Sabar, usaha, doa. Demikian bait-bait nasihat oleh Adam Corrie buat pasangan di luar sana yang masih menantikan kehadiran si kecil dalam rumah tangga mereka.
Pasangan Adam Corrie Lee dan Fazema Mohd Fuad tidak pernah berputus asa biarpun terpaksa menanti 10 tahun sebelum dikurniakan zuriat, Adam Fateh Lee, 9 bulan.
Menceritakan pengalaman dan pandangannya yang menanti lama sebelum dikurniakan zuriat, perkongsian Adam Corrie nyata mendapat perhatian ramai. Tak kurang yang tersentuh dengan kisahnya dan isteri sewaktu mereka belum dikurniakan cahaya mata.
“Fateh adalah satu anugerah oleh Allah buat saya dan bidadari untuk dididik sebaik mungkin, saya sahut cabaran ini dengan penuh gembira. Hanya Allah sahaja yang tahu bila kami bersedia untuk dapat zuriat. Saya bertuah hanya tunggu 10 tahun, tetapi ada pasangan lain yang menanti lebih lama dari saya.
“Pernah dalam satu program ada seorang asnaf yang kahwin muda awal 20an dan kini dah berusia 37 tahun, tetapi belum dimiliki zuriat. Jadi saya dan isteri rasa bertuah kerana Allah masih sayangkan dan beri peluang untuk sambut amanah Allah ini,” ujar Corrie sambil mengakui selalu kongsi pengalaman dengan pasangan yang bertanyakan info dan nasihat daripadanya.
Duit bukan pengukur bahagia
Mengulas mengenai tanggapan sesetengah pihak yang meletakkan kesalahan kepada kaum isteri apabila tidak dikurniakan zuriat, jelas Corrie dalam hal ini tiada siapa yang salah.
Ads
Kita tak boleh salahkan sesiapa kerana zuriat adalah anugerah Allah. Bila kita sudah bersedia, boleh pikul tanggung jawab maka Allah akan bagi. Bukan sebab kita ada duit, kaya senang dan fikir kita pasti akan besarkan anak. ‘NO’ kerana ada duit tak semestinya bahagia. Takut takut kita memudaratkan anak dan sebaliknya.
“Bagi saya, doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah banyak-banyak dan jangan fikir esok lusa akan dapat atau tanya Allah bila akan dapat, bila kita berdoa, berserah kepadaNya. Dan banyakkan bersedakah di masjid,” ungkap Corrie lagi.
Betulkan niat berkahwin
Tambah Corrie lagi, betulkan niat berkahwin kerana Allah. Bukan kerana makhluk dan nafsu. Jadikan perkahwinan jambatan ke syurga. Redha Allah yang kita minta.
Ads
Dalam pada itu, Corrie turut menegaskan, kebahagiaan rumah tangga bukan terletak pada adanya zuriat. Tanpa zuriat, suami isteri tetap boleh bahagia.
“Jagalah isteri dan anak sebagai anugerah dan amanah yang Allah berikan pada kita sebagai seorang khalifah keluarga. Dugaan rumah tangga memang banyak. Tempuhilah dengan berlapang dada. Ada ketikanya dulu, kami diuji dengan tiada zuriat. Namun alhamdulillah kami mampu melaluinya.
“Kerana itu Allah beri masa dan ruang kepada saya dan bidadari selama 10 tahun untuk kami ‘honeymoon’. Kini dah sampai masa dan alhamdulillah hadirnya Fateh. Pernah seorang suruh saya cari sorang lagi dan kahwin lain kerana lelaki boleh kahwin sampai 4.
“Tetapi saya tanya dia semula, kalau kahwin 4 sekali pun bolehkah saya bahagiakan mereka dan sebaliknya. Sedangkan satu pun saya sudah rasa bahagia, kenapa nak kena cari lain. Benda ini tak boleh salahkan lelaki mahupun perempuan. Kena ikhtiar dan buat pemeriksaan untuk lihat apa yang tak kena,” ujar Corrie lagi.
Ads
Pegang watak utama selepas 20 tahun
Bercerita mengenai pembabitannya dalam dunia senia, jelas Corrie pertama kali dalam 20 tahun bergelar pelakon, inilah kali pertama dia memegang watak utama bagi filem Kafir.
“Awalnya saya ingat penerbit bergurau pilih saya sebagai watak utama, namun rupa-rupanya betul. Skrip untuk cerita ini berkisar kisah benar daripada pengarah itu sendiri dan mencabar kerana banyak main jiwa serta perasaan. Kalau nak diikutkan, watak yang diberikan ini lebih kurang sama cuma bezanya dulu saya hanya pembantu jadi bila memegang watak utama, perasaa itu lain.
“Ditambah pula saya agak tertekan apa yang saya berikan tidak sebaik yang diingini oleh tuan badan (skrip) tersebut. Alhamdulillah pengarah banyak tolong selain orang sekeliling turut membantu. Malah, Adlin Aman Ramli, dia sendiri banyak bantu dan sokong,”ulas Corrie yang menganggap ini rezeki anaknya juga kerana dapat memegang watak utama.
Kesibukan dengan penggambaran di luar, akui Corrie masa yang ada dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan anak dan isteri sentiasa bersamanya.
“Sebelum ini, saya shooting di Janda Baik dan minta bilik family kerana akan bawa anak dan isteri bersama. Tetapi hanya waktu makan tengah hari dan rehat sahaja saya membawa Fateh ke lokasi. Tetapi kalau lokasi terlalu jauh dan tak sesuai bawa family, maka saya takkan bawa mereka.
Sumber: majalah Keluarga edisi Julai-Ogos 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan produk kecantikan yang ada di pasaran memang banyak dan ditawarkan dengan pelbagai harga. Pun begitu jika anda suka menggunakan bahan-bahan yang lebih alami dan tanpa modal yang tinggi bolehlah amalkan petua yang dikongsikan oleh Noor Lela Abdul Samad ini.
Tulisnya di group Khasiat dan Petua Dulu & Sekarang, “Semua orang nak cantik. Bukan orang perempuan saja kan. Tapi bila perlu berbelanja besar nak beli produk kecantikan, tak semua orang sanggup. Jadi, hari ini Cik No nak kongsi petua-petua lama yang boleh kita amalkan untuk cerah dan cantikkan kulit kita.
“Petua best ni, hanya guna bahan kat dapur jer. Bahan mudah dapat, murah pun ya. Paling penting sekali dah tentulah selamat dan semulajadi.
“Okey, jom tengok bahan apa yang Cik No nak kongsi,” jelasnya.
1. Timun
Caranya :
– ambil 3 inci timun, lenyek hingga hancur.
– Sejukkan di dalam peti ais selama 5 minit
– kemudian tampalkan ke muka.
– Biarkan selama 30 minit sebelum dicuci hingga bersih.
2. Kunyit, yogurt, & madu
Caranya:
– Sagat 1/2 inci kunyit
– Kemudian campurkan dengan 1 sudu kecil madu dan 1 sudu kecil yogurt
– Kacau sebati dan dijadikan masker.
– Sapukan di muka, dan biarkan selama 30 minit
– Kemudian boleh lah dicuci bersih
3. Tomato
Bila beli tomato untuk masak tu, beli lah lebih sikit. Tomato tu boleh dijadikan masker untuk putihkan kulit muka. Ada 3 cara gunakan tomato ni
i) Belah 2 tomato. Ambil sebelah tu, kemudian sapu ke seluruh kulit muka dan biarkan. Selepas 30 minit barulah dibasuh.
ii) Kisar tomato hingga halus, jadikan masker. Tampalkan dimuka selama 30 minit. Kemudian cuci bersih.
iii) Kisar tomato hingga halus, masukkan ke dalam tray ais dan bekukan menjadi kiub ais. Tiap kali lepas mandi, ambil satu kiub dan sapukan ke seluruh wajah.
Tips ni bukan saja akan putihkan kulit malah boleh jugak bantu tutup kan pori-pori yang terbuka.
4. Susu segar dan susu tepung
Caranya:
– Campurkan 1 sdb susu tepung dengan sedikit susu segar
(bancuh dan dijadikan sebagai masker)
– Gaul sebati, simpan dalam peti sejuk selama 5 minit
– Sapu dimuka dan biarkan selama 30 minit
– kemudian cuci bersih
5. Betik
Buah betik bukan aja sedap dimakan, malah ia juga berkhasiat untuk putihkan kulit muka, terutama bagi mereka yang selalu berjemur bawah cahaya matahari.
Caranya:
– Ambil 3 inci betik dan dilenyek
– Jadikan sebagai masker dan pakai di muka selama 30 minit
– Selepas itu cuci muka hingga bersih
Ekstra info : Semua petua ni kena amalkan secara konsisten. Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Barulah nampak hasilnya.
Haaaa itulah dia, petua cantikkan kulit cara semulajadi. Kalau suka bolehlah kita sama-sama kongsi. Insyallah lagi ramai yang dapat manafaat.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Dapur adalah ruang ‘berkarya’ buat kaum ibu. Di situlah dicurahkan segala kasih sayang dalam menyediakan hidangan buat keluarga. Pasti di sini juga menyimpan segala khazanah yang digemari oleh kaum ibu terutama sekali tuppaware. Ini antara koleksi yang wajib ada dan digemari oleh orang perempuan.
Bagi yang suka membeli pasti ada masalah untuk menyimpan. Perlukan ruang untuk menempatkan rak bagi meletakkan koleksi tuppaware yang cantik dan mudah untuk dicapai bila nak digunakan.
Izat Akmal kongsikan cara buat rak menyimpan tuppaware dengan kombinasi besi dan kayu. Nampak menarik, kemas dan cantik.
Assalam, siap rak tupperware wife.. Tk pandai tp berani cuba.. Ni projek ke 3 wife suh buat utk rumah sendiri..
Bahan-bahan
Besi hollow Papan heveaboard Tinggi 8×8 Cat mahogany
Jaring besi (diamond mesh) harga RM90, sekeping 4x8kaki.
Papan heveaboard boleh cari di kedai jual kayu-kayu perabot. Dalam shoppee/lazada pun ada search heveaboard.Weld jenis ACO mig 3in1. Pakai gas boleh, pakai rod pun boleh, tapi saya pakai yang gasless, tak pedih langsung mata.
Saya memang zero. Saya tengok youtube, join fb group-group welding, tanya-tanya orang. Mesin ni pun beli bulan 3 awal pkp dulu. Tapi kena yakin dan berani cuba.
Sangat2 suke dgn kombinasi besi dan kayu.. Alhamdulillah,siap jgk walaupun seminggu lbh
Ukuran kaki, partition dalam tu saya main agak-agak je. Lebar dari depan ke belakang 1 kaki papan dia, so 1 kaki lebih sikit la campur frame.
Elehhh tipulah kalau org pompuan tk suke ada rak khas utk tupperware dia.. risau plak tupperware dia beranak pinak nnti.. kang kena tambah lg rak..huhu
Habis dalam RM800 lebih, modal besi dan kayu cat barang-barang pun tak habis guna sebab tak boleh beli sikit-sikit hehe,simpan je untuk next projek.
#tukangdihatiisteri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Che Ta bukan mak mentua cerewet - "Nanti menantu takut nak balik rumah kita." Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.