Pelakon dan usahawan, Tya Arifin berkongsi realiti kehidupannya sebagai ibu kepada tiga cahaya mata ketika menguruskan anak-anak lebih-lebih pagi pada hari pertama sesi persekolahan tahun ini yang bermula semalam.
Menerusi perkongsian Tya, katanya sejak awal pagi lagi dia sudah mula menguruskan pelbagai hal terutama menyiapkan anaknya sulungnya, Arif Jiwa Asyraf untuk memasuki sesi persekolahan baharu.
“Baby Aghnia menyusu, tukar lampin dan saya tidur jam 2.30pagi.
“Disebabkan hari ini, hari persekolahan yang pertama, saya mesti kena hantar Arif yang dah darjah dua.
“Realiti sebenar seorang ibu kan, tak cukup tidur, mata panda, tak sempat mekap, sarapan pun terlupa dan siapakan kelengkapan anak sekolah,” ujarnya berkongsi.
Ads
Tambah Tya dia juga begitu mengagumi ibu-ibu yang menguruskan anak sendirian tanpa pembantu. Bukan satu hal yang mudah untuk melengkapkan hari itu kata Tya.
Bercerita lanjut, Tya berkata para ibu tidak menceritakan kepenatannya namun tersimpan seribu satu rasa yang ramai tidak tahu.
Ads
“Masya-Allah semenjak ada tiga anak ni, makin besar rasa kagum pada ibu ibu yang Tya jumpa.
“Kerana, di sebalik muka mereka, mesti menyimpan sejuta penat yang tak semua tahu,” ujarnya lagi.
Untuk info, sesi akademik 2025/2026 telah bermula pada 17 Februari dan cuti sesi akhir akademik bermula pada 20 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026.
Ibu dan ayah mana yang tidak mahu anak yang bijak dan mahir dalam semua bidang. Namun menentukan anak bijak seperti yang kita mahu bukanlah dengan cara paksaaan.
Menurut Dr Rozanizam Zakaria, Pakar Psikiatri, Penolong Profesor Kuliyah Perubatan di UIAM, memaksa anak untuk menjadi pandai seperti yang diinginkan kita bukanlah langkah bijak. Mak ayah perlu tahu tahap kemampuan anak. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Dalam dunia yang berorientasikan formula “anak pandai = anak hebat” hari ini, ramai ibu bapa yang turut terkesan dengan memberi tekanan luar biasa kepada anak-anak untuk cemerlang dalam pelajaran. Sehingga kadangkala jangkaan terhadap anak-anak mengatasi kemampuan anak-anak itu sendiri. Akibatnya, anak jadi tertekan.
Saya kongsikan gambarajah yang saya pinjam dari jurupulih carakerja di hospital saya bekerja untuk kita semua melihat gambaran keseluruhan apa yang sebenarnya diperlukan oleh anak-anak untuk menguasai akademik. Piramid ini menggambarkan proses perkembangan kognitif dan intelektual anak-anak.
Kalau anda perasan, akademik terdapat pada puncak piramid. Secara bahasa mudahnya, keupayaan intelektual/akademik anak-anak hanya sempurna, sekiranya bahagian-bahagian bawah itu terbentuk dengan sempurna (sensoy, motor).
Contoh mudah nak faham. Nak belajar Bahasa Melayu Penulisan tahap satu di sekolah memerlukan anak-anak memiliki kemahiran asas- melihat papam hitam dan buku (visual), mendengar ayat cikgu (auditory), memegang pensil dengan betul (proprioception, motor planning, postural security), melihat soalan dan menyalin semula ke buku (eye hand coordination, postural adjustment, auditory language skills), perhatian kepada guru (attention) dan keupayaan mengikuti pembelajaran dikelas (behavior).
Semua ini ada proses yang dilaluinya – samaada secara semula jadi sewaktu bermain atau pendedahan dengan permainan, pembelajaran awal di nurseri dan sebagainya.
Ada kalanya anak-anak tidak dapat menguasai proses pembelajaran kerana kemahiran-kemahiran asas ini tidak terbentuk dengan sempurna seperti dalam kes anak-anak yang mengalami ADHD, autisme, sensory motor deficit, masalah saraf dan sebagainya.
Oleh itu ibu bapa perlu faham, anak-anak tidak akan mampu dengan tuntutan akademik dengan sekadar kita meletakkan buku di hadapannya atau menghantarnya ke tuisyen, tanpa kita memahami keperluan anak-anak kita.
Sekiranya ada masalah seperti lambat bertutur, kemahiran motor kurang, pergaulan sosial terhad, terlalu aktif dan sukar bagi tumpuan – dapatkan penilaian awal dari doktor dan dapatkan rawatan/terapi berkaitan sekiranya perlu.
Jangan bersikap pentingkan diri sendiri inginkan anak jadi bijak tanpa kita menyediakan keperluan terbaik untuk mereka pada fasa awal.
Contoh klasik hari ini – sejak awal beri anak gajet. Akibatnya anak tidak terdedah dengan permainan-permainan atau aktiviti luar yang meransang sensori-motor. Bila masuk umur persekolahan, sukar kuasai kemahiran belajar, sosial dan sebagainya.
Bila anak tidak boleh belajar, kita mula menuding jari tanpa kita sedari apa yang berlaku adalah akibat kita sendiri.
Belum terlambat untuk kita kembali muhasabah cara kita mendidik anak hari ini. Ambil tahu dan ubah kaedah yang tidak positif demi masa depan anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asbab Demam, Tiga Bulan Suami Koma, Belum Beri Nama Bayi, Isteri Setia Menunggu
Rindu seorang isteri kepada suami sungguh menyakitkan. Tiada siapa yang tahu betapa diri ini begitu merindui pelukan dan kasih sayang seorang suami. Begitu juga anak yang masih kecil pastinya dahagakan kasih sayang seorang ayah.
Meruntun jiwa kisah sebuah keluarga yang tiada lagi kasih sayang seotang suami. Isteri yang menanti suami sedar kembali tanpa pernah mengeluh. Tetap menitipkan doa menantikan hari bahagia.
Begitulah kisah yang dikongsi oleh puan Natipah Abu mengenai duka seorang isteri yang mengharapkan suami kembali sedar setelah koma lebih tiga bulan.
Menerusi perkongsian berkenaan difahamkan suaminya tidak sedarkan diri setelah mengalami jangkitan kuman yang berpunca demam.
Lebih menyentuh hati, anak keduanya masih belum diberi nama dan menunggu suaminya untuk sedar kembali untuk memberi nama buat anak perempuan mereka.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Amirul .. hari ni, kalau awak sihat .. mesti awak gembira sgt dik. Sbb hari ni awak dpt anak ke dua .. baby gurl tau dik. Awak kan dah ada anak lelaki .. Mesti awak suka dpt anak perempuan ni
Amirul .. Lama sgt dah awak tidur, dik. Bangunlah dik .. kesian Midah. Tiga bulan lebih dah dia tunggu awak, dik. Bangunlah cepat dik … kesian sungguh pada Midah, dik .. dia tunggu awak dlm linangan air mata tau dik .. Sedihnya hati dia dik, awak tak dpt nak qamatkan baby awak tu dik … luluh hati dia tatap wajah anak tu tanpa awak di sisi dik ..
Amirul .. Awak tahu tak .. mak awak pun dah tak ada tau. Kakak awak, Intan tu … tak sampai hati nak bagi tau awak, dik. Mak awak dah pergi .. setelah genap seminggu dia jaga awak kat wad dulu . Kakak awak takut awak sedih kalau tau semua tu, dik. Awak tu bukan hanya kesayangan mak awak .. tapi awak juga kesayangan kakak awak.
Amirul .. Awak tahu tak .. sejak awak kat wad .. hari-hari kakak awak pergi tengok awak tau , dik. Sbb awaklah satu-satunya adik dia .. kesian dia tau. Dia trauma sgt tau .. Dia takut nanti awak pun tinggalkan dia juga ..
Amirul .. Awak bangunlah ya dik .. baby gurl awak belum ada nama .. Midah kata .. dia tunggu awak balik utk letak nama kat anak dara awak tu. Kami dah beli semua keperluan baby gurl awak tu dik .. cantik tau dik …
Amirul .. Awak lelaki yg baik dik .. susah nak jumpa lelaki mcm awak dik. Dalam usia muda .. awak korbankan masa muda awak .. kawin dgn Midah yg dah janda anak dua tu .. Awak baik tau dik .. kami sgt kagum dgn awak, dik ..
Amirul .. Kuatlah dik ya .. bangunlah dik yaa .. kami mendoakan kepulanganmu ke pangkuan keluargamu .. cepatlah sembuh ya dik …
Semoga Allah permudahkan segala urusan ke atas Mohd Hisham Ammrirul Rahim dan sembuhlah dia spt sedikala hendaknya
Genap tiga minggu bergelar bapa, Remy Ishak mengumumkan nama putera sulungnya, Tuah Alam.
Remy mengumumkan nama anaknya itu melalui entri di Instagram (IG) yang memaparkan klip video program Oh Baby Remy, semalam.
Dalam hantaran itu, Remy memberitahu, dia dan isteri, Ezza Yusof bersetuju menamakan anak mereka, Tuah Alam.
Remy atau nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak, 41, berkata, dia mahu nama anak mempunyai unsur Melayu.
“Ketika saya bujang dahulu, saya terfikir hendak letak nama anak yang ada unsur Melayu. Saya sudah berbincang dengan Ezza, dia setuju. Apabila saya beri nama itu, dia terus okay.
“Selain Tuah Alam, kita ada letak beberapa nama lain seperti Tuah Arjuna dan Tuan Alexander. Kenapa Alexander? Sebab saya ada baca buku Alaxander Zulkarnain mengenai agama.
“Tetapi, akhir sekali, kita ‘lock’ Tuah Alam. Ada sebab kenapa pilih nama Tuah. Ia bukan semata-mata nama pahlawan Melayu dulu-dulu,” katanya.
Pada masa sama, Remy berkata, ada sebab tersendiri mengapa beliau memilih nama Melayu berbanding Arab, selain percaya nama Tuah Alam mampu memberi aura positif kepada semua orang.
“Ada orang yang nak letak nama Arab dengan maksud yang bagus. Tapi, bagi saya, kenapa tak letak nama Melayu terus?
“Tuah adalah tuah atau ‘luck’. Jadi, daripada pakai nama Arab, saya pakai nama Melayu.
“Alam itu sangat peribadi kepada saya. Ketika itu, saya baca al-Quran selepas solat. Jadi, Alam itu saya dapat ilham daripada ayat pertama surah al-Baqarah.
“Nama ini adalah gabungan huruf alif, lam dan mim. Bila digabungkan, jadilah Alam,” katanya.
Pada 27 Julai lalu, Ezza selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada jam 11.17 pagi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Remy dan Ezza yang juga ahli perniagaan, mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun berkenalan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di