
Siapa suka rasa pedas-pedas manis sambal kacang? Pasti bila melihat menu ini dikongsikan di media sosial sudah ada yang kecur liur untuk menjamahnya.
Rasanya pedas-pedas manis dan kacangnya rangup dikunyah, memang leka memakannya. Tahu-tahu sebalang habis dimakan tanpa sedar.
Jadi apa kata, pelajari resipi dan cara penyediaannya sepertimana yang dikongsi oleh Ainn Mustafar. Jom semak.
Sambal kacang ikan bilis
Resipi
500gram kacang (goreng garing)
100gram ikan bilis (goreng garing)
Blend halus
Cili kering segenggam rebus lembut(buang biji)
Bawang merah kecil 5 biji
Bawang putih 2
Tumis semua bahan blend dengan minyak yang banyak sampai naik minyak, masuk garam, gula, aji dan masak sampai sambal gelap dan berkilat. Gula kena lebihkan untuk dapat kilat dan manis pedas. Sejukkan sambal, kacang, ikan bilis baru gaulkan supaya kekal rangup.
sumber : Ainn Mustafar via MAHN
Rupanya Begini Cara Jika Nak Pastikan Makanan Bersantan & Santan Mentah Tahan Lebih Lama. Semudah ABC!

Makanan bersantan memang cukup sensitif kalau nak dimasak. Lebih-lebih kalau hendak disimpan keesokkan harinya atau lebih lama lagi.
Biasanya makanan bersantan jarang disediakan lebih awal, semuanya bagi mengelakkan ia basi.
Pun begitu sebenarnya ada cara nak pastikan makanan bersantan ini kekal lama. Bagaimana caranya?Biarkan Reneh Lama
Ketika mendidihkan sebarang kuah bersantan, pastikan dibiarkan ia direneh lama tetapi menggunakan api yang kecil. Cara ini buat santan masak sekata dan mampu bertahan lebih lama.
Asingkan Santan
Cara lain untuk pastikan menu bersantan bertahan lebih lama adalah dengan menumis bahan tumis dengan lama supaya apabila dimasukkan santan, ia tidak bertindak balas dan mengakibatkan santan lebih cepat basi.
Nak lebih hebat lagi, asingkan bahan tumisan dan kuah bersantan. Masak lodeh misalnya, boleh dimasak tumisan bahan lodeh terlebih dahulu dan bila hendak makan, hanya masukkan santan dan didihkan seperti biasa.
Santan Mentah Tahan Lama?
Santan mentah yang diperah secara asli memang enak dimasak. Malah rasa lemaknya memang enak. Pun begitu santan jenis ini tidak mampu bertahan lama walaupun diletakkan dalam peti sejuk yang beku.
Apabila dimasak, jika dimasukkan ke dalam peti sejuk pada tempoh yang lama adakalanya buat teksturnya sudah tidak elok lagi. Rasanya juga sudah tidak lemak dan sedikit masam.
Bagaimana nak pastikan santan ini kekal segar?
Cara 1:
1. Basahkan beberapa helaian surat khabar.
2. Bungkus kemas santan.
3. Simpan dalam tempat beku.
* Hasilnya walaupun santan beku tetapi tetap segar malah tidak terpisah air dan santanya. Malah ketika masak pun, santan tidak berketul-ketul.
Cara 2:
1. Masak santan bersama garam hingga mendidih.
2. Sejukkan sekejap.
3. Kemudian masukkan santan ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk.
Cara ini buat santan dapat bertahan hingga 1 bulan.
Selamat mencuba!
Tak Jadi Hal Lah Memanggang Guna Arang. Sekajap Je Ada Bara Bila Buat Trik Mudah Ni!

Tidak mudah sebenarnya buat yang kurang berpengalaman untuk menghidupkan bara api. Malah tidak dinafikan, jika berjaya sekali pun perlu memakan masa yang terlalu lama dan jika tidak sabar, bimbang juga usaha menghidupkan bara tidak berjaya.
Tapi tahukah anda, sebenarnya ada trik mudah yang boleh kita lakukan bagi mempercepatkan lagi usaha menghidupkan bara api dan sekali gus memudahkan proses memasak hidangan yang dipanggang. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Che Norhayati Soib bilamana teringin makan talia bakar. Jom semak.
Akibat terlalu mengidam ikan talipia bakar..
En suami suruh bakar ikan kat luar guna set bbq…Saya tak pandai nak hidupkan api…Jadi saya punya idea..
Letak je charcoal dalam periuk atas dapur gas .
Lepas arang dah mula terbakar…tutup la dapur gas…Tak ambik masa lama pun…
Nak pindah kan arang ke tempat bakar lain pun ikut lah….
Wallaaa!!
Siap……berjaya!!
Hanya di Paris je tauu ..!!
sumber : Che Norhayati Soib via MAHN
“Budaya Makan Dulu Kira Kemudian Bahaya.’ Buat Bajet & Periksa Harga Baru Layan, Itu Style Orang Cina Order Seafood Di Restoran!

Ikan Siakap menjadi bualan ramai apabila satu perkongsian mengenai harga yang perlu dibayar selepas makan ikan tersebut terlalu mahal.
Pelbagai persepsi timbul selepas ikan siakap menjadi tular , ada yang mengaitkan pengusaha restoran tersebut terlalu cekik darah, tak kurang yang menyelar pengunjung tersebut yang sepatutnya memeriksa terlebih dahulu harga sebenar ikan yang dipilihnya.
Saudara Tai Zee Kin berkongsi pandangan dan cara bagaimana budaya orang Cina yang akan membuat bajet terlebih dahulu sebelum berbelanja terutama waktu makan besar.
Ini cara orang cina order seafood di restoran.
1. Akuarium tepi restoran seafood, bukan galeri atau underwater world. Dia tidak kenakan caj tiket masuk. Itu tempat kalian pilih seafood segar.
1.5 Kalau anak-anak kecil ikut makan sekali, boleh bawa jalan-jalan tepi akuarium sambil ajar anak-anak nama ikan dan jenis ketam.
2. Sudut kanan (atau kiri) akuarium ada tanda tertera dengan jelas nama seafood (di situlah ayahanda saya mengajar nama dan jenis ikan) dan harga setiap 100g, 1kg, atau sukatan yang bersesuaian.
3. Tepi akuarium ada penimbang. Kalian boleh minta tauke untuk timbang sebelum makan, atau minta dia membuat anggaran berat.
4. Kalau tiada akuarium pun, orang cina akan terus order seafood ikut berat (kalau bukan harga tetap). Contoh, kalau kami order siakap, terus bagitau nak 1.5kg. Tauke akan tengok ada tak 1.5kg. Kalau tiada, tauke akan bagi anggaran julat keberatan.
5. Peminat seafood dah ada harga seafood darab keberatan dalam kunci kira-kira minda.
Orang cina tidak suka style makan dulu kira nanti. Bila budaya makanan restoran mamak mula berbuat demikian, banyak di kalangan orang cina kurang selesa. Zaman 2000-han, kedai mamak biasa minta pelanggan makan dulu, baru dia datang kira.
Budaya orang cina selalu kena buat ‘bajeting’ sebelum ‘spending’. Makan kedai pun sama. Kalau makan besar, siap hitung dulu, buat kiraan bajet, periksa harga betul-betul, baru layan.
Tabiat ini memang sudah terpahat dalam DNA kami.
Budaya ‘makan dulu, kira kemudian’ sangat bahaya, kerana ketidakselesaan ‘caj terlampau’ adalah tanpa kesalahan mana-mana pihak, ianya cuma akibat ketidaksepadanan kehendak (dengan izin, ‘mismatch of expectation’).
Isu siakap terlampau caj ini, bagi orang cina, jarang berlaku. Kami tertanya-tanya, kenapa tidak membuat kepastian berat ikan sebelum order? Kenapa tidak sebut sahaja ‘Siakap tu, bagi 1.5kg cukup’?
Saya bila buat tempahan ketam dulu, siap tawar menawar dari segi berat ketam dengan tauke sebelum turunkan order. Tiada masalah.
Ingat tatacara ini kalian, ‘Kira dulu, order kemudian’. Tak payah segan-segan. Segan dahulu, kesal kemudian.
Dalam hal ini, pelanggan tiada salah, restoran pun tiada salah. Restoran siap bagitau harga setiap 100g awal awal. Caj pun ikut harga per 100g. Pelanggan bagi kebebasan kepada restoran untuk anggaran berat ikan.
TAI ZEE KIN
ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club