Dalam banyak-banyak sambal yang biasa kita sediakan untuk keluarga, mungkin sambal yang dibuat menggunakan buah mangga yang dicampur isi ikan ini tak ramai pernah merasanya.
Melainkan bagi keluarga orang Kelantan, Sambal Putik Pauh ni sudah maklum keenakan rasa dan pakar pula membuatnya.
Untuk itu, jom pelajari cara membuatnya untuk kita satu keluarga mencuba rasa.
CARA-CARA BUAT SAMBAL PUTIK PAUH KELATE
(Sambal Tumbuk Mangga Muda Ikan Bakar)
Ads
Orang kelantan memang familiar dengan sambal ni. Makan dengan nasi panas-panas… fuhhh tak pandang kiri kanan dah memang berselera.
Makan dengan bubur nasi pun sedap tak terkata. Sambal ni mesti rasa masam, pedas dan masin serta manis ikan..terangkatlah.
Nak buatnya pun simple je cuma kena tau caranya nak bagi sambal ni sedap. Ada yang nak resepi? Boleh tengok kat bawah ni
Ads
Bahan-bahan:
3 ekor ikan sardin fresh (bakar tawar)
2 biji cili padi (nak pedas boleh letak lebih)
1-2 biji mangga muda (paling sesuai mangga telor yang masam)
garam
Ads
Cara-cara
Tumbuk cili dengan garam sampai hancur pastu tumbuk mangga muda yang diracik biar mangga tu pecah-pecah dan sebati dengan garam dan cili.
Pastu masukan ikan dan tumbuk sampai sebati. Part ni jangan tumbuk lumat-lumat. tumbuk asal boleh sebati, kalau lumat nanti tak sedap.
Sumber : Wan Muhammad Hafiz Satar via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap antara kita tentu ada yang menggemari masakan Siam, rasanya enak dan mudah disediakan. Untuk yang ingin mencuba salah satu resipi berasaskan ikan yang cukup popular adalah Ikan Tiga Rasa atau juga dikenali dengan Pla Rad Prik.
Resipi istimewa ini dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan dan menurutnya kalau makan ikan di kedai Siam, ikan tiga rasa lain dari di kedai makan Melayu. Saya pernah tanya tukang masak kedai Siam tu, apa nama masakan ikan tiga rasa tu sebenarnya. Dia kata Pla Rad Prik. Ini resepi dia.
Pla Rad Prik by Dr Kamarul Ariffin.
Bahan-bahan: (2-3 orang)
1 ekor ikan sikap (saiz sederhana)
1 labu bawang putih
5 tangkai cili padi merah
5 tangkai cili padi hijau
1 ikat daun ketumbar
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar pes asam jawa
2-3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula nipah
Garam dan gula secukup rasa
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat
Ni je bahan-bahan buat sos pla rad prik tu. Gula nipah (palm sugar) je tak ada dalam gambar ni.
Saya guna ikan siakap. Biasanya di Siam, pakai ikan tilapia kata tukang masak tu. Kau orang boleh guna ikan yang kau suka. Jika guna siakap, saya suka belah ikan macam ni. Cepat masak.
Mula-mula kita bedakkan ikan dengan tepung jagung dan garam. Kalau salut tepung, nanti sos tu mudah meresap pada ikan. Baru best!
Goreng ikan! Pastikan minyak betul-betul panas dan cukup banyak. Masukkan belah bawahnya dahulu. Isi akan melengkung ke atas jadi macam mangkuk. Bila tuang kuah, kuah akan duduk atas ikan.
Terbalikkan. Biar dia kuak lentang. Haha! Goreng bahagian kulit pula sampai garing. Lepas goreng, tos dan ketepikan sebentar.
Tumis bawang putih dan cili padi yang telah di cincang halus. Masakan ni kena pedas baru mengancam! Tapi kalau tak mahu pedas, guna cili besar. Tak semua orang suka makan masakan yang pedas, kan?
Dah wangi. Masukkan gula putih. Saya guna satu sudu besar. Saya masukkan awal supaya gula ni boleh terkaramel.
Tak sempat ambil gambar masa tuang air asam jawa. Kalau suka masam, masukkan lebih asam jawa. Masakan ikan, sangat ngam dengan rasa masam.
Masukkan sos ikan. Masakan ni rasa dia masam, manis, dan masin. Mungkin sebab tu dekat sini, kedai siam letak nama ikan masak tiga rasa
Tadi saya rasa sos ni, macam ada kurang. Gula nipah ada rasa yang buat masakan jadi sedap. Oleh kerana tak ada gula nipah. Saya cuba letak gula Melaka. Ha! Baru ada rasa manis lemak tu!
Akhir sekali, letak batang ketumbar. Ketumbar ni beri rasa segar dan wangi. Bahan yang sangat sinonim dengan masakan Siam. OK, kuah dah siap, boleh tuang ke atas ikan kita tadi!
Ini dia! Pla Rad Prik! Rasa sama macam kedai Siam punya! Pedas, masam, masin, manis! Makan dengan nasi putih, memang terangkat! Tapi macam tak cukup kuah, kan?
Kehilangan orang tersayang ibarat separuh dari diri kita hilang. Apatah lagi, pemergian tersebut secara mengejut.
Malamnya masih bergurau senda, namun esoknya dia sudah tiada lagi. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata bila mendapat berita yang cukup menghibakan.
Perkongsian pelakon Catriona Ross dalam satu program benar-benar menyentuh hati. Kehilangan ibu dalam satu kemalangan benar-benar mengubah hidup pelakon Pujaan Hati Kanda ini.
“Sebelum pemergiannya, ibu selalu bercerita dan berkongsi satu hadis. Waktu itu saya tak tahu ia petikan hadis. Petikan berbunyi dalam sekujur jasad, ada seketul daging. Andai baik daging itu maka baiklah seluruh jasad itu. Andai buruk, maka buruklah seluruh jasad itu.
“Seketul daging itu adalah hati. Jadi, saya selalu fikir apa yang ibu selalu bercerita berulang kali. Lama-kelamaan baru saya faham, dalam mendidik dan menasihati anak, keluarga dan orang sekeliling segalanya adalah berkenaan hati.
“Waktu umur 4-5 tahun, saya dan adik perempuan diminta ibu untuk baca surah-surah lazim sebelum tidur. Esoknya, pantang bagi ibu bila kami bangun dan sebut ‘good morning’. Sebaliknya ibu minta kami bagi salam dan barulah cakap good morning kalau perlu. Itulah antara perkara yang ibu saya lakukan dan saya cuba terapkan dalam mendidik anak-anak sehingga sekarang.
Pesanan ibunya waktu awal perkahwinan dulu masih diingat sehingga kini. Kata arwah, layan dan terima keluarga mentua sebagai keluarga kedua.
“Kalau berkahwin nanti, jangan fikir itu famili mentua, tetapi itulah keluarga kedua kamu. memang menyakitkan bila kehilangan ibu tetapi alhamdulillah Allah berikan ibu mentua yang sangat memahami, penyayang untuk saya jadikan pengganti arwah ibu.
“Mendidik dan membesarkan anak-anak cukup mencabar dan bukan mudah. Bagaimana kita nak betul-betul didik anak supaya mereka hormat kita kerana sayang bukan kerana takut. Saya cuba didik anak dan selalu tanya kenapa hormat mummy, dia kata sebab sayang. Saya tanya lagi kenapa sayang saya, anak saya kata kerana ibu lahirkan saya.
“Untuk seorang anak umur 5-6 tahun sangat meluluhkan jiwa raga kita. Saya tanya kena nak hormat mummy, anak saya kata sebab dia nak bersama tok mummy (ibu saya) di syurga. Jadi dia nak ke syurga, jadi dia perlu hormat semua orang disekelilingnya.
“Insyaallah apa yang saya terapkan pada anak-anak ini adalah hasil didikan ibu saya dulu. Saya harap anak saya membesar dan menyayangi Allah dan Rasul, mentaati agamanya.
Bila menyebut tentang makan nasi berulam pucuk jambu batu, mungkin ada yang biasa menjamahnya.
Istimewanya tentang daun jambu ini, ia juga mengandungi banyak khasiat. Bukan sahaja diamalkan sejak dahulu sebagai petua dalam merawat pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan malah fakta sains juga telah membuktikannya.
Menurut perkongsian Puan Hamidah M. Ibrahim berkongsi petua yang diperolehi dari seorang sahabatnya dan nyata ia memang berkesan.
Daun jambu batu yang matang direndam dalam air panas bersama secubit garam, bagus untuk merawat cirit birit.
Bahagian pucuk jambu pula jika dikunyah & ditelan airnya mujarab untuk hilangkan senak perut dan senggugut.
Manakala Hafiz Aliaziz turut berkongsi pengalaman dalam merawat masalah cirit birit yang dihadapinya dengan menggunakan pucuk jambu batu.
Katanya, “Alhamdulillah setakat ni berkesan.”
“Saya makan mentah-mentah je. Ambik pucuk, basuh bagi bersih. Kunyah. Telan. Rasa kelat sikit la. Tapi jadi ubat.”
“Juga petua untuk bersihkan muka. Hancurkan pucuk. Lepas tu sapu kat muka. Biar dalam 4-5 minit. Lepas tu basuh.”
Meninjau perkongsian daripada saintis Dr Suri Roowi, turut menyatakan daun jambu banyak khasiatnya.
SUMBER ALAMI UNTUK BANTU MASALAH INFLUENZA A – Koleksi kajian literature saintifik oleh Dr. Suri Roowi
TEH DAUN JAMBU BATU
KAJIAN AWAL oleh Saintis Jepun pada tahun 2012 mendapati TEH DAUN JAMBU BATU boleh RENCATKAN pertumbuhan 3 jenis virus H1N1 (Influenza A)
TEH DAUN JAMBU BATU disediakan dengan merendam pucuk daun jambu kering (20 g) dengan 1 liter air panas (suhu 85oC selama 8 minit)
Kajian juga mendapati TEH DAUN JAMBU BATU adalah 3 hingga 5 kali LEBIH KUAT berbanding TEH HIJAU (untuk rencatkan pertumbuhan virus)
Kajian oleh Saintis Sepanyol yang diterbitkan dalam “Journal of Chemistry” pada tahun 2014 pula mendapati ekstrak air daun jambu batu mengandungi 48 jenis BAHAN BERKHASIAT
Antara bahan berkhasiat yang tinggi dalam ekstrak air teh daun jambu batu adalah procyanidin B, avicularin, guajaverin dan catechin
Selamat mencuba, dapatkan nasihat Dr anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di