Sakit kepala kadang-kadang menyerang dengan secara tiba-tiba. Meskipun sudah kita mengambil ubat, tapi belum tentu sakit kepala akan hilang yang pastinya akan menjejaskan aktiviti seharian kita.
Selain mengambil ubat, ada acara semulajadi yang lebih cepat membantu kita untuk mengatasi masalah sakit kepala.
Cara ini meletakkan ais di belakang leher dan rasai perbezaan pada tubuh badan anda.
Rasa dingin pada belakang leher akan membantu mengaktifkan sel saraf di tubuh anda seterusnya membuatkan darah mengalir ke bahagian kepala yang sakit serta mengurangkan kesakitan di kepala.
Ads
Ikuti pengalaman yang telah mencuba cara ini.
_______________________________
Ads
Betul lah hilang sakit kepala guna cara ini..
2 kali dah cuba. Pertama sakit tengkuk sebab (salah bantal). Hari ni sakit kepala(migrain). Letak ais batu dalam 10 minit kat tengah2 tengkok terus hilang sakit kepala, ringan terus kepala ni. Macam tak caya pulak. Sebelum ni baca je org share, hari ni saya cuba pulak.
Sekiranya anda didapati mengalami beberapa masalah kesihatan, anda perlu mendapatkan penjagaan khas. Jika masalah ini berlarutan sehingga usia kandungan memasuki minggu ke 40, anda mungkin mengalami komplikasi ketika bersalin.
Jika anda disahkan mempunyai masalah, jangan terlalu risau kerana doktor akan membuat pemerhatian dan pemeriksaan yang kerap sepanjang kehamilan sehingga anda bersalin.
Ujian imbasan atau ultrabunyi mungkin akan dibuat berulang kali untuk melihat keadaan kesihatan, kedudukan dan pergerakan bayi dalam perut. Turut diperhatikan pada waktu ini adalah kedudukan uri sama ada berada di tempat yang sepatutnya atau songsang. Terdapat juga beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian dan ketahui.
Anemia
Anemia disebabkan oleh masalah tidak seimbang jumlah korpuskel (corpuscles) sel yang membentuk 45 peratus bahagian darah. Keadaan ini menyebabkan zat besi dalam badan menjadi kurang. Anda boleh menambah zat besi dalam badan dengan diet makanan berkhasiat termasuk semua daging merah, bijirin, sayuran hijau, kekacang dan serat.
Makanan seperti hati tidak digalakkan kerana ia mengandungi banyak vitamin A yang boleh berubah menjadi toksik. Prosedur biasa, ibu hamil yang mengalami masalah ini akan membuat ujian darah pada akhir minggu bulan kehamilan sebagai pemeriksaan anemia terakhir.
Anemia semasa hamil boleh memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan janin, yang berpotensi membawa kepada penurunan berat badan lahir disebabkan pengurangan bekalan oksigen kepada janin, kelahiran pramatang dan komplikasi semasa kehamilan.
Jangkitan buah pinggang
Biasanya terjadi akibat berlakunya jangkitan bakteria. Jika anda mengalami masalah ini, cepat-cepat berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
Antara simptom-simptom yang boleh anda lihat adalah seperti sakit pada bahagian sekitar buah pinggang, kerap kencing dan diikuti dengan kencing berdarah. Selain itu, anda mungkin berasa sakit pada belakang, demam yang kuat, kesejukan, mual dan muntah-muntah.
Amalkan gaya hidup yang sihat serta sentiasa dapatkan pandangan dan nasihat terutama mengenai pemakanan dan sebagainya.
Jom bawa anak-anak sertai pertandingan MARI MEWARNA SAYA ANAK MALAYSIA pada 25 Ogos 2024. Anak-anak akan membawa pulang sijil, goodies istimewa Bintang Kecil dan akaun SSPN bernilai RM20. Juga ada hadiah menarik untuk dimenangi!
Masalah mulut berbau bagi orang yang berpuasa itu perkara normal kerana mulut menjadi kering.
Pun begitu, bila mulut berbau dan perlu pula memakai mask membuatkan diri kita rasa tidak selesa.
Oleh itu, ketahui bagaimana cara untuk atasi masalah mulut berbau mengikut saranan dari Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
6 CARA ELAK MULUT BERBAU DI BULAN RAMADAN
1. Minum air secukupnya
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.
2. Elakkan minum kopi atau teh di waktu sahur
Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.
3. Kurangkan Bercakap
Kurangkan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.
4. Ambil karbohidrat secukupnya
Ramai cuba kurangkan berat badan secara intensif semasa Ramadan dengan tidak ambil karbohidrat serta gula. Ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis dan menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit.
5. Gosok gigi dan bersihkan lidah
Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Maka, gosok gigi sebelum tidur dan 30 minit selepas sahur. Gunakan floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan berus gigi. Boleh juga kumur dengan larutan pembersih mulut.
6. Pastikan tiada masalah mulut dan hidung
Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada rongga hidung, sinus, gigi, lidah, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Jadi, jumpalah doktor untuk pemeriksaan.
Berpesan-pesanlah pada kebaikan, dan selamat menjalankan ibadah puasa!
Biasa kita dengar orang dulu-dulu berpesan, jika tercekik tulang segera gumpal nasi menjadi sebesar bola pingpong dan telan. Biasanya ada yang berkesan dan tidak kurang juga seakan tidak berhasil untuk melegakan sakit akibat tercekik tulang.
Oleh itu, apa kata kita dengar nasihat daripada doktor untuk meyakinkan lagi tindakan yang sewajarnya perlu diambil bila berdepan dengan situasi tercekik tulang.
Nak tahu apakah tipsnya itu, hal ini dikongsikan oleh Dr Nik Hisyam, jom semak.
Siapa pernah tercekik tulang? Sakit kan? Siapa yang belum.. janganlah dok mintak pulak ye . Nauzubillah….
Macam-macam petua orang dulu-dulu. Betul tak?
Contohnya: Bomoh tulang, telan nasi putih, minum air garam, makan pisang, makan kacang dan banyak lagi.
Selama 15 tahun saya di bidang ENT ni, amat banyak kes tercekik tulang yang telah saya rawat. Alhamdulillah semua selamat dan sembuh.
Hari ini, mari saya kongsikan TIPS Kalau anda atau ahli Keluarga dan kenalan anda terkena “Tercekik Tulang”. Tak kisahlah tulang ikan ke, tulang ayam ke, tulang lembu or kambing ke….sama aje tipsnya…
Apakah TIPS NYA??
1. Jangan Panik
Okay, bila tercekik:
a) Sila berhenti makan walaupun makanan tu sedap atau mahal macam mana sekalipun…
b) Jangan cuba jolok-jolok dengan jari sebab takut tulang tu lagi tertusuk ke dalam dan menyukarkan doktor untuk kenal pasti lokasi sebenar tempat tulang itu terlekat.
c) Cari family or kawan bawa ke Klinik Pakar ENT yang berdekatan pada hari itu juga/segera
2. Jangan tunggu seminggu atau tulang tu hilang sendiri. Sebab tulang tak akan hilang
Pergilah ke hospital dengan segera, kalau tunggu lama-lama, takut bernanah atau tulang pindah ke tempat lain (migration).
Jangan main-main, tulang ni boleh berjalan tau! Ada yang tercucuk masuk ke kelenjar thyroid, paru-paru, pembuluh darah. Lagi parah! (Ini kisah benar, bukan main-main)
So kalau telan nasi atau pisang kemungkinan tulang tu tercucuk makin dalam (Nauzubillah..)
3. Jumpa Dr Pakar ENT
Ala.. tak nak susahkan Dr Pakar.. tercekik tulang sahaja.. tak nak lah!
a) Kenapa perlu jumpa ENT?
Kami perlu cari tulang ikan tersebut. Jika tulang terlekat pada bahagian atas tekak (kawasan tonsil) In shaa allah boleh terus cabut di klinik sahaja.
Jika tidak:
-perlu lakukan x-ray
-kami perlu guna scope/kamera kecil untuk tarik tulang tu keluar dan scope tu hanya ada di klinik ENT.
Selalunya bergantung kepada keadaan perlu atau tidak antibiotik dan ubat tahan sakit.
4. Selesai.. boleh sambung makan balik. insyaAllah.
Lepas ni, saya akan kongsikan pula tanda-tanda dan perasaan bila tercekik tulang..
In shaa Allah..
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat bersama.
Dr Nik Hisyam
Doktor Pakar Resdung, Sinus dan Tekak Anda
SALAM Shah Alam Specialist Hospital
Seksyen 19, Shah Alam
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Fedtri Yahya tegur sikap anak yang terlalu bergantung kepada ibu bapa untuk menjaga cucu. Pesanan beliau mengenai tanggungjawab membesarkan anak dan hak ibu bapa menikmati usia emas mendapat perhatian ramai.