Bagi melariskan jualan mereka, sebuah gerai bazar Ramadan dipuji orang ramai kerana bersedekah Apam Balik melalui potongan ayat al-Quran yang disambung pelanggan mereka.
Menerusi perkongsian di laman TikTok @kuhotputrajaya, dapat dilihat beberapa rakaman video dimuat naik yang memaparkan gelagat pelanggannya ketika sambung bacaan ayat al Quran yang dibacanya sewaktu membeli di gerai apam balik.
Menerusi video yang dikongsikan, tindakan dua orang kanak-kanak lelaki yang berani menyambung ayat al-Quran tersebut telah menarik perhatian warganet.
“Alhamdulillah tahniah adik-adik yang berani.
Ads
“Ramadan ke-6 kami terima 2 orang yang berani menyahut cabaran #sambungayatalquranpercumaapambalik. Jom temui kami di bazar Ramadan presint 3,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Ads
Tindakan berani kedua-dua adik itu sudah semestinya dipuji wargamaya. Tidak kurang juga yang memuji usaha murni ini dalam mempromosikan produk jualan mereka disamping mengamalkan ayat suci Al-Quran.
Ads
“Hebat bang tapi lagi hebat kedua-dua adik kita ini. Kental dan yakin dengan bacaan mereka.
“Alhamdulillah teruskan usaha ini bang. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan.
“SubhanaAllah memang mantap abang ni punya tindakan. Sambil meniaga, sambil sedekah. Teruskan!” komen pengguna TikTok.
Dividen KWSP 2024 dijangka lebih 6 peratus. Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi Simpanan Konvensional dijangka mencapai antara enam ke 6.3 peratus manakala Simpanan Shariah dianggarkan sebanyak 5.4 peratus hingga 5.6 peratus.
Penganalisis ekonomi, Dr Mohamad Khair Afham Muhammad Senan berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.
Menurutnya, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus, meningkat daripada 3.6 peratus pada 2023.
Jelas beliau, pertumbuhan itu didorong oleh permintaan domestik yang kukuh, peningkatan pelaburan dan pemulihan eksport, malah sektor perkhidmatan berkembang sebanyak 5.4 peratus manakala pembuatan meliputi 4.2 peratus.
Katanya, pelaburan langsung asing (FDI) juga meningkat, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi negara manakala di peringkat global, ekonomi dunia menunjukkan pemulihan beransur-ansur daripada ketidaktentuan sebelumnya.
“Namun, risiko seperti ketegangan perdagangan dan perubahan dasar monetari di negara maju masih wujud hingga mampu mempengaruhi aliran modal serta sentimen pelabur.
“KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.57 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir pada 30 September 2024, meningkat 20 peratus berbanding RM47.86 bilion dalam tempoh sama pada 2023. Ia kerana prestasi kukuh pasaran ekuiti dan pendapatan tetap, sejajar pemulihan ekonomi domestik serta global,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Mohamad Khair Afham berpandangan, peningkatan kadar dividen dijangka mendapat sambutan positif daripada pencarum memandangkan ia kadar tertinggi diperoleh KWSP dalam tempoh tiga tahun terakhir.
“Berdasarkan prestasi memberangsangkan dan strategi pelaburan berhemat KWSP, jangkaan kadar dividen ini mencerminkan usaha berterusan mereka dalam memberikan pulangan kompetitif.
“Bagaimanapun, kepuasan keseluruhan pencarum turut dipengaruhi oleh faktor ekonomi semasa seperti kos sara hidup dan inflasi,” ujarnya.
Boleh ke polis periksa telefon kita? Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menjelaskan bahawa polis berhak memeriksa telefon bimbit orang awam sekiranya ada maklumat yang menunjukkan seseorang disyaki terlibat dengan kesalahan jenayah.
Ini selaras dengan Seksyen 23(1) Kanun Prosedur Jenayah, khusus untuk mengelakkan penyebaran mesej berunsur lucah, ugutan, atau ancaman yang boleh membahayakan orang lain.
Jadi, jangan terkejut kalau telefon anda diperiksa pihak berkuasa. Tujuannya jelas demi keselamatan dan keharmonian masyarakat!
Memetik laporan Sinar Harian, beliau menjelaskan bahawa perkara tersebut dibenarkan berdasarkan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
“Dalam akta ini, Seksyen 249 AKM memberi kuasa untuk mendapatkan akses kepada data berkomputer termasuklah telefon bimbit dan Seksyen 116B Kanun Prosedur Jenayah pula memberi kuasa untuk mengakses telefon bimbit yang ditakrifkan juga sebagai data berkomputer ketika membuat pemeriksaan terhadap seseorang yang disyaki melakukan apa jua kesalahan jenayah.”
Bagaimanapun, Razarudin berkata, kuasa memeriksa tersebut diberikan kepada pegawai polis sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor.
Beliau berkata demikian mengulas video tular mengenai individu mempertikai tindakan polis menahan seseorang dan memeriksa telefon bimbit.
Menurut Razarudin, dalam undang-undang lain, Seksyen 20(g) Akta Polis telah memberi kuasa pegawai polis untuk seseorang mempamerkan maklumat apabila diminta oleh pegawai berkenaan.
“Justeru tiada pihak boleh mempertikaikan kuasa memeriksa telefon bimbit ketika sekatan jalan raya, namun ia mesti dibuat dengan berhemah dan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan bukan sesuka hati tanpa sebab yang munasabah,” katanya.
“Selain itu, Seksyen 292 Kanun keseksaan boleh digunakan ketika memeriksa telefon bimbit sekiranya ketika pemeriksaan menjumpai bahan-bahan lucah dan ia merupakan suatu kesalahan boleh tangkap tanpa waran,” katanya.
Razarudin berkata, situasi sama apabila terdapat aplikasi judi dalam talian di dalam telefon bimbit seseorang dan ia juga merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh ditangkap tanpa waran mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Beliau berkata, pemeriksaan tanpa waran boleh dilakukan sekiranya pegawai itu mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa kelewatan dalam memperoleh waran geledah akan menjejaskan penyiasatan seperti bukti dirosakkan atau dimusnahkan pemiliknya.
“Dalam kes sedemikian, pihak polis boleh mengambil telefon terbabit terlebih dahulu untuk diperiksa kemudian dan keengganan memberi kerjasama boleh menyebabkan seseorang itu ditahan kerana menghalang tugas polis.
“Telefon bimbit diambil daripada orang awam harus bertujuan siasatan yang relevan sesuatu kes disiasat atau mensyaki sesuatu kesalahan telah dilakukan oleh seseorang,” katanya.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi menegeaskan polis berhak untuk memeriksa telefon bimbit seseorang jika ada laporan polis dibuat terhadapnya atau jika ada siasatan dijalankan terhadapnya atau jika polis mengesyaki orang itu terbabit dalam perlakuan jenayah selari.
Kanak-kanak dilarang sertai musim haji 2025. Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan peraturan baru bagi musim haji 2025 dengan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menyertai jemaah haji ke tanah suci, lapor Azernews.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata, bahawa langkah ini bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada risiko berbahaya akibat kesesakan yang luar biasa setiap tahun semasa musim haji.
“Kami mengambil langkah ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta mengurangkan sebarang bahaya yang mungkin berlaku semasa perjalanan haji,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini.
Sebagai tambahan kepada langkah ini, kementerian itu juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif baharu yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan jemaah haji.
Ini termasuk kempen kesedaran mengenai keselamatan mandiri, pengenalan sistem pintar yang direka untuk membimbing dan mengawal pergerakan jemaah haji ke kawasan ibadah dan pemodenan khemah serta laluan untuk meningkatkan keselesaan bagi memudahkan pelaksanaan ibadah haji.
Selain itu, kementerian turut mengumumkan bahawa keutamaan akan diberikan kepada jemaah yang menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada tahun 2025 ini.
Sebelum ini, Arab Saudi juga telah mengumumkan perubahan penting kepada dasar visa haji. Bermula 1 Februari, jemaah dari 14 negara hanya akan layak untuk mendapatkan visa masuk tunggal. Perubahan ini bertujuan untuk mengurangkan amalan menunaikan Haji tanpa kebenaran yang sah.