Perkongsian wanita ini tentang apa yang dilaluinya dalam bab memberi hutang cukup terkesan dalam kehidupannya.
Jadikan pengajaran agar kita dapat hidup lebih tenang tanpa ada rasa sakit hati, dendam dan benci dalam diri seperti apa yang dilaluinya kini.
Jom semak perkongsiannya.
8 tahun lepas, ada seorang kawan saya pinjam duit RM 300. Ini kali pertama dia pinjam dari saya.
Waktu itu, kita di zaman 20-an dan dapat biasiswa JPA pula. Setakat banyak tu, memang tak jadi hal.
Ditambah pula dengan janji manis dan rayuan pakej bersama deraian air mata, maka sepantas kilat saya transfer ke akaunnya.
Selang 2 minggu selepas itu, dia call lagi. Hati saya jadi tak keruan. Tak diangkat, takut dia mahukan nombor akaun, nak diangkat, takut dia mahukan sejumlah wang lagi.
Setelah berdering kali ke 3, saya jawab penggilannya.
“Long, aku stuck kat airport. Nak balik Langkawi tapi aku terlambat sampai. Kereta member rosak tengah jalan. Tolong long. Aku terdesak sangat ni. ”
Saya memang kak long kawasan time tu. Zaman kegemilangan lah katakan.
Sekali lagi, sepantas kilat saya transfer ke akaunnya RM300.
Ads
Tahun demi tahun pun berlalu. Dan saya telah diblock dari semua media sosial miliknya.
Zaman saya mula-mula jadi suri rumah, saya ‘buru’ dia semula. Iya, RM600 bukan lah banyak mana. Tapi sangat cukup untuk mulakan bisnes kecil-kecilan.
Saya bukan sekadar gagal dapatkan jumlah itu, tapi turut hilang kawan sebagaimana hilangnya sebuah kepercayaan.
Itu terakhir kalinya saya pinjamkan duit pada orang. Selepas itu, saya hanya pinjamkan duit pada adik beradik sahaja. Cukuplah!
Baru-baru ini, saya bersembang dengan seorang kawan yang belum lama saya kenal.
Terbincang pula tentang bab hutang. Dia kata, dia dah halalkan hutang orang padanya sebanyak 50K.
Ads
“Awak gila ke? 50K awak. Bukan 50 sen!” kata saya sambil membuntangkan biji mata.
Rupa-rupanya, memang dia gila. Dia gila pahala.
“Lama saya simpan sakit hati, dendam, dan benci pada peminjam tu. Dekat 4 tahun juga saya cuba minta duit saya semula. Dah serupa peminta sedekah. Saya dihalau dari rumahnya tak ubah seperti anjing kurap.
Ustaz kata, sakit hati, dendam, benci boleh jadi penyebab tersekatnya rezeki. Bukan rezeki dia saja yang tersekat, tapi rezeki saya juga. Dalam hati saya ni penuh dengan kemarahan dan dendam pada dia.
Rezeki dia nak tersekat, lantak dia! Tapi, saya tak nak rezeki saya tersekat. Anak-anak pun kerap tak sihat. Saya decide untuk halalkan saja seikhlas hati. Dia nak bayar, silakan. Dia tak nak bayar, terpulang.
Bila saya tak fikir lagi pasal duit tu, pasal perbuatan si peminjam, saya rasa jauh lebih tenang, selesa, aman dan rasa lebih sihat. Makanya, saya halalkan saja. ”
Ads
Allahuakbar.
” Aku ni setakat RM600 je kot. Pun dah sasau macam tu.” kata saya dalam hati kecil yang terkadang mahu mengikhlaskan saja, 1 masa yang lain, rasa marah pula yang meraja.
Kawan,
Bab hutang ni memang sensitif. Pandai tabur janji, pandai pinjam, tapi tak pandai pulang. Iya, manusia seperti ini semakin bertambah kewujudannya.
Kawan,
Kalau kita beri hutang dan dah serupa peminta sedekah, Cukup-cukuplah! Ikhlas kan saja. Allah pasti balas dengan berganda kebaikan di dalamnya.
Kalau kita yang berhutang, berusahalah untuk lunaskannya. Kasihan kawan kita. Duit dia, memang dia berhak minta. Kalau belum mampu jelaskan, beritahu saja secara terbuka.
Bab merangkak di akhirat siapa cari siapa, itu bukan kerja kita.
Yang berhutang, langsaikanlah segera. Yang memberi hutang, insyaAllah ada ganjarannya untuk sebuah ikhlas yang kita beri. Percayalah, makin mencurah-curah rezeki.
Mencari duit sampingan bagi kita orang perempuan, ramai antaranya selesa untuk membuat perniagaan secara online.
Apatah lagi berniaga cara ini lebih mudah untuk mendapat pelanggan. Memadai dengan promosi diakaun fb sendiri, urusan jual beli boleh dilaksanakan.
Pun begitu, ada baiknya ketahui juga trik atau helah posting untuk pastikan apa yang dishare tidak diblok dari facebook.
Memahami hal itu, ada baiknya baca perkongsian daripada wanita ini terlebih dahulu.
Elakkan Ayat Atau Perkataan Di Bawah Ni Kalau Tak Nak Akaun Kita Kena ‘Block’ Dari Facebook!
Pernah tak bila kita nak post di facebook tiba-tiba facebook bagitahu “Are you selling something?”
Dan lepas itu terus engagement pada post itu jatuh. Kesannya orang tak nampak posting kita itu langsung!
Ni antara perkataan yang facebook detect dan kita tak boleh guna dalam posting di facebook personal untuk beriklan :
1. Link whatsapp / Link OnPay
Kalau boleh letak di ruangan komen kecuali kalau kita buat ads
2. COD
Tukar ke c0d atau siyodi
3. Postage
Tukar ke p0stage atau p*stage
4. Promo
Tukar ke pr0m0 atau p.r.o.m.o
5. Promosi
Tukar ke pr0m0$i atau pr*m*si
6. Harga
Tukar ke rega atau wang
7. Customer
Tukar ke cust0mer atau c.u.s.t.o.m.e.r
8. Ejen / Agen / Agent
Tukar ke ag3n atau tim
9. PM
Tukar ke piyem atau pi-em
10. RM
Tukar ke rengget Malaysia atau Hengget Mesia
11. Sale
Tukar ke sal3
12. Ready stock
Tukar ke readyst0ck atau readyset*k
13. Stock
Tukar ke st0ck atau st*ck
Gais, sekali sekala apa salahnya kita jadi buat WeChat kan? Hehe.
Ni Lia dapat dari group whatsapp, dan Lia ada ubahsuai yang mana Lia sendiri pon dah testing dan ianya berkesan. Semoga bermanfaat!
Silakan #share dekat kawan-kawan bisnes kita ya.
#Soalan : Ada tak yang korang nak tambah? Silakan tambah di komen. Nanti Lia tambah di posting ini.
#NotaPesanan : Di facebook personal ini bukanlah tempat untuk menjual. Gunakan formula 9 : 1 / 4 : 1. Iaitu 9/4 more kepada storytelling dan 1 baru buat iklan (hardselling).
Saban tahun pelakon cantik manis ini tidak ketinggalan untuk turut sama berpuasa di bulan ramadan seperti mana umat Islam yang lain. Malah, Dr Soo Wincci mengakui, tahun ini merupakan tahun kesembilan dia berpuasa.
Menurutnya, apa sahaja yang diniatkan pada bulan Ramadan sering memberikan keajaiban buat dirinya. Malah lebih utama, berpuasa juga menjadi satu rutin diet terbaik dan ada nikmat tersendiri
Dia melihat bulan puasa ini bukan ruang untuk makan apa sahaja tanpa membendung nafsu diri.
“Semuanya bersifat ala kadar. Apatah lagi kita diuji dengan penularan wabak covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.
“Saya tahu dalam Islam sendiri pun amalan berlebih lebihan itu tak digalakkan. Jadi kuncinya bersederhana.
“Kita pun tidak tahu apa kesudahan kepada ujian yang dihadapi ini nanti. Kita mengharap pengakhiran yang baik. Pastinya kita perlu sediakan payung sebelum hujan,” katanya kepada BH Online.
Kata penyanyi lagu Terus Terang itu, dia turut bersyukur kerana puasa kali ini dilalui di Malaysia. Malah pensyarah sambilan ini juga turut mengajak pelajarnya yang bukan beragama Islam untuk mencuba berpuasa dan menjadikan ia disiplin.
“Sejak mula berpuasa sembilan tahun lalu, saya mendapat banyak nikmat dari banyak segi. Ia membuatkan minda saya lebih ringan dan fokus pada perkara penting.
“Saya juga berkongsi mengenai amalan ini kepada pelajar dari seluruh dunia yang bertanya kenapa saya berpuasa. Disiplin berpuasa sangat baik untuk semua dan bukan buat orang Islam saja.
“Paling menggembirakan, kali ini saya dapat berpuasa di Malaysia dan bukannya di Sepanyol. Maklumlah waktu puasa di sana panjang selain makanannya juga tidak sama seperti di sini,” kata pelajar pengajian peringkat doktor falsafah kedua dalam bidang produksi artistik di Sepanyol itu
Wincci turut bersyukur dirinya terkandas di sini memandangkan situasi wabak berkenaan di Sepanyol cukup membimbangkan.
Bekas ratu cantik Miss World Malaysia itu bagaimanapun tetap meneruskan kerjanya sebagai pensyarah dengan mengadakan kelas dalam talian.
“Sepatutnya saya kena balik ke sana semula pada bulan lalu disebabkan banyak kerja perlu diselesaikan. Bagaimanapun, saya terpaksa lupakan hajat disebabkan kes Covid-19 sangat teruk di negara itu.
“Oleh itu, saya putuskan untuk mengajar pelajar saya menerusi kelas dalam talian saja. Saya rancang untuk kembali ke Sepanyol sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat nanti,” katanya.
Pewangi untuk rumah selain beli kita boleh DIY sendiri dengan menggunakan sabun buku. Kediaman yang kemas akan lebih tenang dan selesa jika berbau harum semerbak. Tidak semestinya perlu keluarkan modal yang banyak untuk memastikan kediaman wangi.
DIY Pewangi Rumah Guna Sabun Buku
Pewangi kediaman DIY ini hanya menggunakan sabun mandi buku bersama bahan lain yang sememangnya sudah ada di rumah. Lebih jimat tapi hasilnya harum semerbak. Caranya dikongsi oleh Sayurbox, bagi yang nak DIY ikut saja panduan ini.