Pelakon Diana Danielle mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi sebarang perkara perihal membabitkan rumah tangganya di media sosial.
Menurut laporan Utusan Online, Diana berkata, itu adalah cara bagi menghormati dan menjaga air muka suaminya yang juga seorang aktor serta pengarah, Farid Kamil.
“Saya hormat suami, jadi saya tidak akan ‘pecahkan’ apa-apa di media sosial. Semakin lama, semakin saya hormat dia. Bukan dulu tak hormat suami, mungkin ketika itu muda dan kurang matang.
“Sekarang, saya segan nak kongsi cerita hal ‘dalam kain’ di media sosial. Kematangan ajar kita untuk tengok situasi dan cari jalan keluar,” kata pelakon berusia 32 tahun itu.
Ads
Bercerita lanjut, Diana turut mengakui persefahaman dan toleransi antara hubungan suami isteri penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia serta keluarga harmoni.
“Sesuatu hubungan itu perlukan masa untuk menjadi matang. Ketika awal perkahwinan, saya akui, susah percaya suami.
Ads
“Tetapi, semakin lama, Farid membuktikan kesetiaannya. Itu membuatkan saya sekarang lebih relaks dan tenang,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu berkahwin dengan Farid pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 7.
Jika ada banyak nyamuk di bilik anda, bolehlah cuba tip ini . Cepat, mudah dan murah. Tak perlu guna penyembur atau pun lemas dalam asap ubat nyamuk dan anda akan nampak kesannya.
Tip ini telah dikongsi dalam satu forum di laman sosial caranya hanya menggunakan air dan juga cecair pencuci pinggan.
Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.
1. Letak sedikit air dalam pinggan putih dan tuang beberapa titisan cecair pencuci pinggan (Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat).
2. Kemudian, letakkan pinggan berisi cecair ini di luar rumah untuk elak nyamuk masuk. Nyamuk akan berkerumun di situ dan akan mati selepas terkena cecair ini dalam lingkungan tiga meter dari pinggan itu. Letakkan juga di dalam rumah di bahagian dapur atau ruang tamu untuk tujuan yang sama.
3. Berkesan dan jimat kerana hanya menggunakan bahan yang sedia ada dalam rumah. Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu mengawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekitar rumah anda terutamanya tempat-tempat yang ada wabak denggi.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular video seorang pelajar pengsan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Encore Klebang pagi semalam (30 sept 2021). Ekoran penyebaran video itu menimbulkan kebimbangan dikalangan ibu bapa.
Pelbagai reaksi daripada netizen khabar mengejut itu. Bagaimana keadaan kembali reda setelah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Rusdi Abd Rahmad memberi penjelasan mengenai hal berkenaan.
Menurut beliau hasil siasatan mendapati selepas kejadian, mendapati murid lelaki berusia 12 tahun itu juga tidak berselera makan dan hadir secara ‘walk in’ bersama keluarganya ke PPV terbabit.
Murid sekolah rendah disahkan tidur lewat iaitu pada jam 2 pagi dan hanya makan sesudu nasi lemak.
Katanya, ketika proses vaksinasi murid itu agak gementar tetapi tiada sebarang kesan sampingan yang dilihat sejurus selepas vaksinasi atau sepanjang tempoh pemerhatian.
“Murid ini juga tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, malah tidak pernah dimasukkan ke hospital atau mempunyai sejarah alahan sebelum ini.
“Selepas dibawa masuk semula ke PPV dan pegawai perubatan melakukan pemeriksaan mendapati, keadaan murid ini stabil dengan tekanan darah, nadi dan paras oksigen dalam darahnya adalah normal.”
Pastikan anak mendapat rehat yang cukup sebelum ke PPV
Selepas pemerhatian tempoh 30 minit oleh petugas perubatan, murid berkenaan menunjukkan keadaan stabil, sebelum dia dibenarkan pulang.
Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa panggilan telefon susulan kepada keluarga juga dibuat dan mendapati murid itu sihat. Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan memantau tahap kesihatan murid berkenaan dari semasa ke semasa.
Beliau juga menasihati supaya ibu bapa dan penjaga yang akan membawa anak untuk vaksinasi dinasihatkan supaya memastikan anak mereka mendapat rehat yang secukupnya dan makan sebelum hadir ke PPV.
Guideline sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin
Dalam pada itu, ibu bapa boleh ikuti panduan ini sebagai persiapan sebelum membawa anak ke PPV.
Dah menjadi kebiasaan buat pasangan pelakon dan selebriti, Rozita Che Wan dan pasangannya Zain Saidin untuk menjalankan ‘photoshoot’ ala-ala pengantin baru setiap kali menyambut ulang tahun perkahwinan mereka iaitu pada 11 Disember.
Untuk tahun yang ke-9 ini, Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta memilih menggayakan baju pengantin berwarna putih yang nilainya mencecah RM80,000.
“9 tahun kahwin, 9 kali dah sarung baju kahwin. Alhamdulillah, tahun ini rezeki dapat sarung baju kahwin harga RM80,000.” tulisnya dalam sebuah perkongsian di laman Instagram miliknya.
Menurut Che Ta, selama 12 tahun bergelar ibu tunggal tidak pernah sekali pun dia putus asa dengan perkahwinan.
Aktres berumur 49 tahun ini bersyukur kerana dikurniakan Zain sebagai suami dan ayah kepada anak-anak. Katanya, Zain tidak pernah menyuruh dirinya kemas rumah, paksa memasak serta memberi kebebasan untuk dia melakukan perkara yang diingini.
“12 tahun jadi ibu tunggal, tak pernah give up dengan perkahwinan. Kadang Allah hantar ‘peneman’ untuk uji kesabaran kita. Kalau sabar kekal lah bahtera yang kita bina, kalau tak sabar, itu yang porak peranda.
“Alhamdulillah 9 tahun ini Allah hantar yang baik-baik saja. Tak pernah suruh kami kemas rumah ka, tak pernah paksa masak, jauh sekali nak kawal pergerakan kami.” tambahnya.
Meskipun mendapat ‘tiket’, Zain, 38, sangat menitikberatkan soal agama terutama solat lima waktu dengan pemilik nama Rozita Abu Bakar.
“Tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, sayang dah solat? Tak sangka mat saleh celup yang kami kahwin ini sangat particular tentang agama.
“Ingat lepas kahwin, nak pakai skirt atas paha ja. Kita pula feeling macam kahwin dengan mat saleh, tapi terus perlahan-lahan tutup aurat.
“Alhamdulillah! Ada sebab Allah hantar ‘peneman’ hidup kita. Tak kaya, tapi kami bahagia.” tambahnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Kak Marr turut mengingatkan wanita yang pernah bercerai untuk tidak berputus asa mencari pengganti.
“Kalau ada wanita di luar sana yang give up bila rumah tangga ‘berderai’ jangan.. Mungkin jodoh korang akan muncul, tengah otw. Insya-Allah, Allah tengah pilih yang baik-baik untuk korang.
“Doa yang baik-baik akan dapat yang baik. Insya-Allah.” tutup kata dari Che Ta.
Terdahulu, Che Ta dan Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan tahun.
Che Ta juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 26, dan Aniq Ezzra, 24.
Sumber: Instagram @rozitachewan1
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...