Lazimnya di rumah kita tentu ada pelbagai jenis ubat-ubatan sama ada berbentuk pil, cecair, krim mahupun jenis minyak untuk sapuan luar badan yang boleh digunakan untuk merawat sakit pening atau meredakan selesama dan sebagainya.

Ramai menyedari ada keperluan ubat-ubatan tersebut disimpan di rumah, pun begitu perlu lebih berhati-hati jika ingin digunakan kepada anak-anak. Ada bahayanya yang perlu diketahui oleh kita semua sebagai ibu ayah.

Ini sebagaimana perkongsian pengalaman dan kisah benar daripada seorang doktor bilamana berdepan dengan situasi  seorang pesakit yang datang ke hospital dengan keadaan anaknya yang terkena sawan berpanjangan dan akhirnya meninggal dunia kesan daripada ubat yang mengandungi camphor atau juga dipanggil kapur barus.

Sama ada sedar atau tidak, banyak produk di pasaran mengandungi kapur barus dan amat bahaya untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Untuk itu, ini kisah yang dikongsikan oleh Dr. Redza Zainol dan bersamalah kita jadikan pengajaran.

“Doktor, budak 2 tahun ni dah satu jam sawan tak berhenti-henti.”
Ibu bapanya baru berpindah rumah. Ruang tamu mereka penuh dengan kotak dan barangan yang perlu disusun.Sambil ibu bapanya sibuk mengemas, anak ni jumpa ubat minyak cap kapak di dalam kotak.

Tak lama lepas tu, dia mula muntah-muntah dan tak sedarkan diri. Tak ada siapa pun nampak dia minum minyak cap kapak tu tapi bau minyak tu sangat kuat dari mulut dia.
Di wad, bermacam ubatan diberi untuk hentikan sawan. Tapi dia berterusan sawan hingga 5 jam dan akhirnya meninggal dunia.

“Puan, kami dah cuba semua jenis rawatan. Maafkan saya, anak puan dah tak ada lagi.”

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata dari doktor pakar saya pada si ibu. Dia meraung sekuat-kuatnya. Digoncang-goncang badan anaknya. Tak bergerak, tak bernafas dan kulitnya mulai biru sejuk.

Ayahnya tersandar di dinding. Masih tak percaya dengan apa yang berlaku. Kelu tak berkata apa-apa. Kisah benar ni tak akan saya lupakan.

Ubat minyak cap kapak mengandungi Camphor yang dilarang untuk diguna pada kanak-kanak bawah 2 tahun. Camphor atau kapur barus ialah bahan yang banyak diguna dalam produk sapuan di dalam pasaran untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.

Menurut kajian penyelidik dari Kolej Perubatan Albert Einstein Universiti Yeshiva, kanak-kanak sangat terdedah pada kesan toksik Camphor sebab ia mudah terserap melalui kulit dan membran mukus (mata, bibir, bahagian dalam hidung).

Produk yang mengandungi camphor atau kapur barus ni jika diguna pada kanak-kanak bawah 2 tahun boleh menyebabkan sawan dan kematian. Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang telah diletakkan.

Mak ayah hati-hati ya. Jangan letak pada hidung, mata atau kulit yang luka. Ia akan terserap di dalam darah dan boleh capai tahap toksik di dalam badan. Apa pun produk yang kalian nak guna pada anak, biasakan diri untuk baca label. Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca dan ambil tahu.

Jadilah mak ayah yang bijak.

IKLAN

Turut disenaraikan beberapa produk yang mengandungi camphor/ kapur barus untuk info bersama.

“Sawan Hingga 5 Jam & Akhirnya Meninggal Dunia.”- Dr Ni Kongsi Produk Yang Bahaya Pada Anak. Sila Take Note!

Sumber : Redza Zainol 

ARTIKEL MENARIK:Jagung Manis Leleh, Paling Mudah Nak Buat & Paling Anak-anak Suka! 

IKLAN

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

“Sawan Hingga 5 Jam & Akhirnya Meninggal Dunia.”- Dr Ni Kongsi Produk Yang Bahaya Pada Anak. Sila Take Note!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Sawan Hingga 5 Jam & Akhirnya Meninggal Dunia.”- Dr Ni Kongsi Produk Yang Bahaya Pada Anak. Sila Take Note!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI