Bila sebut berhenti kerja ramai yang tidak berani untuk melakukannya. Maklumlah jika selama ini setiap bulan pasti akan mendapat gaji.

Apabila berada di dalam zon selesa ini ramai tidak berani melepaskan jawatan. Namun jika ada yang bercadang untuk berhenti, kena ada perancangan.

Bukan main terjah berhenti sahaja. Pastikan membuat persediaaan sebelum mengambil keputusan begitu.

Bagi yang bercadang berhenti kerja, boleh ikuta cara wanita ini. Caranya sungguh inspirasi untuk mengelak kita jadi tak tenang bila berhenti kerja.

Jom ikuti perkongsian wanita ini. Caranya bagaimana membuat persediaan sebelum berhenti kerja.

 

SANGGUP BERHENTI KERJA KERAJAAN/ GOMEN

Sanggup Berhenti Kerja ‘Gomen’, Wanita Ini Nekad, Dah Buat Perancangan 6 tahun.

IKLAN

Berhenti keje gomen sebab nak makan pagi dgn husband. Ni salah satu idaman kak yu la, bila tak terikat dgn kerajaan,boleh la makan pagi dgn husband..

Masa pkp kak yu memberontak sangat nak keluar cuma nak makan pagi je. Pasal resign kerja kerajaan ni ,ramai sungguh bertanya nak resign..

Sabar. bila kita berhenti,hari pertama kita celik mata kita kena sedar bahawa takde gaji bulan tu.

KENA SIAP SEDIA

IKLAN

Jadi sebelum berhenti kena ada,

  1. Mesti ada saving kos sara hidup bulanan kita selama 6 tahun.

Macam kak yu, walau masa tu sale bulanan dah ratus ribu masuk tapi tetap takde Lv,gucci semua tu.pakai Myvi je yg low spec. 

Masa tu bulanan kos life style kami suami isteri dlm 2k++ je😆. Abe Faez pakai saga lama abah dia, kakyu pakai myvi dlm 500 lebih sebulan..duduk pulak kuarters kerajaan..

  1. Planning gaji sendiri. Ada kwsp,socso. walau bisnes sendiri,kena proper.bisnes ada ssm,bayar gaji kat diri sendiri,carum kwsp socso,bayar cukai bila dah wajib kena bayar. zakat jgn dilupa!

3.Ada income yg boleh bagi kat mak ayah tiap bulan,tak kisah la rm50 ke 100 ke.janji lepas berhenti mesti mampu bagi duit belanja kat diorang berterusan..

4. Usaha ada kereta kecil yang bebas hutang,rumah yg takde hutang..biasanya hutang wujud sebab lifestyle kita,kena sedar diri..

IKLAN

Sumber: Yuyu Musa

 

Sanggup Berhenti Kerja ‘Gomen’, Wanita Ini Nekad, Dah Buat Perancangan 6 tahun.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Sanggup Berhenti Kerja ‘Gomen’, Wanita Ini Nekad, Dah Buat Perancangan 6 tahun.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI