Pepatah ada mengatakan nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Walau apapun halangan andai kita berusaha pasti ada jalannya.
Demikian juga perkongsian seorang guru Adly Razali di sebuah sekolah di Kota Bharu ini. Baru-baru ini, beliau memuat naik hasil kerja anak muridnya di laman Facebook.
Menurutnya, keluarga ini tidak mempunyai alat pencetak tetapi hasil kerja yang diberikan tetap sama kerana mereka melukis sendiri. Usaha ini telah membanggakan ramai para pendidik di sekolah tersebut. Kerja sekolah PKP tempoh hari. Murid saya tahun 1 tiada printer. Tapi bagus keluarganya siap tolong lukis. Arahan kerja asalnya tak perlu lukis hanya tulis sahaja (bagi yang tiada printer) tapi abe-abe (abang) kak-kak dio (dia) tolong lukis.
Ads
Banggo cikgu! Semoga menjadi insan hebat suatu hari nanti anok (anak) weyh… Menurut guru ini lagi, pelajar yang bernama Zuhair ini, mempunyai azam yang tinggi untuk berjaya walaupun keluarga ini serba kekurangan tetapi sifat kasih sayang antara keluarga ini tinggi tiada bandingnya.
Mereka saling membantu menyiapkan kerja sekolah murid ini menunjukkan betapa biar serba kekurangan namun pelajaran tetap diutamakan. Takde jumpa lagi setakat ni yang family tolong lukiskan untuk adik dia
Ads
Kata Adly lagi, pelajar ini merupakan salah seorang penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan bukan daripada keluarga yang senang. Jika ada insan yang berhati mulia untuk meringankan beban keluarga ini turut dialu-alukan.
Ads
Saya sebagai cikgu seni memang nak anak murid saya minat seni. Saya sendiri pelukis juga, pernah wakil Malaysia ke China dan Kanada. Semoga menjadi inspirasi kepada murid dan ibu bapa dalam mengambil cakna pembelajaran anak-anak. InshaAllah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Demam, boleh katakan inilah yang kerap terjadi. Kalau bukan anak yang demam, diri kita sendiri pula.
Andai tiba-tiba suhu badan naik pada waktu tengah malam, dan ubat tiada. Bolehlah dicuba beberapa petua ini.
PETUA NAK TURUNKAN DEMAM PANAS ANAK.
”Kalau anak demam panas boleh guna cara nie.Mmg cpt turun suhu.”
Bahan-bahan :
Lemon 2-3 slice
Air sejuk semangkuk
Tuala kecil
Cara-caranya:
1. Satukan air sejuk dengan lemon.
2. Ambil tuala kecil dan rendamkannya di dalam air sejuk tadi.
3. Letakkan di dahi.
”Semalam danish suhu paling tinggi 38.9 Lepas tu turun 38.3 > 37.5. Sekarang dah 37.1″
Kredit : Hani Pembor
Selain cara ini, orang tua-tua dulu ada juga menggunakan bahan-bahan lain untuk meredakan demam.
Daun bunga raya
Ambil beberapa helai daun bunga raya kemudian diramas-ramas di dalam rendaman air yang sedikit. Kemudian letakkan di dahi dan di kepala.
Asam jawa
Ambil asam jawa, kemudian bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes yang pekat. Kemudian sapukan pes tersebut pada bahagian dahi.
Minum banyak air
Bila suhu badan meningkat, pastikan mengambil air putih secukupnya untuk menurunkan suhu panas tersebut.
Pun begitu, perlu diingat usaha ini hanya bertujuan membantu mengurangkan suhu panas badan, namun jika tidak serasi segeralah bertemu doktor untuk dapatkan rawatan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyentuh tentang bab pembahagian harta pusaka, tidak dinafikan kebanyakan waris tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang ilmu faraid. Ada yang sepakat melantik abang atau kakak sulong sebagai pentadbir. Tetapi ada juga yang menggunakan kuasa ‘veto’ melantik dirinya sebagai pentadbir untuk tujuan tertentu.
Tanpa ilmu yang mencukupi, pentadbir membahagikan secara sesuka hati. Lebih memburukkan keadaan, pentadbir pula mengisytiharkan dirinya berhak ke atas semua harta pusaka selagi belum dibuat pembahagian.
Malah macam-macam lagi situasi boleh berlaku dan salah satunya sepertimana yang dikongsikan oleh Peguam Roslina Sabiyah di akaun fbnya bila ada yang bertanya berkenaan faraid di mana ada sebuah keluarga yang terdiri daripada 5 beradik, iaitu 2 lelaki dan 3 perempuan. Masa pembahagian pusaka, semua adik-beradik perempuan setuju nak bahagi secara sama rata dan tak nak ikut faraid.
Pun begitu timbul persoalan daripada salah seorang adik beradik tersebut, dengan mengutarakan soalan; “Boleh ke kalau suka-suka tak nak ikut faraid? Kalau saya tak setuju macamana? Apakah kaedah pembahagian yang sepatutnya dalam situasi ini?”
Jawapan pada permasalahan tersebut dijawab dengan jelas olehnya dan bersama kita fahamkan situasi tersebut untuk info bersama.
Jawapan :
Sebaik sahaja seseorang meninggal dunia hartanya automatik akan menjadi harta pusaka dan harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid. Proses faraid telah pun bermula dan berjalan sebaik sahaja si mati telah meninggal dunia.
Faraid maksudnya ketetapan dan ia adalah ilmu tentang kaedah pembahagian harta pusaka yang menetapkan siapakah waris yang layak dan berapakah bahagian yang diperolehi setiap seorang secara khusus.
Selain membahagikan harta pusaka mengikut bahagian yang telah ditetapkan dalam faraid, waris juga boleh membahagikan harta secara muafakat atau persetujuan. Kaedah ini dinamakan takharruj. Dalil takharruj adalah di dalam Surah al-Nisa’ ayat 128:
فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ
Yang bermaksud: “maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik.”
Sebelum melakukan takharruj iaitu melepaskan hak faraid secara sebahagian atau sepenuhnya, beberapa syarat mesti dipenuhi antaranya perlulah dipersetujui oleh semua waris2 yang lain dan waris2 hendaklah terlebih dahulu mengetahui berapa bahagian faraid mereka yang sebenar sebelum melepaskan hak mereka. Namun sekiranya waris-waris tidak sepakat dan tiada persetujuan yang dicapai, maka kaedah asal pembahagian secara faraid akan terpakai.
Dalam kes di atas saya simpulkan beberapa situasi : Situasi 1 – Kesemua 5 adik-beradik (2 lelaki dan 3 perempuan) bersetuju untuk membahagikan harta secara samarata. Dalam kes ini, 2 anak lelaki tersebut yang bersetuju untuk takharruj melepaskan sebahagian bahagian faraid mereka kepada anak perempuan (kerana bahagian anak lelaki adalah 2 manakala anak perempuan adalah 1). Kaedah pembahagian adalah secara muafakat iaitu semua waris dapat samarata.
Situasi 2 – 3 adik-beradik perempuan dan seorang anak lelaki ingin harta pusaka dibahagi samarata manakala seorang anak lelaki tidak setuju. Maka seorang anak lelaki yang tidak setuju untuk takharruj hendaklah diberikan bahagian faraidnya terlebih dahulu (2 bahagian) dan bakinya setelah ditolak bahagian anak tersebut barulah boleh dibahagi secara samarata antara 3 anak perempuan dan seorang anak lelaki. Kaedah ini juga dinamakan muafakat iaitu sebahagian difaraid dan bakinya dibahagi samarata.
Situasi 3– 3 adik-beradik perempuan nak bahagian samarata tetapi 2 anak lelaki nak bahagian faraid. Maka dalam situasi ini, 2 anak lelaki tersebut tidak bersetuju untuk takharruj atau melepaskan bahagian mereka maka kaedah asal pembahagian secara faraid hendaklah terpakai. Kaedah pembahagian adalah secara faraid (anak lelaki 2 bahagian anak perempuan 1 bahagian).
Dalam pembahagian harta pusaka tiada istilah majoriti. Tidak ada sesiapa yang boleh dipaksa untuk melepaskan bahagiannya di dalam faraid. Kaedah pembahagian secara muafakat adalah yang terbaik jika dapat dilaksanakan tetapi sekiranya tiada persetujuan yang dicapai maka kaedah pembahagian secara faraid adalah jawapan dan penyelesaian terakhir kepada masalah yang menjadi pertikaian.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Biasanya kalau buat biskut atau kek, mesti orang cadangkan gunakan tepung ros.
Pun begitu, bila ada yang mencari tepung ros di pasaran menyebabkan ada pula yang terkeliru.
Ini memandangkan rupanya ada dua jenis tepung yang menggunakan ros sebagai logo.
Jadi mana satu sebenarnya ye yang dimaksudkan dengan tepung ros untuk membuat biskut atau kek yang sering disarankan oleh otai dalam bidang pastri dan bakeri.
Menjawab persoalan itu, jom kita baca perkongsian daripada Puan Zuraini Alias II yang juga dikenali dikalangan peminat pastri dan bakeri di media sosial. Ini perkongsiannya.
Tepung Gandum Cap Ros vs Tepung Red Rose
Hai gaisss
Korang jangan keliru ye antara kuntum bunga ros tu. Satu tepung gandum cap ros
Satu lagi tepung red rose.
Tepung Red Rose
Tepung red rose tu biasanya kat bakery tak jual jenama ros tu. Kebanyakan yang di jual ialah packet sekilo repack by bakery packaging tetapi kat label ada tulis tepung red rose
Tepung red rose ni korang adalah tepung khas utk membuat biskut yang mana biskut korang akan menjadi lebih ringan dan rangup. Harga sekitar RM3 ke RM3.20 sekilo
Tepung Cap Ros
Manakala tepung cap rose tu pulak tepung serbaguna sama taraf dengan tepung gandum lain lain. Contoh tepung cap sauh, kunci, bakers choce , faeza dan lain lain
Harga sekitar tak sampai RM2. Tepung gandum cap ros beratnye 850gm sepeket ye.
Cuma kzu prefer guna tepung gandum cap sauh dan bakers choice untuk kek dan biskut
Tepung cap kunci untuk karipap
Tepung cap rose ramai juga yang guna untuk biskut
Tepung cap cempaka untuk apam senyum merekah
Tepung high protein untuk donut
Hok ni nti story lain
Tepung biskut red rose bergantung pada resepi yng guna ye
Kesimpulannye gaisss
Semua tepung gandum boleh je korang guna untuk apa apa resepi. Ikut kesukaan jenama masing masing ye. Harap dapat membantu ye. Selamat membaking ye.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.