Merawat Buasir
8- Melegakan selsema
9- Merawat jangkitan pada pundi kencing
10- Merawat Kayap
11- Alternatif kepada ubatan darah tinggi
12- Merawat kencing manis
Ternyata memang pokok yang selama ini kita anggap tiada guna rupanya mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan.
Semua orang pernah mengalami sakit kepala terutama dikalangan pengidap migraine dan darah tinggi yang mana kedua-dua penyakit itu lazimnya mengakibatkan komplikasi tersebut. Bagi sesetengah orang, sakit kepala mungkin menyerang sehingga menyebabkan tekanan perasaan yang serius disamping boleh memberi kesan buruk terhadap penghidapnya. Ini termasuklah kecenderungan bertindak di luar jangkaan seperti menghantuk kepala ke dinding, menjerit sekuat hati, membaling objek dan lain-lain perbuatan yang menggambarkan perasaan yang kurang selesa terhadap persekitarannya.
Kebiasaannya, mereka yang menghidap sakit kepala atau pening Cuma memakan pil paracetamol atau ubat-ubatan yang dibeli difarmasi untuk melegakan kesakitan. Bagaimanapun, pokok herba ini dipercayai mempunyai khasiat yang mampu mencegah dan menghilangkan sakit kepala atau mengurangkan tahap serangannya.
Pokok ini boleh didapati di kawasan lembap seperti di tepi-tepi sungai atau berhampiran dengan paya. Untuk mengetahui kelebihannya, anda cuma perlu memakan satu atau dua keping daunnya pada setiap hari sama ada dimakan begitu sahaja atau dijadikan ulam ketika makan.
Pengambilan pucuk daun ini adalah lebih baik kerana rasanya lebih lemak berbanding daun matang. Anda boleh makan pucuk daun sirih Cina ini begitu sahaja dan diamalkan terutamanya di kalangan pesakit migraine pada setiap hari untuk mendapatkan khasiatnya.
Berdasarkan pengalaman beberapa orang pengamal kaedah ini, kandungan daun tersebut dipercayai mampu menghilangkan sakit kepala atau pun mencegahnya daripada menyerang. Selain itu, bagi pesakit darah tinggi, pemakanan daun ini mampu mengurangkan kadar tekanan darah tinggi dan sekaligus mengatasi komplikasi sakit kepala.
Pokok Sirih Cina mudah hidup jika ditanam, malah boleh dijadikan hiasan untuk menambahkan lagi keindahan landskap di hadapan rumah. Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti pokok-pokok hiasan yang lain kecuali penyiraman air secukupnya bagi mengelakkan ia mati. Pokok Sirih Cina ini lebih baik ditanam sendiri bagi memudahkan pesakit mendapatkan bekalan daun yang mencukupi untuk dimakan pada setiap hari.
Alang-alang menanam pelbagai jenis pokok seperti pokok bunga raya, inai, limau purut dan sebagainya untuk memenuhi hobi bercucuk tanam, ada baiknya ada manfaatkan tanaman tersebut selain untuk menuai hasilnya ia juga boleh digunakan untuk penjagaan kecantikan.
Ini sebagaimana petua yang dikongsikan di akaun facebook Sarifa Redzuan II yang cuba memberi alternatif kepada wanita di luar sana, andai mempunyai masalah rambut gugur dan kian menipis bolehlah dirawat dengan petua menggunakan bahan-bahan alami.
Ujarnya yang membahasakan dirinya cikgu berkata, “Cikgu tengok bunga raya dan pokok inai kat umah mak cikgu ni sakan. Terus petik nak buat resipi lebatkan rambut. Kebetulan semalam pi rumah mak teh sempat kidnap limau purut dia. Geram tengok! Montel montel buah limau tu.
“Seronok bila keluar belakang rumah, nampak pokok pokok lebat merimbun . Dari biar , baik cantikkan diri guna bahan alami kan? Untunglah siapa suka tanam pokok. Boleh cantik selalu!”
BAHAN BAHAN RESIPI RAHSIA LEBATKAN RAMBUT
Segenggam daun muda pokok bunga raya
9 helai daun pudina
Segenggam daun inai
Sekuntum bunga raya
1 biji limau purut
CARA BUAT
1. Tumbuk atau giling daun bunga raya, bunga raya, inai dan pudina
2. Masukkan bahan dalam bekas dan perahkan limau purut.
3. Kacau kasi sebati lawan jam
4. Masukkan 1/3 sudu garam bukit ( biasa pun boleh)
5. Biarkan sejuk dalam peti dan boleh lumur di kepala sambil mengurut. Pakai plastik atau shower cap dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci dengan air biasa . Amalkan seminggu 3- 4 kali.
Eh, bukan saja boleh lebatkan rambut malah kulit kepala gatal pun boleh hilang tau. Kepala yang panas bila letak bahan yang sejuk, perghhh nikmat nya. Ringan kepala yang dok serabut tu.
Lepas ni boleh la set rambut kepok kepok! Untuk abang tengok jer tau. Bila bertudung, kulit kepala pun tak gatal kalau berpeloh. Lembap dan bersinar rambut tu.
Rambut ni mahkota wanita. Kalau jaga rambut, seri muka pun naik. Tak caya? Buat dulu kasi rambut lebat, kemudian pergi salon set rambut buat swiss roll ker, ketak ketak ker, cer tengok muka tu nanti. Otomatik seri naik. Cuba dulu baru tau.
Penyanyi Nubhan Ahamad dalam satu perkongsian memuatnaik nama anak bongsunya baru-baru ini.
Perkongsian yang disertai dengan foto keluarga, dia turut memberitahu makna sebalik nama yang dipilih bersama isteri, Dr Afifah Hidayah Tawfek.
Sekitar pertengahan bulan lalu, Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan bin Haji Ahamad, 35 baru sahaja menimang cahaya mata ketiga selepas isteri tersayang, Afifah Tawfek selamat melahirkan anak perempuan.
“Assalamualaikum Afzan Nayille binti Ahmad Nubhan. Baby masih berpantang di @paramountpostpartum, balik cepat ya Lili! Abah dah krem pinggang nk berulang Melaka.
“Afzan : kemenangan, Nayille : rahmat (grace). Semoga membesar jadi anak solehah ya anak ku,” ujar Nubhan menerusi kapsyennya.
Nubhan sebelum itu membuat kejutan kepada isterinya yang tersayang dengan menghadiahkannya sebuah klinik gigi.
Ujarnya lagi, hadiah tersebut adalah sebagai tanda rasa syukur serta terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri kerana sudi bersusah payah mengandungkan dan melahirkan zuriatnya.
Sementelah dia hanya ingin merialisasikan impian isterinya memandangkan dia merupakan seorang pegawai pergigian sebelum ini. Namun memilih untuk menamatkan kerjaya tersebut sekitar tahun 2020 demi menguruskan rumah tangga dan perniagaan bersama suami.
Nubhan dan Afifah telah mendirikan rumah tangga sekitar tujuh tahun lalu dan sudah menimang tiga orang cahaya mata terdiri dari dua orang perempuan dan seorang lelaki.
Anak Dr Azu Shahadan menjadi inspirasi apabila anaknya berjaya menamatkan IGCSE pada usia 15 tahun selepas belajar di enam sekolah berbeza sebelum menerima biasiswa perubatan ke Rusia.