Tandas dan bilik mandi juga memerlukan penjagaan rapi kerana ini juga merupakan salah penanda aras tahap penjagaan kebersihan penghuninya.
Sebenarnya proses pembersihan tandas ataupun bilik mandi tidak perlu dilakukan secara besar-besaran kerana kita boleh melakukannya hampir setiap hari.
Sewajarnya kita memperuntukkan lima minit awal sebelum mandi untuk mencuci bilik mandi.
Ads
Selain bilik mandi, mangkuk tandas juga perlu dijaga. Nak mudah, semburkan sedikit pewangi semula jadi seperti lemon atau limau kasturi di dalam mangkuk tandas, tempat duduk tandas dan penutupnya pasti dapat mengurangkan bauan tidak menyenangkan.
Selain itu, ibu-ibu juga boleh menggunakan softener dobi. Tuangkan secawan softener pakaian di tangki tandas.
Ads
Softener akan tenggelam ke bawah dan kekal di dalam tangki. Setiap kali flush, aroma softener akan mengeluarkan bau wangi, dan seluruh bilik mandi akan bau wangi.
Sejak semalam tular di facebook yang memaparkan gambar nasi putih dan kuah tanpa lauk yang diberikan kepada murid dibawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Ekoran itu, wargamaya terkejut dengan dakwaan itu dan memberikan pelbagai komen dan rasa tidak puas hati.
Prihatin dengan permasalahan itu, menerusi facebook milik Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin pantas memberi respon hari ini.
Katanya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius hal ini dan sedang menyiasat dakwaan itu.
“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).”
“Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat. KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid.”
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Apabila covid-19 melonjak naik, sudah pastinya para frontliner mara kehadapan tanpa mengira masa dan waktu untuk merawat pesakit.
Ketika ini, masa bersama keluarga terpaksa dilupakan demi tanggangjawab yang digalas.
Situasi itulah yang dihadapi oleh seorang jururawat yang tidak dapat membantu suaminya ketika saat kecemasan.
Jauh disudut hati, beliau melahirkan rasa terkilan apabila panggilan suami tidak sempat dijawab.
Mujur ibu ada dan suami dapat diselamatkan setelah sedar dari pengsan.
Ikuti luahan hatinya.
PANGGILAN KECEMASAN DARI SUAMI
It hurts me so much to know that my husband trying to call me many time asking for help (because he fall in toilet & his head landed at floor) at 2am & dat moment my hp is not wit me coz im busy wearing Full PPE for 12 hours & collect Covid pt from 7pm-6am.
End up he call 999 & my fren yg respon
Luckily after dia jatuh tu dia hanya pitam for a while & masi sedar diri & ada my mum
Kalau tak.Praise Lord my husband tak apa-apa.
FRONTLINER TERPAKSA DAHULUKAN TUGAS DARIPADA KELUARGA
Kamu faham ka tu perasaan apabila kami (HCW/frontliner) terpaksa mbelakangkn keluarga & org tercinta demi mendahulukan kebajikan & kesihatan pt d musim Pandemic Covid nii?
So..jangan kamu pandai-pandai hina kami & ckp “sepa suru jd nurse/doktor/ MA/ PPK OR PKB” or “Sepa suru keja hospital!??” “Berhenti kerja laa.byk lg org d luar tu mau keja”
Wowww!! Klu kami X pilih utk jd HCW/Frontliner. Kamu pikirr hosp akan ada ckup staff ka? kesihatan & kebajikan kmu dpt berdiri smpai keadaan skrg ka? Kmu pikir kami X pikir 100 kali ka utk berkhidmat & trus brtgjwb dlm pandemic Covid ni?
Disebabkan kami sayang & ingatkn kluarga kami la kami truss berjuang utk ksihatan & kbajikan Rakyat agar Pandemic Covid tak terus menular smpai ke keluarga kmi.
AMBIL PEDULI PERASAAN PESAKIT COVID19.
I wish u all understand brpa ramai pt Covid yg kami collect setiap shift.
I wish u all understand perasaan & tekanan pt2 & family yg terkena Covid yg kami collect setiap shift (Our heart hurts when see the child/kids trpaksa jauh with their parents, the parents trpaksa tglkn anak2 d ruma & plg menyakitkn ada juga kluarga yg smpai X mau trima blk kluarga yg ada Covid niii)
U all know kaa!?? They are CRYING INSIDE tauu!!
So..Pls plss & plss!!
STOP All ur EGO & STOP all the Gamess!!
(X kisah laa games politik ka, keyboard warrior ka, Anti Vaccine ka Anti2 sgala Anti kaa atau apa2 la yg buli menyulitkan lg keadaan)
Follow SOP & go take care UR family selagi sempatt
THIS is UR time to b wit Ur Family!
DOAKAN KAMI FRONTLINER
Let Us (HCW/Frontliners) Do our PART As Fast As We Can to end this Pandemic & Pray for Us.
I understand d pressure & feeling yg terjejas dr segi kwangan tu. I BELIEVE Our Govt will try their BEST to think how to solve OR how to HELP.
But for now pls Give Full Support to END this Fast!
TQ
Hidup berumah tangga ada kalanya berlaku pergeseran. Itu lumrah, namun kena saling bertolak ansur dan jangan bersikap ego.
Sering kali kita mendengar bahawa perkahwinan antara salah satu asbab tuhan limpahkan rezeki kepada kita dan pasangan.
Namun, jika tersalah percaturan boleh membuatkan rezeki anda sempit. Kenapa ianya terjadi? sudah pasti ada salah dan silap yang kita lakukan atau tidak sedar.
Perkongsian seorang suami bernama Mohd Fhais mungkin boleh dijadikan teladan. Akibat meninggikan suara dan ego untuk meminta maaf menyebabkan dia mengalami masalah.
Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Bukan perlu menyembah dan mengikut segala telunjuk isteri, cuma adil dalam berkongsi hidup.
Jangan hanya tahu mengarah dan meminta itu ini sedangkan isteri juga tahu erti penat. Kalau sudah namanya suami isteri, kena saling bekerjasama, bantu membantu barulah kehidupan lebih harmoni.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Natijah Tinggi Suara Pada Isteri
Pagi tinggi suara, tengahari tu dapat balasan. Serik ! Ini last lepas ni memang tak nak lagi tinggi suara dengan isteri.
Semalam jadual agak padat, pagi nak pergi KL, lepas tu tengahari ada temujanji di melaka jadi agak rushing pagi tu. Kebetulan isteri cuti, dapatlah cover jaga aish kat rumah.
Biasalah isteri kita ni kalau cuti mana boleh duduk diam, banyak kerja rumah dia nak siapkan. Dalam fikiran dia mesti fikir masa cuti lah boleh nak siapkan semua kerja rumah nanti dah kerja susah.
Tapi suami ni tak sedar benda tu. Yang suami tahu bila isteri cuti adalah peluang untuk suami buat kerja dia pulak. Itu lah yang padat sangat jadual semalam, semua nak di buat dalam satu hari.
Akibat terlalu rushing, sorang kat dapur sorang kat depan, aish pun duk menangis. Huru hara betul pagi semalam. Tanpa sengaja tertinggi suara pada isteri.
Walaupun bukan keluar kata-kata marah tapi nada agak tinggi. Cukup buat isteri terasa, dia jadi sedih, air mata meleleh keluar, nampak dia tersedu-sedu, kesat-kesat hidung.
Tapi ego buat-buat tak nampak, terus capai kunci kereta keluar rumah. Dah nampak isteri sedih tapi tak terfikir nak minta maaf. Memang mendapatlah!
Dalam satu hari sahaja semalam dapat 2 surat saman, 1 saman parking DBKL, 1 lagi saman parking MBMB. Rezeki melayang keluar gara-gara buat isteri menangis. Menyesal tak minta maaf awal-awal. Ini baru balasan fizikal.
Balasan dari segi dalaman pula, jiwa tak tenang. Dari keluar rumah ke KL sampai patah balik ke melaka hati tak keruan. Ada sahaja yang tak kena. Buka radio kuat tapi rasa sunyi. Terbayang-bayang air mata isteri mengalir.
Allahu.. besar sungguh natijah seorang isteri pada suami. Sejurus jejak je kaki di rumah saya terus minta maaf pada isteri. Walaupun masa tu mood dia dah ok, saya minta maaf juga sebab muka nampak ok tapi hati belum tentu ok. Tak nak dia pendam perasaan senyap-senyap nanti susah laluan rezeki suami.
Nasihat saya kalau ada terasa macam rezeki tu selalu bocor atau susah nak lekat cuba tanya isteri baik-baik, kalau ada terguris hati minta maafkan dulu sebelum berhempas pulas bekerja.
Belajar dari pengalaman ini usaha keras macam mana pun mencari rezeki ia akan jadi sia-sia kalau kita tak berusaha untuk sedapkan hati isteri dahulu.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.