Sifat mesra dengan rakyat sudah sebati dalam diri Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Terbaharu menerusi kenyataan dibuat di laman Facebook Istana Negara, baginda berangkat bersama Raja Permaisuri Agong untuk menikmati santapan tengahari di restoran KFC.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat secara mengejut mengunjungi restoran KFC Petronas Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur untuk menikmati santapan tengah hari di restoran tersebut, hari ini.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Turut berangkat paduka-paduka anakanda dan cucunda Seri Paduka Baginda berdua.
Di restoran tersebut, Seri Paduka Baginda berdua dan paduka-paduka anakanda serta cucunda berkenan beratur di kaunter bersama pengunjung restoran yang lain untuk memesan santapan tengah hari.
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan di restoran tersebut bersama pengunjung yang lain.
Ads
Selesai santapan, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan beberapa pengunjung restoran. Baginda berdua turut berkenan mengambil gambar bersama pengunjung.
Meninjau di ruangan komen, nyata wargamaya berkongsi rasa keterujaan dan bangga melihat sikap bersahaja baginda berdua untuk menikmati santapan tengahari di restoran berkenaan.
“Syukur Alhamdulillah, Tuanku Raja & Rakyat berpisah tiada…#DaulatTuanku,” tulis netizen ringkas.
Ads
“Baginda boleh jer titahkan kfc hantar, ke istana, atau bukak je restoran kat istana. tapi sikap berjiwa rakyat, tuanku sanggup spend masa kat luar untuk bersama rakyat. daulat tuanku,” tulis yang lain pula.
“Mashaa Allah. Daulat Tuanku. Semoga Allah sentiasa merahmati Tuanku sekeluarga. TERBAIK,” doa daripada salah seorang warganet.
“Daulat tuanku.Semoga allah berikan kesihtan yang baik kepada keluarga tuanku,”titip yang lain pula.
Tidak kurang juga ada dikalangan netizen yang mengusik, “Steady tuanku… terbaik spotcek sikit kfc tu kadang-kadang size ayam nya macam free gift plak ”
Menariknya tanaman herba ini apabila di tanam di dalam bekas dan disusun rapi di ruang dapur akan menyuntik mood istimewa.
Malah paling berbaloi bila kita melakukan idea ini kita dapat menjimatkan belanja dapur secara tidak langsung.
Dalam memilih tanaman herba yang sesuai dipraktikkan adalah seperti pokok pegaga, kesum, daun bawang, pudina, bawang putih, pandan dan beberapa jenis tanaman herba yang lainnya.
Sekiranya anda baru hendak berjinak-jinak untuk menanam tanaman herba, dinasihatkan mulakan dengan beberapa spesis herba sahaja dahulu. Kemudian apabila telah mahir barulah boleh hasilkan kebun ataupun garden kitchen dengan pelbagai gaya mengikut citarasa anda.
Sebenarnya menanam pokok-pokok herba ini bukan hanya sesuai di tanam di dalam pasu, malah jika lebih kreatif pelbagai jenis dan bentuk bekas boleh digunakan. Tidak dengan itu sahaja, malah boleh menggunakan apa-apa bekas terbuang yang terdapat di sekitar kediaman.
Apa yang penting dalam pemilihan jenis-jenis bekas untuk kebun herba anda tersebut, mestilah ringan untuk mudah dialihkan dan mempunyai lubang di bawahnya untuk pengairan.
Ini penting kerana pokok herba secara umumnya tidak tahan dengan air bertakung. Akar pokok herba akan lemas dengan air dan seterusnya boleh menyebabkan pokok herba mati.
Antaranya idea yang menarik digayakan untuk tanaman herba di ruang dapur anda.
Botol
Olahan bekas daripada botol pelbagai warna apabila dijadikan bekas tanaman herba dan digantung di ruangan tingkap dapur menyuntik gaya yang tersendiri
Tin
Susu atau tomato puri yang habis digunakan, tinnya jangan dibuang. Sebaiknya jadikan sebagai bekas untuk menanam herba. Tampak begitu kreatif apabila diserikan bersama saduran car atau pun ikatan reben bagi mencipta identiti berbeza.
Cawan
Pilihan cawan atau mug juga boleh dijadikan bekas tanaman yang unik. Sama ada memilih dalam rona sekata atau berbeza corak, tetap memberi gaya dekorasi ruangan dapur yang tersendiri.
Bongkah kayu
Menarik juga dihadirkan diruang dapur. Bongkah kayu ini diilhamkan ringkas dan alangkah bagusnya jika turut di label nama tanaman tersebut. Ini secara tidak langsung anak-anak dengan sendirinya dapat mengenali pelbagai jenis tanaman herba dari dapur kediaman anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berhubung perincian prosedur operasi standard (SOP) dan sekatan lebih ketat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dimaklumkan petang tadi (22 Mei ) oleh Datuk Seri Ismail Sabri dan seiring dengan itu, Tan Sri Mohd Zuki yang merupakan Setiausaha Negara telah memberi kenyataan yang jelas berkenaan pengoperasian pejabat kerajaan dalam tempoh PKP 3.0 tersebut.
Kenyataan jelas yang digariskan ini ada menyatakan di mana kehadiran kakitangan awam ke pejabat adalah pada tahap 20% keseluruhan (tidak termasuk perkhidmatan frontliners) dan 80% secara BDR (Berkerja Dari Rumah) dengan penggiliran.
Selain itu, kehadiran ke pejabat hanya bagi proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR dan memerlukan keberadaan di pejabat.
Turut dinyatakan, masyuarat dan perbincangan dilaksanakan secara dalam talianmelalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan dan manakala perkhidmatan kaunter hanya dibuka kepada perkhidmatan yang tidak ditawarkan secara atas taliandan melalui temujanji sahaja.
Kesemua peraturan baharu itu akan berkuatkuasa 25 Mei ini.
Meninjau di ruangan komen, nyata perkongsian makluman operasi tersebut telah menarik perhatian bukan sahaja oleh ribuan penjawat awam malah orang awam yang ingin berurusan di pejabat kerajaan juga terpanggil untuk memberi maklum balas.
Merakam gambar dan juga video ketika melakukan ibadah tawaf seakan menjadi trend dalam kalangan masyarakat Islam. Ramai juga pengguna media sosial seperti TikTok, Instagram dan Facebook menjadikan ibadah umrah sebagai isi kandungan.
Tidak kurang juga ada yang menghabiskan masa bermain telefon. Sedangkan sepatutnya kita harus memanfaatkan masa dengan membuat banyak amal ibadah seperti ziarah dan tawaf.
Apabila sesuatu perkara itu bercanggah dengan agama atau melalaikan, maka perlulah kita elakkan kerana perbuatan tersebut sangatlah merugikan diri sendiri. Adab sangatlah penting dan harus dijaga sepanjang menunaikan umrah atau haji.
Persoalannya apakah hukum mengambil video dengan GoPro semasa tawaf dengan niat untuk menceritakan pengalaman dalam melakukannya? Pada asasnya, perbuatan merakam video adalah kekal kepada hukum asal sesuatu perkara selain ibadah iaitu keharusan.
Namun dalam isu ini, perbuatan merakam video terkait dengan amalan lain iaitu merakam perjalanan tawaf yang dilakukan oleh seseorang. Tidak dinafikan bahawa menceritakan nikmat-nikmat yang telah Allah rezekikan kepada kita juga adalah salah satu bentuk menzahirkan kesyukuran.
Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Maksudnya: Dan nikmat Tuhan kamu, maka ceritakanlah. Surah Al-Dhuha (11)
Di antara tafsir kepada menceritakan nikmat adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Al-Hasan Rahimahullah: Apabila kamu memperoleh kebaikan atau kamu melakukan suatu perbuatan yang baik maka ceritakanlah kepada saudara-saudaramu yang kamu percayai.
Imam Abu Bakr Ibn Al-Arabi Al-Malik Rahimahullah berkata: Perbuatan menceritakan amalan soleh yang dilakukan hendaklah dilakukan dengan keikhlasan niat di hadapan orang yang terpercaya. Ini kerana, ia boleh jadi membawa kepada riyak, serta menimbulkan buruk sangka kepada pendengarnya.
Hakikatnya, kenyataan Imam Ibn Al-Arabi tersebut bertepatan dengan sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Bantulah ke atas kejayaan tertunainya hajat keperluan dengan menyembunyikannya. Sesungguhnya setiap yang memiliki nikmat itu ada orang yang hasad kepadanya. Riwayat Al-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Saghir
Begitu juga terdapat tuntutan untuk menzahirkan kesyukuran dengan cara menceritakan nikmat yang diperolehi. Sebuah riwayat daripada Al-Nu’man Bin Basyir R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
التَّحَدُّثُ بِالنِّعَمِ شُكْرٌ
Maksudnya: Menceritakan nikmat-nikmat itu adalah suatu kesyukuran. Riwayat Ibn Abi Al-Dunia (No. 64)
Justeru, hadis di atas jelas menunjukkan bahawa kita diperintahkan untuk menzahirkan kesyukuran di atas segala nikmat yang kita perolehi. Dan di antara tanda tersebut adalah dengan menceritakan nikmat-nikmat tersebut sama ada secara lisan, bergambar, melalui rakaman video, dan seumpamanya.
Mengenai tawaf, perbuatan tersebut disifatkan kedudukannya oleh Rasulullah S.A.W sebagai menyamai solat. Cuma yang membezakannya adalah, seseorang yang melakukan tawaf boleh berkata-kata ketika menunaikannya berbeza dengan solat.
Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Saidina Abdullah Ibn Abbas R.anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Tawaf di sekitar Baitullah itu adalah sama seperti solat. Kecuali kamu berkata-kata di dalamnya. Maka sesiapa yang berkata-kata di dalamnya, janganlah dia bercakap melainkan yang baik sahaja. Riwayat Al-Tirmizi (960)
Hadis di atas jelas menunjukkan kepada keharusan berkata-kata semasa menunaikan tawaf. Namun keharusan itu diikat dengan anjuran berkata-kata yang baik sahaja semasa mengerjakan tawaf. Syeikh Mulla Ali Al Qari Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini berkata: Iaitu (berkatalah yang baik) dari perbuatan zikir kepada Allah, serta memberi ilmu. Dalam bentuk yang tidak mengganggu para jemaah lain yang sedang mengerjakan tawaf. Lihat Mirqaat Al-Mafatih Syarah Misykaat Al-Masobih, Mulla Ali Al-Qari (5/1789).
Jika seseorang itu sedang melakukan tawaf, lalu dia merakam video perjalanan tersebut dengan kamera yang diletakkan di video stick maka perbuatan tersebut sudah barang tentu akan menganggu pergerakan dan tumpuan jemaah lain.
Hakikatnya, perbuatan tawaf di sekeliling kaabah itu mempunyai beberapa hikmahnya yang tertentu. Kita mengerjakan tawaf di sekeliling baitullah sebagai tanda mengagung dan membesarkan Allah S.W.T. serta mentaukidkan bahawa Allah S.W.T adalah fokus utama dalam kehidupan seharian kita.
Dari-Nya kita bermula, dengan bantuan-Nya kita meneruskan perjalanan, dan kepada-Nya lah kita kembali. Maka perlulah kita selaku seorang yang sedang beribadah, melakukan perbuatan tawaf dengan mentawajjuhkan keseluruhan hati kita kepada Allah serta tidak melakukan sebarang perbuatan yang dapat menghilangkan tumpuan kita dalam mengerjakannya.
Selain perbuatan tersebut juga akan mengganggu perjalanan tawaf para jemaah lain yang sedang mengerjakannya. Demikian juga di sana terdapat teguran daripada para ulama besar tentang perbuatan selfie semasa mengerjakan haji dan umrah yang dapat menghilangkan tumpuan dan tujuan asal para jemaah untuk beribadah di tanah haram.
Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.