Sama seperti kita, anak kecil kita juga pernah berdepan dengan masalah sakit tekak yang memeritkan. Apa nak buat bila anak mengadu sakit tekak?
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, jangan dibiarkan lama-lama kerana anak boleh diserang masalah lain seperti penyakit tonsilitis. Ikuti perkongsian beliau.
Tiga cara untuk legakan sakit tekak anak yang kecil.
1. Antara tanda yang merisaukan bila anak dijangkiti penyakit tonsilitis ialah meleleh air liur yang berlebihan.
2. Selalunya anak ini tak lalu nak makan atau minum. Badan jadi lemah dan demam pun tinggi.
3. Tonsilitis ialah radang pada tonsil yang terletak pada bahagian belakang tekak.
Ads
4. Air liur mereka meleleh sebab tekak mereka sakit sangat. Anak ni tak sanggup nak telan air liur sendiri sebab setiap kali menelan, sakitnya Allah saja yang tahu.
5. Akhirnya anak perlu masuk ke wad dan diberikan air garam melalui darah (intravenous drip)
Sebenarnya ada cara lain untuk legakan sakit tekak anak tu. Saya kongsikan.
Ads
1. Makanan makanan yang sejuk.
Makanan yang sejuk ni boleh buatkan tekak anak rasa lega dan kurang sakit. Di hospital ada menu khas untuk kanak-kanak ni dipanggil ‘ice cream diet’.
Contohnya, bubur dan ada aiskrim perisa vanila di dalam bekas. Mungkin dapat 1-2 kali sepanjang tinggal di wad.
2. Minum air teh suam bersama lemon.
Ni pun boleh legakan rasa sakit pada tekak.
Ads
3. Guna Aloclair Plus Spray
Boleh dibeli di farmasi dan bila disembur pada tekak anak, kuranglah rasa sakit tu.
Tonsil yang bernanah macam dalam gambar ni selalunya dah dijangkiti bakteria. Laju-laju bawa anak jumpa doktor untuk dapatkan rawatan okay.
Dan tiga cara ni sesuai untuk anak yang kecil. Tips lain seperti air garam, tak sesuai untuk anak yang belum pandai berkumur.
Dalam masa 5-7 hari, selalunya tonsilitas ni akan beransur sembuh dan selera anak pun bertambah elok.
Tolong saya sharekan supaya lagi ramai ibu ayah yang tahu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada antara kita bila penat sangat mulalah badan berasa sengal-sengal dan lemah sahaja terasa sekali gus menjadikan malas untuk buat kerja. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja terbaring di atas katil melayan mata yang sentiasa rasa berat dibuka.
Tapi sebagai seorang isteri dan ibu, mana mungkin boleh berbuat demikian. Sedangkan baru buka mata sahaja sudah banyak tugas dan kerja-kerja yang harus dilakukan dan tidak boleh ditangguh-tangguhkan. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini, jam 4 pagi sudah ada yang bangun untuk menyediakan menu bersahur dan sebagainya.
Lantaran itu, kita perlu persiapkan diri agar lebih cergas dan bertenaga. Mungkin dengan amalkan minuman ini dapat membantu. Dikatakan minuman herba ini bukan sahaja bagus untuk kesegaran badan malah punya khasiat lain. INi sebagaimana yang dikongsikan oleh Cheqz Daamieza.
“Orang lain masak-masak untuk makan malam..saya sediakan ni untuk minum malam..”-Cheqz Daamieza
Air Rebusan Kesihatan
Baik untuk :
-Bersihkan rahim
-Buang angin
-Pecahkan lemak
-Naikkan seri muka
-Kesegaran badan
-Detox badan
-Mengurangkan sengugut
InshaAllah..Moga badan sihat…
Bahan-bahan :
Halia (1 @ 2 ibu jari) Hiris
Kunyit hidup (1 ibu jari) Hiris
Serai (2 batang besar-kalau kecil letak dalam 3-4 batang) Diketuk
Daun Pandan (4 helai jika daun kecil)
Madu (1 sudu kecil) bole ganti gula batu
Air 3-4 Gelas (kalau gelas kecil letak 4 ye)
*Nak letak sireh pun boleh..saya tak letak sebab takde sireh kat umah..
*Saya letak lebih halia sebab banyak angin dalam badan ni..hehe..boleh juga kalau nak guna halia 1 ibu jari saje..
*Nota tambahan – Jika nak amalkan selalu @ utk minum 2-3 kali seminggu..JANGAN letak kunyit ye..bole gantikan dengan lemon.
Cara-cara :
Masukkan semua bahan2 di atas dalam periuk..renehkan dengan api yang kecil..biar sampai mendidih dalam 15-20 minit..Siap!! bila dah sejuk & nak minum campurkan 1 sudu kecil madu (ikut tahap manis yang anda suka)
Saya buat ni untuk 2 kali minum ye..pagi & malam..Selamat Mencuba..sambil mereneh tu rumah anda pun ada bau2 wangi nanti sebab ada daun pandan dalam tu..
Ini cara sy minum ye
Saya minum 1 cawan (suam)..pastu off kipas dalam 5-10 minit..biar badan tu rasa panas dan berpeluh sikit..Jangan off lama2 sangat nanti marah pulak suami & famili uols haha.
sumber : Cheqz Daamieza via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Allahuakbar….membaca perkongsian daripada Doktor Ahmad Samhan ini pasti buat kita bimbang dengan kesihatannya kini.
Jika sebelum ini, beliau banyak berkongsi info sebagai salah seorang frontliner wira negara dalam menentang virus covid-19.
Namun hari ini, dirinya pula terpaksa dikuarantin. Bersamalah kita doakan agar keputusan saringan yang dilakukan adalah negatif.
Bila dapat mesej ini, aku terus terduduk. Darah terasa berhenti mengalir.
Terus terbayang dengan jelas muka makcik chinese itu beberapa hari lepas. Dia datang kerana gula tinggi dan jatuh ditandas. Antara tanggungjawab sebagai doktor dan bagai belas kasih dari seorang anak kepada orang tua, aku angkat dia ke katil sebelum buat pemeriksaan.
Tiada batuk.
Tiada demam.
Tiada sakit tekak.
Tiada kontak rapat.
Sememangnya untuk kes begini kami tak perlu pakai PPE. Kerana stok PPE agak terhad.
Patutlah dari semalam aku rasa sakit tekak. Memang dah rasa tak sedap hati. Tiap kali ketempat kerja kerja, aku selalu berdoa moga dijauhkan dari terdedah dengan pesakit yang positif covid-19.
Rupanya hari ini giliran aku yang jadi mangsa.
Hakikatnya sudah ramai sahabat frontliner mengalami nasib yang sama. Aku dongak ke siling. Bukan sedih dan menyalahkan takdir yang berlaku. Cuma berfikir apa yang patut aku buat dulu.
Fikirkan aku ada anak kecil baru berumur setahun. Fikirkan bagaimana aku patut kuarantinkan diriku dari keluarga. Fikirkan bagaimana aku mahu beritahu abah dan ma. Semua berputar-putar dibenak fikiran ku. Buntu.
Perkara pertama yang aku buat ialah telefon isteri.
“Abang exposed dengan patient covid dan kena kuarantin. Nanti tolong sediakan bilik depan. Lepas ambil swab abang balik. Beritahuku ringkas.
“Baik,bang.” Jawab isteriku dengan ringkas tanpa bertanya lebih lanjut.
Sebelum ini aku dah terangkan pada dia andaikata aku kena kuarantin apa perkara yang kami patut buat. Sebab aku boleh agak lambat laun pasti aku pun tak terlepas. Pekerjaan dan perjuangan ini memang tanggungjawab aku pada masyarakat.
Bismillahirahmanirrahim.
Aku gagahkan langkah menuju ke tempat untuk ambil ujian covid. Tempat ini memang dikhaskan pada staff kesihatan yang dijangkiti. Kelihatan beberapa orang sedang menunggu giliran. Setakat ini sudah lebih 150 orang staff kesihatan alami nasib yang sama.
Sementara menunggu giliran, aku dail nombor telefon insan keramat.
“Assalamualaikum ma, ma apa khabar?”
“Alhamdulillah sihat. Abe (panggilan di rumah) sihat?”
“Sihat. Boleh cakap dengan abah?”, aku sengaja sembunyikan. Aku belum ada kekuatan untuk beritahu ma. Bimbang dia sedih. Aku rela beritahu abah dulu dan nanti biar dia yang sampai kan pada ma.
“Haa, abe nak bagitau apa-apa ke? Ma tu seharian duk gelisah. Dia kata tak sedap hati. Macam ada sesuatu buruk yang jadi.” Abah memangnya cukup faham kalau aku minta bercakap dengan dia. Mesti ada sesuatu.
Ma pula memang dengan naluri seorang ibu yang memang sudah Allah hadiahkan. Gerak hatinya sangat kuat. Tak sempat aku beritahu dia seolah-olah dah tahu segalanya.
“Dr Samhan”
Nama aku dipanggil oleh petugas.
Selepas beri semua butir peribadi,aku melangkah ke tempat ambil ujian. Aku lihat batang lidi yang panjang dan dihujung ada kapas (cotton bud).
Batang lidi dimasukkan dalam hidung, lama kelamaan makin dalam. Di jolok sampai sentuh dinding belakang. Tanpa sedar aku tolak tangan petugas itu. Tak tahan!
Berair mata aku dan terus berdenyut kepala. Kelihatan ada darah dihujung kapas. Aku tak salahkan petugas. Itu memang tekniknya untuk pastikan ketepatan keputusan. Selama ini aku yang buat pada pesakit sekarang giliran aku pulak. Baru kau rasa Samhan!
Hari ini adalah hari kedua aku dah dikuarantin. Kedengaran suara anak-anak bermain dari luar bilik. Rindu pula lihat gelagat mereka. Rindu nak peluk cium mereka. Rindu bau mereka. Dapat cuti dan rehat tapi tak dapat bersama mereka adalah satu penyiksaan berat.
Kedengaran suara anak sulung yang berumur 7 tahun bertanya ibunya,
“Kenapa baba tak keluar bilik? Baba taknak main dengan Umar ke?”
“Baba kena duduk dalam bilik. Mungkin virus ada dalam badan baba. Nanti kita semua kena”, ibunya cuba jelaskan.
Terus mengalir air mata aku ni.
Sesekali isteri mengetuk pintu dan letak makanan didepan pintu. Baru aku faham letihnya bila kena kuarantin. Lebih letih dari letihnya bekerja. Letih fizikal dan mental. Macam duduk dalam kubur tapi hidup. Rasa sihat tapi tak yakin. Dipaksa berehat tapi sebenarnya perasaan seperti sedang berjuang dimedan perang.
Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal. Mungkin ini tuhan beri aku waktu untuk aku berehat sementara dari kerja dan dekatkan diri kepada Dia. Sebelum ini, solat pun terkejar-kejar kerana kesibukkan kerja apatah lagi mahu berzikir. Kini Allah beri masa selapang-lapangnya untuk buat apa yang selama ni tak sempat. Untuk DIA.
Aku redha dengan setiap ujian yang Allah berikan. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Keputusan ujian pertama sudah keluar. Alhamdulillah negatif dan hari ini aku perlu ambil ujian kali kedua. Ia diwajibkan merana ketepatan ujian ini hanya 80 peratus. Kemungkinan kemungkinan untuk positif masih ada.
Perlu bersedia. Perlu berwaspada. Bersyukur tapi jangan terlalu gembira.
Jauh disudut hati aku berdoa agar keputusan ujian kali kedua ini juga negatif. Ya Allah Asy Syafii Yang Maha Menyembuhkan, Ya Qabiidu Yang Maha Menyempitkan dan Maha Menyekat,
Kau bantulah kami semua dengan kesihatan yang baik dan cemerlang. Kami perlu berjuang membantu masyarakat Ya Allah.
Ini kisahku,tapi aku yakin ramai sahabat frontliner juga sedang hadapi situasi ini.
Bukan harapkan belas kasihan, tapi cuma ingin ceritakan realiti sebenar apa yang kami hadapi sebagai frontliner.
Virus ini semakin sukar dijejak. Hampir 80 peratus pesakit tidak menunjukkan apa-apa gejala. Itu belum lagi pesakit yang sembunyikan maklumat terdedah pada covid-19.
Kongsikan cerita pada orang lain agar tiada lagi pesakit yang sembunyikan maklumat diri dan beri kerjasama pada petugas kesihatan.
Seakan berkara biasa bagi seorang perempuan yang telah berkahwin dan beranak pinak mengalami pertambahan berat badan.
Apatah lagi sekiranya sudah punya anak yang ramai. Seakan untuk mengekalkan berat badan seperti anak dara agak sukar untuk dicapai.
Berdiet, mungkin ramai telah melakukannya untuk mengawal berat badan.
Namun ramai juga yang gagal untuk meneruskan usaha ini. Pun begitu tidak bagi ibu anak tiga ini yang dikenali sebagai Ayu Zule dan berkongsi cara bagaimana dia berjaya lakukannya di akaun fbnya.
Baginya untuk mendapatkan kembali berat badan ketika zaman anak dara menjadi perjuangan buat dirinya, dan benarlah dengan usaha yang dilakukan bersungguh-sunguh selama 7 bulan akhirnya menghasilkan kejayaan.
Sasarkan Berat Badan Semasa Anak Dara
Fighting for my “anak dara” weight was achieved,16kg lost. From 66kg to 49-50kg
Journey ni mengambil masa lebih kurang 7bulan sy start September 2017 (lepas raya) sehingga Mac 2018
Alhamdulillah..Jaga pemakanan dgn eatclean menu dan exercise 80% jg pemakanan dan 20% dari exercise.
Bila sebut diet je msti org ingt tahan lapar, kena berlapar, makan sikit je
Diet bukan bermaksud berlapar cuma kn kawal portion dan pilih makanan yg diambil dengan betul dan melatih diri dan badan kita utk amalkan pemakanan yg sihat,
Diet yg bgus yg menurunkan berat badan secara perlahan- lahan.
Di sini sy share sebahagian dari menu yg sy mkn sepanjang weight loss journey ni,
tak semua menu sempat sy amik gambar, yg mana sempat saje..huhu 90% menu semua sy masak, g keje bawa bekal..
Sy share serba sedikit pengalaman yg tdk seberapa ini. Sesungguhnya yg baik itu dr Allah SWT dan yg kurang itu drpd kelemahan sy sendiri.. Yang baik blh amik ye utk kwn2 yg tgh fighting utk turunkan berat badan, yg ingin menukar corak pemakanan yg lebih sihat
dan menukar gaya hidup kearah healthy lifestyle. Lain org, lain cara, lain pendapat, dan lain pendirian kan
so kita hormati setiap dr mereka…
Masakan yg sy masak simple2 je memandangkan sy mama beranak 3 faham2 la yer kesibukannya
macamane kan..hihihi
Sy biasa masak menu yg snng & spt grill, rebus, singgang, dan bakar2 , (kdng2 mkn jgk ikan goreng jika tiada pilihan)
klu perlu guna 1sk olive oil shja, tp klu xde guna je ape yg ada jnji portion kn jaga, bersederhana org kata.. tanpa gula putih,
sy pakai garam himalayan rock salt
tanpa ajinomoto atau ape2 kiub.
Breakfast
Biasa sy amik smoothie (blend fresh milk 100ml,air masak 300ml ,rolled oat 3sk & buah2 pilihan) @ telur separuh masak @ roti wholemeal bakar letak cheese ke tuna ke brgntung pd bhn yg ada dan selera pd hr tu
Lunch
Biasa sy amik brown rice segenggam kita ye, bukan segenggam hulk..hihi
kdng2 mkn jgk nasi putih, 1× sehari je pakai formula #sukusukuseparuh,
suku karbo,suku protein dan separuh serat (sayur@buah)..biasa sy amik nasi waktu lunch atau dinner tukar2 klu lunch dah amik nasi, untuk dinner sy cuma amik protein,sayur2 & buah2an & gitula sebaliknya. klu pd hari2 yg sy xblh control nasi, masak plak lauk yg sedap2 utk suami n anak3, sy tukar dgn sumber karbo lain mcm ubi manis, ubi kentang ke, roti wholemeal ke..blh tukar2 ikut selera kt
sebabnya, bila tgk lauk sedap, nasi xckup segenggam ni ha, segenggam hulk juga sis mkn nanti..
sama jugak time ada jamuan dekat opis, kenduri ke, sy cuma mkn lauk2 shja sbb dia pnya lauk tu kan dh byk kalori mkn plak dgn nasi confirm la bertambah itu yg sy risau, hahaha terbabas ke laut dalam tu mesti ada nya, tipula klu sy kata xpenah terbabas ye dok..hahaha
Menu sy ni pn ada jgk yg xberapa nk clean, xdela strict sgt, tp bolehla ikut badan & tekak masing2 dan yg paling penting ikut keperluan kalori badan masing2,
berapa kalori yg patut kt mkn sehari utk turunkan berat badan, untuk maintain dan sbgnya
Dinner
Biasa sy dinner sblum pkul 8 wajib tiap malam amik sup sayur bersama protein, buah2an kadang2 nasi mcm biasa pakai formula #sukusukuseparuh
Snacking
snacking adalah wajib diantara main meal
contoh biasa sy amik snacking pkul 10pagi dan 3petang contoh snacking sy amik ialah buah2an, kekacang,plain yogurt
Dessert
untuk dessert xwajib amik pon, tp bila sy craving nk mkn aiskrim ke,benda2 manis sy mkn plain yogurt dgn buah2an
perghhh, sedap weh..hahaha ,tp bukan hari2 ye Craving nk minum minuman manis biasa sy buat honey lemon ais juga bukan hari2
Untuk exercise
Sy buat jogging 3x seminggu sblum masuk keje pagi dan zumba, klu sy xjog, sy akn zumba weekend.
Waktu malam sy xgunakan utk exercise, mlm sy rehat,bt keje umah, ajar ank2 keje skolah and meal prep, waktu bersama kluarga ..
Cheat day..
Hari yg sy cheat day baru sy amik menu yg sy craving tu,Sy diet tanpa apa2 supplement, bukan anti supplement,cuma sy nk ajar diri sy utk diet secara sihat, jaga pemakanan. control portion dan exercise bukan utk sementara, tp klu blh smpai bila2.
Diet yg sihat sepatutnya buat kita bertenaga, happy, dan kenyang
yang penting tanpa perlu berlapar
Xsemua org sm, sy buat ape yg sesuai utk badan sy..dan sy enjoy ..hihihi
Menu2 ni mungkin sesuai dgn sy, mungkin x utk org lain,lain org, lain badan dan kemampuan, ikut kemampuan diri masing2.
Kenali tubuh badan anda, sy hanya share ape yg menjadi untuk sy, Jika ia mendatangkan manfaat blh amik dan korang blh alter, blh tambah mengikut keperluan badan masing2.
Teruskan jaga pemakanan, exercise walaupun kita dh kurus & dh capai berat ideal.BMI pon dh normal, boroi dh xde, lutut dh xsakit, peha dh xbergesel, naik tangga xmengah,bangun tido senang dan awal, sembelit pon dh xde, rasa lebih segar, muda dan happy.
Senang utk menguruskan aktiviti seharian, termasuk beribadat, rumahtangga, anak3 dan kerjaya jaga pemakanan ke arah yg lebih sihat sgt byk manfaat, sy pn masih belajar untuk konsisten jaga pemakanan
utk lebih sihat, fit, dan yang paling win kurus itu BONUS.
sumber : Ayu Zule
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di