Biasanya bila sakit badan, lenguh-lenguh dan angin dalam badan tentu rasa tak selesa.
Jikq berlarutan boleh buat sakit kepala. Malah ada yang terpaksa jumpa doktor dan salah satu rawatannya ubat tahan sakit.
Selain itu, apa kata cuba petua orang dulu-dulu, dengan membuat sambal halia sebagaimana perkongsian ini. Hanya 4 bahan aje. Jom lihat cara penyediaanya
Sambal Halia
Petua amalan Arwah Mak, diturunkan pada kami Adik Beradik. Senjata ampuh untuk masalah angin dlm badan, mengatasi sengal2 sendi, kebas2 kaki dan tangan, lenguh2 badan, bandan rasa tak bermaya, urat masuk angin, sangat2 bagus untuk ibu lepas bersalin yg mengalami bentan. Makan dengan nasi panas. InsyaAllah.. Lepas makan badan berpeluh2, buat kerja pun cergas, bangun pagi tak rasa sakit2 badan lagi.
Bahan : 1 inci Halia mentah 1 sk lada hitam biji 1 sb ikan bilis goreng 1 ulas bawang putih mentah
Cara : Tumbuk semua bahan dan boleh dihidang. Makan dengan nasi panas
Kalau badan terasa lenguh2, elakkan makan sayuran sejuk dan banyak angin mcm bayam, kangkung, daun ubi, petai dn jering ye. Pakai sarung kaki. Dulu2 mmg tak percaya petua ni, ye lah.. muda2 asik nak kan fakta bukan auta dan kajian sains.
Bila dah bersalin, peranak pinak dan dah berusia ni baru tau dan rasa keberkesanan mengamalkan petua dan pantang2 ni.
Kalau tak larat nak buat sambal ni time sakit, buat teh halia.
Hiris 1 inci halia, masukkan dalam secawan air panas, bila dah suam, minum perlahan2 sampai habis. Amalkan hingga badan rasa cergas semul.
Moga bermanfaat. Selamat mencuba
Sumber: Humairah Al-Hamra .
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini tular seorang kanak-kanak dijumpai berseorangan diri di tepi jalan di Cheras Utama kira-kira jam 11.30 malam Jumaat lalu dengan badan yang penuh kesan lebam dipercayai mangsa dera.
Menurut individu yang menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai berusia tiga atau empat tahun itu, Ahmad Nor Faizal Mohd Nor, 37, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai dengan menunggang motosikal sebelum terlihat kanak-kanak terbabit di tepi jalan.
Menurutnya, dia yang berasa tidak sedap hati berpatah semula sebelum melihat kanak-kanak itu melambai ke arahnya.
“Riak wajahnya dalam ketakutan, kepalanya bengkak dengan kesan darah selain badan turut ada kesan lebam sementara jari telunjuk tiada kuku.
“Saya ada bertanya dia hendak ke mana sebelum kanak-kanak itu memberitahu dia sesat lalu membawanya pergi makan di warung berhampiran.
“Pada masa itu, saya turut bertanya kepada orang di situ (warung) sama ada mengenali kanak-kanak terbabit namun tiada yang mengetahuinya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, dia kemudian memaklumkan perkara itu ke dalam kumpulan WhatsApp penduduk, masjid dan sebagainya namun semua tidak mengenali kanak-kanak itu.
“Ketika itu saya lihat keadaannya sangat teruk dengan kesan luka baru dan lama di badan selain terdapat darah pada rambutnya.
“Kaki sebelah kanak-kanak terbabit juga tempang dan apabila dia tanya dia menjawab dalam sepatah-sepatah,” katanya.
Menurutnya, lebih menyedihkan dia turut melihat ada kesan gigitan berbentuk gigi di badan kanak-kanak terbabit manakala salah satu jarinya tiada kuku dan tidak dirawat dengan baik.
“Ketika saya tanya kenapa dia dipukul kanak-kanak terbabit hanya memberitahu papa minum bir (mabuk) lepas itu dia dipukul.
“Dia (kanak-kanak itu) juga ada beritahu mamanya juga dipukul sementara kesan cedera pada kepala kerana dihentak ke dinding,” katanya.
Katanya, dia kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan perkara itu selepas penduduk tidak mengenalinya.
“Saya sebagai seorang bapa melihat kanak-kanak terbabit diperlakukan lebih teruk daripada binatang kerana jika hendak marahkan anak pun perlu ada batas.
“Tidak kisahlah kanak-kanak itu warga asing atau tempatan, tetapi dia tetap kanak-kanak tambahan pula mukanya cuak apabila ditanya ingin pulang ke rumah atau tidak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, sepasukan anggota rondaan cegah jenayah (RCJ) dikejarkan ke lokasi menemukan mangsa di tepi jalan berhampiran sebuah apartmen sebaik dimaklumkan orang awam.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi selain tidak menemui butiran atau dokumen pengenalan diri.
“Mangsa yang berpakaian lengkap ketika dijumpai dipercayai warga asing kerana tidak mempunyai sebarang kesan suntikan vaksin di bahu dan mangsa juga tidak memahami serta tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa tempatan.
“Mangsa kemudian dirujuk dan ditempatkan di Wad Kanak-kanak Hospital Kajang bagi rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan mendapati mangsa berada di dalam keadaan sihat dan stabil,” katanya.
Menurutnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mempunyai elemen penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Inspektor Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-5355395 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Sedangkan duduk serumah pun, bila pergi kerja atau bercuti tinggalkan orang tua kita boleh terbit rasa rindu. Apatah lagi yang tinggal berjauhan dengan mak dan ayah. Semestinya rasa sayu bila terkenangkan orang yang jauh dari mata.
Itulah yang dirasai oleh pempengaruh sosial media dan usahawan, Maryam yang telah bermastautin di Malaysia sejak berkahwin 3 tahun lalu.
Menerusi perkongsian Maryam di laman Instagram, dia mengakui berasa hiba sewaktu menghantar ibunya untuk kembali pulang ke Korea Selatan selepas beberapa waktu berada di Malaysia.
Menurut isteri kepada Ryzal Ibrahim itu, sejak tiga tahun berada di Malaysia dan menjadi seorang ibu kepada seorang bayi perempuan, dia akui lebih banyak menghabiskan masa serta mencurahkan kasih sayang kepada anak.
Namun, dia baru menyedari bahawa dia sebagai anak perempuan tunggal turut rindukan kasih sayang seorang ibu. Jadi, kehadiran ibu ke Malaysia sedikit sebanyak membuatkan dia berasa disayangi.
Dalam pada itu, yang menjadi tumpuan dalam perkongsian Maryam itu juga layanan Maryam yang turut membawa ibunya solat di masjid dan menghadiahkan telekung kepada wanita itu.
Menurutnya lagi, ibu tersayang mahu membawa telekung tersebut pulang dan mahu perlahan-lahan belajar solat di Korea nanti.
“Last photo, my mom ikut pergi Solat Subuh di Masjid tadi pagi, Alhamdulilah dan Insyallah , Omma juga bawak balik Maryam punya telekung untuk belajar slow slow solat di Korea. Semua doakan untuk Ibu Maryam ya,” tulisnya sambil mengharapkan agar orang ramai dapat mendoakan ibunya yang telah pun berangkat untuk pulang ke negara asal.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar ibu Maryam mendapat hidayah dan istiqomah dalam perubahannya nanti.
Untuk rekod, Maryam dan Ryzal telah mendirikan rumah tangga pada pada 2019. Sekitar tahun 2020, mereka telah kembali ke Tanah Air dan memulakan kehidupan sebagai selebriti apabila kerap berkongsi kebersamaan dalam saluran YouTube DurianKimchi.
Hasil perkongsian hidup selama tiga tahun, pasangan tersebut telah dikurniakan seorang cahaya mata dikenali sebagai Rina.
Sumber: Instagram maryamyunrrr
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa sudah pastinya sanggup melakukan apa sahaja demi membahagiakan anak-anaknya.
Biasanya ibu yang akan lebih menonjol untuk berbuat apa sahaja kepada anak. Dengan ayah biasanya agak susah, maklumlah lelaki terkenal dengan ‘gentleman’.
Tular dimedia sosial sebuah video yang viral di TikTok apabila seorang ayah menunjukkan tarian yang betul kepada anak perempuannya di pentas telah menarik perhatian ramai.
LIHAT VIDEO PENUH DI BAWAH:
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
AYAH SEMPOI JE DEMI ANAK
Menerusi video yang dimuat naik oleh kakngah8586, kelihatan ayahnya menujukkan step menarik kepada anaknya di bawah pentas.
Hebat! Jarang-jarang ayah boleh hafal tarian. Kelihatan anak perempuannya terus yakin untuk menari. Walaupun ada guru di tepi pentas turun menunjukkan step tarian, mata si anak tetap melihat ayahnya.
WARGAMAYA KAGUM DAN BERI PUJIAN
Video tersebut tulat di media sosial facebook dan TikTok. Meninjau di ruangan komen rata-rata wargamaya terhibur melihat gelagat ‘step’ tarian lelaki itu.
Malah ada yang memuji sikap lelaki berkenaan yang sanggup buat apa sahaja demi anak tersayang. Antara komen adalah seperti berikut:
“Anak tu tengok step pak dia menari. Good job pak… Anda bapa yang hebat.”
“Yang lain oun turut confident.”
“Terbaik ayahnya.”
“Respect.”
“Cinta pertama buat anak perempuan adalah ayahnya. Terbaik!”
Anak-anak bukan sumber 'income' ibu bapa masa tua, anak bukan hidup untuk ibu bapa. Di dalam budaya masyarakat kita, terdapat tanggapan bahawa anak-anak akan menjadi sumber kewangan atau 'income' bagi ibu bapa apabila mereka tua.