
Emas adalah penyimpan nilai yang kukuh. Sejak dunia dilanda pandemik Covid-19, ramai sudah menyedari bahawa banyak manfaat memiliki emas.
Tidak tidak hairan jika banyak barangan kemas seperti gelang, rantai mahupun cincin laku keras terjual di kedai-kedai emas di seluruh pelosok di negara ini.
Malah menurut pakar ekonomi, pulangan emas lebih stabil dan juga berfungsi waktu kecemasan. Nyata ia pelaburan berbaloi.
Juga jangan tak tak tahu, dengan menyimpan emas boleh membantu untuk membuat rumah!
Begitulah yang dilakukan oleh Puan Puan Roziah Abdullah berjaya bina rumah dengan simpanan emas beliau. Beliau yang berkongsi kegembiraan itu menerusi sebuah grup emas pada bulan mac lalu.

Simpan emas pun dapat bina rumah
Salam….nk kongsi perasaan sikit kt sini ..
Rsa mcm tak percaya lg bakal duduk rumah sdri hasil dr simpan emas ….selalu duk pikir betul ke aku ni…kalau aku tak beli emas dulu-dulu kompom tak kan dapat buat rumah ni lagi dengan keje yang biasa2 je….
Saya buat kuih,suami bawak lori..nak buat loan memang tak kan dapat la…
Saya jual hmpir 70 %,saya gadai dalam 30% barang emas saya.
Rumah hampir siap . Semua ni dah abis dalam 45k….rumah bajet2 je….tapi Alhmdulillah syukur sangat-sangat.
Insyaallah boleh puasa n raya dengan rumah sdri….syukur ya Allah….
Ni lah dikatakan simpan emas untuk masa depan. Tahniah puan!
Sumber: Roziah Abdullah
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Budak- Budak Dapat Gajet Jadi Leka.” Anak Dapat 5A SPM, Joey Kongsi Formula Kejayaan

Biarpun sibuk dengan kerjaya seni, namun pelakon dan pelawak Joey Daud cukup mementingkan pelajaran anaknya.
Tidak hairanlah, didikan tersebut membawa kejayaan apabila anaknya, Ahmad Afif Danial mencatat keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dalam satu perkongsian dengan Berita Harian,Joey melahirkan rasa syukur dan gembira atas kejayaan tersebut.
Dia yang kini berada di Muar, Johor menyiapkan lukisan mural dihubungi isterinya, Watie Elite memberitahu keputusan peperiksaan anak mereka.
“Saya berjanji kepada anak, sekiranya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, saya akan memberikan habuan kepadanya. Namun, habuan akan ditarik jika melakukan kesalahan.
“Buat masa ini, saya belum berkesempatan bertemu Ahmad Afif kerana berada di Muar. Apabila pulang ke rumah saya akan tanya apa yang diinginkan.
“Ketika masih belum matang, Ahmad Afif pernah beritahu apa yang diingini. Tetapi, apabila meningkat remaja, dia lebih suka menyimpan simpan benda yang diminati, mungkin sebab tidak mahu menyusahkan ibu bapa,” katanya kepada BH Online.
Diminta berkongsi formula yang digunakan dalam mendidik anak, Joey berkata, dia dan Watie mengehadkan penggunaan gajet ketika masa persekolahan.
“Sekiranya didapati menggunakan secara berlebihan, kami akan menyorokkan peralatan gajet ini.
“Biasalah budak-budak, bila dapat gajet, mereka jadi leka. Saya akan rampas gajet sekiranya digunakan secara berlebihan, kerana ada masanya menjejaskan keputusan peperiksaan Ahmad Afif.
“Selain itu, sekiranya ada mata pelajaran merosot, saya dan isteri akan menghantar anak ke kelas tambahan untuk subjek yang kurang baik.
“Alhamdulillah, Ahmad Afif sentiasa menunjukkan keputusan memberangsangkan,” katanya.
Joey atau nama sebenarnya, Zulkifli Daud berkata, dia juga sering membawa anak ke lokasi penggambaran ketika berada di tingkatan satu dan dua.
“Saya nak anak tahu macam mana susah payah saya dan ibunya mencari duit. Memang nampak saya berlawak, tetapi kerja kami bukan mudah.
“Jadi, mungkin perkara ini secara tidak langsung mendorong Ahmad Afif belajar dengan lebih baik,” kata Joey lagi.
Mengenai perancangan untuk masa depan anaknya, Joey berkata, dia menyerahkan sepenuhnya kepada Ahmad Afif untuk memilih bidang yang diminati.
Bagaimanapun, kata Joey, dia melihat Ahmad Afif cenderung ke arah syariah dan akan memberikan sokongan sekiranya anaknya ingin memilih bidang berkenaan.
“Setakat ini, apa yang saya nampak anak suka bidang syariah. Sebelum ini, selalunya saya akan menjadi imam di rumah, tetapi kini, Ahmad Afif sering mengambil alih tempat saya, jadi nampak kecenderungannya di situ.
“Saya tidak menghalang minatnya. Jika Ahmad Afif ingin menyambung pengajian dalam bidang syariah, saya akan sentiasa memberikan sokongan,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online & tie_sadaliofficial
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Resipi Ayam Goreng Berempah Yang Ringkas, Juicy & Sedap. Nak Dapatkan Hasil Rempah Yang Cantik Guna Serai Je!

Nasi lemak menu paling popular dalam masyarakat kita, tyak kira melayu Cina dan India ramai yang menggemarinya. Bila ditambah dengan menu lain seperti ayam goreng berempah, menajdikan hidangan lebih menarik.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat Ayam Goreng Berempah, jom cuba resipi yang dikongsikan saudara Ben Safwan. Selamat mencuba!
Sambal nasi lemak, semua dah terror dan ada versi sendiri.Ben bagi resepi ayam goreng berempah jelah di pagi Jumaat ni. Juicy,ringkas dan sedap. Ben suka makan nasi lemak dengan ayam goreng macam ni.
Untuk 4 -6 ketul bahagian ayam
* 4 ulas bawang putih
* 3 batang serai
* 1 cm halia
Tumbuk bahan di atas ini sehingga serai menjadi rerambut halus. Tips untuk dapatkan rempah ayam goreng yang cantik, kerat sekurang-kurangnya 1 cm bahagian serai.Ketepikan.
Gaul ayam yang telah dibersihkan dengan bahan yang ditumbuk tadi dan bahan ini.
* 1 sudu makan serbuk kunyit
* 1/2 sudu makan serbuk kari
* 1/2 sudu makan serbuk cili merah
* 1-2 sudu teh garam/secukupnya
* 2 sudu makan kelapa parut
* 1/2 sudu makan cuka
Perap 40-45 minit,goreng dengan minyak banyak dan api sederhana besar. Untuk elak hangit.
Sedapp buat makan dengan nasi lemak atau nasi kukus.
Nak resepi best-best boleh follow Fb Ben. Semua pasal makan je.
#resepibensafwan
Gelombang Kedua COVID-19, Ibu Bapa Mohon Tangguhkan Dulu Bawa Anak Bercuti Musim Cuti Sekolah Ni

Dalam diam tanpa kita sedari seluruh negara termasuk negara kita sedang berhadapan dengan gelombang kedua COVID-19 bermula 27 Februari yang lalu. Dalam satu perkongsian menerusi Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, setakat ini jumlah kematian di beberapa buah negara sudah semakin meningkat.
#COVID19 Statistik WHO sehingga jam 6pm, 4 Mac 2020.
Kematian meningkat di Itali kpd 79 kes, Iran (77) dan Korea Selatan (33).
Kes di Itali dan Iran melebihi 2,000.
Amerika Syarikat bertambah 9 kematian, Perancis (4) dan Sepanyol catat kematian pertama. pic.twitter.com/Q0KiW2rpJo
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 4, 2020
Pun begitu, pihak KKM meminta rakyat Malaysia supaya tidak memandangkan kesemua kes, puncanya berjaya dikesan dan beberapa kontak rapat pesakit kini dalam pantauan.
“Bagi gelombang kedua, ada satu kluster COVID-19 yang dikenal pasti dan ia membabitkan kes ke-26. Berdasarkan siasatan dan pengesanan kontak yang dijalankan sehingga kini, terdapat 215 kontak rapat yang dikesan…”
Malaysia sedang memasuki gelombang kedua #COVID-19.
Gelombang pertama sebahagian besar kes dari China dan ada kaitan sejarah perjalanan ke China.
Gelombang kedua bermula dengan kes ke-23 apabila kebanyakan kes jangkitan tempatan dalam kalangan rakyat tempatan.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 4, 2020
Hi, ada beberapa peringkat strategi ketika berdepan krisis. Ketika ini, Malaysia masih di peringkat early containment. Kita tahu punca jangkitan dari mana dan boleh mengesan kontak rapat. Negara jiran kita di peringkat orange. Punca jangkitan tidak diketahui.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 4, 2020
Apabila punca jangkitan tidak diketahui, sukar untuk menjejaki kontak rapat yg berisiko tinggi. Jadi pihak berkuasa tempatan umum nama lokasi
dan minta mrk yg pernah berada di situ atau berhubung dgn kes positif untuk dtg ke fasilisiti kesihatan.— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 4, 2020
Dalam masa yang sama, di Facebook Public Health Malaysia menasihati ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak melancong ke tempat-tempat berisiko memandangkan cuti sekolah bakal tiba tak lama lagi.
Cuti sekolah pada 14-22hb ini, sekiranya TIADA KEPERLUAN, mohon tangguhkan perjalanan anda ke negara yang berisiko tinggi 🙏🏼🙏🏼
.
Korea Selatan 5,186 kes l 29 kematian
Itali 2,502 kes l 52 kematian
Jepun 293 kes I 6 kematian
Mengapa perlu ambil risiko kesihatan dan keselamatan diri anda dan keluarga?
Perkongsian tersebut rata-rata disambut baik dan beebrapa individu turut memberi nasihat yang sama.
Syamsul Kamal Cuti sekolah buatlah program keluarga dirumah shj. ‘Rumahku Syurgaku’. Semoga Allah melindungi kita semua.. Aamiin.
Nurulhaida Kipli Perjalanan kmi sekeluarga isnin nie ke japan. Dibatalkan. Wlwpun agk kecewa sebab plan dh lama nak bawak anak2. Mmg bnyk kerugian ditgg. Tiket flight (belom dpt refund), penginapan no refundable. Cuma tiket disneyland and disneysea sahaja refund 100%. InshaaAllah kalau ada rezeki sampailah japan tu. X lari kemana japan.. 😅🇯🇵
Norela Muhamad Jadilh org bertanggungjawab. Jgn disebabkn kedegilan kita terpalit pd org yg tidak berdosa dn menyusahkn org lain. Semoga Allah lindungi org2 yg tersyg..aamiin
Abu Muhammad Azri Sebaiknya arahan dan larangan yg lebih tegas perlu diberi. Org awam biasanya keras kepala dan degil kalau setakat nasihat saja. Apa2 program yg perlu org berkumpul patut dibatalkan. Ramai tak tahu mcmana nak menghadapi wabak ni skrg
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia & Public Health Malaysia