Strok akan berlaku sekiranya kepala sakit secara kerap dan mengalami keletihan otak dan saraf. Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser. Punca penyakit strok kerana ia melibatkan emosi, imbangan, koordinasi badan, penglihatan, deria rasa, pendengaran dan juga pergerakan terkawal.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, sakit kepala boleh menjadi tanda awal bagi stroke. Selanjut ikuti ulasannya mengenai perkara ini.
Seorang rakan saya bernama Ibrahim, sering mengalami sakit kepala. Dia mula mengalami sakit kepala yang ringan beberapa hari. Dia memang pesakit migraine. Satu pagi dia terjaga dengan pening, sakit kepala dan sakit di bahagian mata. Dia menyangka bahawa dia sedang mengalami migraine. Dia cuba tidur kembali tetapi gagal. Akhirnya terpaksa ke dapur dan menelan dua biji panadol dan kembali ke bilik tidur.
Selepas sejam dia terbangun kerana sakit kepalanya datang semula. Sangat kuat sehingga dia merasa ada orang sedang mengetuk kepalanya dengan tukul. Dia cuba bangkit dari katil untuk mengambil 2 biji panadol lagi. namun dia tidak dapat menggerakkan tangan kanannya. Tangan kanannya terasa kebas sehingga ke bahu dan tidak boleh dialihkan.
Dia cuba memanggil isterinya yang berada di sebelah, namun dia agak pelat. Rupanya separuh wajahnya di sebelah kanan telah menjadi senget. Dia juga tidak dapat menggerakkan otot-otot lidah dan bibir. Dia bernasib baik kerana isterinya boleh menghantarnya ke hospital dan didiagnosa sebagai stroke.
Cerita Ibrahim ini menunjukkan bahawa kadang-kala sakit kepala lebih daripada hanya sakit kepala. Ramai yang menganggap sakit kepala mereka disebabkan migraine yang selalunya menyerang. Tetapi sakit kepala boleh menjadi tanda awal bagi stroke. Jadi berhati-hatilah dengan sakit kepala yang berlanjutan.
Bawang putih adalah antara makanan yang digelar sebagai ‘superfood’ kerana mengandungi banyak khasiat. Bukan sahaja diketahui umum bagus untuk menjaga kesihatan dalaman buat ibu-ibu yang berpantang, malah lebih daripada itu.
Dikatakan juga bawang putih jika diamalkan dalam diet harian dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Dan salah satunya adalah bagus jika diamalkan oleh sesiapa yang mempunyai masalah kolestrol dalam badan.
Cara pengambilannya adalah seperti mana yang dikongsikan oleh Rasidah Shidah.
Menurutnya, “Banyak khasiat bawang putih. Tapi nak makan mentah begitu saja, tak lalu rasanya. So kita buat jeruk bawang putih. Rasanya sedap macam jeruk buah buahan. Orang yang kolestrol tinggi elok makan bawang putih. Boleh merendah paras kolestrol.”
Resepi :
Bawang putih 1/2 kg buang kulit.
Air secukupnya untuk rebus
*Rebus bawang putih hingga mendidih dan tutup api. Toskan.
Air gula:
Gula 1/2 cawan
Air 2 cawan
Cuka 1 cawan
Garam 3 sudu
* Masak semua bahan hingga mendidih dan sejukkan.
Masukkan bawang putih yang di tos tadi dalam bekas, kemudian tuangkan air gula yang telah di sejukkan. Simpan dalam peti ais. Esok baru makan.
Sekiranya anda membuat keputusan untuk kurus menjelang Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi, ada sesuatu yang perlu anda lakukan segera pada hari ini. Selain aktif bersenam untuk menurunkan berat badan, ada satu cara lain yang cukup berkesan untuk anda. Nak tahu apakah itu?
Ya. Lain tidak bukan adalah segera amalkan minuman herba ini. Ianya cukup berkesan dan tidak menyusahkan pengamalnya. Hanya dengan minum berat badan ideal dapat dicapai.
Resipi penyediaan minuman jus ini telah dikongsikan oleh puan Mastura di akaun fbnya. Jadi tunggu apa lagi, ayuh kita amalkan bersama dan jadi langsing di hari raya nanti.
JUS KURUS KEDING TANPA CARROT
Aloha!
Anyway, jom cuba jus kurus ni. Actually ada banyak jenis jus kurus yang anda boleh je google. Tapi saya nak share yangpaling effective, dan mak selalu buat. Hasilnya mak dah tobat taknak minum jus ni sebab dah loose weight banyak sangat!
BAHAN-BAHAN:
1 biji green apple
1 biji limau sunkist
1 inci halia bara/bentong/biasa
1 cawan air sejuk
CARA:
Blend semua sekali. Tak perlu tapis untuk dapatkan extra fiber. Dont worry. Tak tercekik pun. Kalau tercekik, minum je extra air ok?
ATURAN:
Minum setiap hari selama 2 minggu.
1/2 jam sebelum sarapan ok?
EKSTRA INFO
Green apple bertindak sebagai antioksida dan pemecah lemak. Sunkist for extra vitamin C supaya bila kurus kulit tak kusam. Halia pulak sebagai penyaktoksik, penyah angin kembung dan peningkat metabolisma badan.
Biar banyak buang angin dan air, lawas semua ok? Barulah tak menangis dan berkerut sampai bercantum kening macam ulat bulu, dalam toilet.
sumber : Mastura Rashid
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian video sepasang suami isteri yang membawa anak mereka dengan memakai alat bantuan pernafasan ketika menaiki motosikal ternyata menyentuh hati ramai. Malah mendapat perhatian Perdana Menteri semalam.
Namun kata bapanya, Mohd Azlan Ishak, dia juga tidak tahu tindakannya bersama isteri, Norhidayu Halim, yang membawa bayi lelaki mereka, Mohd Aariz Zafran menaiki motosikal itu tular di media sosial.
Katanya lagi, dia bukan meraih simpati ramai sebaliknya motorsikal itu adalah satu-satunya kenderaan yang mereka ada untuk membawa anaknya berulang alik ke hospital.
Difahamkan anak mereka, Mohd Aariz Zafran yang berusia 11 bulan itu terpaksa memakai alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) kerana menghidap penyakit paru-paru kronik serta beberapa masalah kesihatan lain.
“Kami memang sentiasa berulang-alik ke hospital dengan menunggang motosikal sahaja membawa Mohd Aariz bagi mendapatkan rawatan dan pada hari kejadian, hanya ada RM12 dalam poket sebab banyak hari tidak bekerja.
“Ia merupakan satu-satunya kenderaan yang kami ada walaupun sedar anak kami yang kurang sihat tidak sepatutnya dibawa menaiki motosikal namun kami terpaksa kerana tiada kereta,” katanya berkongsi kisah mereka.
Tambahnya lagi, dia hanya meraih pendapatan harian sebanyak RM50 sehari dengan bekerja sebagai pembantu di pelantar ikan di Kuala Kedah.
Sementara itu isterinya, Norhidayu berkata, masalah kesihatan anak lelakinya mula dikesan doktor ketika berusia dua bulan sewaktu membawa abangnya, Iman Fayruzz Mikhail Abdul Rahim, 9, yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
“Ketika membawa Iman yang turut menghidap sakit kronik termasuk jantung berlubang, saya melihat keadaan Mohd Aariz agak pelik apabila ada lekuk di dadanya ketika bernafas lalu meminta doktor memeriksa keadaannya.
“Jadi, sejak itulah Mohd Aariz perlu memakai mesin CPAP sepanjang masa dan dia akan sukar bernafas sekiranya tidak memakai alat bantuan pernafasan ini,” katanya.
Menurutnya, anak lelakinya perlu memakai mesin berkenaan kerana menghidap pelbagai masalah kesihatan termasuklah penyakit paru-paru kronik, gerd dan saiz limpa besar.
Disebabkan itu katanya, Mohd Aariz bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan dan susu untuk meneruskan hidup.
“Kami tidak mampu beli susu khas dan cuba berinya nestum namun Mohd Aariz tidak boleh menjamahnya disebabkan keadaan kesihatannya.
“Kalau makan juga makanan ini dia akan mengalami gastrik,” katanya.
Tambah suri rumah itu, selain Mohd Aariz dan Iman, dia juga memiliki seorang lagi anak lagi iaitu Ahmad Hafizi, 17, yang menghidap cerebral palsy, Ahmad Amirul Amin, 14, dan Nur Rabbiatul Husna,4.
Tambah Mohd Azlan lagi yang bekerja sebagai pembantu di pelantar ikan dengan pendapatan RM50 sehari, dia amat berterima kasih kepada semua yang sudi membantunya meringankan beban keluarga terutama anaknya yang tidak sihat.
“Ada rakan beritahu kisah kami sekeluarga dapat perhatian ramai dan kini telah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri. Jadi, saya berterima kasih teramat atas keprihatinan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.