Setiap kanak-kanak pasti mengharapkan sesuatu yang hebat dan meriah untuk sambutan hari lahir mereka. Tidak hanya mengharapkan hadiah, tiupan kek hari jadi sebagai simbolik juga adalah penting bagi mereka sebagai acara penting sambutan.
Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga berasa lebih dihargai jika ibu bapa mereka sudi meluangkan sedikit masa dan tenaga pada hari istimewa mereka. Kehadiran sahabat handai untuk acara tersebut juga akan membuatkan mereka lebih terharu.
Baru-baru ini, tular sebuah seorang budak lelaki menitiskan air mata apabila sambutan hari jadi kanak-kanak lain berubah menjadi sambutan hari jadinya!
Menerusi video yang dimuat naik oleh Faiezah Amran di TikTok, Farish Rizzqi dan kanak-kanak yang lain pada mulanya menyanyikan lagu hari jadi kepada sepupunya, Zara Alana.
Tak lama kemudian, lagu yang sama dinyanyikan semula namun menggunakan nama kanak-kanak berusia 8 tahun ini.
Yang membuatkan Farish sebak dan terkejut, bapanya datang dari belakang dengan membawa kek.
Farish hanya mampu terdiam dan kaku memandang ke arah bapanya sebelum mengalirkan air mata terharu.
Bagaimanapun Farish sempat tersenyum tanda bahagia hari lahirnya diingati dan disambut oleh keluarganya.
Mungkin juga kanak-kanak itu beranggapan ibu bapanya lupa hari jadinya, tetapi mereka berjaya kejutkan Farish sambil berpakat dengan yang lain.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak selepas melihat reaksi Farish selain tumpang bahagia melihat kanak-kanak sepertinya disambut begitu.
Umumnya setiap kali mengandung bukan saja seorang ibu merasa tidak sabar mengira detik untuk dapat bertemu anak yang dikandung lahir ke dunia. Sama sahaja perasaannya bagi seorang ayah, mahu melihat zuriatnya di depan mata dan menjadikan waktu itu cukup bermakna dalam hidup.
Namun hidup ini penuh dengan perkara yang di luar jangkaan dan begitulah yang dilalui oleh seorang suami ini bila mana isterinya yang sebelum ini tidak pernah menghidap penyakit atau alahan semasa mengandung anak ketiga, tiba-tiba ‘pergi’ begitu sahaja akibat Covid-19.
“Saya minta orang ramai jagalah prosedur operasi standard (SOP) kerana saya sudah kehilangan isteri dan anak kerana Covid-19.
“Kasihanilah anak, isteri dan suami masing-masing serta duduklah di rumah kerana boleh alami nasib sama seperti saya,” kata Mohd Fadli Abd Wahab, 35.
Menurutnya, isterinya, Umaisarah Azmi, 25, yang hamil tujuh bulan disahkan meninggal dunia semalam pada 1.25 tengah hari selepas dijangkiti Covid-19, malah anak dalam kandungannya juga gagal diselamatkan.
Tiada Hidap Penyakit Atau Alahan
Katanya, isterinya yang tidak bekerja menghembuskan nafas terakhir ketika dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, selepas mengadu sesak nafas dan sakit kepala yang teruk.
“Isteri saya tidak pernah menghidap penyakit atau mengalami alahan sejak mengandung anak ketiga mereka.
“Bagaimanapun, dia mengejutkan saya kira-kira 4 pagi semalam selepas mengadu tidak boleh bernafas, kaki dan tangannya menjadi lemah.
“Saya terus membawanya ke HSAH kerana bimbang melihat keadaannya yang semakin lemah sebelum dia dimasukkan ke Zon Merah HSAH.
“Tidak lama kemudian doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat Covid-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Terkilan Tiada Di Sisi
Mohd Fadli yang menetap di Kampung Pokok Asam di sini, tidak menyangka perubahan sikap isterinya yang tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayi mereka adalah petanda dia akan pergi buat selamanya.
Katanya, ketika mengandungkan anak sulung mereka, Muhamad Adam, 3, persiapan yang dilakukannya hanya biasa-biasa tetapi kali ini dibelikan barang yang mahal.
“Saya sentiasa menemani isteri di rumah kerana tidak dapat bekerja disebabkan tempat kerja ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Saya agak terkilan kerana tak sempat bersama di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir dan hanya melihat tubuhnya kaku ketika doktor panggil untuk tujuan pengesahan,” katanya.
Mohd Fadli yang bekerja di sebuah pusat menjual kereta di Padang Temusu di sini, reda dengan pemergian isterinya itu dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Asam pada 4 petang hari ini.
Menurutnya, dia bersama dua anaknya dan ibu mentua juga menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini dan diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kuarantin hingga 26 Julai ini.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi mengesahkan berlaku kematian seorang ibu hamil di HSAH kerana Covid-19 dan keluarga mangsa juga diarahkan untuk dikuarantinkan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam usia yang baru memasuki 8 tahun, adik Muhammad ammar fitri bin mohd zaki sudah diduga dengan masalah saraf tunjang dan paru-paru kronik.
Menerusi perkongsian oleh Natipah Abu, adik Muhammad Ammar memerlukan katil auto dan tilam khas kira-kira RM3600.
Ayahnya, Mohd Zaki Bin Bakar (46 Tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap. Hanya menjual menjual jeli kelapa yang dibuat sendiri oleh isterinya, Idawati Binti Ahmad, 36 tahun. Selain jeli kelapa, Ida juga membuat kuih siput dan mengambil tempahan memasak untuk jamuan kecil-kecilan.
Kisah anak syurga ini dirujuk oleh JKM yang memaklumkan beliau putus bekalan susu khas kerana wang bantuan JKM untuknya sedang di dalam proses semula setelah dia dan keluarganya berpindah dari Pulau Pinang ke Kedah. Pertama kali melewat dia … hati menyangka dia tentulah anak yang terlantar dan tidak boleh berkomunikasi seperti yang lazim disantuni. Sebaik menatap wajahnya .. ternyata dia seorang anak yang sangat pintar dan petah berbicara. Sedih sekali kerana dia juga punya naluri seperti rakan sebaya yang lain. Dia ingin sekali ke sekolah seperti rakan sebaya. Biarpun cuma dalam keadaan berbaring … di dinding tepi katilnya ditampal dengan berbagai poster untuk dia mengenali huruf dan abjad. Hanya itu saja yang mampu dilakukan ibunya bagi memujuk hati sedih anak yang selalu saja sesak nafas dan memerlukan mesin bantuan pernafasan. Mungkin kerana sudah terlalu kerap keluar masuk hospital .. anak syurga ini memberitahu dia ingin menjadi seorang doktor. Begitulah normalnya jiwa anak kecil ini walaupun pembentukan tulang belakangnya bengkok dan lain-lain anggota tubuh yang tidak seperti insan normal. Sama seperti rakan sebaya .. dia ingin sekali keluar melihat dunia luar . Bermain dengan rakan sebaya . Tetapi apa daya … rumah inilah saja dunianya.
Ayahnya Mohd Zaki Bin Bakar (46 Tahun ) dan ibu, Idawati Binti Ahmad ( 36 tahun ) tidak bepekerjaan tetap. Pasangan ini memang berjuang untuk membesarkan anak-anak seramai empat orang. Setiap awal pagi .. ibu akan memasak jeli kelapa untuk dijaja di pekan hari atau dihantar kepada yang menempah. Satu cawan jeli kelapa .. hanya RM1. Itupun ada kalau ada yang meminta tawar – menawar … ayahnya akan menjual dengan harga 90 sen saja walhal modal menyediakannya sangat tinggi. Apadaya .. dari tidak laku , biarlah walau untung 10 sen pun. Selain menjual jeli kelapa .. Puan Ida juga membuat kuih siput dan mengambil tempahan memasak untuk jamuan kecil-kecilan. Apa pun .. keadaan Puan Ida sendiri juga membimbangkan kerana beliau mengidap hytperthyroidsm di dalam darah dan menjalani rawatan bulanan di hospital. Beliau selalu saja diserang keletihan yang amat sangat hinggakan tidak berdaya untuk bangun pun. Atas sebab itulah .. En Zaki tidak bekerja makan gaji. Kerja makan gaji sentiasa terikat sedangkan ada harinya beliau terpaksa menjaga anak dan isteri di rumah. Bila Puan Ida sakit … Encik Zaki akan mengambil alih semua urusan rumah tangga. Mujurlah … pasangan ini mendapat bantuan JKM dan LZNK untuk menampung kos lampin dan susu khas Ammar yang sangat mahal. Kos rumah pula .. adik-beradik berpakat membuat kutipan bulanan . Sebelum ini .. bekalan letrik ke rumah mereka nyaris dipotong setelah tertunggak lebih RM600. Walhal .. bekalan letrik itulah sumber nyawa Ammar .. mesin oksigen. Ammar sangat memerlukan katil khas kerana apabila ibunya memasak untuk jualan … dia disendal dengan bantal. Ammar agak agresif .. kalaulah lalai sedikitpun … dia boleh tergolek jatuh dari katil.
Jumaat ini .. sekali lagi acc di atas telah dikosongkan dan diniatkan segala transaksi adalah untuk Muhammad Ammar Fitri Bin Mohd Zaki. Sekiranya ada lebihan kos katil, baki akan diserahkan kepada waris untuk tujuan keperluan anak ini. Kepada semua yang menyumbang untuk Ammar hari ini .. Jazakumullahu khairan katsira. Semoga segala amal jariah ini menjadi saksi kita di akhirat kelak . Wassalam …
Bagi yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun maybank Natipah Abu 552107617521.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak sampai dua minggu lagi anak-anak akan memulakan persekolahan. Agaknya keperluan semua dah hampir siap. Bagi ibu-ibu yang ramai anak, pasti menghadapi masalah untuk menulis nama anak di buku. Lenguh jari kan.
Jom ikut perkongsian dari Mohd Iyyad yang membuat sendiri pelekat. Menariknya, dia hanya bermodalkan RM2.16 sahaja. Wah cukup jimat kan, tenaga pun tak banyak guna ni.
Jom kita tengok caranya
Print sticker buku sekolah anak – Modal RM2.16 shj
Musim persekolahan bakal kembali, so saya nak kongsi cara print sticker utk buku sekolah anak.
Berikut adalah cara yang dilakukan oleh beliau.
Step 1 – Beli Self-Adhesive Labels brand Unicorn (harga di Aeon Jusco RM2.16). Pastikan beli size 19mm x 50mm (kod: 1012). Nak beli size lain boleh tapi kena edit size sendiri.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.