Siapa sangka, ramadan kali ini merupakan tahun ke 12 buat pelakon, penyanyi dan pensyarah, Prof Madya Dr Soo Wincci, 38, menjalani aktiviti berpuasa!
Perkara ini dikongsikan sendiri kepada pengikutnya di laman Instagram tentang menu berbuka, bersahur serta berkongsi jadual waktu berbuka dan imsak sepanjang Ramadan.
Memetik laporan dari Harian Metro, Wincci, dia bukan saja berpuasa penuh pada bulan Ramadan, malah turut berpuasa enam pada bulan Syawal.
“Berpuasa bukan saja untuk menjaga kesihatan tetapi dapat membantu kekuatan mental dan fizikal serta lebih fokus ketika bekerja,” katanya.
Berkongsi pengalaman berpuasa, Wincci berkata, dia berasa agak letih pada hari pertama berpuasa semalam kerana terbabit dengan penggambaran drama 15 episod berjudul The Queen’s Ploy.
“Saya sibuk dengan penggambaran drama pada Ramadan ini dan hanya berbuka juadah yang ringkas untuk berbuka di lokasi.
Ads
“Kalau ada kelapangan, saya memang akan membeli juadah berbuka di bazar Ramadan,” katanya.
Ditanya mengenai bersahur pula, kata Wincci, dia pastikan bangun pada jam 5 pagi.
Ads
“Saya memilih untuk makan kurma, buah anggur, makan makanan yang mentah dan minum kopi untuk mendapat tenaga sepanjang berpuasa.
“Kalau makan nasi ketika bersahur, saya akan berasa sangat lapar sepanjang hari,” katanya.
Sementara itu, ditanya penerimaan keluarganya pula, kata Wincci, ibu bapanya serta anggota keluarga yang lain juga sudah dapat menerima rutinnya yang berpuasa pada bulan Ramadan itu.
Ads
“Ketika mula-mula berpuasa dulu, memang ramai yang membantah kerana saya bukan beragama Islam. Namun, lama kelamaan ibu bapa dan anggota keluarga lain sudah menerima dengan hati terbuka. Malah, ibu bapa juga menemani saya membeli kurma dan berbuka puasa bersama,” katanya.
Selepas hampir tiga bulan tidak bersua muka, penyampai radio Hot FM, Fizi Ali akhirnya bakal bertemu dengan anaknya pada 1 Mac ini.
Keputusan itu diputuskan selepas sebutan semula kes hadanah yang berlangsung semalam.
Menurut perkongsian Fizi, dia begitu bersyukur malah teruja untuk bertemu dengan anaknya tidak lama lagi selepas hampir tiga bulan tidak bertemu.
“Alhamdulillah, saya sangat teruja dan bersyukur kerana akhirnya dibenarkan untuk bertemu Ameena selama empat hari selepas kira-kira tiga bulan tidak bertemu.
“Akhirnya, minggu depan, saya dapat ambil Ameena selama empat hari bermula (1 Mac) selepas kira-kira tiga bulan tidak berjumpa.
“Terima kasih puan (peguam) sebab tolong saya dapatkan kembali Ameena walaupun hanya empat hari dan saya sangat bersyukur,” katanya.
Kesempatan selama empat hari itu akan digunakan sebaiknya oleh Fizi untuk bersama anaknya kelak. Malah kata Fizi dia juga berhasrat untuk membawa Ameena ke taman tema serta bertemu kedua ibu bapanya di kampung.
“Saya akan ambil cuti selama empat hari untuk bawa Ameena berjalan nanti.
“Emak dan ayah juga sangat rindukan Ameena walaupun mereka tidak meluahkannya. Emak juga pegang barang Ameena. Kami sekeluarga sangat rindu padanya,” katanya.
Sementara itu, sebutan semula kes hadanah kekal akan disambung di Mahkamah Tinggi Syariah pada 19 Mei depan.
Bulan lalu, Fizi memfailkan kes hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini kerana Shakila Khoriri enggan membenarkannya bertemu anak mereka.
Rupanya Ini Antara Sebab Orang Kaya Nak Jual Rumah, Pilih Hidup Sederhana
Siapa yang tidak gembira apabila memiliki rumah yang besar dan kenderaan yang mewah dan banyak.
Ketika anak-anak masih kecil ia adalah aset yang amat bernilai. Namun apabila anak-anak meningkat dewasa, mempunyai kerjaya dan mendirikan rumahtangga, ia kediaman besar tidak lagi indah.
Akhirnya rumah besar menjadi sunyi lantaran anak-anak tidak tinggal bersama akibat jarak tempat kerja dan faktor luaran lain.
Mungkin tidak semua, namun bagi yang melalui situasi ini akan berasa sunyi dan beranggapan rumah besar bukan keperluan lagi sebaliknya memilih untuk hidup secara sederhana.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi perkongsian seorang wanita yang dikenali sebagai Anne Soon berkongsi bahawa kebanyakan orang kaya yang menjual rumah disebabkan faktor rumah tidak lagi berpenghuni yang menjadikan rumah sunyi.
Katanya jika dulu, dia beranggapan mereka yang menjual rumah mempunyai masalah kewangan tetapi sebaliknya.
Dulu sis pon pelik. Ingat ada masalah kewangan, tu yang nak jual. Tapi sebenarnya tak semua nak jual rumah sebab ada masalah kewangan. Ada banyak je faktor lain
Salah satunya sebab SUNYI. Ye sunyi..
Dulu, tiap kali berkunjung kat rumah orang kaya kaya yang nak jual rumah,
Dalam hati sis berkata kata, apa lagi orang ni nak, rumah dah sebesar alam, ruang tamu je dah sebesar padang bola, puas la kalau anak anak berguling guling
Selesa sungguh!
Lagi pula siap kolam renang jacuzzi bagai, tak perlu pergi bercuti, kat rumah dah ada semua. Kalau kata birthday anak atau ada majlis, boleh jemput jiran setaman la orang kata punya la luas rumah nya. Bertingkat tingkat.
Laman belakang rumah atau depan rumah, kalau kata malam malam bosan, nak barbeque, nak panggil kawan bermain music , argh! Complete ! Semua nyaaa adaaa
Bab dapur tak payah cerita la, dapur basah dapur kering, wajib ada. Keluasan? Gambarannya kalah tempat masak chef
Bilik tidur, bilik air, berbilik bilik. Tak berebut bilik air la orang kata kalau nak tercirit ke apa. .
Seronok kan?
BILA SUDAH BERUSIA RUMAH BESAR TAK BERGUNA
Tapi, itu kata kita yang belum “duduk” di tempat mereka. Rupa rupa nya , bila dah meniti usia tua,
“Kemasyuran, kekayaan” semua nya bukan jadi keutamaan lagi dah. Keluhan mereka biasanya mesti macam ni,
Kalau la masa boleh diputar kembali, tak nak la kami rumah besar besar ni Anne, penat!
Aku yang dengar ni, aik! Kenapa pulak. Tak bersyukur ke depa ni?
Sebenarnya, masa muda, kami dulu buat “silap”, punya la nak bagi anak-anak selesa, beli rumah besar besar. Bilik kalau boleh satu anak satu bilik.
Usia muda kami tak enjoy sangat, kami bekerja keras untuk kumpul kekayaan. Sampai beli rumah besar besar semua untuk anak anak sekali
Tapi kami lupa, bila dah besar, anak anak dah ada kehidupan masing masing
Tak mahu nya lagi mereka nak hidup dengan ibu ayah. Rumah yang dibeli kebanyakan tiada penghuni
Rumah bertingkat tingkat, satu bilik je yang kami guna. Dah tua tua, penat nak turun naik tangga. Sudah nya bilik bibik jer la yang paling selesa.
Dekat dengan dapur, nak makan minum pon senang
KERETA BANYAK PUN TAK GUNA
Kereta pon kami dah banyak jual. Tinggal yang asas je untuk keperluan harian. Be
rsusun susun kereta siapa lagi nak drive?
Nak ke mana sangat di usia tua? Tak larat dah nak memandu sendiri.
Jadi bertambah “lapang” la depan rumah.
Sekarang kami nak simple simple je hidup, sederhana. Ada masa boleh jalan, boleh menikmati hidup seadanya tanpa perlu memikirkan banyak perkara. Nak balik tinggal di rumah kami yang lagi “kecil”. Yang sesuai dengan kehidupan berdua.
Lama dah rumah tu “kosong”. Nak menikmati hidup di kampung pula.
Ish! Panjangkan keluhan mereka?
Aku yang tadi elok2 nak jadi sekaya kaya nya dah berubah fikiran. Patut la orang selalu pesan kita kena bersederhana dalam setiap perkara kan?
Tak dengar kata sangat kenapa Anne oi? Nak nyesal di masa tua? Patutla sis nak rumah corner lot nak ada kolam renang suami ku bantah. Disuruhnya sis booking hotel ada kolam.
Tak pulak sis mandi kolam
Sis nak beli kereta baru pon dia bantah! Guna apa yang ada. Cukup yang boleh ke sana sini saja.
Oh rupanya dia dah “tua” dulu. Baru aku faham. Selama nya ni aku cakap dia kedekut saja. Adehh! Ampunn suamiku!
Nah kalau korang nak “merasa” berada di tempat mereka, korang boleh la beli rumah ini. Ada 11 bilik semua nya. Nak parking 10 kereta depan rumah pon boleh.
Founder & jutawan bolehla beli. Semoga kita sentiasa bersederhana dalam setiap perkara.
Ni bukan kata beli rumah besar salah okey. Terpulang korang. Mampu apa salah nya. Ha gituu.
FOTO SEKITAR RUMAH MEWAH YANG AKAN DIJUAL
Semput sis nak tawaf satu rumah haha! Penattt. Luas sgtt. Gambar pon tak mampu nak ambil semua sudut . Alhamdulillah. Teruje tengok bangsa kita yang dah berjaya. Macam sis pon berjaya jugak tau. Berjaya masuk ke sini. Jadi la kan? . Ambil aura orang kata.
WOW, SIAP ADA AIR PANCUTAN LAGI!
Coway bukan sebarang coway. Servis lagi mahal dari penapis air rumah kita weh! Seminggu 2x org dtg cuci kolam. kos sbulan dah 400++ fuh!
RUANG DAPUR YANG BESAR
Dapur basah . Rewangg meriahh ni
RUANG SANTAI
BILIK TIDUR YANG LUAS
Satu bilik dia boleh buat dua bilik kita adeh!
BILIK MUZIK UNTUK HIBURAN
Ruang atas pon ada simple pantry. (Coway ombak tu.)
Moga kisah ini menjadi pengajaran untuk kita. Biar hidup sederhana tetapi rasa tenang. Yang kaya pula duganaannya lain pula. Moga kita muhasabah diri.
Hasrat seorang remaja lelaki yang ingin mati syahid tercapai apabila ditemui mati lepas semasa menyelamatkan dua sepupunya yang mandi di tali air di Kampung Kubang Sawa, Pengkalan Kubor, Kelantan, semalam.
Memetik laporan Kosmo! Online, remaja berusia 13 tahun dikenali Muhammad Aidil Zaquan Abdullah pernah menyatakan hasrat tersebut kira-kira dua minggu lalu, namun ibu mangsa, Noridawati Ismail, 33, tidak mengesyaki apa-apa.
Ini kerana Noridawati beranggapan anak sulungnya daripada tiga beradik itu sekadar bergurau ketika dia berkongsi berita di Facebook mengenai kejadian lemas kepada mangsa.
“Saya memaklumkan bahawa mangsa yang lemas itu beruntung apabila dapat mati syahid kerana membantu orang lemas. Muhammad Aidil Zaquan kemudiannya menyampuk dengan mengatakan dia juga mahu syahid dengan cara sama.
“Saya pada awalnya beranggapan luahan itu hanya gurauan antara kami berdua. Selepas dua minggu, arwah pula yang meninggal dunia akibat lemas semasa menyelamatkan sepupunya. Hasratnya tercapai sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya kepada pemberita.
Mengulas lanjut, Noridawati memberitahu, dia hanya mengetahui mengenai kejadian menimpa anaknya kira-kira pada jam 6.30 petang ketika berada di tempat kerja dekat sebuah kedai aksesori telefon di Kampung Chabang Empat.
Noridawati berkata, dia tidak dapat pulang awal semalam kerana hujan lebat yang berlaku di tempat kerjanya. Namun, terpaksa bergegas pulang selepas dihubungi adik mengenai kejadian tersebut.
“Ketika itu, adik menghubungi saya memaklumkan mengenai kejadian itu. Saya terus bergegas pulang dengan menunggang motosikal meredah hujan lebat.
“Semasa tiba tiba di tali berdekatan rumah itu, saya lihat arwah sudah tidak bernyawa dan mayatnya sudah diangkat ke tebing,” ujarnya.
Sebelum kejadian, Muhammad Aidil dikatakan berada di padang bola tidak jauh dari tali air dan ternampak beberapa remaja sedang mandi yang mana dua daripadanya dipercayai sedang lemas.
Difahamkan, mangsa segera terjun ke dalam tali air untuk memberi bantuan dan dua sepupunya itu berjaya berpegang pada sebuah perahu usang, manakala mangsa pula lemas.
Datuk mangsa, Ismail Mamat, 67, berkata sebaik mengetahui kejadian, dia yang berada di rumah segera ke tali air lalu terus terjun untuk mencari mangsa.
“Tiga kali saya menyelam sehingga semput, namun cucu masih tidak dijumpai sehinggalah kali keempat (selaman) akhirnya dapat mencapai sebelah kakinya dalam kedalaman kira-kira 4.5 meter.
“Ketika dinaikkan ke tebing, cucu sudah tidak bernyawa dan tubuhnya juga kebiru-biruan,” katanya.
Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang, di sini, kira-kira 10 pagi tadi.
Fasha Sandha berkongsi keputusan peperiksaan anaknya, Jemyma, yang memperoleh 10A. Luahan jujurnya sebagai ibu bekerjaya meraih pujian ramai kerana menghargai usaha anak melebihi gred.