Bila dah 2 tahun sepi beraya sendiri je.. Masuk tahun ni semua pakat all out beraya! Pantang ada rumah terbuka atau ada masa lebih untuk melawat sanak saudara, pasti akan penuhi jemputan.

Tapi… Dalam seronok beraya ni, jangan lupa pantau kesihatan anak-anak. Sepenat mana pun ibu ayah beraya dan sekarang ni dah mula bekerja, jangan lupa lihat perubahan anak-anak jika ada sebarang simptom atau sesuatu yang pelik pada tubuh badan mereka. Lebih-lebih lagi jika mereka sendiri mengaku rasa tak enak badan.

Sekarang ni bukan sahaja covid yang perlu dijaga, tetapi macam-macam lagi penyakit lain yang ada di sekeliling kita termasuklah HFMD. Seperti yang dikongsikan oleh Doktor ini di laman Facebook miliknya. Jom ikuti perkongsiannya..

________________________________________________________________________

Seronok tengok keluarga dan kenalan meraikan raya. Syukur. Alhamdulillah kami pun sempat beraya.

Tapi Allah beri sedikit ujian. Faatima tak berapa sihat bermula raya kedua. Pada mulanya, demam dan batuk.

“Bang, nafas Faatima nampak laju”

“Makan ubat dulu, tengok macam mana”

IKLAN

Ini kesilapan kami. Bila dua-dua doktor. Jadi kurang sensitif bila anak sendiri sakit.
Undertreat.

“Faatima dah ada recession(lekuk di dada)”

Cepat-cepat kami bawa ke kecemasan Hospital Kuala Kangsar. Tahun ni kami beraya di Perak. Oksigen dalam darah kurang. Dada berombak.

“Nanti prepare ETT saiz 4.5 ya”, beritahu doktor yang merawat.

Kalau keadaan Faatima semakin teruk, tiub pernafasan akan dimasukkan. Luluh hati ni. Rasa nak pecah dada. Dari keputusan darah dan xray, memang ada jangkitan paru-paru.

IKLAN

Faatima dipindahkan ke Hospital Taiping kerana tiada pakar dan kemudahan di Hospital Kuala Kangsar terhad.

Sakan Beraya, Jangan Sampai Pandang Enteng Kesihatan Anak! Take Note Nasihat Doktor Ni

Hari ini dah 4 hari Faatima berada dalam wad. Nasihat saya pada mak ayah pada musim raya,

1. Kalau anak ada batuk, selsema, demam memang tak disarankan untuk pergi beraya. Bimbang berjangkit.

IKLAN

2. Kes covid di kalangan anak-anak semakin meningkat. Wad pun penuh. Dapatkan vaksin untuk pelindungan.

3. Bila datang beraya, jangan ambil mudah cium bayi orang terutamanya di mulut. Risiko jangkitan sangat tinggi.

4. Penyakit HFMD(Hand Food Mouth Disease) semakin menular. Cuba elak bawa anak-anak ke taman permainan, kolam renang dan tempat awam. Sentiasa bersihkan tangan.

5. Cuba dapatkan vaksin Pneumokokal. Jenis Prevenar 13. Vaksin ni akan dapat kurangkan risiko jangkitan paru-paru. Tempoh perlindungan seumur hidup. Untuk anak 2 tahun, hanya 1 dos.

6. Untuk elak anak mudah dijangkiti selsema disebabkan jangkitan virus, saya sarankan ambil vaksin Influenza. Terutamanya anak kurang 5 tahun.

7. Larang anak-anak bermain mercun. Pantau anak-anak main bunga api. Banyak kes kecederaan akibat mercun sampai ada hancur tangan.
Dalam keseronokan menyambut Aidilfitri, mak ayah perlu waspada dengan kesihatan anak

Sumber : Dr. Ahmad Samhan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI