Kontroversi membabitkan Pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Siti Nur Hidayah kembali reda bila mana masing-masing mengambil jalan tidak mengeluarkan sebarang komen.

Hidayah ketika ditemui Gempak di rumah ibu bapanya di Sabak Bernam memberitahu selepas tempoh itu dia bakal menyara hidupnya dan anaknya Syed Uthman Hamzah Al-Juffery, 8 bulan dengan membantu perniagaan keluarganya menjual produk kesihatan.

IKLAN

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan kini sedang menenangkan diri serta menghormati tempoh edah.

“Saya kini hanya mahu berehat dan menenangkan diri demi menghormati tempoh edah selepas pemergian suami.

“Selepas ini, saya akan membantu serta bekerja dengan bapa saya yang kini mengusahakan perniagaan produk kesihatan.

IKLAN

“Untuk bekerja dengan orang atau syarikat lain itu mungkin belum terfikir lagi,” jawabnya ringkas.

Keluarga Hidayah mengusahakan perniagaan produk kesihatan yang menggunakan bahan semula jadi seperti daun sukun serta herba.

Dalam satu perkongsian, Hidayah memuat naik video yang memaparkan anaknya Hamzah melihat gambar arwah.

“Allah menggalir air mata, bila ibu melihat hamzah dengar lagu arwah ayah nye😌 dengar & lihat baru dia benti menangis, sabar wahai sygku, hamzah kene kuat seperti ayah😘😘 ayah sentiasa tengok hamzah, terima kasih pokcu @zainuddin_94 sentiasa layan hamzah..terubat kerinduan hamzah
#syeduthmanhamzahaljuffrey

Allah sayu nya hati Hamzah sendiri tidur tempat Arwah ayahnya tidur.. tidur lena2 ya Hamzah.. Al-fatihah (Dalam bacaan) moga syurga buatmu Arwah abam..aamin
#syeduthmanhamzahaljuffrey

Rata-rata warganet meluahkan rasa sebak dan pilu dengan perkongsian tersebut.

kitikisha Allahu kesiannya Hamzah rindu tu dgn ayah..sbar sayang smoga Allah sntiasa jga Hamzah, ibu n nenek ye.
nani_nurafnita Hamzah kena jadi kuat ye sayang😍 jadi anak soleh ibu ayah nanti boleh bawak ibu masuk syurga jumpa ayah nanti.
wife_my_love In sha allah awk ngan ank kuat. Mmg skt ble ilang owg kte syg, rindu tiade penghujung.
puan_nurulain sedihnya dia pegang gmbr ayah dia kt hp tu.. 😭😭semoga hamzah jadi ank soleh n jaga ibu tau
ckinciko Allah.. sedihnya… Semoga dayah terus kuat & tabah.
she.meyraaa Da besar jaga ibu dgn nenek ye sayang mcm ayah selalu buat ❤️ sayang hamzah . Membesar dgn baik jadi anak yg soleh penyejuk mata .

Al-fatihah (dibaca). Semoga arwah Abam ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sumber: hidayah_abam &  Astro Gempak